BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, September 10, 2009

Duhai adik-adikku



Sedih dan berat kaki ini sebenarnya ingin melangkah ke bumi wakafan MATRI apabila mengenangkan tiada lagi suara umi yang bakal menyambut di muka pintu bilik guru nanti. Pemergian seorang lagi murabbi di matri Sir Ghazali turut daku rasai. Sememangnya apabila melangkah ke medan ilmu itu, kehilangan dan kesunyiaan itu terasa walhal pelajar-pelajarnya riuh dan bertambah saban tahun. Kehilangan itu tetap ada. Sukar untuk menjelaskan perasaan sendiri.


“Haa… bakal doctor kita sudah pulang, anti boleh tolong umi kan atau anti ada apa-apa hajat?” Sapaan dan pelawaan ini pasti sudah tiada kerana Allah lebih menyayangi ummi. Kematian itu kusemat sebagai peringatan agar diperbanyak amal dan dikuatkan tekad di medan kerja ini. Arwah ummi sentiasa membuka peluang untuk anak didiknya menabur bakti. Sungguh rindu pelawaannya itu. Namun yang hidup perlu terus merencana bakti. Adik-adik matri masih perlu kucurahkan apa yang terpendam dan harapan demi harapan yang perlu daku kongsikan serta kekuatan yang perlu kami gandingkan bersama.

Justeru kehilangan murabbi-murabbi yang ada, secara tak langsung pemangkin untuk pelajar lepasan matri terus pergiatkan amal islami dan ingatlah, adik-adik kita masih perlu sentuhan illahi. Buat adik-adikku di Matri bahkan diluar sana, antum sentiasa dihati. Daku harap sama-sama kita beroleh hidayah dan sama-sama menjaga dan sama-sama menyebarkan risalah Rasulullah s.a.w.

Duhai adik-adikku,

Ramai sungguh yang menyayangi dan mendoakan kalian dari jauh. Melihat antum tika ini mengingatkan kami akan episod-episod hidup kami di bumi wakafan. Dulu kami keanakan dan masih teraba-raba dalam mengenal apa itu dakwah dan tarbiyah. Kami pun pernah hidup berperaturan, makan setalam, berpakaian asrama dan beramal jamaie. Itu semua kami pernah rasai.


~Moga menjadi muslimah solehah~



Namun kembalinya daku saban tahun, kalimah Alhamdulillah dan Subhanallah sentiasa dibibir kerana ANTUM lebih senang. Kemudahan lebih banyak. Mungkin ini kelebihan tapi yang menjadi keizzahan bagiku adalah wujudnya sekolah ini berhampiran kebun getah bukan di tengah kota. Kesukaran demi kesukaran, kekurangan demi kekurangan itulah sebenarnya mendidik warga lama untuk lebih bersyukur dan merasai bahawasanya jalan ini tidak pernah ditabur oleh bunga-bunga indah dan dihampari permaidani merah. Kesenangan generasi baru itu kekadang meresahkan dan merisaukan generasi kami. Justeru sama-samalah kita muhasabah dan menjadi insan bersyukur. Kita perlu menghargai dan bijak dalam apa yang Allah kurniakan.

Duhai putera puteri harapan islam,

Seinfiniti tazkirah, ilmu dan rasa dicurah tapi jika hati kita tidak dibuka untuk diisi maka jawabnya SIA-SIA belaka. Ingatlah MATRI hanya wasilah. Antum la yang perlu mengambil manfaatnya. Bahkan buat semua muslim dan muslimat, dimana pun kita berada, jika kita mengasingkan diri kita dari sinar illahi, sampai bila-bila kita akan berada ditakuk lama, lebih menyenangi dosa dari pahala. Ayuh benarkan hati antum disirami dengan siraman iman dan takwa agar segala karat-karat jahiliyah dan keseronokan dunia serta ajakan syaitan kita bersihkan semampunya.



Duhai adik-adik puteriku, permata Islam

Sungguh malam itu membuatkan daku cukup senang dapat bersama kalian meluah rasa dan merungkai persoalan. Daku insan biasa namun secebis pengalaman itu yang hanya daku kongsikan. Daku insan lemah seperti kalian. Kesinambungan malam ramadhan itu berlanjutan keesokkannya. Syukur hati-hati antum hajatkan kebenaran dan perkongsian. Moga Allah terus menghidupkan hati adik-adik ana ini. Persoalan berkisar sekitar ukhwah, dakwah dan tarbiyah.


Uhibbukumfillah


Ukhwah itu walaupun menjaganya payah namun terselit hikmah.

