BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 25, 2022

Road to Alaska : Pengenalan Visa

Alhamdulillah.. Jemputan mengembara yang luar biasa, syukur terpilih untuk ke Alaska. Tak pernah terbayang kami ke Alaska. Subhanallah, Wallahamdulillah, Wallahuakbar.. 


Ada beberapa langkah untuk kami uruskan. 
Sememangnya pengalaman baru untuk kami. Urusan Visa US dan Canada yang tak pernah kami lakulan. 

Alhamdulillah, dengan kemajuan yang ada, pendaftaran dan permohonan visa adalah secara online. 

Gambaran awal untuk visa US adalah seperti gambar berikut. 




Rujuk laman web visa US https://ustraveldocs.com/my/

Untuk visa Canada pula adalah seperti dalam gambar berikut. 




Rujuk lama web visa Canada 
http://www.cic.gc.ca/ctc-vac/getting-started.asp


Alhamdulillah, hari ni kami hadiri temujanji untuk Biometric Canada.



Datang awal, dan rezeki dapat masuk awal juga. Staf di VSF sangat membantu. Alhamdulillah cepat dan masa kami hadir, tidak perlu menunggu lama. Temujanji di Bangunan MCA, parking ada di lantai B1-B3. Hanya perlu  aik lift ke tingkat 19. 

Jumpa guard, 
kata dah ada appointment, tak perlu beratur. Alhamdulillah laju.

Tunjuk appointment letter untuk di'scan' dan tick kehadiran

Akan diberi tag no peti simpanan.. 
Letak beg, beg pack muat.
⛔ Beg wanita kena tinggal, smart watch dan phone. 

✅(suami blh pakai jam digital 😅) 
beg kecil letak passport dan beg dompet ada ic dan duit boleh bawa masuk.. 

Sediakan dan serahkan kaunter (CN 1 atau CN 2)
- 1 appointment letter with 2 set consent VSF 
- 1x biometric letter
- 2x gambar depan passport
- passport terbaru


Waktu di bilik Biometric (Bio 1 atau Bio 2)

Buka mask

Soalan yang kami dapat,
 ✨Nama
✨Tarikh Lahir
✨Tempat Lahir

Pandang camera
Tunjuk muka
Tayang tangan dua belah depan belakang
Gerakkan jari dua belah

Scan kena tekan kemas kemas letak atas mesin cahaya hijau
✨4 jari kanan
✨4 jari kiri
✨2 belah ibu jari serentak

Ya Razzak, permudahkan urusan visa. 

Tahniah Perdana Menteri ke-10

...Allah is alwayz with us...


Semoga Allah memimpin Dato' Seri Anwar dalam meneraju Malaysia bersama rakyat pelbagai bangsa. 

Uniknya Malaysia, kerana kesatuan kita. Buktikan kita boleh. Malaysia BOLEH! 

Jom bantu rakyat dan saudara di luar negara bersama Haluan juga. 



Monday, November 21, 2022

PRU 2022 penuh ibrah

Alhamdulillah. Selesai menjalankan amanah sebagai seorang rakyat pada negaranya.


Dengan kekerdilan diri. Mohon Allah pandu tangan dan hati. 

Pilihan Raya Umum vs Peluang Rakyat Usaha

Suasana yang cukup hangat, namun penuh ibrah.. 

Bukan senang kan nak memilih? Kenal dan percaya itu pun ambil masa.. 

Diri kita sendiri pun kita kurang kenal titik kuat dan lemah. Apatah lagi orang lain yang belum pernah kita jumpa..

Nah.. Inilah peluang kita berusaha.. 
Berusaha menjadilan diri kita lebih baik.. 

Pemimpin yang baik untuk ahli yang baik. Hinggakan kita sendiri jadi runsing memilih yang terbaik di kalangan kita. 




Yang terbaik mungkin belum muncul kerana.. Diri kita belum cukup baik. Jadi neraca baik kita pun sekadar ikutan dan tipudaya terasa diri baik. Astaghfirullah.. 

