BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, June 24, 2008

++1.2.3.4++




Semalam.. sayup-sayup di tengah malam, seorang teman memutarkan lagu dari laptop kesayangannya... kebetulan Allah takdirkan daku di situ..menumpang study...gara-gara ingin menukar mood study untuk oral histo hari ni..Rupa-rupanya tidaklah daku tahu bahawa lagu ini yang pada satu ketika pernah kunyanyi tika sekolah rendah kudengar kembali..lucu pula kerana daku ingatkan lagu untuk silibus budak sekolah rendah...mmm mungkin dinyayikan semula..entah daku sendiri pun kurang pasti.. tapi ini gandingan si kecil bersama Aris Ariwatan... aris ariwatan pun bukannya daku kenal..biarlah.. namun sebenarnya ada kisah yang membuatkan daku suka mendengarnya.. lebih enak didengar jika kanak2 yang menyanyikan atau nyanyikan sendiri bersama ahlel beit..rupanya mereka pun tahu... susah juga untuk memilih halwa telinga..liriknya suci namun penyanyinya wallahu'alam..yang pasti bijak la memilih ya teman..nasyid pun perlu diteliti..cuma ini sebagai menggamit memori tika kecil dahulu di bangku sekolah.. terkejut ingatkan hanya nyanyian kanak-kanak kecil..

~1.2.3.4 ~

Satu... kasih yang abadi
Tiada tandingi Dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan




Alhamdulillah oral histo selesai sudah.Doctor Hana Abd Kadir sangat membantu, "You all are excellent." She said. Full mark we get. Meleret senyuman kami semuanya. Kumpulan oralku pulang dengan wajah gembira. Syukran doctor. Balik terus teringat lirik ini yang ingin sekali dikongsi dengan semua.Sebenarnya banyak je nasyid-nasyid lain tentang ummi, abbi dan sebagainya. Namun ini benar-benar mengingatkan daku akan memori lalu.Ya tika waktu kecil di bangku sekolah semua orang ligat bercerita pasal keluarga..daku juga begitu..maklumlah semua orang tym tu adik beradik tak ramai tapi family ku besar..Bercerita pasal keluarga membuatkan daku insaf..diri sendiri akan sedih bila melukakan hati mereka..Ya adakah jiwa kita sama...



Sensitifkah kita jiwa ummi, mak, mama, ibu, walid, abi , ayah kita...dilukai..rasakah kalian jerih perih mereka membesarkan kita..huh..isu ini amat sensitif bagi ku..jika mereka dilukai daku pantas memikirkan jalan menggembirakan hati mereka.. namun sikit sahaja usahaku.. memihak bukan tugasku kerana dua-dua insan yang kusayang.. tiada pilihan..kerana dua-dua yang terbaik untuk kami adik beradik...selaku along.. ingin selalu ku kongsi perasaan ini..agar kasihlah pada ibu bapa kerana Allah bukan kerna fitrah sayang anak pada kedua orang tuanya..kerana bertitik tolakkan kasih sayang yang salah menyebabkan kita tidak akan menerima kekurangan mereka dengan seadanya..lihat la realiti..ramai yang suka menyalahkan mereka dan mereka tidak dihormati dengan sewajarnya,tambahan bila mereka sudah tua pelbagai perlakuan dilakukan..rumah orang tua jadi pilhan untuk membalas budi mereka..berdosakan begitu..Ya Allah peliharalah kedua ibu bapa ku..Jadikanlah kami anak-anak yang soleh.

~harapan..takkan daku biar mereka keseorangan~

Perhatilah dunia! Nilailah dunia dengan kaca mata syarak. Lihatlah anda ingin generasi yang bagaimana? Ingin kaum yang taat? Maka taatilah Allah dan RasulNya dan juga kedua ibubapamu selagi suruhan mereka menepati apa yang Allah gariskan. Gembirakanlah hati mereka kerana tanpa mereka siapalah kita.

0 comments: