BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, September 12, 2009

Menjadi tetamu, mengubat rindu

Kembara daku ke utara juga tidak lengkap andainya tidak menziarahi Ummu Ammar sekeluarga. Memang itu perancangan yang sudah diutarakan semenjak peristiwa itu berlaku. Moga arwah tenang di sana. Dengan keterbatasan masa kerana mendapat emergency call daripada keluarga perihal di Terengganu, Alhamdulillah diberi peluang bersama Makcik Fatimah (Ummi), Pakcik Zul, Atirah dan Ainul selama 2 hari 1 malam sebelum keesokannya pulang ke Selangor dan terus ke Besut pula. Allah sebaik-baik perancang. Syukur....


Kasihnya Allah pada insan yang lupa

Allah kasihkan manusia,
Ujian dilampirkan.
Allah sayangkan manusia,
Dugaan diberikan.
Allah hadirkan kelahiran,
agar kita matang dalam kehidupan.
Allah hadirkan kematian ,
agar di situ ada peringatan dan kekuatan.
Allah hadir sebagai pelindung,
andai kita pulang dengan sebenar-benar pengharapan.


Masa yang diluangkan penuh cerita demi cerita, perkongsian demi perkongsian berguna. Sungguh peringatan itu penting buat orang yang berfikir agar dia tidak lupa 3 persoalan yang harus diulang setiap detik dalam kehidupan. Dari mana kita didatangkan, kenapa kita didatangkan dan ke mana kita akan pergi. Setiap permulaan ada pengakhirannya. Pengakhiran sebuah kehidupan adalah kepulangan ke pangkuan-Nya. Sungguh Allah itu kasih kepada hamba-Nya.


~Moga tenang di alam sana~

Redhakah Allah dengan kita, dengan amal-amal kita, dengan cakap-cakap kita? Hiba, sedih bahkan bercampur baur bila mengenangkan masa yang berlalu apatah lagi masa yang daku sendiri siakan. Akhirnya pipiku basah jua.

Menjadi tetamu, Mengubat rindu

Allah hadirkan Ramadhan sebagai tetamu kehormat dalam kalendar hijri khusus buat hamba-hamba-Nya yang ingin kemuliaan di sisi-Nya dan yang ingin keampunan-Nya. Mengubat rindu hamba pada-Nya. Ramadhan menjadi tetamu dalam kamus hidup kali ini cukup bermakna dan terkesan. Masih disempatkan untuk menambah amal yang kurang.

Menjadi tetamu Allah pula, dengan doa insan-insan soleh, dengan amal yang diredhai-Nya pasti membuahkan kemanisan yang tiada tara. Itulah sebenar pengubat rindu seorang hamba atau kekasih kepada pencipta atau kekasihnya. Kepulangan terus pada-Nya. Seorang demi seorang insan yang pernah bertamu dalam hidup ini dijemput pulang. Ummi Halimaton, Ammar, Sir Ghazali dan Cikgu Zainuddin sudah pergi menjadi tetamu Allah di sana dan kita Allah sempatkan lagi setidak tidaknya menjadi tetamunya di dunia dengan di hadirkan Ramadhan Al-Mubarak. Sedih itu memang, bersyukur itu perlu. Kasih-Nya Allah pada kita tak terucap ana rasa. Ibu, Abah, kakak, abang dan adik-adik kita hanyalah pinjaman dari-Nya. Allah pemilik mutlak segala-Nya. Kenapa Allah pilih mereka kenapa tidak kita. Sukar untuk dijawab. Yang pasti, mereka milik Allah dan itulah masanya. Kita pun milik Allah dan masa kita pula akan tiba. Bila? Hanya Allah yang tahu dan kita mesti BERSEDIA. Kita pernah berdoa

" Wahai Tuhan Yang Membolak-balikkan hati, thabatkan daku di atas deen-Mu, dan membina ketaatan pada-Mu"

“Ya Tuhan kami, ampunilah bagi kami dosa-dosa kami dan hapuskanlah dari kami kesalahan-kesalahan kami, dan wafatkanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbakti.” (QS 3:193)

dan Dia dengar dan Dia makbulkan.


Bahkan menjadi tetamu buat keluarga arwah di bulan mulia ini sungguh memberi kesan di hati yang masih lemah menuai amal di alam fana ini. Ingatan pada sosok peribadi seorang pejuang terubat sedikit sebanyak melihat keluarga arwah. Kalam-kalam taujihad membangkitkan kesedaran. Keperibadian yang harus dijadikan contoh itulah yang kita perlukan jua sebagai salah satu bekalan.Syukran Ummi, kerana menerima dan meraikan kami. Hadirnya kami bukan sekadar pengubat rindu Ummi pada arwah. Takkan sama. Hadirnya kami sebagai anak-anak barumu. Maafkan salah silap dan kekurangan daripada kami. Moga redha Allah sentiasa bersama kita semua.

5 comments:

aeshah said...

Moga redha ALLAH sentiasa bersama kita~~~

hood@sunny said...

Ramadahan bakal pergi~

segelasair said...

sisa2 ramadhan..

pu3palestina said...

tringin nak jadi cam abg ammar..syahid time mnuntut ilmu

sinar_islami said...

me to aeshah::

Ameen..moga keampunan-Nya milik kita jua...

me to hoodsunny & segelasair

sob3...sedih..moga keberkatan-Nya bersama kita

me to pu3palestina::

satu hari nanti kita akn ikut jejaknya jua walau berlainan masa..
sama2 persiapkan diri..