'Golongan yang baik adalah milik golongan yang baik pula.' An-Nuur ayat 26

Jadi, jadilah diri sendiri... Be yourself..
Tapi.. Perlu ada panduan dan usaha perbaiki diri. Justeru barulah kita adil pada diri dan orang sekeliling. 

Imam al-Ghazali pernah berpesan: "Pemimpin yang adil adalah pemimpin yang menghukum dengan penuh keadilan dan berkata dengan penuh kebenaran. Tidak menyakiti hati orang dan jujur sama ada kepada diri sendiri, mahupun kepada orang lain."

Jadilah orang berguna yang ikut peraturan dan ada kayu ukur. Orang Islam, ada syariah, rakyat Malaysia ada perlembagaan dan masing-masing juga ada peraturan dalam tugas, kerja dan amanah tersendiri. 

Untuk masa depan, marilah kita mendidik diri bersikap jujur dan amanah pada Tuhan dan Insan. Moga terpancar juga pada keluarga dan rakan kerja. 

Jaga hubungan dengan yang Di Atas, Di Tepi dan Di sekeliling.. 

Pemimpin di rumah, marilah kita didik anak-anak pergi ke sekolah. Beri pendidikan pada generasi. Dorong mereka untuk berusaha dan bersungguh-sungguh dalam bidang yang mereka minati. Allah sebaik-baik penjaga (mendoakan anak-anak Bunda, menjadi mukminah solehah dan muslehah, dan kita semua ahli syurga. Ameen) 




Jadilah kita ketua dan anak buah yang baik, proaktif, produktif, hadir menyuarat, memimpin dengan adil dan hikmat, memberi cadangan, kritikan membina pada pihak atasan dan tidak mengampu. Apatah lagi salah guna kuasa dan harta. 

Alhamdulillah peluang saya yang sedikit, saya cuba jadi pemimpin dan anak buah yang baik. Bila saya tak mampu, saya mohon kekuatan dariNya dan utarakan masalah untuk kemajuan. Bila saya tak setuju, saya ajukan persoalan atau cadangan demi kemaslatan kami rakan sekerja. Menerima teguran biarpun pahit, itulah pemangkin pada kejayaan. 

Lega bila kita dapat jadi diri kita sendiri tapi dalam neraca yang Allah tetapkan walaupun diri banyak kekurangan. 

Semoga kita kekal dalam dakapan Rabb yang Esa. Ambil peluang, jangan biarkan. 

Kan kita ni, sebaik-baik makhluk kan

Monday, August 22, 2022

Ibrah melayari Tasik Kenyir

Alhamdulillah..  Allahuakbar!

Yang lalu,  adalah sejarah..
Pedoman untuk terus melangkah..
Kawan yang menyokong..
Keluarga yang setia..

Percayalah,  tiada orang hidup tanpa ujian..
Corak ujian sahaja berbeza..
InsyaAllah  doa dan ingatan bersama..
Senang itu ramai penemannya..
Susah itu boleh dibilang gerangannya..
Sangat menghargai yang percaya dan menyokong diri ini 😉



Menuju destinasi,  melayari tasik ibarat merentas kehidupan.. Perlu persiapan.. 


Keluarga, sahabat, kenalan dan team SAF..
I love you 😉 Uhibbukumfillah..
Semoga  Allah beri kemudahan kita capai impian kebebasan emosi dan ketenangan hati.

Banyak aktiviti dengan izinNya kita mampu lakukan  tetapi bab berusaha,  menuai hasil itu perlukan kesabaran..  Kemahiran juga perlu lalui fasa belajar  dan gagal.  Contoh mudah.. Bukan mudah ingin memikat ikan,  ya.  Memancing pun ada tekniknya dan mudah bagi yang berpengalaman. 


Hati orang yang berakal apatah lagi 😁
Jom kita usaha tambah amal akhirat.
Sebab yang pasti,  tambat hati Allah,  confirm syurga. Tambat hati manusia belum tentu hasilnya syurga.  Namun,  Berbuat baiklah sesama kita. 

Dalam Al-Qur'an surat Ali-Imran : sebahagian ayat 112 diawalnya Allah SWT berfirman :

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ..

