BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 30, 2009

Syawalku syawalmu


Salam Syawal buat semua...
Salam persaudaraan juga buat semua di luar sana, baik kenalan maya atau alam nyata...
Dan selamat berpuasa sunat bagi menambahkan amal yang sedia ada...

Mari duduk sejenak...Muhasabah kembali Ramadhan dan Syawal yang telah kita lalui. Jangan dibiarkan semuanya sia-sia...Tarik nafas kemudian fikir-fikirkan.....

Biar apapun, bagi Sinar kemeriahan syawal masih terasa walaupun masa kian berlalu dan saat ini Sinar sudah pun berada di ardul kinanah menanti pengajian yang bakal bermula 4 October nanti insyaAllah. Namun peluang beraya bersama keluarga tidak dapat dilupakan apatah lagi pelbagai ragam di pagi raya yang menghiburkan. Masa yang agak terhad membuatkan laptop dan Sinar berjauhan. Blog ini dibiarkan sepi seketika. Hatta Syawal di sini masih diceriakan dengan rumah terbuka, ziarah menziarahi dan tak kurang juga masing-masing sibuk mengejar puasa 6 di bulan ini.

Walaupun ribuan batu berjauhan…Malaysia masih dalam ingatan dan kenangan di hari raya bermain-main di fikiran…

“ Dapat duit raya markah A ke B ?” Tanya Fatin pada si kecil Salwa…terpinga-pinga pula orang besar mendengar ayat-ayat itu.

“ Apa tu?” pelik pula ade grading ni. Kami yang besar pula minta penjelasan..

“Kalau dapat 90 ke atas A la tu..Hehe” sambil mengipas duit raya. Berlagak sungguh.
“Oh ingatkan pekse je ade grading, tergelak kami mendengar celoteh anak-anak kecil pasal duit raya…

Tak kurang juga diri sendiri menjadi mangsa

“Along! Aloong ! Duit raya ! Nak duit raya “ diserbu kanak-kanak Ribena. Tak cukup tanah untuk melarikan diri dibuatnya. Tunggula 4 ke 5 tahun lagi.

Tak menang tangan dibuat mereka, nanti ade sesi bercerita, nanti ade jeritan duit hilang, nanti ade jeritan duit bertambah, nanti ada minuman tumpah, nanti ada sesi membilang. Macam-macam. Senang cerita tak lokek suasana dengan gelak tawa dan juga tangis manja… =) macam-macam ada.

Bagi berkongsi rasa...buat tatapan keluarga agar jangan lupa.. =) kukongsi gambar kita bersama...


~Saling bermaafan di pagi raya~

Salam Aidilfitri daripada kami sekeluarga


~Kami warga tua~
muda lagi sebenarnya =)


~Serba hijau ~

~Makan dulu sebelum pi raya~


Tak baik tengok je...Jom makan

Beraya di rumah Ayah Wo

Penat....

Sempat lagi baca VT

Beraya di kolam ikan keli milik Ayah Dee


Faiz! Tangkap jangan tak tangkap !

Ceria tapi sudah mahu pulang

Tok Ki sedih ye...hehe


:: Sekian sahaja daripada kami::

--->(^_~)<---

Saturday, September 19, 2009

Salam Lebaran 1430H

~::Kullu 3am wentu bikheir::~
~Salam Aidilfitri 1430H buat semua~


Sudah ke penghujungnya Ramadhan kali ini
Bercampur baur perasaan sebenarnya
Ramadhan kali ini terasa sangat kurangnya
Ternyata rindu di Mesir mengamit memori
Ibadah di sana lebih tersusun, Masa lebih terisi
Ya Allah ampunilah daku atas kelemahanku ini
Moga di SANA ada pengampunan
Moga di SINI ada kemaafan
Insan naif ini tidak pernah lari daripada kesilapan
Andai ada salah bicara Sinar dengan teman-teman
Maafkanlah...
Maafkanlah...
Maafkanlah...


