BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 30, 2008

Usrah Lazat



~Usrah yang Lazat dan Lemak Berkrim~





Berapa lama anda dah sertai usrah?

Secara tepat, ana sendiri kurang pasti. Semasa di United Kingdom pun ana masih kecil lagi. Program aulad mungkin. I'm to young to realize about that but yang pasti mula rasa kehangatan berusrah ni di sekolah. Really!!! I think that what I want that time and I still belong to it InsyaAllah until death.

My murabbi mithali once said that Usrah or Halaqah like a nucleus of tarbiyah & the heart of tarbiyah. Depend on what As-syahid Mustafa masyhur said

‘Tarbiyah bukanlah segala-galanya tapi segalanya dapat diraih dengan tarbiyah.”

Usrah, halaqah, smart cicle dan sebagainya adalah wasilah pembentukan peribadi. Tarbiyah pun wasilah. Matlamat adalah Allah. Itu yang perlu kita jelas. Cuba kita imagine macam mana sistem badan yang kita ada without heart supply to our organs and other complex mechanisms. It will be miserable. Thus, thanks to Allah. He knows best as he creat us in the best way. Alhamdulillah rasa usrah itu benar-benar penting dan terkesan di hati dah 9 tahun. Do pray for me. Minta Allah jauhkan from tergelincir dari jalan dakwah

Bagaimana anda boleh sertai usrah?


Ikut kata hati (bisikan illahi mungkin) -pgrm wajib sekolah - pgrm persatuan
tanpa hadirkan hati usrah takkan membuahkan hasil~moga Allah pelihra wa'yul islami yang ada dan bukan semangat semata-mata.

Kenapa anda menyertai usrah?

  • Mencari sumber kekuatan.
  • Islah diri dan mengajak orang lain.
  • Menyedari hakikat daie takkan mampu bergerak sendiri..
  • Sama-sama ingin berjuang bersama-sama teman tarbawi..
  • Akses pada keredhaan Allah bersama mereka yang berhenti sejenak di raudhah mengingati Illahi

Tiga perasaan setelah menyertai usrah?

  • Tenang
  • Terisi~Peka
  • Tidak sunyi

Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

  1. Lebih jelas akan tanggungjawab di muka bumi::Ad-zhariyat,56
  2. Allah pantas ditakuti dan hanya sanya dia kita bergantung harap
  3. Kehangatan ukhwah-biar benua memisahkan kerinduan pasti membuak-buak::sokongan dikala suka dan duka::kita bersaudara::
  4. Kesedaran islami (wa'yul islami) penting untuk mengerakkan amal-bukan semangat kerana semangat sahaja pasti mudah malap::setiap manusia ada peluang utk mendapat sentuhan illahi,kesedaran milik semua..maka itu tugas kita..menyampaikan..penasihat dan sanggup dinasihati..give & take
  5. Ilmu yang tiada tara::ma3rifatullah dan mengenal hakikat manusia..sirah dan ect..keperluan hamba pada Pemiliknya.

Peraturan tag

  • Setiap blogger mesti meletakkan peraturan ini dihujung entri
  • Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
  • Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
  • Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain - Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
  • Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain ni senarai ana

Asiah Fadhilah
Nurulhuda Ahmad Sani
Fatin Hanira
Kak Lyana
kak Rod

SEMALAM

SEMALAM... 29 june


1) Seawal Malaysia sudah pun pagi terus ana menghantar sms buat ayahanda tercinta..sanah helwa Along ucapkan..Dialah pengunjung setia blog ini..special dedicate to him..As long he going to read all dis..I'll be glad to have blogging through out my life till the end..and of course being a daie I plessure to do it..



~Selamat hari lahir+47 tahun berlalu but you look great to me~



Then exam bertamu di siang harinya..kerana keterujaan untuk menamatkan oral exam seawal 7 pagi sudah bersiap-siap, mengingatkan 8 pagi oral bermula maka 7.30 sudah pun menjadi tetamu Kasr El-Ainy bersama Sadanah selaku PAtI rumah kami di musim oral exam ini..Hairan juga manusia lain tiada la pula..mmm terus ingin mendapat kepastiaan dari Yang Kehormat..Terkejut pukul 11 pagi rupanya..mmm inilah gara-gara tidak online..sudah ketetapan nak buat bagaimana kan..redha mengiringi waktu-waktu yang berlalu..Satu rumah catat record menjadi tetamu terawal..mengisi detik2 manis itu dengan sesi soal jawab..mengagak apakah soalan yang bakal disoal..Alhamdulillah pukul dalam pukul 12 juga la giliran oral ana..so long right? Actually getting exhausted..ada hikmah yakinlah..Alhamdulillah with Dr Naget & Dr Hoda..Moga Mumtaz la kita semua..walaupun physio agak mendebarkan..namun oral ini..begitu manis pengalamannya..


2) selesai sudah oral..baru juga la kami satu rumah tahu ada perjumpaan dengan Dr Nadia..sesi meluah rasa & penyerahan sijil kursus..Thanks as being like our mom..you ara so caring Dr Nadia..mama Nadia will be the best...Kepenatan tak terungkap sudah..terus balik tanpa melibatkan diri dalam sesi bergambar..tym tu pun dh pukul 2.30 ptg...


3) Meeting pukul 3 ptg..Got something for it..Yeap contributing to deen and comunity as we are still alive..if not..why we call ourselves as khalifah or daie right?...Bear in your mind Allah the only goal you try to approach to..so dont rest..Tiada kerehatan buat seorang daie...Ajal lah pemisah segalanya...


4) This part I like most..going to asyer..I feel energetic back as going to see Habib came from Yaman..To listen to his kalam..will be pleasant I think..great word come from great person..His word really touch my heart although not every single word I understand..But thanks to Allah for chosen me to be there...Really got sumthing today..May Allah bless us..

Wednesday, June 25, 2008

Sanah helwa..

~Dikau teman dikau harapan~


Sahabat itu di kala sukar dia sudi menemani
apatah lagi di kala kubahagia dia pasti disisi
andai diri minta dijauhi
tidak sekali dia membiarkan kusendiri
indah sungguh mengenalinya
tak minta sentiasa diingati
namun wajahnya jelas dalam memori
hakikat kehangatan ukhwah itu
memaniskan jalinan persahabatan yang terukir
terus kasih sayang mengalir saban waktu
walau jauh kuterpisah darimu
ketahuilah dikau tidak pernah sunyi
dari dalam mimpi mahupun realiti..
dikau la teman duniawi dan ukhrawi


Sanah helwa buat sahabat akrabku. Teruskan perjuangan kerna dikau bakal srikandi dan bakal pengekal zuriat buat ummah yang bakal menggegarkan alam ini..dikau sentiasa dihati, Marfahaniz.Sanah helwa juga buat classmate yang lahir pada hari ini..Teruskan berjuang atas deenulHaq ini

Islam sebagai cara hidup




Islam sebagai cara hidup





-lihat dia~daku kagum^-^-



Something to share with those out side there...Uhibbukumfillah


Islam beerti penyerahan diri. Penyerahan diri di sini bukan bermakna pasrah atau putus asa, tetapi penyerahan ini beerti mengembalikan fitrah diri ini kepada pengaturan penciptanya. Sebagaimana kita pasrah dalam masalah ajal dan tuah begitu jugalah kita perlu berserah dalam pengaturan cara hidup yang sebenar.

Allah mengaturkan seluruh kehidupan kita secara fizikal merupakan kepercayaan semua manusia. Semua manusia tahu bahawa mati itu ketetapan Tuhan. Sama ada mereka itu muslim atau bukan. Mereka juga akur bahawa pembinaan sel dalam rahim adalah aturan Tuhan secara fitrah. Manusia sekali lagi akur dengan fitrah bayi yang belajar menjadi manusia sedikit demi sedikit. Tetapi apabila sudah sampai tahap manusia memilih di sini ada yang memilih selain fitrah. Ada yang memilih selain penyusunan Tuhan.