"Mereka diliputi kehinaan di mana saja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia.. ''

Peace!
Good!
We love helping people 😉

Kejayaan buat mereka yang berusaha dan saling melengkapi dan percaya ❤️

20.08.2022 - 21.08.2022
TasikKenyir



Lain suasana menikmati Nasi Lemak buatan sendiri dan Nasi Kunyit Cik dah.. Sedap  tak terkata. 

Ketenangan hati itulah kekuatan untuk sepanjang perjalanan.  Moga Allah pandang kita selalu dan beri kita kemanisan untuk sentiasa bersama dan beramal berpandukan Al-Quran dan Assunnah.. 


Syukur Allah beri Alam untuk kita lihat,  tadabbur.  Damainya dirasa. 


Kalaulah syurga.. 


Luar biasa.. 

Adakala kita melayari kehidupan keseorangan.. 



Adakala,  berteman. Dan bila bersilaturrahim.. Kegembiraan lah yang kita inginkan..  Itulah pemangkin untuk kita terus memberi.. Melihat mereka tersenyum,  kita juga tersenyum.. 

Begitulah perjalanan  kehidupan,  datang dan pergi..  Biarlah ada kenangan gembira bersama. 



InsyaAllah  diakhirnya kita akan pulang ke negeri abadi dengan senyuman.. Ameen.. 

Husnul Khatimah untuk kita semua.. Ameen. 




Saturday, July 30, 2022

Alhamdulillah.. Muharram 1444.

Selamat tahun baru.
Alhamdulillah. 
Semoga Allah terima amal dan ampunkan salah silap kita. 

Terima kasih untuk semua yang setia di sini. 

Jom kita berdoa. 


InsyaAllah. Di tahun baru, selangkah kita bakal bertemuNya. 




Friday, July 29, 2022

My happiness is you..

My happiness is you..
Lets fly... 

Semoga kalau dah ada masa, masa tu untuk terus bina ketakwaan, menjaga kesihatan dan manfaatkan masa bersama orang tersayang..




Dah selalu sibuk dan berkhidmat untuk orang kan.. Nanti kita sibukkan diri dengan anak-anak intan permata pula untuk mereka pun bantu kehidupan orang lain. 💎

Kalau asyik berbicara tentang apa orang boleh beri pada kita.. Kita kecewa dan menyalahkan orang..

Pause.. Refleksi diri.. Kalau dulu rasa banyak memberi, kenapa sekarang kurang? Adakah masa yang Allah beri ini untuk kita berhenti melakulan kebaikan dan mengira para banyak sudah kita berikan..

Ingat.. Ada banyak kebaikan boleh terpadam..
Astaghfirullah.. Penat kan..

Jadi.. Tak tahu amal mana akan diterima.. Jadi jangan pernah berkira.. 

Nak rehat..?
Allah kata 'kerjalah' dulu.. Syahid dalam perjuangan.. Barulah rehat di syurga sana..

Lets fly... ☺️

Wednesday, July 27, 2022

New Platinum Seminar July 2022

...Allah is alwayz with us...


Alhamdulillah.. Segala puji milik Allah. 

Semua atas izinNya. 

Terpilih ke NPS, itu rezeki. Sihat, ada masa ke sana, dapat hadir barulah pengalaman yang sangat bererti. 

Terbang tinggi

Dah lama kami tidak membelah awan. Alhamdulillah Amway merealisasikan. Perancangan 2019 untuk bawa Hana kenal kapal terbang masih tergendala hingga sekarang. Peluang NPS ini memberi kami gambaran awal untuk tahu flow checkin dan urusan bagasi pasca Covid. Berlari-lari dengan anak-anak kalau tak tahu caranya bakal mengundang padah. Hikmahnya jika diizinkan Allah, boleh la kami bawa anak-anak berjalan pula dengan lancar InsyaAllah. 




Hasrat kami juga bukan sekadar terbang menongkah angkasa tapi membina impian kami seiring dengan impian keluarga dan kumpulan kami juga. SAF One Legacy melakar pelangi untuk direalisasi. Ada banyak impian untuk kami sama-sama realitikan. 

