BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka di Darul 'Izzah

Mesra Ramadhan PERUBATAN Bersama Anak Yatim
Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Pekan Makmur, Bandar Baru Bangi
28 Ogos 2009 (Jumaat)
Anjuran Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir


Setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi kerana masih diberi keizinan oleh Allah untuk melihat anak-anak ini. Anak-anak umpama permata negara, harus diberi penjagaan, pendidikan, kasih sayang dan perhatian sewajarnya untuk menjadi manusia berguna kemudian hari. Anak-anak yatim apatah lagi. Mereka wajar dikasihi, disayangi dan dididik sebaiknya. Mereka di sini hanya terdiri daripada adik-adik lelaki. Moga antum menjadi rijal islami.
~Kakak-kakak melayan diri~
Melihat mereka hati terusik dengan kekurangan yang mereka alami. Namun Alhamdulillah bantuan demi bantuan hadir menyerikan hidup mereka. Rezeki mereka melimpah ruah.


Alhamdulillah melihat mereka gembira kami pun tumpang sama

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya DUA KALI LIPAT. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. "(Al Baqarah : 265)

~Erti hidup pada memberi~

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) SEPULUH KALI LIPAT AMALNYA dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan) "(Al An'aam : 160)




Moga amal kita ini Allah kira sebagai saham di akhirat sana. Buat adik-adik Darul Izzah teruskan berjuang di medan realiti. Moga Allah permudahkan perjalanan antum di dunia ini.

6 comments:

ihsan incalescence said...

da smpai msia..
kuat tol la bejalan.. ish2

Atiqah said...

ramadhan dh makin menyusut tp x dpt2 lg nk jmp awk kn...

saza s said...

alhamdulilah...seronok tengok barisan future doctor menyumbang kepada masyarakat....

tak sabar pula nak menjadi salah seorang daripadanya..amiin

hood@sunny said...

Nabi pun anak yatim

Besar pahala jaga anak yatim ni~

Taqabbalallahu minna wa minkum ^ ^

Rindu nt~

sinar_islami said...

me to criestz::

tak lengkap hidup ni kalau kaki tak habis melangkah mengisi kekosongan jiwa..

me to atiqah::

betul..huhu..
dah sampai penghujung tapi tak jumpa2 lagi..
sama2 mendoakn..at least itu penghubung kita walaupun tidak ketemu.

sinar_islami said...

me to saza_s::

sama-sama medoakan...
InsyaAllah, sokongan utk adik2 yang bakal terjun ke bidang ini, doa sentiasa..
Sama2 tajdid niat dalam segenap hal..

me to hood::

Ya ukhtie..
melihat mereka, teringat junjungan besar kita..
moga dapat bertemu baginda di akhirat sana..huhu...walaupun diri ini byk sungguh dosa

rindu anti juga (^_^) doakn ksejahteraan imanku...