BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, May 14, 2010

Berkatalah kalimah yang baik!

Salam kedamaian, salam sejahtera buat kalian

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


Dalam kedamaian pagi Jumaat ini, telah kubaca ayat-ayat cinta di bawah ini...

"Dan orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan dimasukkan ke dalam syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal di dalamnya dengan seizin Tuhan mereka. Ucapan penghormatan mereka dalam syurga itu ialah salam"

"Tidakkah kamu memperhatikan bagaimana Allah telah membuat perumpamaan kalimat yang baik seperti pohon yang baik, akarnya kuat dan cabangnya (menjulang) ke langit."

"Pohon itu menghasilkan buahnya pada setiap waktu dengan seizin Tuhannya. Dan Allah membuat perumpaan itu untuk manusia selalu ingat"

"Dan perumpaan kalimat yang buruk seperti pohon yang buruk yang telah dicabut akar-akarnya dari permukaan bumi; tidak dapat tetap (tegak) sedikit pun)

"Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh dalam kehidupan di dunia dan di akhirat dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan Allah berbuat apa yang Dia kehendaki"

(Surah Ibrahim : 23-27)

Maka, tidak lepas untuk kita yang mahukan syurga sebagai destinasi akhir untuk berkata yang baik baik sahaja. Tidak mengungkap ungkapan yang sia-sia. Tidak mencaci makhluk-Nya. Tidak mengumpat manusia. Tidak melakukan sesuatu pun yang Allah murka. Insaf dan insaflah manusia. Banyak sungguh dosa kita sebenarnya. Sesungguhnya ini peringatan untuk diri dan kalian yang membaca. Ya Rabbi, ampunilah dosa-dosa kami...

Berkatalah yang baik selalu, itulah bekalan kita bertemu Allah. Termasuk kalimah yang baik ialah mengucapkan kalimah tauhid iaitu segala ucapan yang menyeru kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran serta perbuatan yang baik. Mudah bukan, menjadi hamba Rabbani! Hanya lakukan apa yang Dia suruh, tinggal apa yang Dia larang. Sungguh 'simple' arahan yang diberi namun manusia bertingkah dalam melakukan kebaikan. Ya, tidak dinafikan kerana hebatnya dugaan dan tarikan dunia. Itulah perlunya mujahadah. Terus dan terus melangkah dengan penuh keinsafan dan taubat yang berterusan. Allah sentiasa bersama kita.

Blog medan bertinta dan medan berkata-kata

Blog ini amat berharga bagi saya. Blog inilah ruang untuk saya meluah rasa, mencoret kata dan berkongsi berita dengan keluarga dan mereka yang saya sayang. Bahkan inilah medan untuk saya menyahut seruan "Berkatalah kalimah yang baik".

Semalam saya pernah meluahkan pada insan yang saya hormati untuk menutup blog ini akan tetapi beliau terus menasihati "Jangan! Muhasabah diri dan lakukan perubahan". Itulah jawapan yang beliau beri. Walaupun jawapannya ringkas, namun hati ini cukup terkesan. Inilah bukti saya masih manusia. Ada pasang surut, ada saat lemah dan ada saat saya kuat (^_^) Saya bersyukur pasti ada sahaja peringatan yang hadir.

Sesungguhnya setiap langkah saya beberapa hari ini menggesa saya meninjau kembali kenapa saya menulis dan terlibat dalam dunia blogger ini. Hatta penglibatan saya dalam beberapa medan penulisan lain menyebabkan sedikit hati ini terluka mengenangkan diri sememangnya bukanlah penyampai dan penulis yang baik. Bahkan saya sentiasa mengarahkan segenap jiwa dan minda saya menulis kerana Allah. Sememangnya kata-kata insan ini supaya saya muhasabah, telah mengingatkan saya akan seseorang yang telah pergi dan takkan mungkin kembali.

