BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, February 27, 2009

Pokok kurma


...Allah is alwayz with us...

Dalam banyak banyak pokok
Pokok apa daun dia tak gugur &
Dalam banyak banyak pokok
Pokok apa menyerupai Mukmin?
~~+:+~~

Pokok kurma!!

Nak dimulakan cerita. Macam mana tergerak hati nak kongsi teka teki ni. Alkisahnya begini, pada satu petang Allah izin terlihat catatan kuliah subuh pada tahun 2006 di sebuah perkhemahan yang ana ikuti. Cepat masa berlalu. Tapi peringatan tak harus dilupakan. Tertarik pula bila tajuknya sepohon pokok umpama Muslim. Selepas puas memcerna isinya ana simpan dalam hati "Aku kena jadi Pokok Kurma". Tak dinafikan makhkluk ciptaan Allah hatta pokok dan binatang sekalipun seharusnya kita cuba mengambil intipati pengajaran dari penciptaannya di muka bumi. Tadabburlah..


Pada keesokan harinya pula, Kak Nah merangkap senior dan mentor kami dalam smart circle medic bertanya satu teka teki

"Cuba antum teka, pokok apa daunnya tak gugur?"

Dalam hati berkata kata~kalau baca semalam pasal pokok kurma, rasanya ada tulis daun pokok tu tak gugur,rasanya betul dah ni & teka teki mukmin kena ada manfaat ^-^ Kenakalan ku bermula, apa lagi...

" Kak Nah! tul tak pokok kurma," Terkejut Kak Nah dan yang lain-lain.

" Ala anti ni lekas sangat, tak suprise jadinya"

Rezeki..Manala ana tau betul pulak teka teki ni ana jawab~well, He lead my answer

Terharu pula ditakdirkan berada dalam smart circle pada hari itu terasa seperti mengalami suasana bersama Rasulullah dan para sahabat, duduk dalam rangka peringati Allah lalu Rasululullah pun mengajukan teka-teki baginda. Lihat! teka teki baginda membina keimanan para sahabat. Kita bagaimana? Jom muhasabah dan koreksi diri. Mari kita lihat baginda bersabda.

فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ الْبَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ فَاسْتَحْيَيْتُ ثُمَّ قَالُوا حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا
رَسُولَ اللَّهِ قَالَ هِيَ النَّخْلَةُ


Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya ada di antara pepohonan, satu pohon yang tidak gugur daunnya. Pohon ini seperti seorang muslim, maka sebutkanlah kepadaku apa pohon tersebut?” Lalu orang meneka yang ia pokok di wadhi. Berkata Abdullah: “Lalu terdetik di dalam diriku, pohon itu adalah pohon kurma, namun aku malu mengungkapkannya”. Kemudian mereka berkata: “Wahai Rasululluh beritahulah kami pohon apa itu?” Lalu baginda menjawab: Ia adalah pohon kurma”.

Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhori di dalam sahihnya kitab Al Ilmu, bab Qaulul Muhadits Hadatsanaa no. 61 (1/145-Fathul Bariy) dan Muslim dalam sahihnya kitab Sifatul Munafiqin bab Mitslul mukmin matsalun Nakhlah no. 7029 (17/151- Syarah Nawawiy)

Secara ringkas ana nukilkan hasil catatan peribadi dan tambahan dari teman-teman yang sudi memberikan link dan sebagainya.Antara sifat-sifat kurma yang mnyerupai mukmin::

1. Akarnya yang kuat dan teguh dan tidak boleh ditarik begitu sahaja

Inilah diumpamakan seperti aqidah dalam diri seorang Muslim. Jika diimbau kembali sirah Rasulullah saw, baginda sendiri menanam benih-benih aqidah selama 13 tahun untuk meruntuhkan berhala dalam diri para sahabat baginda hingga lahirnya peribadi yang yakin tanpa ragu dengan risalah Islam ini dan sekaligus tetap pendirian.

