Mari bedah buku...
~Jalan Cinta Para Pejuang~`
Di sini, ada cinta dan tujuan
Yang membuatmu menatap jauh ke depan
Di kala malam begitu pekat
Dan mata sebaiknya dipejam saja
Cintamu masih lincah melesat
Jauh melampaui ruang dan masa
Kelananya menjejakkan mimpi-mimpi
Lalu di sepertiga malam terakhir
Engkau terjaga, sedar dan memilih menyalakan lampu
Melanjutkan mimpi indah yang belum selesai

dengan cita yang besar, tinggi, dan bening
dengan ghairah untuk menterjemahkan cinta sebagai kerja
dengan nurani, tempatmu berkaca tiap kali
dan cinta yang selalu mendengarkan suara hati
Teruskanlah melangkah di jalan cinta para pejuang
menebar kebajikan, menghentikan kebiadaban,
menyeru kepada imman
walau duri merantaskan kaki
walau kerikil mencacah telapak
sampai engkau lelah, sampai engkau payah
sampai keringat dan darah tumpah
tetap yakinlah, bidadarimu akan tetap tersenyum
di jalan cinta para pejuang
Ya…ada apa dengan cinta..??
Cinta bisa menakluk atau ditakluk..??
Amor vincit omnia. Love conquers all. Cinta akan menakluk segalanya. Itulah kebiasaannya bagi mereka yang sedang hangat bercinta. Kalimat inilah yang seringkali merasuki jiwa anak muda bahkan sesiapa sahaja jika Allah bukan pendahulu segalanya. Jiwa dan jasad mereka dikuasai oleh cinta hingga cintalah pemandu kehidupan mereka. Cinta biasa adalah cinta kosong,cinta yang merugikan iman dan akhirat. Walaupun lautan dan bara api sanggup diredahi namun pabila cinta teruji, mereka sanggup korbankan diri. Ya apabila jiwa ditakluk oleh cinta, mungkin gunung itu mampu di daki, mungkin lautan mampu diseberangi, namun dia mudah tewas dalam memilih cara menamatkan riwayat cinta, ditolak maka dia memberontak lalu ingin terus membunuh diri, terus cinta menamatkan anugerah akal lalu tidak dapat berfikir dengan sewarasnya. Maka timbullah kisah Laila Majnun serta Romeo & Juliet. Seperti inikah yang kita mahu? Tewas dengan cinta, hilang arah, hilang segalanya…
Di jalan cinta para pejuang, perjuangan pertama adalah pergelutan jiwa. Pergelutan jiwa untuk menaklukkan cinta itu sendiri. Di jalan cinta para pejuang juga kata-kata amor vincit omnia sejak awal lagi sudah dipadamkan dari kamus seorang pejuang kerana cinta takkan pernah menakluk kita bahkan kitalah yang akan menakluknya. Sungguh daku rasa seolah terjaga dan sinis buat diri yang masih bermalas-malasan. Peringatan berguna buat diri. Di jalan cinta para pejuang kelak kita mungkin akan menghadapi para ‘pejuang’ lain. Seperti mana kita meyakini Allah, mereka juga meyakini sesuatu. Sesuatu itu yang mengerakkan mereka. Mereka berjuang seperti mana kita berjuang. Dan pasti akan ada pertempuran san pertempurannya adalah pertempuran iman, maka bersiap sedialah selalu di jalan cinta para pejuang. Ya bersiap sedialah...
Ya di jalan cinta perlu ada tapaknya..
Tapak pertama adalah visi yang mengerakkan dan mengarahkan cinta…
Dalam alam nyata, memori dan persepsi biasa kita ringkas menjadi pengetahuan.”Dan visi”, kata Elbert Einstein,”Jauh lebih penting dari pengetahuan.”Mengapa? pengetahuan bersifat lampau, sudah berlalu dan terbatas. Sedangkan visi adalah masa hadapan yang tak terbatas. Visi lebih besar daripada sejarah, lebih besar daripada beban kita, lebih besar dari luka nestapa emosi kita di masa lampau. Dengan visi juga kita mampu membangunkan sebuah gambaran ideal dalam perspektif jangka panjang.
Bahkan kadangkala kekuatan visilah yang mampu mengerakkan jasad untuk bekerja walaupun hanya dengan kata-kata sederhana. Mereka yang mengatakan “susah tapi boleh” pasti akan membulatkan tekad untuk menyelesaikan visi hatta apapun kerja walaupun aral melintang, ia pasti akan sanggup redahi asalkan kerjanya berjaya dilaksanakan kerana mereka juga turut percaya firman Allah:
“Sesungguhnya selepas kesulitan itu ada kemudahan”
Namun sebaliknya, orang yang mengatakan “boleh tapi susah” lebih cenderung untuk membesarkan penghalang dan sentiasa mencari alasan hinggakan dia tidak bertindak akhirnya.
Justeru kita perlu sedar bahawa kita ada visi iaitu akhirat tempat abadi, nikmat tiada tandingan duniawi. Cintakan Allah pengerak segala gerak geri pejuang Illahi. Bahkan visi itu perlu sentiasa bermodalkan kesedaran agar kita selaku di jalan pejuang tak mudah larut dek suasana jahiliyah yang mengcengkam..
Oleh itu mana mungkin, sirna cinta akan terus kekal tanpa ghairah mencintai Illahi. Maka hadirnya tapak kedua melengkap visi. Ghairah perlu bertandang.