19. 07. 2022 usai Subuh kami bergerak ke lapangan terbang Kuala Terengganu untuk ke KLIA.  

Terima kasih Kent, selaku tour guide kami. Duit poket pun diberikan pada kami. 



Tengahari pula jadual penerbangan ke Langkawi. Lancar dan mudah sahaja kerana bagasi tidak perlu kami urus lagi. Sudah diaturkan supaya terus ke Langkawi dari Kuala Terengganu. 

Alhamdulillah sampai Langkawi. 



Sesampai sahaja kami, kami terus dibawa ke Billion. Boleh la borong coklat. Wah, seronoklah keluarga nanti kan. 




Sekitar 4.30 petang kami bertolak semula ke Dataran LANG. Itulah pertama kali saya jejakkan kaki walaupun dulu hampir 5 tahun menjadi orang Langkawi bersama Ummi Lek dan adik-adik tersayang. 




Kami di bawa dan disambut dengan alunan kompang dan muzik klasik di Westin Hotel, Resort & Spa. Welcome drink pun ada. Wah, hebat ni. Welcome Dinner pun sedap, masakan tip top. 

Tak sabar ambil makanan.

Selesai makan malam, ada sesi ice breaking, suai kenal dan pembahagian kumpulan. Inilah team 23😉



Hari kedua 20.07.2022. Memang membuka minda. Hati kena sedia menerima untuk sedut pengajaran di sebalik program. Ini merupakan satu peluang untuk membina diri dan merubah diri menjadi lebih baik. Be a good fighter  and strategist. Hidup ni banyak cabaran. Sekali sekala slot team building memang mengetuk hati. 😉

Terima kasih Mr Simon, banyak kata-kata yang boleh dijadikan pedoman. 

Selesai slot team building. Kita ke Pantai Chenang. Beli coklat, menikmati suasana pantai. Rasa jugalah Char Kuew Teow dan Air Kelapa. 😉




Hari ketiga terisi denga slot Business Sharing. Ada tetamu jemputan juga, perkongsian daripada Diamond Sumitra. 



Semeja dengan insan-insan hebat..
 




Malamnya pula ada Dinner. Meriah dengan tema pakaian Runaway, Fashion show. Kami geng santai sahaja semeja ni. 

Meja 12



Alhamdulillah Team 23, Naib Johan. 

Friday, June 17, 2022

HELPING people : Roti menceriakan hati

Dah separuh tahun dah kita. 2022 ni saya nak sebar kebaikan melalui SAF One Legacy. InsyaAllah genap setahun nanti kita cerita lebih lagi. 

Sedar tak sedar banyak juga yang saya belajar. 

Dulu kan. Tak pandai meroti. 

Alhamdulillah sejak ada Noxxa Breadmaker, ambil mood dengan sepupu di Perlis, berkenalan pula dengan Kak Zarinawati, kemudian ikut kelas fizikal dan kelas PJJ online ada la sikit ilmu dan Kemahiran.. 



Sekarang nak sebar luas lagi kebaikan meroti ni. 

Alhamdulillah.. Menjadi😉

Ceria roti kami hari ni..
Makan pun lembut.
Menarik ni kalau nak makan bila bila pun.

Berhajat nak buat untuk keluarga atau menambah rezeki?

Jom boleh tanya kami..

Sunday, February 06, 2022

SAF : 10 dekad bersama

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah

Sedekad bersama.
Tiga cahaya mata.
Mohon restu keluarga dan redhaNya.
Terima kasih keluarga, sahabat dan kenalan yang mendoakan kebaikan kami sekeluarga.

Semoga kita semua beroleh husnul khatimah, dan mendiami syurga Allah tertinggi. 

“ Ya Allah, sesungguhnya hati kami ini bersatu
dengan kasih sayangMu, bertemu di atas
ketaatan kepadaMu, bersatu di jalan
dakwahMu dan berjanji menegakkan AgamaMu. Maha Suci Engkau, perteguhkanlah tali ikatan antara kami ini, limpahkanlah kasih sayang di dalam hati kami ini. Engkau tunjukkanlah kami jalan hidayahMu, sesungguhnya padaMu kami berserah dan tempat kami memohon pertolongan “




SAF akan terus bina legasi.. SAF One Legacy. Sedekad kami bersama dan seterusnya hingga ke syurga. 

