BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, May 26, 2010

Optimis sajalah!


.:Optimis sajalah~Tashiru:.


Setiap manusia menginginkan kebaikan
Dalam menjalankan kehidupan di dunia
Meski terkadang semua yang diinginkan
Ternyata hanyalah impian

Setiap manusia mendambakan bahagia
Bila esok hari kan menyapa dirinya
Walau kenyataannya tiadalah tergenggam
Yakinilah nanti kan datang

Pabila terjadi sesuatu terhadap manusia
Jangan berpikir untuk berputus asa
Kembalikan semua pada Yang Esa saja

Berbenah diri hadapi yang terjadi
Raihlah dengan penuh percaya diri
Tingkatkan iman dan taqwa kepada Ilahi

Kalian pernah mendengar nasyid ini? Kalau tidak pernah, silakan mendengar. Yang penting mendengar sambil menghayati liriknya. Kemudian ukurlah di mana status iman kita dalam menghadapi sebarang cabaran di dunia ini.

Beranilah bermimpi!

Setiap manusia pasti mahukan yang terbaik dalam kehidupannya. Sudah fitrah manusia inginkan kebaikan buat dirinya. Apatah lagi seorang Muslim, hidupnya perlu diisi dengan perkara yang bermanfaat. Setiap detiknya akan menentukan sama ada ia ahli syurga atau neraka. Bahkan seorang Muslim mesti berani bermimpi dan bercita-cita tinggi. Kemudian membumikan apa yang diinginkan. Usaha, doa dan tawakal itulah senjatanya. Natijah diserahkan kepada Allah.

Amru Al-Ash radhiyallahu'anhu berkata:

"Kalian harus bercita-cita meraih perkara-perkara yang besar, bukannya perkara-perkara yang kecil"

Kagum dengan sahabat Rasulullah. Mereka berjiwa besar. Jauh rasanya dibandingkan dengan diri kerdil ini. Berani bermimpi ertinya berani berhadapan dengan risiko mahupun cabaran. Tak semudah itu Allah biarkan kita mengapai apa yang diimpi, Ujian tidak memilih manusia. Cuma bentuknya sahaja barangkali berbeza. Manusia sudah termaktub akan diuji. Suka atau tidak, ia mesti menghadapinya. Allah menguji untuk melihat siapakah yang paling baik amalnya, paling redha , paling sabar, paling tabah dan paling bersyukur. Seolah-olah ada carta untuk memilih siapakah yang paling mulia berada di sisi-Nya. Agak-agak kita di ranking ke berapa?

Wahai diri, hidup perlu optimis!

Awal pagi lagi telefon bimbit sudah berbunyi tanda pesanan ringkas baru sahaja diterima.

"Macam mana kuiz semalam? Senang ke? Wish you all the best." Ringkas sahaja Lek bertanya.

" Syukran Lek. Exam Alhamdulillah boleh buat. Tapi macam kelakar pula. Dengar kata 5 soalan je, but guess what, Dr bagi 50 soalan."

"Oklah tu. Sebagai bakal doktor mesti bersedia dengan pelbagai karenah pesakit dan keadaan yang tidak kita sangka. Itu nasib baik 50 soalan. Kalau tak da soalan lagi sedih"

Malu dan tersenyum sendiri apabila menerima balasan sms daripada lek. Bagi Lek tiada soalan itu lagi menyedihkan. Ambil masa juga untuk mencerna apa yang lek cuba sampaikan. Ya, peperiksaan itulah salah satu bentuk ujian kehidupan. Ujian yang hadir itu ada kebaikannya. Kalaulah hidup ini tiada ujian, itulah yang patut kita bimbangkan. Manusia kalau dibiarkan dalam zon selesa pasti dia akan leka. Jika Allah tak hadirkan ujian seolah-olah Allah tidak menyayangi kita pula. Justeru manusia yang Allah kurniakan akal kenalah memilih jalan yang terbaik untuk berhadapan dengan sebarang kesulitan dan kesenangan dalam kehidupan.

Hari ini pula sebelum kuliah bermula Dr. Rania berpesan.

"Today, I have surprise for you guys."

Riuh satu kelas dibuatnya.

"Apakah? Ni mesti shock exam. Aduh! Baru semalam kan kita exam." Sarah mula bersuara.

"Haha, memang doktor sayang kita la ni. Abeslah." Tambahku

Memang itulah hadiah yang kami terima. "Shock Exam lagi". Agak kritikal juga soalan yang kami terima. Jawab sajalah. Yakin diri. Maklumlah sms lek pagi tadi masih terkesan dalam diri. Pesan Dr Rania, "Look at brighter side". Terima kasih doktor. Kami belajar sesuatu. Jangan mudah menyerah kalah. Cuba dan cuba. Think and think.

Jadi kawan-kawan let us be optimist and always be prepared. Peringatan untuk diri sebenarnya. Hakikatnya macam itulah kehidupan, penuh rahsia. Ajal pun rahsia. Bahkan ajal adalah ujian terakhir kita. Waktu itu Allah tak kira sama ada kita bersedia atau tidak. Malaikat tidak pernah bertangguh menjalankan tugasnya merentap nyawa manusia. Ayuh, kita sedia!

Think positive and never loose hope!

Hidup ini sentiasa mencabar tetapi harapan itu masih ada. Debaran peperiksaan pun makin terasa. Tidak dinafikan selepas pelbagai peristiwa yang berlaku, Sinar pernah hilang keyakinan dalam meneruskan misi hidup. Alhamdulillah, Allah masih memberi kekuatan pada diri melalui keluarga dan sahabat-sahabat. Ramai yang mengingatkan untuk optimis. Terharu. Dalam dosa yang menimbun masih diberi peluang untuk mengecapi nikmat yang pelbagai. Moga Allah ampukan dosa-dosa Sinar. Esok merupakan hari terakhir kuliah di Tahun 4. Maka akan bermulalah sesi berhibernasi (study leave). Misi mengutamakan yang utama. Doakan Sinar ya =)

Exam End Round

End round Ophthalmology : 1 jun 2010

Exam final 4th year

.:Written:.