Mari kita lihat peribadi ini iman pengerak segalanya. Iman penakluk cintanya. Dialah Umar Al-Khatab yang digeruni sentiasa tekun dengan urusan Islami hinggakan hati nya menjadi makmum bagi kerja-kerja cinta yang dilakukan amal salehnya..bahkan kedasyatan lafaz cinta Umar pada Rasulullah saw melebihi segalanya juga atas dasar tolakan iman..Fuh dasyat bukan..Keghairahan cintakan Pencipta akan menghasilkan peribadi yang penyayang dan berkarisma tinggi..keghairahan yang terarah inilah akan membeningkan cintakan Illahi justeru sentiasa kasihkan pejuang Islam yang lain..
Tapak ketiga menyusul pula iaitu nurani si penyuntik semangat juang si srikandi dan rijal islami. Setiap kita punya hati dan di dalamnya nurani kita terus bergetar menyuarakan pesan Illahi. Tetapi bisikan nurani inilah yang akan terhijab jika noda masih bersarang dihati. Inilah yang perlu dikhuatiri. Pejuang perlu sentiasa monitor hati kerana hawa nafsu boleh bertingkah dengan suara hati nurani kita sendiri hinggakan kita tersalah pertimbangan dalam melakukan tindakan. Takut juga maksiat yang kita pilih kerna tersalah buat pertimbangan. Maka sentiasalah bertaubat, bersyukur dan membasahi bibir dengan mengingati Allah. Nuranimu pasti akan terus berbisik dan melaungkan kebenaran dengan nyata akhirnya..
Di jalan cinta para pejuang, disiplin menjadikan kita terus amanah dengan tanggungjawab yang diberikan..Dijalan cinta para pejuang, penglihatan kita awasi, pendengaran kita batasi, kesucian maruah dan diri kita belaia, suruhan illahi kita patuhi, larangan Allah kita jauhi..ini perlukan komitmen, perlukan disiplin yang tinggi…Inilah tapak yang terakhir..pelengkap pada visi,ghairah dan nurani..
Selamat melayari kehidupan di jalan cinta para pejuang.
Sekian saja post mortem daripada insan kerdil bernama sinar~islami.
Mari membaca teman-teman supaya hati terisi iman pun berfungsi.

::sinar Islami
Pars International hotel,
Pars International hotel,
Bahrain
5 oct 2008
~syukran pada yang memberi~
::siap sepenuhnya 13oct::
10 comments:
salam aidilfitri jugak...=)
mane dapat buku tu ek? dr fahmi ke? jauh jugak bisnes fahmi ni, hmm....hehe. taqabbalallahu minna wa minkum.=)
Ehem...ehem..
Terbatuk ada orang sebut nama.Cmna dpt?ada donk...kan2 cik sinar.
Ukhti,sikit ye 'biospy' nti kat buku ni...mau dgr lagi.=)
aaa..betul betul betul rahsia la..
akan ditambah insyaALLAh
cuma kekalutan kuliah dan sesi mengemas umah menyulitkan utk sesi typing..dalam proses
tu pun tertangguh pos ni..
tak pun kalau doktor2 dah habis bedah buku ni silalah topup kat cni..
oooo....ada per'komplot'an disini upenye....hmm,xpe2,nk mrajuk ah. xnk bagi komen dah. haha.=p ana br bc half yg pertama, sangat informatif. byk 'mamat' tu membaca, tulisan die ilmiah sungguh, insyaAllah yang membaca akan dapat byk manfaat.
penulis camtula kite kene contohi. menulis utk manfaat bersama. teruskan mnulis...=)
silap! menaip. hehe...
salam. yo. read ur post. here are some other wisdom 'bout love http://azzada.blogspot.com/
i realize that you hv exellent way of thinking. why dont you join youthsays at http://youthsays.com/invited_by/2470544 to share ur opinion about anything. help other malaysia's future generation.
me to dr razi:
sampai gitu sekali sih merajuk... ahlan je dtg lagi utk memeriahkan blog yg simple ni...
yeap ameen moga terus dikurniakan khudrat utk terus menaip dan menulis :)
sambil tu sahut seruan jibril dari Pencipta:: Iqra' !! bacalah dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan..
me to magma::
thanks again..still need your comment and opinion to improve.. I will insyaAllah
Buruk bebenor le Yop kalu nak merajuk...idak lapo ye teman nak memujuk kamu..hehe.
Satu penilaian simple tetapi pada masa yang sama tidak melepaskan point-point penting untuk diketengahkan dan dievaluasi bersama..Visi,ghairah,nurani dan disiplin satu ramuan yang ampuh untuk semua para pejuang dalam mencari CINTA...
p/s:Kagum ukhti dapat mengatasi masalah bahasa dalam memahami kupasan karya seni dan iman Orang Indonesia...Kalu tang puitis tu emangnya nti pakarnya bukan?hik3
mula2 stat tu agak sukar la..
but dapat la adapt..aleh2 rasanye leh dok indon ni..
Alhamdulillah moga terus memahami karangan seberang walaupun masih ade istilah yg kurg difahami..jujurnya buku ini Alhamdulillah mampu dijiwai kerna byk sirah & cerita diketengahkan..
apa2 pun mohon tunjuk ajar pada yg ariff..syukrn diatas komen2 antum
sha..
caner nk dptkan buku ni?Ada khidmat pos ke UK?
mcm menarik
ha...bgs ade yg berminat..nanti ditanyakan..
Post a Comment