BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, October 02, 2008

::salam lebaran::

::salam lebaran::
~syawal tiba lagi~

Alhamdullillah kita selayaknya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT di atas segala kurniaan nikmat yang pelbagai kepada kita. Bertuah rasanya masih diberi oleh Allah untuk merasai kenikmatan Ramadhan.. walaupun sebenarnya ada hari-hari yg ditangisi kerana merindui ardul kinanah.. Namun hati di pujuk juga untuk mengungkap rasa syukur kerna kehilangan Ramadhan di mesir diganti dengan kehadiran Syawal bersama keluarga disisi.. Alhamdulillah umur itu masih dipanjangkan...T api pemergian Ramadhan kali ini betul-betul menyentuh kalbu..sedih bangat.. Namun daku bersyukur seadanya dan rasa syukur itu adalah tanda untuk menjadi hambaNya yang dekat pada Nya.InsyaAllah, Rabbuna ma3ana

Mmm..Hati ini juga rasa sunyi bila berjauhan dengan tenet selama lebih 10 hari kerna pulang ke besut lebih awal..tapi kepulangan ku dinanti-nanti..kerna sudah janji utk menghabiskan detik2 terakhir di msia bersama wan dan tokki..sekurangnya kehadiran daku blh juga berkhidmat dan menggunakan tulang 4 kerat utk memudahkan kerja sepanjang puasa dan persediaan raya...

Sesungguhnya benarlah Allah memang mendengar suara hati hambaNya... raya kali ini benar2 lain dari lain..semua sanak saudara pulang ke kg beserta dgn kehadiran beberapa sepupu baru..dan celoteh anak2 kecil yg sedang membesar..mmg sgt comel mereka ini..

Moga-moga berlalunya madhrasah Ramadhan ini hati kita takkan gersang kerana kegersangan keimanan pada Ilahi akan membawa seseorang insan sangat berat untuk melakukan amal2 saleh dan kebajikan.. malahan hati2 yang kegersangan iman ini akan membuat onar dalam kehidupan bekerluargadan masyarakat..bahkan yang diharapkan keimanan terus subur di taman larangan..
Salam lebaran buat semua..khususan buat warga gen11~exmat3, gen6 medic cairo, warga perubatan dan buat teman2 yg mengenali, maaf dipinta andai tersalah bicara dan terkasar bahasa..dan kekurangan serta kelemahan diri.. moga keredhaan Allah sentiasa bersama kalian. kullu 'am wa antum bi kheir. taqabbalallah minna wa minkum.

6 comments:

Anonymous said...

salam aid mubarak..
moga dipermudahkan perjalanan hidup..

Dr Amad said...

Malaysia dan Mesir masing-masing ada kelebihan dan kekurangan...tinggal cara kita manfaatkannya...

sinar_islami said...

ameen..dan moga Allah berkati kita semua

Anonymous said...

Orang yang berjaya adalah orang yang dapat merubah dirinya dan orang sekitarnya ke arah kebaikan....

Anonymous said...

You cannot change the wind but you can adjust your sails ...do it together as a team!

Turn the threat to opportunity...

Anonymous said...

If you WANT something you never had, do something you HAVE never done!