Inilah yang dikatakan semua manusia itu diberi hak memilih. Kemudian mereka akan dibicarakan atas pilihan mereka. Islam merupakan satu system hidup yang paling sempurna. Allah menurunkan kitab Al Quran dalam tempoh 23 tahun kepada seorang nabi yang hidup dalam segenap lapangan masyarakat, bergerak dalam banyak suasana, bekerja dalam pelbagai bidang dan menjadi pemimpin kepada bermacam macam bangsa. Al Quran menceritakan semua kisah kisah penting umat dahulu sebagai panduan hidup. Al Quran kalau dirumuskan dapat kita fahami kesemua perbahasan Al Quran ada dalam satu Bab yang digelar Surah. Surah Al Fatihah mengandungi 7 ayat yang menyingkap isi Al Quran iaitu kita mesti melalui hidup dengan mengenali Tuhan. Islam adalah agama yang menukar peribadi manusia dengan hanya perakuan lisan tanpa sebarang upacara. Sekadar menyatakan “Tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah.” Maka dia sudah menjadi Muslim.




Dalam ayat kedua Al Fatihah Allah menceritakan tanggungjawab hambaNya adalah memuji Allah dan menyatakan Allah lah yang mencipta dan mentadbir alam ini dan bersifat pemurah lagi pengasih bahkan merupakan Raja di hari pembalasan merupakan alasan Allah mesti dipuja. Selepas perintah memuja Allah, Allah menyatakan tugas lanjut iaitu menyembah hanyasanya Allah serta meminta bantuan hanya dari Allah. Kita diberitahu supaya memohon pedoman untuk mengikuti jalan yang benar. Dan Al quran menceritakan kisah kisah silam bagi manusia menilai mana jalan yang benar dari kisah kisah orang yang baik. Kisah sempadan juga disertakan bagi manusia menghindarinya.

Jadi Al Quran merupakan perlembagaan hidup. Kalau dalam persatuan kita akan disembahkan 2 buku panduan. Satu undang2 tubuh satu lagi panduan kerja. Jadi Al Quran inilah undang-undang tubuh kemanusiaan kemudian panduan kerja itu adalah Rasul atau Nabi utusan Tuhan yang mempamerkan bagaimana kehidupan seorang Muslim.

Menjadi Muslim cukup dengan ungkapan 2 kalimah syahadah. Tetapi untuk menghindar seksaan neraka perlu kepada perlaksanaan perintah Allah dan meninggal laranganNya. Oleh yang demikian Nabi menceritakan beberapa perkara mesti dibuat bagi menghindar neraka iaitu solat, puasa, zakat dan juga haji jika mampu. Seandainya perkara ini dilaksana manusia itu akan terpelihara dari azab selepas mati. Namun manusia ditimbang kanan dan kiri, Islam sebagai cara hidup yang lengkap menyediakan panduan terperinci mengikut kesesuaian manusia lantas Islam juga menjaga manusia dari menzalimi dan menindas manusia lain. Oleh yang demikianlah Islam menyenaraikan kepatuhan kepatuhan ini untuk kebaikan manusia pada dirinya dan pada orang lain. Sebagai cara hidup yang sempurna Islam juga menegah manusia dari beberapa perkara buruk supaya dijauhi, seperti zina, bunuh, curi, umpat, arak, judi dan perkara perkara yang merupakan gejala kepada masyarakat.



Islam bukan sekadar mengatur perkara perkara besar tetapi juga perkara yang disebut hal remeh. Seperti buang air, kebersihan diri, adab-adab amalan harian seperti makan, minum, bercakap dan sebagainya. Semuanya ada panduan yang lengkap menurut pandangan Islam dan bagaimana yang sebenarnya.

Islam itu lebih modern dari masa kini. Islam telah lama menceritakan hal – hal diet dan penjagaan pemakanan. Islam telah lama membicarakan tentang hak manusia seperti masalah hamba, masalah perkauman, masalah buruh, hubungan manusia dengan makhluk lain seperti binatang dan tumbuhan. Semua masalah yang dipandang sebagai perbincangan baru ole masyarakat barat telah lama Islam bincangkan.

Islam lebih ekonomis dari sistem perbankan. Islam menagajar jimat cermat tetapi menganjur kepada sedekah dan bermurah hati. Islam mewajibkan rasa puas hati dalam soal berjual beli dan sebarang urusniaga tunai atau hutang. Islam mengharamkan riba atau penindasan ekonomi. Islam tidak menyokong sikap suka berhutang. Konsep ekonomi Islam adalah lebih tulin.

Islam lebih adil dari saksama. Ketika mahkamah menghala kepada banyak kesalahan dalam menyabitkan kesalahan, Islam sebenarnya sudah lama menegaskan mensabitkan kesalahan itu perlu kepada tahap yakin iaitu 100peratus bersalah. Kerana pada pandangan Islam hukuman itu bukan untuk menzalimi tetapi untuk menyekat kezaliman. Jadi daripada kemungkinan tersalah menghukum lebih baik tersalah memafkan. Manakala hukuman dalam Islam adalah paling saintifik tetapi saintis enggan mendedahkannya. Islam menghukum pancung sebagai cara hukum bunuh, ini supaya saraf Tunjang putus dahulu sebelum saraf jantung. Ini mengelak dari pancutan darah. Walaupun ianya lebih ngeri dari melihat hukuman pancung.

Islam lebih politis dalam masalah kepimpinan. Islam mencegah sebarang rasa ingin berkuasa tetapi meletakkan beban yang sangat berat di atas bahu pemimpin bukan sebagai kebanggaan. Islam menjelaskan ciri ciri yang pelbagai untuk seorang pemimpin. Islam tidak menyamakan suara orang yang cerdik pandai dengan suara orang yang dungu. Islam mencegah keras amalan rasuah. Islam system pertama yang membezakan antara hadiah dan rasuah.

Sekiranya ada agama lain seperinci Islam maka yakinlah Islam bukan sahaja perinci tetapi tepat dalam setiap perinciannya. Tiada agama dalam dunia ini yang hanya bertuhankan Allah selain Islam. Ini menunjukkan pembebasan manusia dari penyembahan sesama ciptaan. Islam membebaskan manusia dari belenggu menghambakan diri pada bukan selayaknya kepada perhambaan yang sebenar.

Islam adalah yang sebenar dan Islam sahaja yang benar...
kedamaian di dalamnya


ps:this article actually wrote by someone to non muslims.. so do your favour whether want to publish it or not..tafadhal..hak milik bersama

Tuesday, June 24, 2008

Heart of Muslim



~Heart of Muslim~

Looking up at the sky, searching for Allah most High
He rejected the way of worshipping Gods of clay
Prophet Ebrahim knew that Allah was near
And that the heart of a Muslim is sincere

Under the hot burning sun, he declared God is one

Though with stones on his chest, his Imaan would not rest

The Muadhin knew that right would conquer wrong
And the heart of a Muslim must be strong
Chorus:

It's the heart of a Muslim through the guidance of Islam
That makes you fair and kind and helpful to your fellow man
So living as a Muslim means that you must play a part
Allah looks not at how you look, but what is in your heart

In our poor meager state, little food on our plate
Mother said she was glad, always sharing what we had
When I asked how can we share what's not enough
She said the heart of a Muslim's filled with love

He said its time you should know, you will learn as you grow
That some people around will do what's bad to bring you down
Father said to be a star that's shining bright
For the heart of a Muslim does what's right
Chorus

So whatever you, make sure your words are true
Honesty is the best, because life is a test
Even if it hurts so much you want to cry
For the heart of a Muslim does not lie
Chorus
~Zain Bhikha~

++1.2.3.4++




Semalam.. sayup-sayup di tengah malam, seorang teman memutarkan lagu dari laptop kesayangannya... kebetulan Allah takdirkan daku di situ..menumpang study...gara-gara ingin menukar mood study untuk oral histo hari ni..Rupa-rupanya tidaklah daku tahu bahawa lagu ini yang pada satu ketika pernah kunyanyi tika sekolah rendah kudengar kembali..lucu pula kerana daku ingatkan lagu untuk silibus budak sekolah rendah...mmm mungkin dinyayikan semula..entah daku sendiri pun kurang pasti.. tapi ini gandingan si kecil bersama Aris Ariwatan... aris ariwatan pun bukannya daku kenal..biarlah.. namun sebenarnya ada kisah yang membuatkan daku suka mendengarnya.. lebih enak didengar jika kanak2 yang menyanyikan atau nyanyikan sendiri bersama ahlel beit..rupanya mereka pun tahu... susah juga untuk memilih halwa telinga..liriknya suci namun penyanyinya wallahu'alam..yang pasti bijak la memilih ya teman..nasyid pun perlu diteliti..cuma ini sebagai menggamit memori tika kecil dahulu di bangku sekolah.. terkejut ingatkan hanya nyanyian kanak-kanak kecil..

~1.2.3.4 ~

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan




Alhamdulillah oral histo selesai sudah.Doctor Hana Abd Kadir sangat membantu, "You all are excellent." She said. Full mark we get. Meleret senyuman kami semuanya. Kumpulan oralku pulang dengan wajah gembira. Syukran doctor. Balik terus teringat lirik ini yang ingin sekali dikongsi dengan semua.Sebenarnya banyak je nasyid-nasyid lain tentang ummi, abbi dan sebagainya. Namun ini benar-benar mengingatkan daku akan memori lalu.Ya tika waktu kecil di bangku sekolah semua orang ligat bercerita pasal keluarga..daku juga begitu..maklumlah semua orang tym tu adik beradik tak ramai tapi family ku besar..Bercerita pasal keluarga membuatkan daku insaf..diri sendiri akan sedih bila melukakan hati mereka..Ya adakah jiwa kita sama...



Sensitifkah kita jiwa ummi, mak, mama, ibu, walid, abi , ayah kita...dilukai..rasakah kalian jerih perih mereka membesarkan kita..huh..isu ini amat sensitif bagi ku..jika mereka dilukai daku pantas memikirkan jalan menggembirakan hati mereka.. namun sikit sahaja usahaku.. memihak bukan tugasku kerana dua-dua insan yang kusayang.. tiada pilihan..kerana dua-dua yang terbaik untuk kami adik beradik...selaku along.. ingin selalu ku kongsi perasaan ini..agar kasihlah pada ibu bapa kerana Allah bukan kerna fitrah sayang anak pada kedua orang tuanya..kerana bertitik tolakkan kasih sayang yang salah menyebabkan kita tidak akan menerima kekurangan mereka dengan seadanya..lihat la realiti..ramai yang suka menyalahkan mereka dan mereka tidak dihormati dengan sewajarnya,tambahan bila mereka sudah tua pelbagai perlakuan dilakukan..rumah orang tua jadi pilhan untuk membalas budi mereka..berdosakan begitu..Ya Allah peliharalah kedua ibu bapa ku..Jadikanlah kami anak-anak yang soleh.

~harapan..takkan daku biar mereka keseorangan~

Perhatilah dunia! Nilailah dunia dengan kaca mata syarak. Lihatlah anda ingin generasi yang bagaimana? Ingin kaum yang taat? Maka taatilah Allah dan RasulNya dan juga kedua ibubapamu selagi suruhan mereka menepati apa yang Allah gariskan. Gembirakanlah hati mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.

Friday, June 20, 2008

Nostalgia~kelahiranmu

Indahnya andai kita bertemu


Menyingkap nostalgia lalu....
teringat daku ukhwah itu...

Ukhwah itu jika dilayari
penuh onak duri
setiap hati diduga
KETEGUHAN ukhwah ini..
itu yang akan Allah uji
namun jika benar matlamatnya
pasti kan kekal abadi
biarpun merentasi perjuangan penuh tribulasi
demi mencari cinta yang hakiki
pasti ukhwah itu akan bersemi
mengikat hati-hati kecil ini
supaya terus bersatu, berkasih
di bawah lembayung islami
terus mekar di syurga firdausi
manisnya kan kekal hingga habis waktu
Pahitnya ditelan kerana syurga ganjaran yang satu
moga kasih kita terus bertaut
kerna kita punya matlamat yang satu
Allah tempat kita mengadu
tempat kita kembali bersatu
biarpun mati pemisah pertemuan itu
Ukhwah itu kan terus berpadu



Itulah luahanku...akan ukhwah yang kukenang selalu...hakikatnya ukhwah itu terus berjalan menyusuri impian dan waktu.. masing-masing bertebar mengota janji menjadi daie harapan ummah yang satu.. bukan hanya tinggal nostalgia..memorinya mungkin.. namun perjalanannya tiada henti.. tiada henti kuharapkan.. ya itu harapan.
Seterusnya, hari ini kelahiran teman baru ku di bumi ardul kinanah ini.. sepanjang hari dihabiskan bersama...biar baru bertemu..sama-sama menuntut ilmu.. moga akan ada bibit ukhwah yang akan terus mekar walaupun usia berlalu..


~sliding cake>>huhu gara2 menaiki tremco dan metro>>asyer~

sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya jamilah
sanah helwa ya Mufidah
moga Allah berkati usiamu..
He never leave you beside as you can alwayz hold His syariah
YOU ARE NEVER ALONE

Monday, June 16, 2008

Kita bukan Penghukum

..Assalamualaikum wbt..

senja takkan berlabuh..kerna esok pasti senja lagi

namun diri hari ini pasti tak sama dengan esok hari




Lama sungguh rasanya tidak berceloteh..kebanyakannya hanya short post sahaja..tergerak hati malah tak senang dibuatnya andai jari jemari ni tidak segera menari di atas key board ini...Namun pertamanya pantas ana mengatakan::

wattaquLlaah wa yu'allimukumuLlaah

Justeru berbalik kepada apa yang ana ingin perkatakan dari minda yang Allah kurniakan..dan atas rahmat dan petunjuk-Nya, Al-Quran..Terus..



Kita bukan penghukum??

Justeru pendapat antum bagaimana..setuju atas sebaliknya..atau malas untuk berfikir tentang isu ini..Definisi dan situasinya pelbagai.. Luas.. namun sikit sahaja ingin disentuh dan yang lain cuba kita sama-sama pikirkan dalam konteks kehidupan masing-masing Sebenarnya ini termasuk dalam sejauh mana kita memandang kehidupan sebagai platform memperkasa diri dalam rangka menaikkan saham di akhirat kelak. Kadang-kadang disebabkan kita sentiasa dilalaikan dengan filem & telenovela maka benda yang remeh kita perbesarkan namun isu pengislahan diri..memantapkan peribadi..menaikan sensitiviti langsung tak dihirau…hidup dengan cara sendiri langsung tak ambik kisah kesan sikap kita pada teman sekililing..ayuhai diri selalulah islah hati..jangan biarkan hati bernanah hingga berulat nanti.


Pada manusia..kita bukan penghukum


“Don’t judge a book by its cover”. Sudah acapkali kita dengar. Hingga bosan mungkin. Inilah antara kebiasaan ayat yang akan keluar apabila ada insan mengkritik kita..namun adakah sama tindakan kita apabila kita ikut sesedap rasa mengkritik orang lain..konsep mutual atau bilateral terlaksanakah disini? kalau tak suka orang bersikap dengan sikap yang tidak menyenangi hati kita maka lakukanlah benda yang sama…syaraklah pengukur utama dalam mengerakkan amal..ayuhai khalifatul ardh jiwa kena ‘neutral’. Suka apa yang Allah suka benci apa yang Allah benci..