Sedikit coretan :::
  • Moga kita tidak lupa muhasabah Ramadhan yang berlalu
  • Moga kita tidak alpa ketika lebaran kerana kita milik-NYA
  • Moga kita tidak lupa menziarahi sanak-saudara
  • Moga kita tidak terlampau suka, cukuplah bersederhana....
  • Buat ahli beit, jangan lupa Sha ketika makan lomang tu manakala buat sahibah2 maaf dipinta tak semua Sha dapat jumpa dan buat kenalan2 moga Allah berkati ukhwah yang terbina & maaf andai ada salah bicara.
  • Moga redha Allah milik kita semua.
  • Akhir kalam, doakan perjalanan kami sekeluarga pulang ke kampung. Doakan selamat pergi dan pulang. Kalau ini entri terakhir, doakan Sinar bahagia di sisi-NYA. (^_^)

Happy Anniversary 23th

~::Khas buat Ummi & Walid::~
Click to play this Smilebox photobook: 23th Anniversary
Tak terbalas jasa kalian
Moga Allah membalasinya
Moga redha Allah milik kita jua

Thursday, September 17, 2009

Perantau Siri 2 - 2009

Perantau Siri 2
Sekolah Ibnu Khaldun
12-13 Sept 2009


Setinggi kesyukuran di rafakan, cuti diisi dengan siraman iman, membangkitkan daripada kelenaan dan memberikan sentuhan kelainan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Alhamdulillah dengan keizinanannya jua Program Perantau Siri 2 bertamu di bulan ini.

Menyebarkan dakwah dan Fikrah Islamiyah : Satu Tuntutan

Sedar atau tidak, hakikat zaman kegemilangan Islam telah berlalu, umat Islam kian beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari. Jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru menyedari hakikat ini, peserta dibekalkan dengan bekalan agar membenamkan di lubuk hati yang dalam bahawa dakwah untuk mengajak manusia mengenal Allah itu adalah wajib. Tugas dakwah dan mengajak manusia kepada deenullah in merupakan taklifan rabbani. Ya satu taklif rabbani dan setiap insan yang punya kefahaman perlu ada kesedaran untuk menyampaikan kebenaran. Justeru di hatinya akan terbit rasa bahagia yang berpanjangan kerana inilah seharusnya jalan hidup para pejuang. Hanya untuk membawa bekal bertemu Allah Yang Maha Esa.



فمن يردالله ان يهديه يشرح صدره لِلإِسْلامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا
كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ في السَّمَآءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ

"Barangsiapa yang Allah menghendaki petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. "
(Al- An’aam : 125)


Justeru tugas paling asas adalah memperkenalkan fikrah islamiyah dan tasawwur islam yang syamil dan kamil pada manusia. Ya Allah permudahkan dan tabahkanlah...

Inilah dakwah kita


Dakwah kita tidak mengenal rupa dan bangsa.

Dakwah kita adalah untuk manusia secara menyeluruh dan ummat Islam secara khusus bahawasanya mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah tanpa menyekutui dengan sesuatu dan tidak mengambil sesuatu selain Nya sebagai Illah dan Rabb.

Dakwah kita kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan sikap penerimaan mereka terhadap Deen Islam sebagai pegangan hidup, supaya mereka mengikhlaskan pegangan dengan Deenullah.

Dakwah kita juga adalah untuk alam sejagat supaya terbangkitnya satu revolusi dan perubahan menyeluruh terhadap dasar-dasar hidup manusiakerana suasana hari kini dikuasai oleh taghut dan perosak-perosak yang bermaharajalela dengan pelbagai kemusnahan dilakukan oleh mereka.