Ameen.

Selamat Ulang Tahun Perkahwinan. Semoga kekurangan menjadi mujahadah kami suami isteri menggapai mardhatillah. Senyum, tawa, suka duka insyaAllah bersama. 




Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),
isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir " - Ar-Rum : Ayat 21

Wednesday, January 05, 2022

05 Januari 2022

...Allah is alwayz with us...


Dialah yang selayaknya di puji..
CiptaanNya hebat sekali..
Kewujudan kita di dunia juga atas izinNya..
Berkelanalah kita atas pinjamanNya.. 
Alhamdulillah sudah mengharungi 34 tahun perjalanan dunia..
Entah berapa jangka hayat berbaki..
Kejayaan dan kemudahan sebenarnya sudah banyak Allah beri.. 
Namun masih ingin terus mengecapi kenikmatan untuk terus berusaha dan berbakti.. 
Agar dapat menyumbang untuk keluarga, masyarakat dan Ummah..

Alhamdulillah.. Sapphire to Emerald
Towards 💎 InsyaAllah 
Dan semoga ada juga segulung sijil lagi. 



Terima kasih Ummi Lek memimpin tanggan kecil dari besar begini.. 
Terima kasih suami menyambung legasi..
Terima kasih Ibu Abah banyak membantu..
Terima kasih Cik Dah seekeluarga, keluarga besar dan sahabat semua yang banyak mendoakan dan hulurkan bantuan juga..

Maafkan salah silap.
Kosong-kosong.. 

Untuk Abang, Nuha, Iman, Hana... 
Kita melangkah lagi bersama..





Rabbi yassir, wala tu'assir..

Semoga impian kami tercapai.. Go 💎 2023
Tercapai impian untuk mudah beribadah, persediaan pencen, berlegasi sebelum 2025.

#ringankanbeban
#beratkanamalan
#syurgatempatbertenang
#shadansemuakesyurga
#ameen

Syafakillah Hana

Ujian lagi.. 31.12.2021
Hari oncall beralih ke anak lagi.
Bonding Time dengan Hana di malam tahun baru..

Semoga Allah  mudahkan urusan kali ini.
Sihatkan Hana pula. Terjatuh, luka di belakang kepala.




Semoga kami sekeluarga juga terus sihat, dipelihara dari bahaya, tetap sabar apa jua menimpa.. Paling penting kekal dalam iman dan taqwa hingga hujung nyawa. Ameen. 

Ujian RTK Ag Covid Alhamdulillah negative.
Masuklah kita  hotel 5 bintang untuk rawatan Hana pula. 

Menunggu doktor pakar round
Sangat selesa untuk pesakit dan penjaga. 



Suka dapat jumpa Papa. Masuk pun malam jadi kelaparan. Syukur Papa hantar bantuan. 

Hana pun kuat. Lebih tenang. 
Walaupun belum berjahit. Masih ingin berjalan. Apatah lagi semangat ketika mendapat kasut baru dan makanan di malam hari. 


Malamnya sahaja Hana kerap terjaga. Tersalah tidur, terasa sakit agakbya apabila tidur menekan kawasan luka. Bandage pun tercabut juga. Ubat pun dimasukkan di tangan kecilnya. Alhamdulillah bangun pagi esoknya 01.01.2021 pun mudah. Masih mampu tersenyum. 


Saling memberi semangat

Are you ready? 



Berjahitlah belakang kepala Hana ketika ditidurkan, dalam juga lukanya.. dua lapisan 6 jahitan. Vicryl 4.0 dan Daflon 4.0 digunakan.

Ketiduran selepas berceloteh.. 

Alhamdulillah, lepas masuk OT sudah boleh makan.. 





 Alhamdulillah semua urusan dimudahkan. 24 jam di hospital tiada kesan sampingan. Kami minta pulang awal untuk pengawasan di rumah pula.