Duhai adik-adikku bukan mudah berukhwah tanpa matlamat yang jelas. Menjaga keharmonian sahaja pasti kita diuji. Ya, hidup tak pernah sunyi daripada ujian dan dugaan. Apa itu ukhwah? Ukhwah itu merupakan sesuatu yang lahir daripada keimanan yang mendalam, dan juga merupakan buah ketaqwaan kepada Allah SWT. Oleh karena itulah, ulama mengatakan, bahwa tidak ada iman tanpa ukhuwah, sebagaimana tidak ada ukhuwah tanpa lahirnya iman. Selalu tanyakan pada diri “Apa khabar imanku hari ini” sebelum bertanyakan pada sahabatmu “Apa khabar imanmu hari ini”. Biarlah kita masing-masing merasai hakikat iman itulah pengerak kita saat ini. Dalam ukhuwah terdapat hak-hak yang mesti dilaksanakan. Sebagaimana yang dikemukakan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadithnya:



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللَّهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ (رواه مسلم)


Dari Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda, ‘Hak seorang muslim dengan muslim lainnya ada enam. Para sahabat bertanya, ‘Apa itu wahai Rasulullah SAW? Beliau menjwab, ‘apabila engkau bertemu dengannya ucapkanlah salam, apabila ia mengundangmu penuhilah, apabila ia minta nasehat darimu nasehatilah, apabila ia bersin doakanlah, apabila ia sakit tengoklah, dan apabila ia meninggal dunia maka ikutilah jenazahnya.” (HR. Muslim)

Nah lihat, keperluan dalam bersahabat. Semuanya menyenangkan. Jangan mudah perputus asa dalam mencipta persaudaraan. Sentuhlah hati sahabat-sahabat antum dengan kalam-kalam Illahi dan kesabaran yang tinggi. Kita tak boleh hidup bersendirian apatah lagi ingin lari dari pengawasan Tuhan.

Bekalan perlu hingga dijemput Tuhan

Selaju mana pun kita melangkah jangan lupa bekalan untuk negeri abadi itu perlu. Jangan disia-siakan saat di alam sementara ini. Entah bila bakal dijemput pulang. Setiap langkah akan diuji. Tidak kira kita di Matri mahupun di alam IPT dan marhalah-marhalah seterusnya. Perkasakan sikap dan peribadi. Jangan hanya cakap tanpa bakti. Saling mendoakn insyaAllah.

Berbekallah…sebelum kita dijemput pulang ke alam abadi. Moga kita tidak sesal nanti.

10 comments:

srikandimedanjihad said...

salam
tringat kt kak sha..kenapa rasa mcm sgala yg kak sha tulis tu mcm untuk f4 ha?
(perasan pulak ana)..
apapun..truskan mndoakn kami..pewaris2 islam..

balik mesir nanti..bagi tau !!

hood@sunny said...

waaaa, sengaja ana post entry psal ma3, sbb rindu sgt nk balik sana.. Bestnye nt pi sana.. T-T

Atiqah said...

cmne ye matri skrg?
setelah hmpr 4 thn meninggalkan bumi tu..
ape agknye perubahan2 yg berlaku..
adakah msih ada yg dikekalkan?
atau semuanye berubah seiring dgn perubahan zmn?

sinar_islami said...

me to srikandimedanjihad::

(^_^) layak pun antum perasan..
utk smua adik2 matri especially F4..
sepertimana kak sha syg una..cm tu la antum dihati kak sha..
kak sha harap antum dpt hargai ukhwah yang terbina...
jangan gado-gado tau...hehe..

me to hood_sunny::

ana jumpa adik anti..maryam..typical je famili antum ni..hehe..
takpe hood tahun depan kita wat pgrm The Zaad ya..tahun ni tak best la nk wat tnpa antum...

me to Atiqah::

Individunya selalu berubah..generasi bertambah
tenaga pengajar majornya sama..cuma ye lah..makin ramai Allah jemput pergi...
Alhamdulillah infrastruktur bertambh baik...
kna p matri bru tau cmna atiq =)
byk benda tk terungkap ngan kata2..
walaupun dh p jenguk medan tarbawi tu..ana ttp RINDU

nurizbhr said...

isu rindu MATRI tak pernah padam dari kamus hidup bg mereka yg sudah keluar dr sne...

Rasa mcm nak terus berada di sne smpai ble2..

tetapi seperti mne yg ustaz/h salalu pesan.. matri adalah tapak semaian dan disitulah kita mengumpul mutiara2 utk menghadapi medan sebenar..

kepada adik2 yg msih disne.. hargailah peluang2 antum..

sinar_islami said...

betul..tempat jatuh lagi dikenang
dan disana semaian...dan kita keluar utk facing real life..

Tanggungjawab yg kita ade lebih byk dari masa...

justeru masih byk benda kita blh garapkn utk contribute to our deen

ihsan incalescence said...

smlm g perlis..
tlg kebumikan cgu zainuddin..

time kebumikn cgu ghazali aritu smpt salam n peluk cgu zainuddin n sembang2 dgn cgu..

tu kali terakhir rupenye dpt slm n peluk cgu y pnh aja ak dahulu...

tgk kt blog ak sebab kematian..
n pic cgu zainuddin time nga kbumikn

ihsan incalescence said...

yah me too.. my vase still at my house n all of my plant..huhu miss him..

sinar_islami said...

me to criestz::
Allah bgi peluang utk anta...
sempat saksikan pengebumian shbt2 kita...
kalau ana ni byk receive brita kematian...
So sesiapa pun kita jumpa, really kena appreciate...ajal tu kita tak tau bila kan...
dan byknya kenangan...meja kayu yg menjadi hiasan pun masih kukuh...cuma sifu yg megajarnya Allah jemput pulang...

Motivasi Kerja said...

Pesanan untuk adik-adik yang berbekas sampai ke dalam hati..bagus ayat-ayatnya..