BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 08, 2010

Ramadhan pergi, Syawal kembali

Ramadhan berlalu pergi...

Bila dibaca hasil tulisan rakan-rakan blogger, banyak yang menyentuh hati. Hinggakan diri ini lebih banyak menghabiskan masa merenung diri daripada menukil di laman blog ini. Ya, kita tahu ibadah di bulan ini penuh ganjaran bahkan pintu taubat dibuka seluas-luasnya namun mencetus mahu dan mampu itu kadangkala sangat payah diertikan bukan? Sinar sendiri akui...


membentuk diri bukan sekelip mata, tapi perlu proses dan masa...

" Ramadhan, madhrasah tarbiyah diri"
" Ramadhan, kem bina jati diri"
" Ramadhan, institusi pemangkin iman dan penawar hati"

Begitu banyak slogan yang dilaung-laungkan. Begitu banyak tazkirah dan ceramah yang mengisi masjid, surau, sekolah bahkan tempat kerja pada bulan ini. Tanda ada golongan yang ingin menghidupkan. Namun diri kita bagaimana? Melihat Ramadhan pergi dan bagaimana diisi, terasa masih banyak lompong di sana sini. Hinggalah akhirnya kita benar-benar di penghujung Ramadhan pada tahun ini. Syawal pula sudah mengamit di hujung titi.

Syawal pula kembali...

Sudahkan diri benar-benar pulang pada fitrah insani? Justeru layakkah diri menyambut eidulfitri pada Syawal yang sangat dinanti ramai? Apakah yang kita nantikan sebenarnya?

Pada satu sudut, diri sedih kerana bukanlah graduan terbaik dari institusi Ramadhan kali ini. Maka terasa tidak layak.

Pada satu sudut, diri bersyukur kerana masih diberi peluang daripada-Nya merasai hebatnya Ramadhan. Kalau diizinkan Allah Syawal itu hadir, kenikmatan bertemu sanak-saudara yang jarang sekali berkumpul adalah satu anugerah persaudaraan buat Sinar.

Ya. Itulah kita. Hamba yang kerdil. Sentiasa ada silap di sana sini. Jadikan Ramadhan yang pergi medan muhasabah diri, Syawal yang datang medan kita pertingkat amal Islami. Istiqamah itulah kunci dalam beramal. Hebat dalam Ramadhan bukanlah beerti dia jaguh di bulan-bulan hadapan. Mujahadah, mujahadah itu yang perlu kita lakukan. Bekalan yang kita perolehi di bulan Ramadhan, moga kekal bermanfaat untuk sepanjang perjalanan.

Moga Allah tautkan hati para graduan Ramadhan dengan tautan keimanan dan ketakwaan. Justeru akan lahir persaudaraan dan kemaafan yang berpanjangan. Akhir kalam, salam kemaafan dan salam mahabbah buat warga pembaca sekalian. Uhibbukumfillah.

3 comments:

haway mutasawwil said...

slm.best part nih.

Pada satu sudut, diri sedih kerana bukanlah graduan terbaik dari institusi Ramadhan kali ini. Maka terasa tidak layak.

Pada satu sudut, diri bersyukur kerana masih diberi peluang daripada-Nya merasai hebatnya Ramadhan.

faris pun cam akak gak.tahun ni rase bukanlah graduan terbaik ramadhan .banyak benda disia-siakan.erm

Abu 'Ubaadah, Abdul Haliim MRARSRS said...

kembali ke pangkal pokok yang tinggi...jangan terjun untuk cepat sampai...sebaiknya turunlah dari dahan ke dahan...

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Allah yang beri perasaan tu kan.
Syukur pada-Nya.
Dalam kekurangan Allah masih kasihkan kita.

me to Abdul Haliim:

mendalamnya maksud...
Jazakallah atas kata2 yang indah ini...
Setiap sesuatu ada tahapan apatah lagi dalam membina diri dan mempertingkatkan iman di hati...