BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, January 13, 2011

Kanak-kanak dan Dewasa Berbeza

Di mana letaknya kita?

Hati ini mudah tersentuh apabila melihat bayi, kanak-kanak atau mereka yang masih muda. Aura mereka mampu membuatkan diri insaf. Melihat mereka boleh membuatkan diri tersenyum dan juga menangis. Kadang-kadang teringat zaman kecil dahulu. Senakal mana pun kita waktu itu, jarang manusia ungkit, jarang dipersalahkan bahkan tiada perasaan dendam. Beza sungguh dengan kita yang dewasa. Banyak negatif daripada positif. Semua ini bakal terjadi apabila akal yang sihat tidak mampu menafsir yang mana kaca dan permata. Itulah lemahnya kita manusia dewasa. Oleh sebab itu syurga buat si kecil yang tidak berdosa tapi syurga atau neraka buat kita yang sudah dewasa. AKAL itu harus digunakan. Zikir dan fikir.

Wahai anak kecil! Terasa sungguh jurang di antara kita. Hatta engkau sakit, menangismu itu kekuatan yang engkau ada. Tiada keluhan tapi tangisan untuk si dewasa memikirkan hakikat penciptaan si anak kecil. Termenung jauh...


Salah kita?

Banyak kekuatan mereka merupakan kelemahan Sinar pada hari ini. Mereka insan naif yang selalunya menjadi mangsa keadaan. Hatta kalau mereka bertukar menjadi manusia yang tidak kenal tuhan bukanlah itu salah mereka tapi salah si dewasa yang tidak berjaya mendidik mereka. Indah melihat sahabat-sahabat mendapat cahaya mata. Ya kadangkala teringin juga memiliki anak kecil dalam keluarga tapi muncul juga kerisauan untuk mendidik mereka di alam yang penuh tribulasi yang cukup menguji.

Saya suka Paediatrics!

Itulah sedikit sebanyak apa yang Sinar rasa terutama apabila berada di round Paediatrics. Ermm... Pengalaman yang berharga yang tiada gantinya. Sukar untuk menjumpai doktor-doktor yang sungguh berdedikasi bahkan sentiasa hidup dalam memberi. Mampukah Sinar menjadi seperti mereka.

Hari ini merupakan hari terakhir di Paediatrics. Bercampur-baur juga perasaan sebenarnya tapi bersyukur kerana selesai sudah satu debaran yang susah Sinar mahu gambarkan. Sesungguhnya Dialah yang memudahkan.


Selamat Tinggal...

Selesai peperiksaan di Hospital Kanak-Kanak Mouniera, kami mengambil peluang untuk bergambar. Walaupun dipandang pelik tapi kami teruskan juga. Hinggalah dapat menyimpan gambar kenangan bersama Dr Mohamed Hesham. Beliau merupakan antara Big Figure dalam jabatan ini. Tidak lokek berkongsi ilmu dan masa, sehinggalah sanggup turun padang untuk mengadakan kelas tambahan untuk anak-anak muridnya. Terima kasih Dr!

Terima kasih diucapkan kepada tenaga pengurusan dan pengajar di Paediatrics Department. Perkongsian dan pengalaman doktor-doktor sangat berharga. InsyaAllah semua itu ada nilainya di sisi Allah dan berguna untuk kami di masa hadapan.



Terima kasih Dr!

Saya bakal dilanda rindu. Entah kenapa rasa sedih pula.


2 comments:

dabei said...

salam...cuma nak cakap saya sungguh jeles dgn gambar kalian bersama Dr Hesyam yang mulia :(..huhu..bittawfiq sinar!

sinar_islami said...

me to dabei :

insyaAllah masih ada peluang utk anti tgkp :)
Jangan jeles2 ye.
Bittawfik wannajah jga