BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, February 15, 2009

Jelajah Jordan~Day 5

Jelajah Jordan~Day 5

Akhirnya Jelajah Jordan sudah sampai ke penghujungnya. Seinfiniti terima kasih buat penganjur, teman-teman Jordan ( Nienah, Nisa & Yan) dan rakan kembara ini. Moga Allah rahmati kalian. Maaf andai tersalah bicara dan terlanjur kata dalam kembara kali ini. Secubit pengalaman buat tatapan dan perkongsian keluarga tercinta dan teman-teman perjuangan serta bingkisan sejarah buat diri 10 tahun akan datang. Takkan rugi sekiranya kita tahu apa yang kita hajati dari Jaulah, Kembara atau Ekspedisi kita. Maka bertebarlah di muka bumi~Hayati keindahan dan mesej dari-Nya.



::Bendera kesatuan Arab~moga akan tiba harinya::

Kota Aqabah::

~Kota Aqabah~

~Aqabah Museum~

Kota ini dibina di bawah pemerintahan kerajaan Mamluk pada tahun 1587 Masihi. Semasa pemberontakan Arab pada Perang Dunia Pertama, tentera Hasyimiah lengkap berpakaian seragam berdiri di pintu kota sambil menyaksikan tentera Kerajaan Turki Uthmaniyah keluar beramai-ramai dari kota. Maka kota ini menjadi lambang kebanggaan Arab kerana menjadi mercu kemenangan mereka terhadap kerajaan Uthmaniyyah.

~Glass boat~

~itulah mereka~


Berhampiran dengan kota ini juga, ternyata kami ditemani persisiran Aqabah yang mendamaikan, namun disebalik keindahan ini terselit juga kepahitan. Bukan rasa airnya pahit tapi kerana kawasan Eilat, israel jelas dalam pandangan mata yang Allah kurniakan. Bukan sekadar itu, akal ini jauh memikirkan kekejaman demi kekejaman yang telah mereka lakukan tanpa perikemanusian. Remuk dendam dan bernanah hati ini rasanya. Istilah Terrorist pada umat Islam harus dinilai semula~ kami meredah perairan itu dan semakin hampir dengan israel~membuatkan hati ini berfikir::

Wadi Rum::


Perjalanan menaiki pacuan empat roda membelah angin sejuk di wadi ini cukup menenangkan. Benar-benar mengingatkan pada Bahriya, kembara daku tahun lepas~di lembah padang pasir dan batuan.

~besar sungguh~

~memasuki lorong~

Keindahan alam tidak sesekali mematahkan hati ini untuk terus mengkagumi-Nya. Hati terpaut pada struktur batuan yang cukup besar, besarnya ibarat bukit hatta gunung mungkin. Mata ini begitu asyik melihat batuan merah yang tersergam indah yang kian kami dekati. Subhanallah sungguh besar hingga kerdil saizku ini. Pepasir pula pelbagai tone warna merah, ibarat bancuhan bandung pula. Cukup unik..Itulah Kazali Canyon. Ia terbahagi dua dan di antaranya wujud lorong semulajadi yang terdapat kesan lukisan yang dipercayai dilukis oleh kaum Thamud.

Wallahu3alam. Sekian sahaja buat kali ini.

4 comments:

Dr Amad said...

Mana Syria?sampai sini je ke? Tertarik nak tahu berkenaan Kerajaan Mamluk dan peranannya dalam menjatuhkan kerajaan Utmaniah...

Sukar berada didalam fasa ketiga Islam seperti diungkap oleh Nabi.Negara Islam berpecah dan diperintah oleh pemerintah yang Diktator

sinar_islami said...

InsyaAllah ada sambungan
Jordan dan syria kan negara berlainan..
episod lain pula..

Panjangkan sejarahnya..kajilah deh
^-^nak cerita ana pun kena buat research..byk yang tak tau..

ni antara blog penganjur tour kami..Byk input yang menarik

link pasal Aqabah

http://penghunisahara.blogspot.com/2007/07/kisah-ashabul-sabt.html

Anonymous said...

dah 5 hari da ek.ni nasib baik 5 hari je.kalau 10 hari,10 siri kita masing2 buat entry.hehe..

sinar_islami said...

haha~betul juga:: syria briefly je but still in days~