BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, September 05, 2010

Ada tong tak?

Kisah 1

Seorang pesakit lelaki berbangsa Cina yang luka di tangan dibawa masuk ke bilik prosedur Jabatan kecemasan yang disediakan. Sudah pasti tangannya bakal dijahit.

"Uncle, ni kenapa?
"Itu kaca, kena tangan saya ma"
"Ada tong tak uncle"
"Banyak tong la encik"

Sambil Encik F selaku penolong pegawai perubatan membuka balutan, kami sebagai pelajar elektif memerhati dengan tekun. Terkejut sebentar melihat luka yang dalam dan besar. Otot pun dapat kami lihat. Naik mual juga melihat darah yang keluar. Walaubagaimanapun, inilah masanya membiasakan diri.

Terus En F mengambil ubat bius. Di suntik "local anesthetic" atau ubat bius di kawasan luka.

"Ada tong lagi tak?"

"Ada rasa kebas, tong sudah kurang ma. Tapi hati saya manyak tong. Tak tahan tengok itu darah"

"Hati pun boleh tong ye uncle?" Beliau angguk perlahan sambil tersenyum.

Kami semua tersenyum. Ngilu barangkali pakcik ini. Empathy. Tapi bab-bab hati ni memang unpredictable. Ngilu ke, fobia ke, sakit hati ni bukan boleh digambarkan. Liver disease ye lah boleh kita kesan melalui MRI ke, CT ke. Oh hati, hati. Sinar pun mula ngilu.

"Ha, sekarang barulah kita boleh jahit. Sakit pun dah kurang dan akan beransur hilang. Tapi keje menjahit ni kena cepat dan selamat sebab sekejap je kesan ubat ni." Terang Encik F.

Inilah antara peralatan dan cara yang akan digunakan. Gambar hanya sekadar latihan mengunakan gauze bukan kulit manusia :) susah nak tangkap gambar patient.

Kami mengangguk faham. Kena ada juga kemahiran bercakap dengan pesakit. Paling kurang tahu beberapa kalimah bahasa mereka. Tong tu sakit rupanya.(dieja berdasarkan bunyi, mungkin Sinar salah eja)

Akhir sekali, ucapan terima kasih daripada pesakit benar-benar membuatkan hati terharu.

Kisah 2

Pada suatu petang, Sinar diberi peluang untuk mengambil ABG (Arterial Blood Gas) buat pertama kali. Berdebar tak terkata. Apatah lagi pesakit ini mengalami SOB(Shortness Of Breath) dan sudah biasa dimasukkan ke hospital kerana mengalami beberapa episod SOB. Mana tahu tiba-tiba kredibiliti kita dipertikaikan. Maklumlah kami pun masih belajar. Memang banyak benda yang kami tidak tahu. Ada juga pesakit yang merasakan dirinya bahan eksperimen. Apa pun, kita kena ada kerendahan hati. Baru Allah buka jalan untuk belajar.

Seterusnya, setelah nadi ditemui dan membaca bismillah terus jarum di masukkan, Alhamdulillah Allah izin darah terus memasuki syringe. Berjaya!

Pakcik tu memang ramah orangnya. Dalam debaran tadi sempat juga menangkap beberapa kata-kata beliau.

"Good! tak sakit. Look! The key is don't be rush and panic. Just be calm. So you can manage it. Allah akan mudahkan. Believe in god." Terharu pula mendengar kata-katanya.

Setelah selesai, kami pun mengambil sejarah pesakit. Di situlah bermula pelbagai cerita. Kesian pula kami mendengarnya. Namun ada beberapa cerita yang kami kurang pasti kesahihannya. Sebagai doktor, mencari punca penyakit adalah penting. Maka mengarahkan soalan kepada beberapa punca juga penting dan menjadi wajib.

Kemudian, kami ingin melihat kondisi peparunya menggunakan 'stethoscope'. Sedang teman Sinar ingin memasang 'stethoscope' di telinga, Sinar dan tiga lagi teman mendengar bicara pakcik ni. Hinggalah kata-kata ini benar-benar menimbulkan tanda tanya.


"Ha, kenapalah pakai tudung macam ni." Beliau merujuk kepada tudung litup dan labuh yang kami pakai.

"Kan susah, nak pasang stethoscope tu. Ni semua tudung Anwar Ibrahim ni. Selendang kan senang. Zaman Hang Tuah dulu pun, pakai selendang je. Senang pun senang." Gitulah celoteh pakcik itu.

Silapnya kami, mulut kami hanya terkunci. Sinar tergumam sambil memandang teman di sebelah. Panic juga mendengar kenyataan itu. Masing-masing bermuka pelik. Kami pun tidak pasti sejauh mana kefahaman beliau. Awalnya elok beliau mengingatkan kami pada Allah. Singkat sebenarnya perkenalan ini maka tidak wajar kita menghukum, pasti ada yang tidak kena. Sepatutnya tugas kita membetulkan. Moga beliau dikurniakan kefahaman yang jitu. Moga hidayah milik kita semua.

Aduh, lain kali kena bersedia dengan soalan dan fakta provokasi daripada pesakit. Kita kadangkala delima antara penyakit yang pesakit hadapi dan kefahaman yang berpenyakit juga. Tugas doktor ada dua, merawat sakit zahir dan batin. Walaupun masa suntuk. Kita kena tangkas. Barulah bonus namanya.

Yang mana yang lebih tong, sakit badan ke, hati yang sakit?

Sinar~Islami
Puchong
Mood : ED dalam kenangan
Banyak lagi yang Sinar perlu perbaiki... Doakan...

7 comments:

Nadiah MD said...

haha... rindu2 :)

sinar_islami said...

me to Nadiah MD:

Rindu2...Sampai termimpi2.
Banyak lagi kita kena belajar.
Thank you so much. Harap tahun depan dapat improve lagi.

Semalam tarikh pentingkan..
welcome to the club. sweet 22 (^_^)

didie said...

mcm glemer je ayat pak cik tu..keh2...

apapun moga sinar terus tabah ye..salam ramadhan dan selamat hari raya..luv u sinar..=)

Lek said...

Pakcik tu ingat doktor rawat pesakit dgn tudong kot dan bukan pakai otak (kemahiran)

Lek said...

Mengambil SWOT analysis (turn threat to opportunity), bakal-bakal doktor boleh sahut cabaran pakcik tadi. Boleh fikir macam mana nak cipta stethoscope tanpa perlu menyangkutnya kat tepi telinga.

Khazinatul_Asrar said...

Soalan cepu mas tu. Erm, betul kata Lek Sya, mungkin teguran dia tu satu opportunity utk kita as muslim fikirkan dan create stathoscope yg unik tanpa perlu sangkutkan kat tepi telinga. Hehe. Who knows kan? ;)

Tong tu apa? huu.sorry org bidang lain mcm ana ni blurr sket kalau masuk bab2 medic ni :D

sinar_islami said...

me to didie:

common words kan utk suruh doc cool..
Syukran didie atas sokongan..
Salam ramadhan dan moga momentumnya terus kekal hingga bulan2 lain.. (^_^)
lama tak nmpk didie..rindu terubat jga..

me to Lek:

Mungkin jga.. Kena fikir dari satu sisi lain..
Sekarang dunia perubatan cepat je ada perubahan..
Stethoscope menunggu giliran :)

me to Khazinatul Asrar:

Tu la, kena sahut cabaran ni. Hehe
Oh Tong tu bahasa cina, maksudnya sakit.