Thank You Allah : Maher Zain
I was so far from you
Yet to me you were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
Further and further away from you
Ooooo Allah, you brought me home
I thank You with every breath I take.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
I never thought about
All the things you have given to me
I never thanked you once
I was too proud to see the truth
And prostrate to you
Until I took the first step
And that’s when you opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from you.
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Allah, I wanna thank You
I wanna thank you for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did you give me hope
O Allah, I wanna thank you
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah
Alhamdulillah, Alhamdulillah
All praises to Allah, All praises to Allah.
Artist: Maher Zain
Album: Thank You Allah
Copyright: Awakening Records 2009
Alhamdulillah...
Itulah satu-satu kalimah yang mampu terukir di bibir ini sewaktu melangkah keluar dari dewan peperiksaan semalam. Mengenangkan diri yang serba kekurangan, terasa malu saat Allah hulurkan bantuan. Sudah banyak Dia memberi kepada insan yang lemah ini. Namun adakah diri ini terus dan terus bersyukur? Muhasabah sejenak.
Mereka yang kusayang
Sekali lagi pujian hanya bagi Allah sebaik-baik perancang dan pengatur kehidupan.
Terpancar kelegaan...
Hari ini adik Sinar pun sudah selamat pernikahannya. Hanya dengan sekali lafaz "Aku Terima Nikahnya", terbinalah sebuah ikatan yang suci. Moga rahmah dan mawaddah buat kalian berdua. 11 kenderaan mengiringi ke tempat akad nikah. Hati gembira tak terkata ketika menelefon Ummi. Mendengar suara Ummi sudah terbayang kelegaan beliau menguruskan majlis. Sudah selesai satu acara. Esok pula kendurinya. Sungguh Along merindui kalian. Sebak...
Dan semalam juga ketika perjalanan pulang ke rumah dari dewan peperiksaan.
"Assalamualaikum, Sha! Ni ada orang nak cakap" Kata ina [teman serumah] dicorong telefon.
"Wa'alaikumussalam. Oh boleh je. Siapa tu?"
"Jap ye," balas Ina
"Sha !!! "
"Lah Izzah ada kat sini ke? Betul ke ni?Subhanallah! Patutlah ada miscall tadi. Afwan jiddan ukhti. Ana baru abes exam." Dengar suaranya sahaja sudah tahu gerangan empunya suara.
"Saje nak buat kejutan." Sambil ketawa.
Subhanallah...
Itulah satu-satunya kalimah yang mampu keluar apabila menerima kunjungan mengejut tetamu dari Iskandariah. Tup tup sudah berada di bawah rumah, mujur kejutan itu sebaik sahaja kami selesai peperiksaan. Kalau tidak terpaksa la antum tunggu kami lebih lama. Terharu...
Di sini sinar ingin kongsikan sedikit perkongsian hati hasil dari kunjungan mengejut. Sungguh kehadiran antum kerehatan buat ana selepas peperiksaan. Mahu melimpah juga 'kolam mata' dibuatnya tapi terpaksa 'control'. Kalau tidak bakal menjadi sesi bertukar air mata (^_^). Walaupun hakikatnya suasana sudah pun membuat setiap insan sebak petang itu.
Mereka menziarah bukan sebarang ziarah. Ziarah berhajatkan sebuah perkongsian. Sungguh ana sebenarnya kelu. Minda masih dibayangi jawapan peperiksaan yang Sinar luahkan di atas kertas jawapan. Namun hakikatnya banyak sudah Allah hadirkan peringatan di musim peperiksaan ini. Justeru di situ tercetus sebuah perbincangn hasil ziarah teman-teman Sinar ini. Sebenarnya diri ini yang memerlukan nasihat kalian.Walauapapun,pertemuan semalam benar-benar menjana kekuatan diri ini semula.
