BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, January 05, 2011

TanggungJawab?

Tanggungjawab?



Suka sinar mengingatkan diri sendiri bahawa kalimah tanggungjawab itu ada dua: Tanggung dan Jawab.

Apa yang kita pikul, apa yang ada dibahu kita, apa yang diamanahkan, itulah yang bakal disoal oleh pemberi tanggungjawab. Apatah lagi sebenarnya kita diciptakan untuk berubudiyah pada Allah. Maka itu sahaja sudah menunjukkan bahawa kehidupan itulah TANGGUNGJAWAB kita.

Hari khiamat pasti tiba dan padang masyhar itulah tempat terungkai segalanya. Gerun hari apabila mengingatnya...


Di dunia, secara keseluruhan. Setiap detik itu adalah tanggungjawab kita. Cuma mungkin kita sering terlupa dan cuba lari dari tanggungjawab yang sedia ada. Ya, lihat sahaja kehidupan kita hari-hari. Bagaimana kita kendali?

Bagaimana kita dengan Allah dan Rasulullah?
Bagaimana kita dengan Ibu bapa,keluarga dan kenalan?
Bagaimana kita atur masa?
Bagaimana kita berinteraksi dengan manusia?

Ya semua itu ada tanggungjawabnya.

"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepimpinan itu".

(Hadith riwayat Sahih Bukhari Muslim)

Nah, setiap daripada kamu...! Maka tiada terkecuali. Dan terbukti, apabila tiba hari pengadilan nanti kita bakal disoal tentangya.. Maka jawablah..

Kenapa kamu ingkar dengan Allah?
Kenapa kamu lalai dengan dunia?
Di mana letaknya amar makruf nahi mungkar?
Di mana hilangnya anak soleh, suami isteri yang taat Allah?
Di mana pelajar pelajar mithali, pekerja mithali?

Terselit ketakutan di hati Sinar. Masih banyak 'checklist' yang perlu dilakukan. Beranjak sesaat, sudah tua sesaat. Makin dekat dengan 'mahkamah pengadilan'. Ke mana nak lari? Oh sungguh tiada tempat..

"Anda tidak boleh lari dari tanggungjawab hari esok dengan menghindarinya pada hari ini"
(Abraham Lincoln)

Terkenang sebuah peribadi yang diamati sepanjang berada di jabatan kanak-kanak. Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum peperiksaan tiba. Prof Dr Hesham Safouh merupakan ketua unit kami. Sungguh saya melihat beliau sebagai seorang yang bertanggungjawab.


Sesibuk Dr Hesham pun beliau masih sempat mengantikan anak buahnya mengajar. Berkali-kali. Inilah kali pertama saya lihat Ketua Unit benar-benar cakna anak buah, anak murid dan pesakitnya. Walaupun kelihatan tercungap-cungap ketika memasuki kelas, memandangkan Dr yang bertanggungjawab tidak dapat hadir, beliau masih tenang dan sentiasa ceria mengajar. Walaupun selalu sahaja menjadi bidang terjun, tiada keluhan yang Sinar dengar. Ilmunya sahaja dihujung jari. Sedaya upaya melunaskan tanggungjawab. Itu sikap seorang ketua. Menjadi backup kepada anak buah. Bukan sekadar goyang kaki. Bukan lepas tangan dan bukan menyalahkan orang lain.


Begitulah sebaiknya kita ber'aksi' sebagai seorang hamba. Pangkat dan darjat tidak menentuka kedudukan kita di sisi Allah tapi bagaimana kita melaksanakan amanah yang manusia beri. Maka tidak dapat tidak, kita perlu merasai Allah sentiasa mengawasi dan mengadili kita...


Sedar tidak sedar, 23 tahun sudah Sinar menjadi hamba-Nya di muka bumi. Entah banyak mana amal dan tanggungjawab yang Allah redha dan berpuas hati..


Sempena hari ketuaan ini... Moga semua insan yang kukenal berjaya melunas tanggungjawab hamba pada Pencipta-Nya. Moga kelak kita dikumpulkan di Syurga. Terima kasih pada Lek, Ummi, Murabbi, keluarga dan sahabat-sahabat yang mendidik diri untuk menjadi manusia yang bertanggungjawab walaupun masih banyak cacat cela. Yang diharapkan hanya doa kalian moga hari-hari dalam hidup Sinar diberkati...


Salam perjuangan dan salam mahabbah buat semua...


اللهم إني أسألك حبك وحب من يحبك وحب ما يقرني إليك وأدخلني الجنة مع الحب

"Ya Allah, aku memohon kecintaanMU, kecintaan orang yang sentiasa mencintaiMU, kecintaan apa sahaja mendekatkan diriku kepadaMU, dan masukkanlah aku ke syurga bersama-sama kecintaan itu.."

12 comments:

Anonymous said...

Dedikasi istimewa buat sahabatku:
♥ Sanah Helwah ♥
╔♫╗────────╔═╦╗─♫╗╔╗─╔╗─♥──
║╩╠═╦═╦═╦╦╗║╚╠╬╦╣╚╣╚╦╝╠═╦╦╗
║╦║╬║╬║╬║║║║╔║║╔╣╔╣║║╬║╬║║║
╚╩╩╩╣╔╣╔╬╗║♫═╩╩╝╚═╩╩╩═╩╩╬╗║
Bersama-sama kita menelusuri kembara hidup di dunia ini dengan hidup penuh rasa dekat padaNya.
Salam sayang dari sahabatmu di Malaysia tercinta..♥

sinar_islami said...

me to ARMs :

Jazakillah ukhtie... unik :)

Khazinatul_Asrar said...

Sanah helwah juga buat ukhti.

Maaf kerana tak smpat jumpa ukhti di cairo haritu, agak kekangan masa sbnrnya. InshaAllah ada rezeki, kita jumpa lagi :)

Uhibbuki fillah <3

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar :

syukran ukhtie...
Takpe, ade kot jdoh kat mana2 tu...
Kalau pnjg umur, insyaAllah jumpa...
Doakan ana ye, mga terus thabat...

hoodsunny said...

saya x mahu tanggung dan x mahu jawaab~! boleh ke? T-T

sinar_islami said...

me to hoodsunny :

Agak2 kalau Rasulullah ada, baginda kata boleh ke tak?

Kita masing2 lemah tapi kita cuba ya..

haway mutasawwil said...

bilo ai jd kak neh?smoga mnjd insan btakwa.doakan frs gop jd baik.smkn laro loni

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil :

5 jan :)
InsyaAllah doa sokmo..
Ingat Allah! insyaAllah benda lagho kita tinggal..

haway mutasawwil said...

xtaw plop.ingt ujung2 bln n.awl sgt.taun dpn insyaallah ingt

tanggugjwb jg 7anggota jgk kan?weee

sinar_islami said...

Letak kat reminder faris...
Mana tau faris teringat nak bagi akak hadiah tahun depan..
Untung la akak camtu..

Banyak tanggugjawab kita.. anggota badan, kesihatan, tempat tinggal smua tu ada haknya..

Anuar Fahmi said...

as salam ukhti.

mohon penjelasan doa last tu dipetik dari mana ya.?

jzzk :)

sinar_islami said...

Salam Anuar Fahmi. Ana sejak sekolah menengah selalu dengar orang baca doa ni dan dalam tulisan2 artikel pun. Cuma nak detailkan sumber ana pun tak sure. Kena check semula la nampaknya. Dah besar2 ni pun, doa ni betul2 memikat hati. Tapi mungkin la ada beza skit,kenapa ye? Ada kesalahan ke?