Bumi akan terus berputar, Kebenaran akan terus tersebar
"Pakcik! Lambat lagi ke nak sampai Syari' Kasr El-Einy. Kenapa jauh sangat?"
"Jalan banyak yang tutup. Kenapalah kau keluar rumah. Sepatutnya engkau duduk kat rumah je hari ni. Silap hari bulan boleh kena tangkap tau."
Kami terdiam. Dalam hati terdetik, " Ye ye je pakcik ni dah la bawa jalan jauh. Salah ke aku keluar rumah hari ni? Kalau sekadar ada perarakan sempena Hari Polis tak kesah kot."
"Maaf. Jalan Kasr El-Einy tutup. Kita kena ambil jalan lain."
"Tak pe pakcik. Kami turun sini."
Tak sanggup dah ikut arus trafik yang tiba-tiba sesak gara-gara banyak jalan ditutup. Itu antara tambang paling mahal pernah dibayar.
Jauh juga kami berjalan. Memang jalan lengang. Mungkin perarakan akan berlangsung. Sebaik sahaja sampai di rumah, baru diberitakan bahawa ada demontrasi sebagai tanda memprotes kerajaan Mesir. Mujur juga tidak bertembung. Banyak berita yang mengatakan kebangkitan rakyat Tunisia menjadi inspirasi kepada demonstrasi pada hari ini.
Mungkin sudah tibanya rakyat Mesir tidak sujud pada kaki pemerintah mereka. Biar semuanya terbongkar. Tunisia, Mesir sudah membuka langkah. Negara mana pula selepas ini?
Sujud hanya pada yang berhak. Itu penyelesaiannya.
Syiar dan lambang kehambaan ialah sujud kepada Allah . Itulah sujud yang meninggikan hati dan jati diri. Manakala syiar dan lambang orang jahil ialah tunduk kepada nafsu, kebendaan dan kemahuan yang mematikan hati
Sesungguhnya sujud muslim yang sejati kepada Allah itulah lambang ketinggian dan kemuliaan, syiar kemerdekaan dan kesucian dari segala taghut.
Mari merenung tulisan Abdul Wahab Azam, yang dikongsikan oleh Muhammad Ahmad ar-Rashid dalam bukunya Al-Muntalaq.
"Sujud itu menundukkan dahi
tetapi memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih pada-Nya.
Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba
tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu.
Di dalam kemuliaan sujud, semua tunduk kepada muslim yang sujud.
Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya.
Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi,
tetapi dia mengoncangkan gunung-ganang.
Meruntuhkan syirik, was-was dalam diri si jahil
tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan
kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi
lantaran kehebatan dan kebesaran-Nya
Sujud kepada Allah dan mengesakan-Nya, lalu mantap dan kuat
Terhapuslah setiap penzalim yang sombong
Barangsiapa menghayati sujud ini,
dia menikmati kepimpinan dan ketuanan di muka bumi
dengan keagungan-Nya, rahmat dan keindahan-Nya"
Jelas pada kita bahawa sujud kepada manusia pasti membawa bencana dan permasalahan yang tidak berkesudahan. Hanya pada Allah beroleh ketenangan, keadilan, kemanisan dan kebahagian abadi. Namun sudah pasti musuh tidak pernah berdiam diri. Hatta dalam menjalani kehidupan harian kita sering bertarung dengan nafsu sendiri. Kadangkala kita kalah tetapi bila kembali pada Allah hati kita tenang. Maka, setiap sesuatu itu pasti ada jalan keluarnya dan semuanya berkehendak kepada Allah. Terpulang kepada kita sama ada untuk terus egois dengan pilihan kita.
Merdekakan jiwa. Tidak lain hanya dengan Allah dan Islam
Selagi mana yang zalim memerintah selagi itu umat akan sengsara. Selagi kita memenangkan nafsu selagi itu juga jiwa kita akan sengsara. Maka bukalah mata bukalah minda. Merdekakan jiwa-jiwa kita. Kita punya akal untuk menilai yang mana kaca yang mana permata.
Wallahu'alam.
7 comments:
bila sujud pada Pencipta Yg Maha Esa, diri perlu rasa hina, tetapi di sisiNya dialah hamba tertinggi martabatnya.
bila sujud pada manusia, walau tinggi martabatnya, tetap tampak hina~!
semoga kalian di bumi Mesir selamat~!
me to hood:
Betul huda...
Kerana dia jugalah yang mampu meninggikan kita di kalangan manusia dan merendahkan kita serendah-rendahnya...
me to marhiahsabri:
Doakan. Moga awak kat korea pun trs dipelihara.
slm kak
semoga slmt belake2 des sano.abe faris ada call td ckp pyh dah nk tef sume.tenet pn kenoi block.smoga kalian sehat2 shj.truskn mnuntut ilmu.=)
Alhamdulillah skrg akak masih di Malaysian Hall dengan mak ayah akak. Ramai lagi students kat sini. Ikhwah cairo univ x bertolak lagi. InsyaAllah akak sefamily akan ke Malaysia pada 6hb feb dengan kuwait airline. Doakan semua di sini ya.
insyaallah.fmily akak kat sane gak eh?bereh2.smoy mesia msg rr frs.haha
Aaa.. tp balik dah Alhamdulillah
Post a Comment