BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 03, 2008

keremajaan

...Keremajaan...
berlalu sudah detik dan waktu

myspace comments

For those of my akhawat..true ukhwah we hope..

Pada suatu hari, mujahid unggul, Said Nursi telah menasihati beberapa orang remaja yang meminta beliau memberikan beberapa nasihat sebagai pencegah dari mara bahaya kehidupan, keremajaan dan serakah nafsu yang merosakkan. Said Nursi telah berkata:

“Keremajaan kamu pasti akan meninggalkan kamu. Sekiranya kamu tidak dapat mengekalkan diri kamu di dalam lingkaran yang syara’ keremajaan kamu itu akan hilang dan keseronokan yang memenuhi keremajaan tersebut akan membawa kebinasaan dan penderitaan di dunia ini, di dalam kubur dan di Hari Akhirat. Sekiranya, melalui tarbiyyah Islamiyyah, kamu dapat membelanjakan keremajaan kamu di dalam ketaatan, dalam kebaikan dan terhormat, keremajaan itu seolah-olah kekal selama-lamanya”

Beliau menyambung lagi:

“Bagi kehidupan yang dilalui tanpa iman, ataupun akibat pendurhakaan terhadap Allah menyebabkan iman tidak berfungsi, kehidupan akan membawa penderitaan dan kebinasaan yang lebih parah dari kenikmatan dan keseronokan sementara dan lahiriyah yang dibawanya. Ini adalah disebabkan manusia, yang sangat berbeza dari haiwan, memiliki aqal fikiran. Melalui fikirannya manusia terikat dengan masa, iaitu masa lampau, masa kini dan masa depannya. Manusia boleh memperolehi kenikmatan dan kesengsaraan dari perbelanjaan masanya. Manusia tidak dapat mengelakkan dirinya dari penyesalan akibat perbuatan di masa lampau dan rasa cemas terhadap hari esok yang tidak diketahui baik buruknya. Sedangkan golongan haiwan pula tidak dibekalkan aqal untuk berfikir yang menyebabkan haiwan tidak dapat mengenangi dan mengimbas semula penderitaan masa lampau, atau rasa cemas ketidaktentuan hidup masa akan datang, yang akan menghilangkan kenikmatan masa kini”.


Monolog sendiri>>sedar-sedar..cepat masa berlalu..separuh exam diharungi...2 dekad meninggalkan ku... 2 dekad jua usia ku berlalu..bermanfaatkah usiaku??sama-sama muhasabah diri..fatrah exam sesuai sekali menjadi station muhasabah diri..sesuai benar..kerana kita banyak menyendiri.. bicara kita ketika ini bicara sufi...sentiasa monolog sendiri..bersama kalam murabbi hati mohon diterangi nur ilmuNya saat sebegini..beginilah remaja jika ingini bertempur..hubungan dengan Khaliqnya itu yang pantas digusarkan...Ya Rabb seksaMu ku takuti..rahmat dan Kasih sayangMu ku dambai...

moga Allah pelihara usia remaja dengan amal yang bermanfaat..syukrn buat shbh2 dicni mahupun di msia dan tak kurang jua buat teman2 dcni..ahlel beit (Nyah,ina,yana wani) kiena, sal, kak lyanna, inoue dan ramai lgi yg sentiasa bersama mengharungi mehnah dan tribulasi...perjuangan belum berhenti..harus lari dan terus lari...tahun 2 bakal melabuhkn tirai..moga ada kenangan terindah terus kekal abadi..sama2 saling mendoakn..

5 comments:

Anonymous said...

hmmm..
Sultan Muhammad al-Fateh bole menawan constantinople masa remaja..

tapi kita..remaja jugak..

bersama manfaatkan usia..

panjang umur bukan bermakna umurnya sampai beribu-ribu tahun..

tapi umurnya diisi dengan banyak benda yang berfaedah..

Ayuh bangkitkan semangat mujahidah sejati!

sinar_islami said...

ayuh bangkit..takbir!! Allahuakbar

Anonymous said...

jujurnya..

kalau fikir2,x ada ape sgt yg saya buat sepanjang 20 tahun ni(20 tahun lagi tau!)

sedih pon ada.

Namun,sgt bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang untuk saya~[alhamdulillah]

Peluang untuk bljr d Mesir,mendalami agama,berukhwah,merasa satu perasaan yg saya tak rasa ketika kat Maahad dulu.

Rasa sangat bersyukur~saya mmg bertuah!

Moga Allah ttpkan hati kita pdNya..

[jazakillah khairan jaza' 4 everythings]

sinar_islami said...

InsyaAllah..walau sesiapapun kita..
sama2 la kita berganding bahu...demi Islam tercinta..sama2 tunjuk khudwah..dan hakikat ukhwah tu tak semestinya bersama tapi jauh dilubuk hati terkenangkannya..dan harapan seorang sahabat agar temannya jua mampu ke syurga jika tewas dia akan membantu sahabatnya..

Mampukah kita menjadi seperti sri kandi fatimah, secerdas aisyah dan setabah khadijah?? moga2

moga saling takmil wa istikmal..
syukran saffa wa kak lyanna :)
may Allah bless both of you

sinar_islami said...

hehe..yeye little star still 20..kami ni yg dh tua..sbb dh tersama umur lak ngan nti..

well insyaAllah moga Allah berkati usaha kita utk sampaikn Islam...

La tahzan...