Nah jelas sungguh dakwah ini untuk semua manusia. Penjelasan hakikat pengabdian kepada Allah itu perlu agar ummat tidak keliru. Justeru bagi daie perlu berharap agar setiap muslim agar menjadi muslim sejati, yang bersih dan dedikasi terhadap Allah. Muslim yang jauh dari perasaan perkauman dan dapat memalingkan mukanya dari setiap fikrah dan ideology yang bercanggah dengan fikrah kebenaran dan yang hak.

Tawazun antara akademik, dakwah dan persatuan

Jauh kita belayar namun jangan tercicir apa-apa pun tuntutan kita di dalam pelayaran. Begitulah hendaknya sebuah pelayaran muslim menuju akhirat. Perlu kesimbangan dan pengamatan dalam pelbagai aspek bekalan dan tanggungjawab yang digalas. Aspek paling dekat buat mahasiswa adalah penglibatannya dalam akademik, dakwah dan persatuan. Program perantau kali ini cuba menjelaskan dan mengingatkan peserta agar keseimbangan antara 3 aspek ini tidak wajar dilupakan. Malah perlu dititik beratkan.

Justeru pendekatan yang perlu untuk mencapai maksud ini, apa jua tindakan dan kerja yang kita buat adalah ibadah. Ketekunan di dalam akademik adalah ibadah kerana ilmu itu hasanah. Keaktifan dalam dakwah adalah ibadah kerana di situ ada saadah. Keterlibatan dalam persatuan adalah rahmat kerana di situ ada manusia untuk kita kenalkan Islam padanya.
Sinar~Islami
Malam-malam terakhirku, redhailah...

Saturday, September 12, 2009

Menjadi tetamu, mengubat rindu

Kembara daku ke utara juga tidak lengkap andainya tidak menziarahi Ummu Ammar sekeluarga. Memang itu perancangan yang sudah diutarakan semenjak peristiwa itu berlaku. Moga arwah tenang di sana. Dengan keterbatasan masa kerana mendapat emergency call daripada keluarga perihal di Terengganu, Alhamdulillah diberi peluang bersama Makcik Fatimah (Ummi), Pakcik Zul, Atirah dan Ainul selama 2 hari 1 malam sebelum keesokannya pulang ke Selangor dan terus ke Besut pula. Allah sebaik-baik perancang. Syukur....


Kasihnya Allah pada insan yang lupa

Allah kasihkan manusia,
Ujian dilampirkan.
Allah sayangkan manusia,
Dugaan diberikan.
Allah hadirkan kelahiran,
agar kita matang dalam kehidupan.
Allah hadirkan kematian ,
agar di situ ada peringatan dan kekuatan.
Allah hadir sebagai pelindung,
andai kita pulang dengan sebenar-benar pengharapan.


Masa yang diluangkan penuh cerita demi cerita, perkongsian demi perkongsian berguna. Sungguh peringatan itu penting buat orang yang berfikir agar dia tidak lupa 3 persoalan yang harus diulang setiap detik dalam kehidupan. Dari mana kita didatangkan, kenapa kita didatangkan dan ke mana kita akan pergi. Setiap permulaan ada pengakhirannya. Pengakhiran sebuah kehidupan adalah kepulangan ke pangkuan-Nya. Sungguh Allah itu kasih kepada hamba-Nya.


~Moga tenang di alam sana~

Redhakah Allah dengan kita, dengan amal-amal kita, dengan cakap-cakap kita? Hiba, sedih bahkan bercampur baur bila mengenangkan masa yang berlalu apatah lagi masa yang daku sendiri siakan. Akhirnya pipiku basah jua.

Menjadi tetamu, Mengubat rindu

Allah hadirkan Ramadhan sebagai tetamu kehormat dalam kalendar hijri khusus buat hamba-hamba-Nya yang ingin kemuliaan di sisi-Nya dan yang ingin keampunan-Nya. Mengubat rindu hamba pada-Nya. Ramadhan menjadi tetamu dalam kamus hidup kali ini cukup bermakna dan terkesan. Masih disempatkan untuk menambah amal yang kurang.