Dalam konteks kita sebagai pewaris risalah agung ini, jika itu yang kita hajatkan maka memperteguhkan asas aqidah itu adalah mesti. Proses ini tanpa henti sehingga aqidah itu meresap dalam diri lalu ia mempengaruhi tingkah laku sekaligus dengan keyakinan ini mampu menolak jahiliyah dalam diri hatta kemaksiatan yang mendatang. Justeru moga Allah teguhkan aqidah dan keyakinan terhadapNya dalam kita menghadapi ujian yang kita sendiri tidak tahu apa bentuknya.

2. Umbutnya yang putih, bersih, suci dan letaknya di bahagian atas pokok

Ini diumpamakan seperti hati seorang Muslim. Hatinya perlu bersih, suci dan tinggi kedudukannya serta tinggi ke'izzahanya sebagai seorang Muslim, bukan muslim sahaja, Mukmin 'Amilin dan muttaqin. Justeru itu hati perlu dibersihkan, disucikan kerana hatilah tempat jatuhnya hidayah dan cahaya Allah. Hati itu juga pintu keilmuaan dan sinaran kecemerlangan peribadi. Ya Rabb bimbinglah hati-hati kami dalam mencari sinar hidayah-Mu.

3. Daunnya tidak luruh

Ini pula menggambarkan takwa yang tidak dicemari dan dikotori. Ia kekal dan teguh berdiri dengan berpaksikan kebenaran dari Allah. Ya itulah yang kita harapkan. Walau pun kondisi iman dan taqwa itu milik Allah tapi kita layak berusaha. Ayuh kita cari redha-Nya, jangan hiraukan keseronokan dunia yang fana. Kalau pernah tersalah langkah, sama-sama kita beristighfar. Ruang taubat masih ada. Hanya Dia Pemilik hati.

4. Teguh walau angin melanda

Pohon kurma termasuk pohon yang paling teguh dan 'sabar' menghadapi angin dan terpaannya. Kebanyakan tumbuhan tidak mampu bertahan sedemikian rupa. Hebatkan Sang Pencipta. Oleh itu, seorang mukmin perlu selalu sabar dalam menghadapi ujian, malapetaka dan musibah. Malah pada Mukmin ada 3 jenis kesabarannya iaitu sabar dalam ketaatan Allah, sabar dari kemaksiatan dan sabar menghadapi takdir yang menyedihkan. Allah berfirman:


وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِنَ الْخَوْفِ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ اْلأَمْوَالِ وَاْلأَنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ الَّذِينَ إِذَآ أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُوا إِنَّا للهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ أُوْلآئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتُُ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُوْلآئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ


“Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan:”Innaa lillahi wa innaa ilaihi raaji’uun”. Mereka itulah yang mendapatkan keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabbnya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk.”

(Al-Baqarah : 155-157)

Dan Akhirnya, moga sedikit perkongsian ini menambah amal kita bersama. Wallahu'alam. Maaf andai salah bicara kerana hamba juga sedang mencari sinar-Nya

“Sesungguhnya permisalan mukmin seperti pohon kurma. Tidaklah kamu mengambil sesuatu darinya, niscaya bermanfaat bagimu.” (Diriwayatkan oleh Ath Thabrani dalam Mu’jamul Kabir, 12/ no.13514 dan Al Hafidz Ibnu Hajar menyatakan: “Sanadnya shohih”). Pohon kurma seluruhnya bermanfaat, demikian juga seorang mukmin ketika bergaul dengan teman dan sekitarnya. Ia tidak menampakkan kecuali akhlak yang mulia, adab budi pekerti yang luhur, muamalah baik, memberikan kebaikan dan tidak mengganggu mereka. Selalu memberikan manfaat kepada mereka dalam seluruh pergaulannya.

Maka Ayuh contohi pokok kurma ^-^ Bukan manisnya ditelan sahaja, tapi diresapi hikmah penciptaannya. Sekian..