Maka disini tidak lari kewajipan bertaaruf. Antara marhalah dakwah fardhiyah juga turut digariskan taaruf sebagai asas utama. Mana mungkin seorang daie mampu mengenali mad’u dan seorang teman ingin mengenali temannya tanpa saling bertaaruf..taaruflah pemudah cara..maka barulah kena gaya dan rentaknya kalau ingin menilai manusia serta menegurnya..tapi bukan terus menghukum manusia dengan percaturan diri sendiri tanpa asas..Islam tak pernah menghukum..tapi Islam sendiri deen yg memberi ruang utk pengislahan berlaku.Dalam rangka meningkatkan lagi usbah Mukminah atau generasi awal,Allah telah mentanzilkan firmanNya::


>>Hai orang-orang yang beriman.jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah kamu mengunjing sebahagian lain. Sukakah salah seorang diantara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati?. Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyanyang <<(Al-Hujurah,12)



Pada Allah..Seribu kali tidak layak sebagai penghukum..Bahkan infiniti


Na'uzubillah moga dijauhi..Isu ini barangkali tanpa sedar kita alami..dan mungkin tidak pernah cuma sekada risau sejauh mana ketentuan masa hadapan yang tidak pasti..ada timbul keraguan namun cepat-cepat dihilangkan dengan istighfar malah seperti yang ana katakan diawal penulisan..isu yang ana higlightkan ini luas konteksnya..Cuma sikit sahaja yang ingin ana tonjolkan. Contoh terdekat, musim peperiksaan ini mudah sungguh kita menetapkan syarat ‘aku akan begini sekiranya kau beri begini’...Justeru apabila dapat natijah keluar ada bibit-bibit ketidakredhaan berlaku..tapi insyaAllah bukan dikalangan kita harapnya. namun atas dasar ingin takmil wa istikmal ana gagah jua utk memperingatkan hati yang mudah terisi dengan anasir jahiliyah ini..maka perbaharuilah niat..tajdid selalu


>>Itulah sibghah (corakan/celupan) Allah, maka siapakah yang lebih baik celupannya dari celupan Allah.” << (Al-Baqarah,138)


Sebaik-baik Pengadilan adalah dari Allah…Allah lah yang memberi dosa pahala...Pemberi rahmat..Tapi kita?? Tiada apa-apa,semua milik Sang Pencipta..maka layakkah kita meragui ketentuan-Nya..bahkan sikap kita takkan mencacat celakan satu pun sifat Allah yang 20 mahupun kebesaran 99 nama-Nya, malah yang rugi adalah kita..


Wallahu’alam..Ya muqallibal QULUB thabbit qulubuna 3la deenik
Akhir kalam segala kesalahan harap dimaafkan dan teguran amat diharapkan...sentiasalah zikrullah..

Tuesday, June 10, 2008

Motivation 1

coretan syed Qutb :: ketenangan dan kebahagian adalah hembusan dari langit, diturunkan ke lubuk hati orang yang beriman, mereka tetap berhati teguh di kala orang lain dalam kegoncangan::



Duhai diri
pernah kau menyendiri
memikirkan hakikat diri
puas kau merentasi
lautan penuh onak duri
tapi tiada nilainya
jika iman bukan layarnya
taqwa bukan bahteranya
Dambalah cinta Illahi
jika hilang hilanglah fitrahnya yg suci
kemudi diri dengan sinar rabbani
Nun disana arah kita
ayuh mara terus mara
dengan semangat yang membara
dengan azam penuh di dada
perjuangan belum berhenti
tiada rehat buat pencinta illahi

************


Dikala set yang terakhir ini:::kita kembali motivate diri
M1:: first and foremost>>always renew our niat
M2:: try to be faith on our works..not to blame
M3:: try to be closer to Him
M4:: try to build selfconfident
M5:: trust Him..and redha whatever you get


..last track but not least..

Monday, June 09, 2008

pewaris gen11

<<Hadirnya membawa cahaya>>


...pewaris gen 11...



~`Faten bersama anak angkatnya~


Lahir sudah insan baru..Tahniah pada Siti Hajar Aiyshah dan suaminya.Inilah pewaris kecil kami yang pertama..at least batch spm05 dah ada pendukung deen..srikandi harapan kami semua..Kami tumpang gembira..anak hajar anak kami juga.. :)


Nama diberi: Aisyhah Humaira Bt Suffian

Tarikh lahir: 6 june 2008>>sama ngan nienah tu..

Berat: 3.3 kg

Tuesday, June 03, 2008

keremajaan

...Keremajaan...
berlalu sudah detik dan waktu

myspace comments

For those of my akhawat..true ukhwah we hope..

Pada suatu hari, mujahid unggul, Said Nursi telah menasihati beberapa orang remaja yang meminta beliau memberikan beberapa nasihat sebagai pencegah dari mara bahaya kehidupan, keremajaan dan serakah nafsu yang merosakkan. Said Nursi telah berkata:

“Keremajaan kamu pasti akan meninggalkan kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mengekalkan diri kamu di dalam lingkaran yang syara’ keremajaan kamu itu akan hilang dan keseronokan yang memenuhi keremajaan tersebut akan membawa kebinasaan dan penderitaan di dunia ini, di dalam kubur dan di Hari Akhirat. Sekiranya, melalui tarbiyyah Islamiyyah, kamu dapat membelanjakan keremajaan kamu di dalam ketaatan, dalam kebaikan dan terhormat, keremajaan itu seolah-olah kekal selama-lamanya”

Beliau menyambung lagi:

“Bagi kehidupan yang dilalui tanpa iman, ataupun akibat pendurhakaan terhadap Allah menyebabkan iman tidak berfungsi, kehidupan akan membawa penderitaan dan kebinasaan yang lebih parah dari kenikmatan dan keseronokan sementara dan lahiriyah yang dibawanya. Ini adalah disebabkan manusia, yang sangat berbeza dari haiwan, memiliki aqal fikiran. Melalui fikirannya manusia terikat dengan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa depannya. Manusia boleh memperolehi kenikmatan dan kesengsaraan dari perbelanjaan masanya. Manusia tidak dapat mengelakkan dirinya dari penyesalan akibat perbuatan di masa lampau dan rasa cemas terhadap hari esok yang tidak diketahui baik buruknya. Sedangkan golongan haiwan pula tidak dibekalkan aqal untuk berfikir yang menyebabkan haiwan tidak dapat mengenangi dan mengimbas semula penderitaan masa lampau, atau rasa cemas ketidaktentuan hidup masa akan datang, yang akan menghilangkan kenikmatan masa kini”.


Monolog sendiri>>sedar-sedar..cepat masa berlalu..separuh exam diharungi...2 dekad meninggalkan ku... 2 dekad jua usia ku berlalu..bermanfaatkah usiaku??sama-sama muhasabah diri..fatrah exam sesuai sekali menjadi station muhasabah diri..sesuai benar..kerana kita banyak menyendiri.. bicara kita ketika ini bicara sufi...sentiasa monolog sendiri..bersama kalam murabbi hati mohon diterangi nur ilmuNya saat sebegini..beginilah remaja jika ingini bertempur..hubungan dengan Khaliqnya itu yang pantas digusarkan...Ya Rabb seksaMu ku takuti..rahmat dan Kasih sayangMu ku dambai...

moga Allah pelihara usia remaja dengan amal yang bermanfaat..syukrn buat shbh2 dicni mahupun di msia dan tak kurang jua buat teman2 dcni..ahlel beit (Nyah,ina,yana wani) kiena, sal, kak lyanna, inoue dan ramai lgi yg sentiasa bersama mengharungi mehnah dan tribulasi...perjuangan belum berhenti..harus lari dan terus lari...tahun 2 bakal melabuhkn tirai..moga ada kenangan terindah terus kekal abadi..sama2 saling mendoakn..