Peperiksaan perjalanan pulang kepada-Nya
"Alhamdulillah Allah kumpul hati-hati kita pada petang yang mulia ini. Biarpun mengejut. Inilah hadiah untuk ana. Inilah perancangan Allah" sebagai mukaddimah, sambil hati masih tercari-cari apa yang harus dikongsi. Istighfar mengiringi
"Segala puji pada Allah kerana kita sudah pun selesai imtihan. Namun ana hajat kita tenung semula keadaan kita ketika dalam fatrah imtihan. Kita usaha bermati-matian. Setiap hari, lembaran demi lembaran yang termaktub dalam buku kita ulang agar menjadi bekal untuk kita coretkan ketika peperiksaan tiba. Kita korbankan tidur, kita korbankan keseronokan. Sungguh banyak kita korbankan demi imtihan.Namun sehebat itukah kita menghadapi kehidupan yang sememangnya ujian bahkan peperiksaan sebenar untuk pulang mencari Tuhan Yang menghidupkan. Kalau peperiksaan dunia sahaja boleh mengundang lulus dan gagal, dan itu menjadi kebimbangan kita, apakah PEPERIKSAAN sebenar kita masih leka..masih lalai dengan persiapan? Sedangkan lulus dan gagal di depan Allah itulah yang sepatutnya kita lebih bimbangkan."
Hakikatnya diri ini sedang mengingatkan diri sendiri. Kegusaran berhadapan dengan kehidupan, cara kita mengisi kehidupan, cara kita mengendalikan kehidupan itulah sebenarnya PEPERIKSAAN. Bahkan peperiksaan mengikut bidang yang kita sedang pelajari juga sebahagian dari kehidupan. Saling berkaitan. Jadi adakah masih layak manusia yang mengaku dia beriman untuk bermain-main dengan matlamat hidup yang dia sendiri pasakkan. Mudah benar kita laungkan slogan tapi payah untuk direalisasikan. Hati Sinar juga bagai dihiris-hiris apabila mengingatkan kekurangan diri dalam mengatur sebuah kehidupan.
Tidakkah kita mahu mencipta sebuah kejayaan yang abadi?
Petang itu diteruskan dengan kata-kata dari teman-teman yang bertandang. Syukran dan syukran ana ucapkan. Moga Allah berkati usaha antunna menjadi muslimah harapan ummah.
Moga Allah sayang kalian
Moga Allah rahmati kalian
Moga Allah ampunkan dosa-dosa diri ini dan dikurniakan keluarga dan sahabat-sahabat yang mengingatkan diri.
15 comments:
salam,alhamdulillah dah hbs exam..
tahniah dapat adik baru..:)
adik umur bape? ana menanti giliran ukhti plak..hee~
sama2 berusaha menjadi hambaNya yg terbaik.insyaAllah..
sama2 ingatkan ^^
salam sha sayang..
tahniah dapat adik ipar..
sunggoh terkesan dgn post sha kali ni..
thanks atas peringatan2nya..
wpun jaoh beribu batu dari antum, tapi dapat terasa kehangatan penyampaianmu itu..
semoga Allah redha dgn kita..
=)
me tu nurul88:
Alhamdulillah ukhtie..
adik ana stahun muda dari ana..
adik ipar lagi muda (^_^)
ana nak tunggu anti dulu...hehe
insyaAllah moga kita saling takmil wa istikmah. Jom jadi hamba rabbani!!
me to n_akn:
Jazakillah nailah...
Banyak benda ana nak share tapi selalu tak berkesempatan nak luah..
Hajat sangat nak jumpa antunna di Malaysia..
Aih rindu makin membuak-buak..
Moga Allah sayang nailah
Moga Allah sayang ana juga
congratulations to both family..
how does it feel receiving the first new family member??
i cant imagine myself..
by the way..all the best in ur exam..insyaAllah when u put ur trust in Him, He will always be there to help u though u never ask for it..
Ramai sangat tanya perasaan kakak pengantin ni...
Alhamdulillah gembira sebab terlaksana satu sunnah..
Sedih sebab tak boleh balik..
Lambat lagi la boleh tengok adik ipar..
So bila perasaan plus minus..jadi tak rasa pape.. (^_^) hehe gurau je
Alhamdulillah ana dah abes exam sebenarnya. Hari ni start kuliah untuk subjek baru..dan menghitung hari untuk 'winter break'..
alhamdulillah...betapa beruntungnye bila hidup dikelilingi sahabat2 sefikrah, bila lupa diingtkan, bila susah dihulurkan tgn utk membantu....kembali kpd Allah, barulah kebahagiaan sebenar akn dikecapi dn kembali kpd Allah barulah segala kegalauan di jiwa dn hati dpt dileraikn(sekadar meminjam kata2 sahabat)
tahniah ye sha...