Beliau sentiasa di hati

Maka datangnya tarikh 14 Mei ini mengingatkan saya pada seorang murabbi yang banyak melatih diri dalam dunia penulisan dan saya mengakui saya masih banyak kekurangan dalam bidang ini. Buku latihan sewaktu di sekolah dahulu masih saya simpan. Beliau sangat prihatin dan tegas dalam tatabahasa dan struktur ayat yang kami gunakan. Ya, beliaulah Ummi Halimaton yang pernah saya coretkan kisahnya pada 14 Mei 2009 yang lalu. Itulah tarikh kepulangan beliau ke sisi Pencipta Yang Maha Agung.

Langkah kakiku ke bumi wakafan... terasa sunyi tanpa Ummi...
Sebak mengenangkan meja gurunya yang kosong tanpa empunya...
Terharu mengenangkan gambar kami, anak didiknya masih di mejanya...
Hilanglah satu suara yang menyambut ceria kehadiran kami selama ini...

Banyak nasihat Ummi yang menyuntik diri bahkan gurauan nakalnya juga masih segar dalam ingatan. Tidak mahu mengulas panjang. Memori bersama beliau cukup banyak dan mengundang sebak. InsyaAllah blog ini saya akan manfaatkan untuk menyampaikan kalimah yang hak. Tidak akan saya sia-siakan usaha Ummi mendidik saya. Ini janji. Moga Allah mudahkan.

Doakan saya. Saya masih manusia, tidak lepas dari silap dan salah. Salam perjuangan buat semua.

8 comments:

hoodsunny said...

Oh bumi wakafan itu..

Pasti bakal bercampur baur perasaan pabila melangkah pulang ke bumi wakafan itu nanti..

Pemergian ummi halimatun betul² membawa mesej, menulislah kerana allah, bukan kerana beliau. Walaupun dia dan pakar-pakar penulisan lain telah tiada, kita tetap perlu meneruskan tugas kita.

Teruskan menulis sha. Moga setiap bait katamu Allah kira sebagai kalimah toyyibah.

salam imtihan,
drp penulis yg biasa-biasa shj ^__^

hamada hamdi said...

"Blog medan bertinta dan medan berkata-kata"

Blog medan kita berbicara dengan masyarakat.

Blog tempatnya kita menyentuh hati manusia.

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Sudah pernah merasai perasaan itu..
Terasa ingin nangis..hakikatnya sedang...

Syukran huda mengingatkan...
InsyaAllah, menulis pun kena selalu tajdid niat kan.. =)
kamu luar biasa orangnya...
bukan sehari dua sha kenal...
Moga Allah rahmati kamu dan persahabatan kita...

me to hamada hamdi:

Mengangguk tanda setuju
jazakallah ketua...

haway mutasawwil said...

apbl smpurna akal sseorg sdikit cakapannya dan yakin olehmu dgn bhwa bodoh sseorg jika dia byk bcakap

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

kurang cakap tapi amal banyak lebih baik dari cakap banyak amal zero..

bodohnya tu bila bercakap tapi tak laksanakan...

Banyak lagi akak kena baiki ni
erm..so walk the talk =)
tak gitu faris

Munsyi said...

jazakillah atas reminder. terkenang matri tempat belajar menulis. Ummi pengajarnya. Semoga dapat menulis kalimah2 yg baik, mengajak kepada kebaikan. Jazakillah sekali lg.

haway mutasawwil said...

mafhum dr kata-kata saidina ali tu.sabarla kak ye.truskn mnulis.jgn ptus asa.bittaufiq

sinar_islami said...

me to MuNsYi SaMa:

Afwan...
Pastinya ramai yang terkenangkan tempat dididik dengan tarbiyah islamiyah..
Moga jasa para murabbi, yang masih ada mahupun yang sudah pergi, Allah kira sbgi pemberat mizan mereka..
Hanya Allah yang mampu membalasi jasa mereka..
Doakan ya, moga penulisan ana ni tidak menjadi debu2 berterbangan (sia-sia)

me to haway mutasawwil:

Syukran atas kata-kata tu...
Erm, jazakallah beri peringatan pada akak...
InsyaAllah, nak campak jauh2 rasa putus asa tu...

Orang Islam kena kuat dan tabah kan.. (^_^) semangat!