Wednesday, January 26, 2011
Sujud hamba merdeka
Posted by sinar_islami at 4:38 AM 7 comments
Labels: Mesir Berbicara
Thursday, January 13, 2011
Kanak-kanak dan Dewasa Berbeza
Posted by sinar_islami at 10:03 PM 2 comments
Labels: Mesir Berbicara
Saturday, January 08, 2011
Ada apa dengan Januari?
picture by claudia rosa
:: Bulan yang sejuk ::
Hari keputerian diri sendiri : Love Winter (^_^)
Hari keputerian dan keputeraan sahabat-sahabat Sinar
Berakhirnya Paediatrics
Musim peperiksaan
Bermulanya Surgery
Winter Break
:: Kedatangan buah hati ::
Nak berkongsi beberapa gambar sempena hari lahir... Mengimbau kenangan beberapa hari lepas..
Syukran Akma, Asma, Azfar dan Aisyah
Kek kedua yang menyusul... Costa tu. Sedap!
Syukran Effa dan Wang
Adik-adik di rumah Along sila jelous
I got 3 cakes actually... (^_^)
Sushi! Syukran Syarfa' atas pemberian ini. Suka :)
Sedap dan tidak cukup... Hehe
Kenangan di wad kanak-kanak pada 5 Jan 2011
Sinar rindu pemberi kotak ini (Hadiah tahun lepas)
Terima kasih sahabat kerana tahun ini menelefon..
Di kesempatan ini juga Sinar ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir juga buat sahabat-sahabat Januari. Mungkinkah golongan Januari bakal frontliner dalam segala hal? Harapnya begitulah. Penuh planner Sinar dibuatnya. Hargai peluang yang ada ini untuk melengkapkan diri. Kita sangat diperlukan dan mungkin satu hari nanti tenaga kita perlu di medan perang. Kemenangan tidak berpihak di hati Muslim yang keruh imannya. Wallahu'alam. Terlalu kerdil untuk diri ini berbicara.
10 Januari Puan Balqis Asma Saidah
12 Januari Puan Nik Noramalina Rozik
19 Januari Muhammad Syafiq & Izzat Ibrahim
21 Januari Atikah Abd Razak
23 Januari Salihah Muda
25 Januari Syafaf Jumiran
27 Januari Aisyah Ruqayyah & Noor Amalina Jamal
28 Januari Nurulhuda Ahmad Sani
31 Januari Safiyah Ahmad Yusoff
Salam Perjuangan Semua :)
Posted by sinar_islami at 9:48 PM 12 comments
Labels: D~Hearty
Wednesday, January 05, 2011
TanggungJawab?
Apa yang kita pikul, apa yang ada dibahu kita, apa yang diamanahkan, itulah yang bakal disoal oleh pemberi tanggungjawab. Apatah lagi sebenarnya kita diciptakan untuk berubudiyah pada Allah. Maka itu sahaja sudah menunjukkan bahawa kehidupan itulah TANGGUNGJAWAB kita.
Hari khiamat pasti tiba dan padang masyhar itulah tempat terungkai segalanya. Gerun hari apabila mengingatnya...
Di dunia, secara keseluruhan. Setiap detik itu adalah tanggungjawab kita. Cuma mungkin kita sering terlupa dan cuba lari dari tanggungjawab yang sedia ada. Ya, lihat sahaja kehidupan kita hari-hari. Bagaimana kita kendali?
Bagaimana kita dengan Allah dan Rasulullah?
Bagaimana kita dengan Ibu bapa,keluarga dan kenalan?
Bagaimana kita atur masa?
Bagaimana kita berinteraksi dengan manusia?
Ya semua itu ada tanggungjawabnya.
"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinan itu".
(Hadith riwayat Sahih Bukhari Muslim)
Nah, setiap daripada kamu...! Maka tiada terkecuali. Dan terbukti, apabila tiba hari pengadilan nanti kita bakal disoal tentangya.. Maka jawablah..
Kenapa kamu ingkar dengan Allah?
Kenapa kamu lalai dengan dunia?
Di mana letaknya amar makruf nahi mungkar?
Di mana hilangnya anak soleh, suami isteri yang taat Allah?
Di mana pelajar pelajar mithali, pekerja mithali?
Terselit ketakutan di hati Sinar. Masih banyak 'checklist' yang perlu dilakukan. Beranjak sesaat, sudah tua sesaat. Makin dekat dengan 'mahkamah pengadilan'. Ke mana nak lari? Oh sungguh tiada tempat..
"Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini"
(Abraham Lincoln)
Terkenang sebuah peribadi yang diamati sepanjang berada di jabatan kanak-kanak. Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum peperiksaan tiba. Prof Dr Hesham Safouh merupakan ketua unit kami. Sungguh saya melihat beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab.
Sesibuk Dr Hesham pun beliau masih sempat mengantikan anak buahnya mengajar. Berkali-kali. Inilah kali pertama saya lihat Ketua Unit benar-benar cakna anak buah, anak murid dan pesakitnya. Walaupun kelihatan tercungap-cungap ketika memasuki kelas, memandangkan Dr yang bertanggungjawab tidak dapat hadir, beliau masih tenang dan sentiasa ceria mengajar. Walaupun selalu sahaja menjadi bidang terjun, tiada keluhan yang Sinar dengar. Ilmunya sahaja dihujung jari. Sedaya upaya melunaskan tanggungjawab. Itu sikap seorang ketua. Menjadi backup kepada anak buah. Bukan sekadar goyang kaki. Bukan lepas tangan dan bukan menyalahkan orang lain.
