BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 17, 2009

Perantau Siri 2 - 2009

Perantau Siri 2
Sekolah Ibnu Khaldun
12-13 Sept 2009


Setinggi kesyukuran di rafakan, cuti diisi dengan siraman iman, membangkitkan daripada kelenaan dan memberikan sentuhan kelainan di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Alhamdulillah dengan keizinanannya jua Program Perantau Siri 2 bertamu di bulan ini.

Menyebarkan dakwah dan Fikrah Islamiyah : Satu Tuntutan

Sedar atau tidak, hakikat zaman kegemilangan Islam telah berlalu, umat Islam kian beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari. Jauh daripada Al-Quran dan As-Sunnah. Justeru menyedari hakikat ini, peserta dibekalkan dengan bekalan agar membenamkan di lubuk hati yang dalam bahawa dakwah untuk mengajak manusia mengenal Allah itu adalah wajib. Tugas dakwah dan mengajak manusia kepada deenullah in merupakan taklifan rabbani. Ya satu taklif rabbani dan setiap insan yang punya kefahaman perlu ada kesedaran untuk menyampaikan kebenaran. Justeru di hatinya akan terbit rasa bahagia yang berpanjangan kerana inilah seharusnya jalan hidup para pejuang. Hanya untuk membawa bekal bertemu Allah Yang Maha Esa.



فمن يردالله ان يهديه يشرح صدره لِلإِسْلامِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا
كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ في السَّمَآءِ كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لا يُؤْمِنُونَ

"Barangsiapa yang Allah menghendaki petunjuk kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Dia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. "
(Al- An’aam : 125)


Justeru tugas paling asas adalah memperkenalkan fikrah islamiyah dan tasawwur islam yang syamil dan kamil pada manusia. Ya Allah permudahkan dan tabahkanlah...

Inilah dakwah kita


Dakwah kita tidak mengenal rupa dan bangsa.

Dakwah kita adalah untuk manusia secara menyeluruh dan ummat Islam secara khusus bahawasanya mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah tanpa menyekutui dengan sesuatu dan tidak mengambil sesuatu selain Nya sebagai Illah dan Rabb.

Dakwah kita kepada sesiapa sahaja yang menunjukkan sikap penerimaan mereka terhadap Deen Islam sebagai pegangan hidup, supaya mereka mengikhlaskan pegangan dengan Deenullah.

Dakwah kita juga adalah untuk alam sejagat supaya terbangkitnya satu revolusi dan perubahan menyeluruh terhadap dasar-dasar hidup manusiakerana suasana hari kini dikuasai oleh taghut dan perosak-perosak yang bermaharajalela dengan pelbagai kemusnahan dilakukan oleh mereka.

Nah jelas sungguh dakwah ini untuk semua manusia. Penjelasan hakikat pengabdian kepada Allah itu perlu agar ummat tidak keliru. Justeru bagi daie perlu berharap agar setiap muslim agar menjadi muslim sejati, yang bersih dan dedikasi terhadap Allah. Muslim yang jauh dari perasaan perkauman dan dapat memalingkan mukanya dari setiap fikrah dan ideology yang bercanggah dengan fikrah kebenaran dan yang hak.

Tawazun antara akademik, dakwah dan persatuan

Jauh kita belayar namun jangan tercicir apa-apa pun tuntutan kita di dalam pelayaran. Begitulah hendaknya sebuah pelayaran muslim menuju akhirat. Perlu kesimbangan dan pengamatan dalam pelbagai aspek bekalan dan tanggungjawab yang digalas. Aspek paling dekat buat mahasiswa adalah penglibatannya dalam akademik, dakwah dan persatuan. Program perantau kali ini cuba menjelaskan dan mengingatkan peserta agar keseimbangan antara 3 aspek ini tidak wajar dilupakan. Malah perlu dititik beratkan.

Justeru pendekatan yang perlu untuk mencapai maksud ini, apa jua tindakan dan kerja yang kita buat adalah ibadah. Ketekunan di dalam akademik adalah ibadah kerana ilmu itu hasanah. Keaktifan dalam dakwah adalah ibadah kerana di situ ada saadah. Keterlibatan dalam persatuan adalah rahmat kerana di situ ada manusia untuk kita kenalkan Islam padanya.
Sinar~Islami
Malam-malam terakhirku, redhailah...

3 comments:

saza s said...

salam ziarah kak sinar.....

sedihnya tak dapat menyertai program ini... T-T

alhamdulillah....kerana sahabat yang lain dapat join.... doakan ana di sini....

p/s- dalam tentatif PSMB...ada ternampak nama kak sinar.....

segelasair said...

slmat mnjalani ibadah ibadah puasa yg begitu hmp[ir ke oghujung,,
jg slamat aidilfitri..

sinar_islami said...

me to saza s::

insyaAllah...kat sana anta akn dpt mutiara2 juga..janji jgn pisahkan hidup utk cari redha Allah & matlamt D&T

Nanti blh sharing dgn shbt2 yg p..sentiasa doakn insyaAllah..

ps:: slh org kot tu (^_^)slmt berpsmb

me to segelas air::

salam lebaran kembali ukhtie (^_~)
mga pengampunan-Nya hmpir dgn kita