Community Medicine : 12 jun 2010
Forensic & Toxicology : 19 jun 2010
Ophthalmology : 23 jun 2010
Ear,Nose & Throat : 27 jun 2010

.:Fasa berikutnya:.

Oral & Practical ENT : 30 jun 2010
Oral & Practical Ophthal : 3 julai 2010
Oral Forensic & Toxicology : 5 julai 2010
Oral Community Medicine : 7 julai 2010

Kemudian pulang ke Malaysia (^_^) Doakan semua selamat ya.
Salam mahabbah...

16 comments:

nurizbhr said...

salam perjuangan sha..
All the best.. doakan ana gak..
jadual final 2nd year kali bnr2 mencabar..apapun kena 'be positive'

kita DUTA ISLAM walau dlm apa jua keadaan n di mne kte berada..

ummu said...

salam perjuangan sis
Optimis suatu sifat yang amat baik untuk membina kjayaan.
bittaufiq wannajah.insyaAllah

Khazinatul_Asrar said...

Jazakillah ukhti atas peringatan yang diberikan olehNya melalui ukhti. Allahuakbar, kdg kita terlalu mengeluh yg sepertinya terlalu besar ujianNya di situ, tp lupa saudara mara di Palestin yg mana lagi hebat ujianNya. T_T

Suka sgt lagu ni,pernah dgr dan selalu bermain dihati :D

Bittawfiq wannajah fi imtihan ukhti! Sungguh, disebalik kesusahan pasti ada kesenangan. Kalau bukan skrg, pasti akan dtg. janji ALLAH itu pasti ;)

adar said...

Insyaallah..sabar membawa kejayaan..

sinar_islami said...

me to nurizbhr:

Salam perjuangan juga buat izzah..
InsyaAllah, kita sama-sama usaha sehabis baik.(^_^)
Jadual dah tak leh ubahkan..
So bulatkan tekad dan selalu berdoa agar Allah permudahkan..

Saya Duta Islam~Suka!!!

me to Ummu:

Syukran Ummu atas doanya =)
Betul3... optimis tu penting..
baru boleh hidup bahgia tak kiralah apa ujian yang melanda dan orang optimis sahaja melihat masalah itu sebagai peluang..
Moga Sinar, Ummu dan yang lain berjaya di dunia dan akhirat..
Be Optimist! Yeah..

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Jazana wa iyyaki (^_^)
Sebenarnya ini peringatan dri Allah..
Ana pun banyak belajar erti hidup dari teman sekeliling dan dari anti juga..
Dalam kepekatan jahiliah, kita kena bijak memilih suasana yang Allah redha..
Ana sendiri pernah tewas..tapi mujahadah nafs itulah membezakan kita dgn non muslim..
Islam itu indah, nilai-nilai yang Islam bawa semua kena dengan fitrah manusia tapi kitalah yang selalu leka, selalu mengeluh dan kurang bersyukur..
Moga Allah pelihara iman kita..

Doakan ana ya..Nervous juga ni. Moga Allah pandang usaha ana. Natijah terserahlah...Redha (^_^)

me to adar:

InsyaAllah...doakn ya =)
Moga kita sabar hadapi segala ujian..

EdAlia said...

Salam,
Ya Allah lamanya tak menjenguk blog sahabat-sahabat. Apa pun, selamat menghadapi peperiksaan kepada Cik Sinar.. optimis, optimis!
Semoga usaha kalian mendapat keredhaan Allah, Ameen.. =)

sinar_islami said...

me to EdAlia:

Salam ukhtie..
Asalkan masa anti dimanfaatkan itu dah bagus..
ada masa lapang bolehlah jenguk blog...
Bila anti nak update blog tu..
Kalau ana ziarah blh la juga ana shout kalau ana segan nak komen..(^_^)

mamawana said...

Salam caiyang..

Carilah kebahagiaan yg haqiqi. Moga sukses dan terus sukses....amin.

sinar_islami said...

salam mamawana (^_^)
salam mahabbah...

Ameen..moga Allah dengar doa mamawana..
Moga Allah permudahkan urusan mamawana juga

hoodsunny said...

Allah, kau tahu aku kuat adalah dgn kaih sayang dan simpatiMu. Aku lemah adalah kerana aku lalai thdp ketaatanku padaMu.

Allah Kau terimalah, perkenankanlah doa temanku ini~

Taqabbalallahu minna wa minkum..

p/s: missing you~

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Taqabbal Ya Karim..
Moga Allah dengar rintihan hamba-Nya..
Sungguh lemah tanpa Dia..

Wahashtini bardu..

haway mutasawwil said...

bittaufiq wa najah.

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Jazakallahu kheir..
Rabbuna yusahhil insyaAllah..

EdAlia said...

to Cik Sinar:
Ana baru mula kerja kat tmpt bru, itu yang bersawang blog tuh.. huhu
Artikel disimpan dalam 'draft' kepala je, belum sempat dinyata kat blog.. Kurang istiqamah ni, kena revise balik.. =)

sinar_islami said...

me to EdAlia:

Hehe..tak pe..take your time..
Lagi2 orang dah keje..ana ni..huhu lambat lagi..Enjoy zaman study la dulu kan..
InsyaAllah, kalau lapang anti update..
Moga Allah mudahkan..