Menjadi tetamu Allah pula, dengan doa insan-insan soleh, dengan amal yang diredhai-Nya pasti membuahkan kemanisan yang tiada tara. Itulah sebenar pengubat rindu seorang hamba atau kekasih kepada pencipta atau kekasihnya. Kepulangan terus pada-Nya. Seorang demi seorang insan yang pernah bertamu dalam hidup ini dijemput pulang. Ummi Halimaton, Ammar, Sir Ghazali dan Cikgu Zainuddin sudah pergi menjadi tetamu Allah di sana dan kita Allah sempatkan lagi setidak tidaknya menjadi tetamunya di dunia dengan di hadirkan Ramadhan Al-Mubarak. Sedih itu memang, bersyukur itu perlu. Kasih-Nya Allah pada kita tak terucap ana rasa. Ibu, Abah, kakak, abang dan adik-adik kita hanyalah pinjaman dari-Nya. Allah pemilik mutlak segala-Nya. Kenapa Allah pilih mereka kenapa tidak kita. Sukar untuk dijawab. Yang pasti, mereka milik Allah dan itulah masanya. Kita pun milik Allah dan masa kita pula akan tiba. Bila? Hanya Allah yang tahu dan kita mesti BERSEDIA. Kita pernah berdoa

" Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, thabatkan daku di atas deen-Mu, dan membina ketaatan pada-Mu"

“Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.” (QS 3:193)

dan Dia dengar dan Dia makbulkan.


Bahkan menjadi tetamu buat keluarga arwah di bulan mulia ini sungguh memberi kesan di hati yang masih lemah menuai amal di alam fana ini. Ingatan pada sosok peribadi seorang pejuang terubat sedikit sebanyak melihat keluarga arwah. Kalam-kalam taujihad membangkitkan kesedaran. Keperibadian yang harus dijadikan contoh itulah yang kita perlukan jua sebagai salah satu bekalan.Syukran Ummi, kerana menerima dan meraikan kami. Hadirnya kami bukan sekadar pengubat rindu Ummi pada arwah. Takkan sama. Hadirnya kami sebagai anak-anak barumu. Maafkan salah silap dan kekurangan daripada kami. Moga redha Allah sentiasa bersama kita semua.

Friday, September 11, 2009

Seputar Wad Pediatrik


Hospital Tunku Fauziah, Kangar Perlis
2-3 September 2009

Melihat saranan supersenior dan senior di dalam yahoo.group tentang attachment terusik juga dibuatnya. Namun tekad untuk buat perancangan ini pada tahun depan bersama beberapa teman yang lain. Maklumlah sentiasa digembar-gemburkan pelajar luar negara kurang kemahiran praktikal. Tercabar juga sebenarnya. Sebenarnya tahun ini, masa agak padat untuk diisi dengan program sebegini. Namun perancangan Allah siapa tahu =)


~Gementar sebenarnya~

Syukur ke hadrat illahi kerana dengan keizinan-Nya di beri peluang yang tidak disangka-sangka untuk menghadiri 'elective programme' di wad pediatrik. Tanpa sebarang perancangan rasmi di pihak sinar, Allah buka peluang ini melalui ajakan seorang sahabat. Apa lagi, peluang baik tidak harus dilepaskan. Perancangan-Nya lebih pantas. Walaupun hanya dua hari, pengalaman ini sedikit sebanyak memberi pendedahan bahawa kehidupan di hospital tidak la teruk mana hingga tidak boleh bernyawa. Syukran juga pada Dr. Syuib dan Dr. Asmi atas nasihat dan tunjuk ajar kalian. Mereka bekas pelajar perubatan mesir aka ex-senior kami yang sedang mengharungi detik-detik housemanship mereka. Moga redha Allah bersama kalian. Moga kami dapat mengikut jejak langkah kalian.