Begitulah sebaiknya kita ber'aksi' sebagai seorang hamba. Pangkat dan darjat tidak menentuka kedudukan kita di sisi Allah tapi bagaimana kita melaksanakan amanah yang manusia beri. Maka tidak dapat tidak, kita perlu merasai Allah sentiasa mengawasi dan mengadili kita...
Sedar tidak sedar, 23 tahun sudah Sinar menjadi hamba-Nya di muka bumi. Entah banyak mana amal dan tanggungjawab yang Allah redha dan berpuas hati..
Sempena hari ketuaan ini... Moga semua insan yang kukenal berjaya melunas tanggungjawab hamba pada Pencipta-Nya. Moga kelak kita dikumpulkan di Syurga. Terima kasih pada Lek, Ummi, Murabbi, keluarga dan sahabat-sahabat yang mendidik diri untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab walaupun masih banyak cacat cela. Yang diharapkan hanya doa kalian moga hari-hari dalam hidup Sinar diberkati...
Salam perjuangan dan salam mahabbah buat semua...
اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب
"Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu.."
Posted by sinar_islami at 6:00 AM 12 comments
Labels: D~Hearty
Saturday, January 01, 2011
Oh Malaysiaku..
Orang kata kalau dah cinta dah sayang, baik buruknya kita telan. Begitulah rasa hati saya pada Malaysia. Panas juga telinga kalau orang kutuk negara kita, main isu bangsa, hina agama. Itu sudah lebih saya kira. Beradablah bukanlah biadab dalam mendepani sebarang isu. Selak balik lembaran sejarah. Susah payah nenek moyang pertahankan negara, kita pula nak hancurkan. Islam pun mengajar kita berakhlak mulia hatta dengan musuh, apatah lagi rukun tetangga, perihal bangsa dan negara. Kelemahan negara kita saya telan untuk mengharap satu perubahan dari sistem 'pencernaan'. Kekuatan itu bonus untuk terus maju ke hadapan.
Mesir tempatku berlatih berdiri, Malaysia tempatku bakal berbakti...
Sering ditanya akan keberadaan di Mesir, tak cukupkah universiti di Malaysia? Mesir bagus sangatkah? Ada yang ikhlas bertanya dan tak kurang juga yang sinis soalannya. Teringat lagi peristiwa sementara menunggu 'appointment' dengan doktor pakar.
" Kenapa kamu belajar sini? Sini bagus ke? Negara kamu tak de universiti" tanya seorang makcik.
" Ada je. Tapi tempat terhad sebab Malaysia ambil pelajar luar negara juga. Malaysia lebih bagus tapi sini ada kelebihan. Kami datang sebab Malaysia yang hantar dan dapat biasiswa" jawab Sinar selamba sedangkan hampir berbelas pasang mata memerhati. Harap-harap makcik ni tak terasa.
"Malaysia negara maju. Ramai je students dia kat merata dunia sampai ke London, Amerika" sampuk seorang pakcik yang berbaju kot, lagaknya macam orang kaya.
"Wah, hebat ! InsyaAllah. Allah akan tolong dan beri kamu kejayaan." Lega hati mendengarnya.
Itu antara senario yang sering berlaku. Serik juga bila lalu di kaki lima, ada yang menjerit "Hogga bongga". Mungkin ingat Malaysia masih penuh dengan hutan belantara, orangnya bercawat ekoran iklan pelancongan kita tentang etnik di Malaysia.
Malaysia Boleh!
Bagus juga ada slogan ni. Setidaknya wujud pemikiran positif di situ. Cuma 'percaya' itu yang sukar diraih oleh masyarakat kita. Kebanyakan belum cuba dah merungut. Yang paling 'best' orang lain penat berusaha, diperkotak-katikkan usaha mereka... Ish2 ini sikap yang kita kena buang...
Buktinya, dulu ramai pandang sebelah mata pada pasukan bolasepak negara. Sering menjadi mangsa kritikan ekoran persembahan dan kualiti permainan yang merosot. Nah tahun 2010 mencatat sejarah. Mereka mampu mengorak selangkah ke hadapan.
Namun, kita perlu waspada. Malaysia Boleh tidak menjamin sesuatu yang haram di halalkan. Yang halal diharamkan. (^_^) Rasanya terlampau banyak mengenai isu ini, rasuah, judi, pub, konsert dan lain-lain lagi yang harus kita ambil perhatian. Mungkin sahaja, negara lebih maju jika mengambil apa yang Islam gariskan.
Buktikan kata-katamu wahai 'Malaysian'
Najib dalam perutusan Tahun Baru 2011 berkata, tanpa sokongan dan kerjasama rakyat, segala yang dirancang dan mahu dilaksanakan oleh kerajaan tidak akan menemui kejayaan.
"Janganlah kita hanya berpuas hati dan hanya berpeluk tubuh menjadi pengkritik di tepian. Marilah kita corakkan masa depan generasi hari muka kepada yang lebih baik daripada hari ini.
"Kuasa membentuk adalah di tangan rakyat. Tunaikanlah tanggungjawab ini dengan sebaik-baiknya," katanya. - Utusan Malaysia-
Apa yang saya faham kenyataan PM kita tu arahan. Cepat-cepat tunaikan tanggungjawab anda (^_^) ZIKIR dan FIKIR...
Selamat tinggal 2010 dan selamat datang 2011...
Posted by sinar_islami at 5:00 AM 3 comments
Labels: Mesir Berbicara