BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, September 09, 2009

Bercinta Sampai Ke Syurga


Kembara isu

Hampir seminggu laman ini kosong daripada sebarang entri. Banyak sebenarnya yang ingin Sinar kongsi. Namun aktiviti yang menjauhkan dari dunia blogging ini menyebabkan laman ini sepi. Namun seinfiniti terima kasih buat pengunjung yang setia di sini. Alhamdulillah kembara di tanah air dari utara hingga ke timur Malaysia mengajar erti hidup dalam memberi, menyayangi dan mengasihi. Walaupun sinar masih ‘hijau’ dalam pelbagai perkara, pengalaman dan nasihat manusia-manusia keliling mengajar mengemudi hidup ini. Terimalah Sinar seadanya dan tegurlah jika ada kesilapan di mana-mana.

Lewat kembara ini pelbagai isu dibincangkan. Isu kekeluargaan tak pernah sepi. Sedih memikirkan pelbagai masalah rumah tangga insan sekeliling. Impak dari keretakan rumah tangga membenihkan anak-anak yang kurang matang dalam menganalisa masalah kehidupan. Sukar menyalahkan sesiapa. Setiap manusia ada kekurangan. Cuma bagaimana manusia menyelesaikan masalah itu berbeza. Sungguh diri masih ‘hijau’ tapi isu keluarga cukup membekas di dada. Tak kiralah skop apa, dari menjadi anak, bakal isteri, ibu dan sebagainya.

Hadir untuk melengkapi

Berjuanglah berbekal takwa untuk mengharungi epilog sebuah cinta,
hingga terkecap syurga dunia

Kehadiran Buku Aku terima nikah 2 - Bercinta sampai ke syurga, melengkap koleksi yang ada. Menjelaskan lagi bagaimana rupa rumah tangga, persediaan demi persediaan, pencerahan demi pencerahan, ujian demi ujian. Justeru tidak puas rasanya jika tidak membedah buku ini kerana ATN2 merupakan kesinambungan daripada Buku Aku Terima Nikahnya oleh Abu Saif.

“Permulaan yang baik bukan satu jaminan” pasti ini menjadi satu kegusaran besar buat bakal suami dan isteri. Maklumlah sudah pilih yang beragama, namun ini bukan jaminan. Nah takkan kita sudah lupa. Allah akan uji hamba-hambanya. Abu Saif mengolah subtopic ini dengan baik sekali. Dapatkan lah buku ini kenapa penyataan ini dikeluarkan. Segala-galanya berlegar sekitar CINTA dan TANGGUNGJAWAB. Kombinasi diperlukan.....

Dibentuk dan membentuk

Dua kalimah ini cukup terkesan apabila bait muslim dibincangkan. Walaupun daku jauh dari praktikalnya (membina keluarga sendiri) namun hidup dalam institusi kekeluargaan itu sudah. Banyak sungguh ujian.

“Dan juga mereka(yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dgn berkata: ‘ Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh daripada isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi petunjuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Al-furqan : 74)

Medan rumah tangga bukan manis-manis belaka. Kepercayaan & kesabaran itu penting. Badai datang bila-bila tanpa diduga. Sikap itu perlu dikedepankan dari cakap-cakap. Mahu isteri, suami dan anak-anak yang soleh dan solehah serta bertakwa kita perlu meneliti sikap dan peribadi kita. Kita terlebih dahulu perlu menjadi orang yang bertakwa. Agama Bahtera Penyelamat. Itulah yang perlu diingatkan selalu.

“Ketahuilah sesungguhnya Allah tidak memakbulkan doa yang datang dari hati yang lalai”(riwayat hakim dan at-tarmizi yang menghasankannya)

Mengambil kata-kata Abu Saif dalam buku ini

“Tidak membuat persediaan, itulah kematian sebelum mati. Membiarkan diri dibius cinta, itulah racun pemusnah cinta, apabila cinta realiti, diterbangkan ke langit impian, hingga kaki tak jejak bumi, tangan gagal mengapai awan.”

Cinta sahaja pun tidak cukup. Kalau dulu komitmen belum ada, tekanan bekeluarga pun belum. Tanpa kefahaman kita akan mudah tumbang. Justeru kita kena benar-benar menyiapkan diri dengan kombinasi cinta dan amanah keluarga. Ini lakaran pengalaman penulis buku dan pemerhatian Sinar yang masih ‘hijau’. Maka medan praktikalnya nanti kita belum pasti bagaimana kita mengemudinya. Namun sedikit bekal ini moga Allah kira.

“Sebelum anda dibius cinta, soallah diri sejauh mana anda bersedia”

5 comments:

Atiqah said...

kte msh blom bersedia...

hood@sunny said...

wahh, itu dia sinar sudah berbicara hal rumahtangga.... :P

ku doakan yg terbaik utk dirimu sahibah ku~

benar taqwa sebaik bekalan, iman sebaik kekuatan.

salam rindu dari mesir

PEMENANG said...

pos yang menarek pasal ada teori2 dan falsampah2..haha


ujian ada di mana2..bukan percintaan dan perkahwinan je....kerna KEINDAHAN SEBENAR BUKANLAH DI DUNIA
KEINDAHAN SEBENAR ADA DI SYURGA....

btol ke? saje je lemparkan persoalaN

sinar_islami said...

me to atiqah::

nak kata kayu ukur sebenar bersdia itu pun susah juga kan...
kot2 atiq ada perimeter ke..bgi tau la ye..
kita kongsi crita.. =)
but we must prepare sebaik mungkin..bukan duduk sahaja..dalam apa2 pun la..kena ade persdiaan..

me to hood::

belum lagi tgh adik beradik sani berbicara...ana pun surrender...
ameen..kudoa yang terbaik untukmu jua wahai sahibahku...

me to pemenang::

falsampah ke? =)
yeap betul ujian ade di mana2..

"Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. " (Al-Ankabut ayat 2-3 )

PEMENANG said...

saje suke gune perkataan falsampah sebab falsafah banyak2 kalo xde amalan jadi r sampah..haha