~Merenung jauh masa hadapan~

~Ayuh! Teruskan melangkah~

Adik-adik NNJ (Neonatal Jaundice)

Low Birth Weigh vs Macrosomic Baby
Both are cute =)
Bersama pelajar klinikal Allianze College of Medical Sciences
Cuba teka yang mana berasal dari Sumatera =)
Salam perkenalan daripada Sinar buat kalian
Seinfiniti terima kasih juga kepada Dr. Jamal atas keiizinannya, Dr. Nasir atas kelas tutorialnya, Dr. Lim atas diskusinya.

Thursday, September 10, 2009

Duhai adik-adikku



Sedih dan berat kaki ini sebenarnya ingin melangkah ke bumi wakafan MATRI apabila mengenangkan tiada lagi suara umi yang bakal menyambut di muka pintu bilik guru nanti. Pemergian seorang lagi murabbi di matri Sir Ghazali turut daku rasai. Sememangnya apabila melangkah ke medan ilmu itu, kehilangan dan kesunyiaan itu terasa walhal pelajar-pelajarnya riuh dan bertambah saban tahun. Kehilangan itu tetap ada. Sukar untuk menjelaskan perasaan sendiri.


“Haa… bakal doctor kita sudah pulang, anti boleh tolong umi kan atau anti ada apa-apa hajat?” Sapaan dan pelawaan ini pasti sudah tiada kerana Allah lebih menyayangi ummi. Kematian itu kusemat sebagai peringatan agar diperbanyak amal dan dikuatkan tekad di medan kerja ini. Arwah ummi sentiasa membuka peluang untuk anak didiknya menabur bakti. Sungguh rindu pelawaannya itu. Namun yang hidup perlu terus merencana bakti. Adik-adik matri masih perlu kucurahkan apa yang terpendam dan harapan demi harapan yang perlu daku kongsikan serta kekuatan yang perlu kami gandingkan bersama.

Justeru kehilangan murabbi-murabbi yang ada, secara tak langsung pemangkin untuk pelajar lepasan matri terus pergiatkan amal islami dan ingatlah, adik-adik kita masih perlu sentuhan illahi. Buat adik-adikku di Matri bahkan diluar sana, antum sentiasa dihati. Daku harap sama-sama kita beroleh hidayah dan sama-sama menjaga dan sama-sama menyebarkan risalah Rasulullah s.a.w.

Duhai adik-adikku,

Ramai sungguh yang menyayangi dan mendoakan kalian dari jauh. Melihat antum tika ini mengingatkan kami akan episod-episod hidup kami di bumi wakafan. Dulu kami keanakan dan masih teraba-raba dalam mengenal apa itu dakwah dan tarbiyah. Kami pun pernah hidup berperaturan, makan setalam, berpakaian asrama dan beramal jamaie. Itu semua kami pernah rasai.


~Moga menjadi muslimah solehah~



Namun kembalinya daku saban tahun, kalimah Alhamdulillah dan Subhanallah sentiasa dibibir kerana ANTUM lebih senang. Kemudahan lebih banyak. Mungkin ini kelebihan tapi yang menjadi keizzahan bagiku adalah wujudnya sekolah ini berhampiran kebun getah bukan di tengah kota. Kesukaran demi kesukaran, kekurangan demi kekurangan itulah sebenarnya mendidik warga lama untuk lebih bersyukur dan merasai bahawasanya jalan ini tidak pernah ditabur oleh bunga-bunga indah dan dihampari permaidani merah. Kesenangan generasi baru itu kekadang meresahkan dan merisaukan generasi kami. Justeru sama-samalah kita muhasabah dan menjadi insan bersyukur. Kita perlu menghargai dan bijak dalam apa yang Allah kurniakan.

