BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 02, 2010

Hanya Kerana Mata

Agak tertunda kerja-kerja saya kebelakangan ini. Semua datang bertimpa-timpa. Alhamdulillah kerja yang banyak itu tidak memungkin saya untuk membuang masa cuma diri ini kena lebih sistematik mengatur kerja. Alasan harus dibuang jauh. Ketika mahu lelapkan mata, bermacam-macam perkara difikirkan. Kadangkala sebelum melelapkan mata, pantas pusing ke kiri dan pusing ke kanan lama juga baru diulit mimpi. Terinsomnia seketika. Maaf kepada kerja-kerja yang tertangguh dan maaf juga pada rakan sekerja (ops seolah saya seorang pekerja bukan pelajar pula). Sungguh saya juga tidak suka menjadi manusia penangguh kerja kerana ia akan melibatkan masa orang lain dan melambatkan proses kerja orang lain. Maaf dan maaf. Sekarang saya berusaha berlari mengoptimum waktu waktu yang ada.

Ophthalmology subjek berbisa:

Sekarang saya sudah pun hampir tiga minggu di round baru iaitu Ophthalmology (Mata). Ya subjek ini menarik. Namun terasa kecacatan diri ekoran mata rabun dan berhajatkan cermin mata. Namun subjek ini merupakan subjek terakhir untuk kami pelajari di Tahun Empat ini dan subjek ini menduga kesabaran kami. Cabarannya pelbagai. Dari doktor yang pelbagai personaliti, jadual yang begitu fleksibel dan juga kemudahan pembelajaran yang disediakan amat menguji kesabaran. Terus bersabar dan usaha untuk bersyukur.

Dari kerana mata

Mata merupakan nikmat yang Allah kurniakan. Dengan mata kita dapat melihat warna, benda, manusia dan alam ciptaan-nya. Ya, dengan mata kita dapat melihat betapa besarnya kebesaran dan keagungan ciptaan Allah. Mata yang kelihatan biasa ini sebenarnya terlalu kompleks mahu ditafsirkan. Ya mungkin sains dapat menggambarkan struktur dan lapisan mata tapi saya cukup yakin masih wujud rahsia yang tersembunyi. Rosaknya mata akan menghilangkan separuh kepuasan dalam menikmati hidup seharian. Sekalipun kebanyakan penyakit mata ada penawar dan rawatannya namun tetap tidak sama. Keaslian mata dan fungsi mata adalah hak mutlak yang Allah jadikan. Maka nikmat tuhanmu yang mana kamu dustakan?




Namun dengan anugerah ini juga manusia lupa, manusia alpa dalam menghargai mata. Ada mata tapi hati buta. Tidak pernah melihat dunia dengan mata hati. Lihat sahaja kekejaman yang kita lihat saban hari, sahabat di Palestin di bunuh, peperangan wujud di sana sini semuanya hasil kotornya mata hati. Mata yang berada di kepala tidak berupaya menghargai apa yang dilihat sekiranya mata hati sudah gelap dan kotor dengan ajakan taghut yang hina. Fitrah manusia sukakan keamanan, bencikan keganasan tapi manusia jenis apakah yang sentiasa dahagakan darah lawan... Renungkan...

Mungkinkah kita juga spesis yang sama?

Apa perasaan melihat si anak kecil comot di jalanan...
Apa perasaan melihat si tua compang camping mengemis di jalanan...
Apa perasaan melihat kawan dalam kesusahan...
Apa perasaan melihat Nabi Muhammad diperlekehkan...
Ya mungkin ramai yang lebih memikirkan perut sendiri...
Ya mungkin ramai yang kata, bukan aku yang diuji...

Di manakah peranan pemimpin dan di manakah peranan kita? Atau kita sekadar mampu melihat...dan melihat...tanpa berbuat apa-apa? Atau kita masih mencari salah sahabat seperjuangan sementara umat lain tenat menunggu bantuan. Oh, saya masih tidak dapat menerima hakikat mengaku faham agama, faham dakwah tapi masih mahu bercakaran. Rasulullah ajarkah kita berbuat demikian? Tidak bukan!!!

Sungguh sadis sebenarnya...

Bangunlah, usaplah mata hati dengan air keimanan bukan hasad dengki!!!

Sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada

(Al-Hajj 22: 46)

Jazakallahu kheir pada warga PERUBATAN yang menjayakan Lifeline 4 Gaza
Tanda hati antum hidup insyaAllah...
Sama-sama meneruskan kehidupan dalam memberi dan menghargai...
Lihat dan hayatilah setiap epilog suka dan duka ummah dengan mata hati...
Wallahu'alam...

10 comments:

hood@sunny said...

hehe, tahu dah tabiat sha..
lepas update, jalan2 belog org yee..


jzkk dtg ziarah~

sinar_islami said...

time ni pun nak kisah blog sendiri dan blog2 orang lain..hehe..

tapi rasanya blog huda..i ziarah dulu baru update..hehe..

doakan ana huda..sekarang ni dah musim panas, so amat menguji temper ana juga...(^_^)

EdAlia said...

Salam,

Wow Cik Sinar, seronoknya belajar tentang mata..

Allah kurniakan mata kepada kita untuk melihat, melihat kekuasaanNya, melihat penciptaanNya. Lalu turun ke hati untuk mengucapkan syukur kepadaNya. Terus bersambung ke akal untuk memikirkan hikmahNya.
Ya Allah, bantulah kami menggunakan mata kurniaMu ini dijalan yang diredhaiMu.

Sedikit sedih, dana Lifeline 4 Gaza masih belum mencapai targetnya. Ayuh sahabat, dimana sumbangan kita?

Terima kasih kerana sudi berkongsi ye Cik Sinar. Panjang pula komen kali ni.. :p

hoodsunny said...

wah~ terharunyaa.. sha g ziarah blog ana dulu..

selalu je nt ada idea nk update belog kn?

ana ni malas campur tumpul idea, tu yg bersawang2 je belog tuh..

hehe bila nk ziarah umah ?:P

sinar_islami said...

me to EdAlia:

(^_^) Alhamdulillah seronok tapi untuk subjek ni memang menduga iman disebabkan sikap manusia...
ish3...moga saya dapat bersabar...
Belajar mata ni betul2 kena asah mata hati...

Jom bantu saudara di Palestin selagi mampu. Ini masa deme, entah bila pula masa kita...

=) tak pe je panjang ukhtie...mencerahkan lagi entri ana ni

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Buat drama pula cik hood ni...
Bukan sehari dua kita kenal...
takkan la tak nak singgah...
Tapi tu lah...editor nuwwair ni asyik sibuk je kan..smpi blog tak terupdate =P
Jangan marah ukhtie...
Uhibbukifillah...gurau gurau sayang tu..
Moga Allah berkati mu...

Anonymous said...

Assalammualaikum syarifah..mcm mana study mata? best x? ni frdaus yg prnah d katakan husna...frdaus x th mcm mana nk contact syarifah ...husna dh ceritakan tntg segalanya pd frdaus...frdaus mntk ym dr husna tp husna bg th syrifah x bg...syarifah bleh frdaus nk jd sahabt atau kwn kpd syarifah..

sinar_islami said...

me to Anonymous:

salam kembali buat firdaus...
Alhamdulillah study mata ni menarik cuma mcm yang ana cerita di atas agak menguji kesabaran...
Husna dah cerita semua ya? baguslah (^_^)
Better macam tu kot...
kalau nak tahu perkembangan dari sini pun insyaAllah boleh. Nak tanya apa2 pun blh but tnya through husna...Blh kan camtu?
Moga redha Allah bersama kita smua..
InsyaAllah kita semua saudara..diikat atas akidah yang sma...

Wallahu3alam...

haway mutasawwil said...

dari mata jatuh ke hati

sinar_islami said...

=) mendalam tu...

dari mata yang melihat akan berputik kesedaran di hati...

imanlah pemandu, mata dan hati...