Thursday, February 26, 2009

~Mari berfikir~


~Mari Berfikir~

Thinking of who ??
No you are thinking of the tree

~Not even this tree~

there are thousand but choose one ^-^


Lama sungguh tak berteka teki
Jom kita berfikir
Selesaikan teka teki tarbawi
insyaAllah akan ada manfaatnya
~----::----~
Dalam banyak-banyak pokok,
pokok apa daunnya tak gugur dan
Dalam banyak-banyak pokok,
pokok itu juga menyerupai Mukmin??
~----::----~
Siapa cepat dia dapat? Dapat apa? :)
Biar setiap amal kita Allah kira
Antum boleh punya

Tuesday, February 24, 2009

Kembara Syria Part 3


~Kembara Syria Part 3 ~

Kita sudah hampir ke penghujung kembara. Kali ini kita berada di Halab atau dikenali oleh barat dengan nama Aleppo. Alhamdulillah kami menaiki train selama 5 jam dari Damsyiq ke Halab. Lama rasanya tak menaik keretapi yang lama perjalanannya. Ini mengingatkan kami pada KTM Malaysia. Rindu pula tanah air tercinta :)



Sebuah taman di Halab~Singgah untuk bersarapan

The Grand Omayyad Mosque~


Antara destinasi awal kami di perkarangan Halab ialah Masjid Umawi Kabir. Masjid Umawi turut dipanggil Jame' Kabir merupakan Masjid terbesar di Halab serta mempunyai seni ukiran halus. Dibina pada zaman Khalifah Umawi Sulaiman bin Abdul Malik( khalifah ke 7). Masjid ini tersergam indah dengan menara empat segi yang kukuh. Di dalamnya juga terdapat makan Nabi Zakariya.

~ seni bina hampir sama dengan Masjid Umawi ~

Bab At-Taubah ^-^


~Makam Nabi Zakariya~

This one of the organ of Zakaria Prophet (PBUH)~Wallahu3alam


~3 helai rambut Rasulullah s.a.w ~



~menuju ke qal'ah halab~


Pada setiap pemerintahannya, Kota Halab merupakan antara kota yang amat terkenal. Tapak asal kota ini dipercayai ditemui oleh Yamkhad sekitar abad ke-16 sebelum masihi. Dikatakan qal'ah atau kota ini dibina sebelum zaman Bazantine lagi. Kesan penemuan di kota ini turut membuktikan Greek dan Rum pernah menduduki kota ini sebelum Islam berjaya menawannya.


Kota Halab amat kukuh dan terletak di kawasan bukit yang amat strategik. Seluruh bandar Halab dapat dilihat dengan jelas dari puncak kota.


~Jalur Gemilang~


Kegemilangan dan kekuatan Islam menyinari kota ini ketika zaman Sallahudin Al-Ayubi apabila sejarah mencatatkan tentera panglima Islam tersebut berjaya mengalahkan tentera Salib dan anak Sallahudin Al-Ayubi ialah Al-Malik Al-Zaher Ghazi telah membuka kota baru di Halab pada ketika itu.

~damainya dirasa~

Pada 1292 Masihi Kota ini penah diserang oleh Mongol. Kerajaan Mamluk menjaga kota ini pada abad ke-14 dan seterusnya dijaga oleh kerajaan Turki Uthmaniah sehinggalah kejatuhannya.