Duhai putera puteri harapan islam,

Seinfiniti tazkirah, ilmu dan rasa dicurah tapi jika hati kita tidak dibuka untuk diisi maka jawabnya SIA-SIA belaka. Ingatlah MATRI hanya wasilah. Antum la yang perlu mengambil manfaatnya. Bahkan buat semua muslim dan muslimat, dimana pun kita berada, jika kita mengasingkan diri kita dari sinar illahi, sampai bila-bila kita akan berada ditakuk lama, lebih menyenangi dosa dari pahala. Ayuh benarkan hati antum disirami dengan siraman iman dan takwa agar segala karat-karat jahiliyah dan keseronokan dunia serta ajakan syaitan kita bersihkan semampunya.



Duhai adik-adik puteriku, permata Islam

Sungguh malam itu membuatkan daku cukup senang dapat bersama kalian meluah rasa dan merungkai persoalan. Daku insan biasa namun secebis pengalaman itu yang hanya daku kongsikan. Daku insan lemah seperti kalian. Kesinambungan malam ramadhan itu berlanjutan keesokkannya. Syukur hati-hati antum hajatkan kebenaran dan perkongsian. Moga Allah terus menghidupkan hati adik-adik ana ini. Persoalan berkisar sekitar ukhwah, dakwah dan tarbiyah.


Uhibbukumfillah


Ukhwah itu walaupun menjaganya payah namun terselit hikmah.

Duhai adik-adikku bukan mudah berukhwah tanpa matlamat yang jelas. Menjaga keharmonian sahaja pasti kita diuji. Ya, hidup tak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Apa itu ukhwah? Ukhwah itu merupakan sesuatu yang lahir daripada keimanan yang mendalam, dan juga merupakan buah ketaqwaan kepada Allah SWT. Oleh karena itulah, ulama mengatakan, bahwa tidak ada iman tanpa ukhuwah, sebagaimana tidak ada ukhuwah tanpa lahirnya iman. Selalu tanyakan pada diri “Apa khabar imanku hari ini” sebelum bertanyakan pada sahabatmu “Apa khabar imanmu hari ini”. Biarlah kita masing-masing merasai hakikat iman itulah pengerak kita saat ini. Dalam ukhuwah terdapat hak-hak yang mesti dilaksanakan. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadithnya:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ (رواه مسلم)


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seorang muslim dengan muslim lainnya ada enam. Para sahabat bertanya, ‘Apa itu wahai Rasulullah SAW? Beliau menjwab, ‘apabila engkau bertemu dengannya ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu penuhilah, apabila ia minta nasehat darimu nasehatilah, apabila ia bersin doakanlah, apabila ia sakit tengoklah, dan apabila ia meninggal dunia maka ikutilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

Nah lihat, keperluan dalam bersahabat. Semuanya menyenangkan. Jangan mudah perputus asa dalam mencipta persaudaraan. Sentuhlah hati sahabat-sahabat antum dengan kalam-kalam Illahi dan kesabaran yang tinggi. Kita tak boleh hidup bersendirian apatah lagi ingin lari dari pengawasan Tuhan.

Bekalan perlu hingga dijemput Tuhan

Selaju mana pun kita melangkah jangan lupa bekalan untuk negeri abadi itu perlu. Jangan disia-siakan saat di alam sementara ini. Entah bila bakal dijemput pulang. Setiap langkah akan diuji. Tidak kira kita di Matri mahupun di alam IPT dan marhalah-marhalah seterusnya. Perkasakan sikap dan peribadi. Jangan hanya cakap tanpa bakti. Saling mendoakn insyaAllah.

Berbekallah…sebelum kita dijemput pulang ke alam abadi. Moga kita tidak sesal nanti.

