BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, September 13, 2010

Memori Aidilfitri 1431 H : Penuh pengertian

Apa khabar semua? Sihat?


Semoga sihatlah jasmani dan rohani kita :) Maklumlah sudah sebulan kita puasa rugilah sekiranya jika disia-siakan apabila syawal tiba.

Sebenarnya terasa rindu pada kalian dan laman ini. Alhamdulillah, semalam Sinar selamat tiba di rumah. Sudah 5 syawal rupanya. Perjalanan 4 syawal yang penuh pengertian buat diri. Setiap Syawal yang berlalu punya kisah tersendiri :) Banyak yang perlu direnungi. Hakikatnya Syawal ini membahagiakan di samping menginsafkan diri. Walauapapun, Sinar harapkan, segala sesuatu itu akan menjadi saham kebaikan di akhirat kelak. Perjalanan hidup ini ada hikmah tersembunyi. Alhamdulillah, Aidilfitri ini ada sinarnya. Rasanya masih belum terlambat untuk Sinar ucapkan "Salam Aidilfitri, maaf zahir batin" pada semua yang mengenali diri.



Raya pertama : Perlis

Alhamdulillah diberi peluang untuk beraya di bumi kelahiran walidku pada tahun ini. Sudah lama tidak beraya bersama. Namun, bumi Perlis ini sentiasa menjadi kunjungan Sinar walaupun bukan di Hari Raya. Saling bermaafan di hari raya membuatkan hati tersentuh. Tapi suka Sinar ingatkan diri, keluarga dan teman, walaupun mudah menitipkan maaf di hari raya namun biar hati turut ikuti. Janganlah usai berakhirnya Aidilfitri, yang lama kita ungkit kembali. Semoga hati kita turut memaafkan kerana Allah lebih jauh tahu apa yang tersembunyi tersembunyi di hati.


Gembira atau sedih sebenarnya terpulang pada kita menentukan. Kitalah yang mengawal perasaan dengan izin Allah jua. Maka, Sinar lebih suka menceriakan diri dari membiarkan diri diselimuti kesedihan di hari raya. Maklumlah bukan selalu boleh berjumpa sanak saudara. Sudah pastinya banyak gambar sinar 'pukul' walaupun hanya guna kamera kecil. Janji kena senyum baru dapat 'tembak' gambar (^_^) Siapalah mahu belanja kamera yang cun tu ye. Sabar menanti ni.


Senyum!!


Suka melihat gambar ini, lagi-lagi kamera itu.

Raya kedua: terengganu

Usai sahaja solat jumaat di hari raya pertama, kami sekeluarga sudah bersiap-siap mahu bertolak ke Terenganu pula. Tahun ini ada sedikit kelainan kerana kami beraya di kedua-dua kampung.

Di Terengganu, semua adik beradik ummi pulang ke kampung memandangkan Tokki dan Wan ingin mengadakan kenduri doa selamat sempena dikurniakan cucu melebihi 50 orang. Maka, pada hari raya ini kami merakam gambar bersama keluarga besar tetapi masih ada kekurangan ahlinya.



Kemeriahan sangat dirasai. Apatah lagi apabila melihat anak-anak kecil riang gembira berlari ke sana sini. Banyak sungguh wajah baru. Hanya Allah yang tahu gembiranya hati ini melihat mereka. Terbit rasa sayang pada keluargaku ini.


Hana yang ayu. Grrr. Geram.


Rupanya Faris sepupuku juga. Ahaks, baru Sinar tahu.


Penat menyuruh si Asma turun. Huhu

Sinar juga cukup terharu kerana buat pertama kalinya Sinar dapat merakam kenangan bersama walid, ummi dan adik-beradik Sinar. Alhamdulillah cukup 11 orang keanggotaan di tambah pula kehadiran orang baru iaitu adik ipar Sinar. Maklumlah apabila tiba sahaja hari raya, adik-adik Sinar pasti hilang entah ke mana ketika sesi bergambar.



Raya Ketiga : Majlis Kesyukuran Sahabatku

Hari ini sangat dinanti-nantikan oleh seorang teman sekuliahku. Ya, inilah hari dia diijabkabulkan bersama pemuda yang dia yakini sebagai pendamping hidupnya. Alhamdulillah, Sinar dapat hadiri. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Ayu sekali temanku pada hari itu. Sinar juga tumpang gembira. Syukur majlis berjalan lancar. Tema putih di saat akad nikah lambang sucinya ikatan yang terbina. Tema merah hati sudah pasti menjadi pilihan temanku ini. Cantik semuanya. Semoga redha Allah bersama kalian.


Tersarung sudah cincin di jari manisnya



Hantaran lambang kasih berpadu

Syukur, Aidilfitri ini penuh warna-warni (^_^)

Akhir kalam, Moga Allah sentiasa rahmati kita semua.

Salam Lebaran dan Salam kemaafan buat semua.

11 comments:

haway mutasawwil said...

slm.

bilo plop faris jd kazen kak sinar?.koya2.hehe.

mane gmbr pengantinye?ngee

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Alhamdulillah, ada jga kazen nama faris. Allah izin sama pula nama. Faris ramai kat dunia ni. Hehe. Jangan perasan ye.

Ha, akak sengaja x letak gmbr pengantin sbb kena minta izin dlu. Nak minta izin tu la akak segan.

duha said...

assalamualaikum kak..
selamat hr raya..
macam bes je raya kali ni :)

hehe..
tahniah buat sahabat akak~

sinar_islami said...

me to duha:

Alhamdulillah, best tp ada jga yang kurangnya.
Hehe, duit raya tak mencapai target.
Duk ucap tahniah kat orang, duha bila lgi? Boleh akak wish. (^_~)

ps: slmt hari raya, nak duit raya :) terharu tgk duha drop sini. Org bz tuh.

mamawana said...

Salam bahagia di hari lebaran

Meriahnyer.....cute cute...

sinar_islami said...

me to mamawana:

Salam bahagia kembali...
maaf zahir batin :)
Mesti meriah juga mama raya kan?

Khazinatul_Asrar said...

Eidul fitri mubarak ukhti :)

Kullu sanah wa anti bi kheir.

Maaf ya jika ada salah silap, terkasar bahasa dan terlanjur bicara sepanjang perkenalan kita.

Jemput dtg ke rumah ana jumaat ni (24/9) di Gombak. Ada buat mkn2 sket utk kwn2 ;). Besarlah hati ana jika anti dapat hadir. Email ana no hp anti ya? sirrulasrar@gmail.com

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Salam Aidilfitri maaf zahir batin...
Kullu sanah wenti toiyibah...

Wah.. siap ada makan2 ni..
Hehe kena tnya famili dlu ni..
Hajat la nak rasa air tangan anti. Mesti sedap!!

Huhu, gemuk la ana blik raya ni..

Syarifah Fatin said...

Cumenya gmbr hana tu, mcm budak cina...putih...

sinar_islami said...

Me to Fatin:

Fatin, adik along pun cumel jga...

Noor Asyila said...

salam aidilfitri kak sya :)