1)hbis exam
2)dpt adik baru >.<
p/S: doakn ana plak ye, abg dh 27thun tp still x kawin2 lg haih...org lain sume dh nak dpt anak buah jeles2....
me to aeshah:
Kita kena usaha lengkapkan diri..
saling membantu dan melengkapi..
saling menasihati dan menguatkan diri..
Syukran ukhtie. Doakan kecemerlangan dunia dan akhirat ana ye.
Uhibbukifillah..
ps: ana doakan anti dan abang anti..biar dua dua serentak..Mahu?
(^_^) yang terbaik Allah ukirkan..
Assalamu'alaikum Sha...
Alhamdulillah, dah selesai peperiksaan...Tahniah juga mendapat adik ipar, Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan, syukur...
Akak sangat terkesan dengan entry Sha...Selalu Akak dapat perkongsian dan pengisian bermakna bila membaca blog Sha...keep on writing ye dik...Moga Allah permudahkan segala urusan dan perjalanan Sha, Moga Allah beri yang terbaik buat Sha...Moga Allah sayang Sha selalu...Ameen...
Akak doakan yang terbaik buat Sha...Moga dapat berjumpa dengan Sha satu hari nanti...
Akak ada planning utk ke Mesir lepas konvo July nanti...tapi tak berape pasti lagi...Ingin menunaikan umrah juga sebenarnya...Hati akak sangat ditarik2 utk ke bumi para anbiya terutama ke tanah suci...Moga Allah beri rezeki dan permudahkan...Ameen
Jaga diri baik2 ye Sha...Moga terus maju jaya...
Sister Fillah:
-Kak Faiza-
Wa'alaikumussalam wbt...
Ameen Ameen Ameen..
Sebaiknya segala puji itu untuk Allah..
Sha ni kerdil sangat kak..
banyak kelemahan..banyak juga kesalahan..
Yang terbaik juga buat Kak Faiza
Moga Kak faiza sentiasa dipayungi nur dan kasih sayang dari Allah..
Banyak lagi kekurangan diri ni..
Mana kurang akak tambah ye...
Semenjak dua menjak ni..banyak Allah temukan sha dengan insan-insan hebat..tak pernah berjumpa tapi hati bertaut..
Harapan sha juga moga kita dapat bertemu..
Mesir menerima akak dengan tangan terbuka. Cumanya sha pula waktu tu hajatnya nak pulang ke Malaysia tapi apapun akak bagi tau ye..kot2 sempat jumpa..boleh sha ajak datang umah..hajat sangat ni..
Moga Allah pelihara iman kita..teruskan melangkah kak..Tak jumpa di dunia, moga kita berkumpul di syurga sana.
Salam Sinar,
Tahniah dapat adik ipar, mudah2an di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.
Tahniah juga kerana berjaya menghadapi peperiksaan dunia dgan jayanya, mudah-mudahan ini juga membuka kejayaan untuk "peperiksaan" di sana nanti.
Ummi Siti doakan anti sentiasa thabat dijalan ini dan teruskanlah melahirkan/membimbing ramai lagi muslimah harapan ummah di bumi ini.
salam
da makin besar sha nih :P
da ada adik ipaaar~
^_^ doakan ana dpt abg ipar cepat:P
me to Ummi Siti:
Jazakillah ummi atas doanya...
Masih memerlukan bimbingan ummi dan golongan yang berpengalaman...
Jika ada salah silap dan kekurangan mohon ummi bimbing seadanya...
me to hood:
Anti menyedarkan bahawasanya ana dah tua, tak banyak dah la masa yang ada kat dunia ni..
Erm..masih banyak masuliyah yang belum ana selesaikan..
Apa-apa pun doakan yang terbaik untuk ana..(^_^)
p/s: InsyaAllah ana doakan anti cepat2 dapat abang ipar ye
wah...
sekali lafaz jeh...
mantap ar in..
neway tahniah...
=) Alhamdulillah..
Allah mudahkan..
Post a Comment