Wednesday, September 09, 2009

Bercinta Sampai Ke Syurga


Kembara isu

Hampir seminggu laman ini kosong daripada sebarang entri. Banyak sebenarnya yang ingin Sinar kongsi. Namun aktiviti yang menjauhkan dari dunia blogging ini menyebabkan laman ini sepi. Namun seinfiniti terima kasih buat pengunjung yang setia di sini. Alhamdulillah kembara di tanah air dari utara hingga ke timur Malaysia mengajar erti hidup dalam memberi, menyayangi dan mengasihi. Walaupun sinar masih ‘hijau’ dalam pelbagai perkara, pengalaman dan nasihat manusia-manusia keliling mengajar mengemudi hidup ini. Terimalah Sinar seadanya dan tegurlah jika ada kesilapan di mana-mana.

Lewat kembara ini pelbagai isu dibincangkan. Isu kekeluargaan tak pernah sepi. Sedih memikirkan pelbagai masalah rumah tangga insan sekeliling. Impak dari keretakan rumah tangga membenihkan anak-anak yang kurang matang dalam menganalisa masalah kehidupan. Sukar menyalahkan sesiapa. Setiap manusia ada kekurangan. Cuma bagaimana manusia menyelesaikan masalah itu berbeza. Sungguh diri masih ‘hijau’ tapi isu keluarga cukup membekas di dada. Tak kiralah skop apa, dari menjadi anak, bakal isteri, ibu dan sebagainya.

Hadir untuk melengkapi

Berjuanglah berbekal takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta,
hingga terkecap syurga dunia

Kehadiran Buku Aku terima nikah 2 - Bercinta sampai ke syurga, melengkap koleksi yang ada. Menjelaskan lagi bagaimana rupa rumah tangga, persediaan demi persediaan, pencerahan demi pencerahan, ujian demi ujian. Justeru tidak puas rasanya jika tidak membedah buku ini kerana ATN2 merupakan kesinambungan daripada Buku Aku Terima Nikahnya oleh Abu Saif.

“Permulaan yang baik bukan satu jaminan” pasti ini menjadi satu kegusaran besar buat bakal suami dan isteri. Maklumlah sudah pilih yang beragama, namun ini bukan jaminan. Nah takkan kita sudah lupa. Allah akan uji hamba-hambanya. Abu Saif mengolah subtopic ini dengan baik sekali. Dapatkan lah buku ini kenapa penyataan ini dikeluarkan. Segala-galanya berlegar sekitar CINTA dan TANGGUNGJAWAB. Kombinasi diperlukan.....

Dibentuk dan membentuk

Dua kalimah ini cukup terkesan apabila bait muslim dibincangkan. Walaupun daku jauh dari praktikalnya (membina keluarga sendiri) namun hidup dalam institusi kekeluargaan itu sudah. Banyak sungguh ujian.

“Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dgn berkata: ‘ Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi petunjuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-furqan : 74)

Medan rumah tangga bukan manis-manis belaka. Kepercayaan & kesabaran itu penting. Badai datang bila-bila tanpa diduga. Sikap itu perlu dikedepankan dari cakap-cakap. Mahu isteri, suami dan anak-anak yang soleh dan solehah serta bertakwa kita perlu meneliti sikap dan peribadi kita. Kita terlebih dahulu perlu menjadi orang yang bertakwa. Agama Bahtera Penyelamat. Itulah yang perlu diingatkan selalu.

“Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memakbulkan doa yang datang dari hati yang lalai”(riwayat hakim dan at-tarmizi yang menghasankannya)

Mengambil kata-kata Abu Saif dalam buku ini

“Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal mengapai awan.”

Cinta sahaja pun tidak cukup. Kalau dulu komitmen belum ada, tekanan bekeluarga pun belum. Tanpa kefahaman kita akan mudah tumbang. Justeru kita kena benar-benar menyiapkan diri dengan kombinasi cinta dan amanah keluarga. Ini lakaran pengalaman penulis buku dan pemerhatian Sinar yang masih ‘hijau’. Maka medan praktikalnya nanti kita belum pasti bagaimana kita mengemudinya. Namun sedikit bekal ini moga Allah kira.

“Sebelum anda dibius cinta, soallah diri sejauh mana anda bersedia”