Dari muhafazah Halab kami bergerak ke muhafazah Hama dengan menaiki van. Alhamdulillah selesa benar dan tidak sabar untuk melihat kincir air. Sungguh cantik panorama disini. Abaikan keadaan airnya ^-^

~Akhirnya berjaya mendekatinya~

Destinasi terakhir hari ini adalah Masjid Khalid Al-Walid. Disini terdapat makam beliau bersama anaknya Abdul Rahman. Walaupun masih banyak tempat yang tidak sempat kami terokai dan ada juga tempat yang tidak ana kongsikan. InsyaAllah ada kesempatan dan diberi keizinan dari-Nya, kita bertandang ke bumi Syria lagi. Pasti tidak rugi. Yang penting kena jelas apa yang kita ingin cari dan selami. Antum bila lagi. Keesokan harinya kami pulang semula ke Irbid dengan perasaan berat untuk melangkah pulang. Hidup mesti diteruskan. Masih ada amanah perlu dilangsaikan.

Sekian Sebuah Kembara di Musim Syita' kali ini. Moga Allah rahmati kami dan kalian jua.

Setinggi penghargaan kepada Haninah, Nisa, Yan, Nad, Kiena, Fieza, Mufid, Izzah dan Zul. Uhibbukumfillah ^-^

Monday, February 23, 2009

Kembara Syria Part 2


~Kembara Syria Part 2~

~Hari Ketiga~

Hari ini kami bercadang ingin mengambil udara dan meneroka kawasan Suk Hamidi dan Masjid Umawi sepuas-puasnya ekoran malam pertama hanya berlegar di bawah sinaran lampu yang kurang puas ana kira untuk menikmati suasana. Ya sungguh cantik, mengalahkan Masjid Hussin. Tapi Mesir tetap juga dihati.


Dari jauh sudah kedengaran azan bersahutan. Hati berbunga bahkan girang rasanya. Masakan tidaknya. Sang pencipta memanggil-manggil. Kita tunaikan kewajipan dengan Allah baru kita meronda kawasan ini. Di antara keunikan masjid ini sehingga sekarang ialah azannya. Pada zaman dahulu setiap muazzin akan berdiri di setiap penjuru. Mereka akan azan beramai-ramai. Maka pada zaman sekarang juga mereka masih mengekalkan cara ini. Seorang ketua akan memulakan azan kemudian akan disahut oleh muazzin yang lain. Kalau tak salah boleh sampai 7 orang yang menyahutnya. Indahkan ?? Kalimah Allah di agung-agungkan. Damai rasanya jiwa. Sungguh Syria berjaya menambat hati ini.


Mari kira kenali Masjid Umawi. Masjid ini didirikan atas arahan Khalifah Al-Walid bin Abdul Malik. Pernah pada suatu ketika ia menjadi tumpuan orang belajar dan berhimpun. Pasti ada barakahnya tempat ini.


Tapak masjid ini memang pernah menjadi tapak rumah ibadat sejak 2000 tahun sebelum masihi lagi. Mereka menyembah tuhan Semitik Haddad. Selepas agama tauhid Nabi Isa sampai ke sini, ia menjadi tempat ibadah. Pada ketika agama Isa diubah, tempat ini menjadi gereja.



Ketika Islam sampai ke Damsyiq pada tahun 636 Masihi, orang Islam juga menggunakan tempat ini sebagai tempat solah. Lama-kelamaan, orang kristian menyerahkan tanah ini kepada orang Islam. Sebagai balasannya, mereka diberikan tanah yang lebih luas lagi ditempat lain. Allah sebaik-baik perancang ana kira. Hingga kita sebagai umat Islam mampu mengunakan keindahan dan keunikan masjid ini untuk mendekati-Nya.


Di katakan ini antara tinggalan kereta pengangkut alatan tentera yang digunakan pada zaman Salahuddin al-Ayubi ketika perang salib.


Ketika melangkah ke makam Salahuddin Al-Ayubi, hati ini terus bertanya, bilakah akan lahir Salahuddin abad ini. Muncullah segera. Gentarkan musuh yang bermuka-muka. Ayuh Jadi Salahuddin abad ini ! Doaku dan harapanku takkan putus.


Di dalam masjid ini juga terdapat kepala Nabi Yahya a.s. Nabi Yahya telah disembelih oleh kaum yang ingkar pada seruannya. Ia kemudian memenggal kepala Nabi yang mulia ini. Kepalanya dimakamkan di sini.


Secara tidak langsung di kawasan ini boleh kita dapati ramai golongan Syiah di sini. Inilah kali pertama dapat melihat rutin dan gelagat mereka dari dekat. Ada sesuatu yang daku kagum melihat mereka. Ya walaupun mereka begitu dan tak sama dengan kita. Tapi ada sesuatu yang boleh kita teladani. Cukup tersirat. Mereka yakin terhadap apa yang mereka percaya dan kita apatah lagi perlu double atau triple teguh dalam akidah yang syumul ini. Jernihkan akidah dan fikrah ya teman-teman.


Makam Sayyidah Ruqayyah juga antara tempat wajib diziarahi oleh golongan Syiah. Memang penuh masjid yang menempatkan makam ini. Dan hanya pakaian warga Malaysia tika ini berwarna-warni berbanding mereka yang majoriti kelihatan hitam serba-serbi.

Makam Saidina Hussin~dikatakan kepalanya di sini



Mereka mengingati dan menghayati jerih perih Hussin


Alhamdulillah, selesai pusing-pusing menimba ilmu dan menambah kenangan, aktiviti bebas pun bermula. Maka akan adanya sesi tawar-menawar. Siap ada translator lagi, Kak Dayah lah mangsa kami. Bahasa mereka lebih lembut berbanding Mesir. Suka pula mendengarnya.


Ketika proses tawar menawar. Sempat juga la ditanya, dalam kekok berbahasa arab Ammi Mesir dengan menukar ke lahjah Syria..Eidesh? dan ayat yang lain nya. Kami ditanya “Anti sunni (ahl sunnah) ?”. Terkejut juga ditanya..Tapi respon kami selamba. Ni memang soalan biasa agaknya di sini, namun bagi kami dari Mesir luar biasa sebenarnya dalam kehidupan pembeli dan penjual soalan ini. Menarik sungguh Syria ini.

Akhirnya sebelum pulang ke hotel, hajat seawal jejak kaki di Damsyiq ini tak pernah dilupakan. Kami nak makan aiskrim tumbuk. Selalu menjadi buah mulut teman-teman yang sudah sampai ke Syria. Sampai kenyang ana kira memakan aiskrim tersebut.

Alhamdulillah selesai sesi siang hari, sepatutnya pada malam harinya, kami sudah bercadang mahu mendengar syarahan Dr Said Ramadhan Al-Buti. Tapi tidak kesampaian. InsyaAllah mungkin lain kali. Berharap sangat untuk menemui beliau. Mungkin bukan rezekiku kali ini. Kemudian pada malam harinya kami bertolak ke Halab dengan menaiki train. Sungguh nyaman suasana syria di malam hari. Ya Illahi peliharalah kesucian hati dalam mengapai redha-Mu.

Wallahu'alam.

Saturday, February 21, 2009

Kembara Syria Part 1


~::Kembara Syria Part 1::~

~Hari Pertama~


Alhamdulillah perancangan ke Syria berjalan lancar. Kami bertolak dari Jordan bermuraqibkan Nik Faiz yang cukup penyabar ana kira. Terima kasih diucapkan padanya. Kembara kali ini menampilkan barisan akhwat yang terdiri dari 5 keanggotaan dari Mesir dan ditemani 5 srikandi Jordan. Syukran atas plan antum ini. Kami menaiki teksi kira-kira 2 jam dari bumi Irbid, Jordan ke Damsyiq, Syria.

<<->>

Di Syria kami disambut oleh Ustaz Jamal dan terus dibawa ke Hotel Ahdar. Kehadiran Kak Dayah dan Kak Zarifah secara tidak langsung mengubat rindu seorang sahibah. Di hotel, kagum sebentar, Cukup comel dan cantik biliknya beserta haruman yang menyenangkan. Gara-gara bersemangat untuk berjalan, kami mencadangkan pada ustaz untuk melihat kawasan sekitar Marjeh terutamanya kawasan Suk Hamidi dan Masjid Umawi, Makam Abu Darda~sungguh cantik panorama malam di kawasan ini. Terus jatuh cinta pandang pertama dengan Syria. Tekad untuk melangkah lagi ke Syria.^-^



~bersungguh ustaz menerangkan~

~Hari Kedua~


Hari ini kami dibawa melawat ke Makam Imam Nawawi, Makam Nabi Ayub a.s, dan Bandar Bosra. Seterusnya lawatan ke kota kuno Arab Nabatean termasuk Roman Amphitheatre, Buheira Cathedral . Kanisah Buhaira atau gereja Buhaira ini merupakan tempat pertemuan Nabi Muhammad s.a.w. bertemu paderi Nosterian Kristian semasa baginda ke~Syam Syria ketika berumur 12 tahun.

Maqam Imam Nawawi



Nama sebenar Imam Nawawi ialah Muhyiddin Abu Zakaria Yahya bin Syirfu al Nawawi, lahir di Perkampungan Nawa pada bulan Muharam 631 Hijrah. Beliau meninggal pada 676 Hijrah. Antara kitabnya yang begitu popular dalam pengajian ilmu ialah Matan al-Arbain (Hadith 40), Riyadhatus Salihin dan Syarah Sahih Muslim.Sepanjang hayatnya, beliau banyak menulis, mengarang, mengajar dan memberi nasihat. Inilah yang telah mengangkat ketinggian peribadinya sehingga kesibukan memartabatkan ilmu menjadikan beliau hidup tanpa isteri. Oleh itu turut dikatakan pokok yang tumbuh di atas kuburannya ini adalah barakah dari ilmunya.


~Telaga Nabi Ayub~

~rekahan ini::tertarik~

~Makan Nabi Ayub~


Nabi Ayub a.s dikatakan wafat di Hauran, selatan Syria dan makamnya di sini perkampungan bernama Syeikh Saad berhampiran Nawa. Kemudian kami menuju ke Bosra. Jom kita berlegar di kota ini. Banyak kesan Rom dan Islam kita dapati.

~pernah dijadikan masjid dan tempat pengajian~


Ibnu Taimiyah pernah belajar di sini

~Di dalamnya ada kesan tinggalan Rasulullah ~

~dikatakan hentakan kaki unta kepunyaan Rasulullah~


Manuscript Al-Quran lama yang berusia 400tahun~Wallahu3alam


~Kanisah Buhaira~


Masjid Omar

Pada asalnya masjid ini adalah 'pagan temple' kemudian zaman berubah akhirnya Islam tertegak di sini. Masjid ini dibina dengan menggunakan pelbagai bahan batuan oleh pelbagai sentuhan zaman pemerintahan.

~ciri-ciri keaslian masih tampak dan dikekalkan walau pembaruan dibuat~

Bosra, grew the most under the Romans, In 632 AD, Bosra was the first Byzantine city to fall to the Arab Muslims, and it flourished greatly as a point on both the trade route and the pilgrimage route between Damascus and Mecca.



the city like most other Roman cities built in a grid like pattern

sentuhan Rom di Bosra:: Roman Amphitheater:: 15000 seats~bigger than Jerash, Jordan


ps:: post la ni dulu.. :) sbg syarat tp tak abs lagi ni.Nanti ana smbg ya.Masjid Umawi lagi.mlm first tak da gmbr sbb teruja sgt..kena tgu gmbr pjot la kot

Thursday, February 19, 2009

O Allah



...Allah is alwayz with us...


O’ Allah, Possessor of Majesty, Magnificence and Might, let comfort take the place of sorrow, make happiness come after sadness, and let safety take the place of fear

O’ Allah, Soothe burning hearth with the coolness of faith

O’ Allah, give peaceful slumber to the restless and serenity to disturbed souls.

O’ Allah, give the confused ones to your light and remove evil whispers from our hearts and replace them with light, destroy falsehood with truth and crush the evil plots of the Devil with your army of Angels

O’ Allah, Remove from us misery, affliction and anxiety

We seek refuge in you from fearing anything except You, from depending upon anyone except You, from putting our full trust in anyone except you and from invoking anyone other than You. You are the Supreme Patron and the Highest and excellent Protector.

La tahzan :: Dr Aaidh Abdullah Al-Qarni

The rhythm of my heart in His hand

~::Seeking the truth of life::~
_________
..
“And Allah increases in guidance those who walk aright and love Allah much.” (Surah Maryam, verse 76)

Sunday, February 15, 2009

Jelajah Jordan~Day 5

Jelajah Jordan~Day 5

Akhirnya Jelajah Jordan sudah sampai ke penghujungnya. Seinfiniti terima kasih buat penganjur, teman-teman Jordan ( Nienah, Nisa & Yan) dan rakan kembara ini. Moga Allah rahmati kalian. Maaf andai tersalah bicara dan terlanjur kata dalam kembara kali ini. Secubit pengalaman buat tatapan dan perkongsian keluarga tercinta dan teman-teman perjuangan serta bingkisan sejarah buat diri 10 tahun akan datang. Takkan rugi sekiranya kita tahu apa yang kita hajati dari Jaulah, Kembara atau Ekspedisi kita. Maka bertebarlah di muka bumi~Hayati keindahan dan mesej dari-Nya.



::Bendera kesatuan Arab~moga akan tiba harinya::

Kota Aqabah::

~Kota Aqabah~

~Aqabah Museum~

Kota ini dibina di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun 1587 Masihi. Semasa pemberontakan Arab pada Perang Dunia Pertama, tentera Hasyimiah lengkap berpakaian seragam berdiri di pintu kota sambil menyaksikan tentera Kerajaan Turki Uthmaniyah keluar beramai-ramai dari kota. Maka kota ini menjadi lambang kebanggaan Arab kerana menjadi mercu kemenangan mereka terhadap kerajaan Uthmaniyyah.

~Glass boat~

~itulah mereka~


Berhampiran dengan kota ini juga, ternyata kami ditemani persisiran Aqabah yang mendamaikan, namun disebalik keindahan ini terselit juga kepahitan. Bukan rasa airnya pahit tapi kerana kawasan Eilat, israel jelas dalam pandangan mata yang Allah kurniakan. Bukan sekadar itu, akal ini jauh memikirkan kekejaman demi kekejaman yang telah mereka lakukan tanpa perikemanusian. Remuk dendam dan bernanah hati ini rasanya. Istilah Terrorist pada umat Islam harus dinilai semula~ kami meredah perairan itu dan semakin hampir dengan israel~membuatkan hati ini berfikir::

Wadi Rum::


Perjalanan menaiki pacuan empat roda membelah angin sejuk di wadi ini cukup menenangkan. Benar-benar mengingatkan pada Bahriya, kembara daku tahun lepas~di lembah padang pasir dan batuan.

~besar sungguh~

~memasuki lorong~

Keindahan alam tidak sesekali mematahkan hati ini untuk terus mengkagumi-Nya. Hati terpaut pada struktur batuan yang cukup besar, besarnya ibarat bukit hatta gunung mungkin. Mata ini begitu asyik melihat batuan merah yang tersergam indah yang kian kami dekati. Subhanallah sungguh besar hingga kerdil saizku ini. Pepasir pula pelbagai tone warna merah, ibarat bancuhan bandung pula. Cukup unik..Itulah Kazali Canyon. Ia terbahagi dua dan di antaranya wujud lorong semulajadi yang terdapat kesan lukisan yang dipercayai dilukis oleh kaum Thamud.

Wallahu3alam. Sekian sahaja buat kali ini.