BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, November 01, 2009

Ukhwah Antara Benua

Menjejakkan kaki ke Ardul Kinanah ini, menjanjikan seribu satu cerita yang pelbagai. Antaranya, dapat bertemu dengan bermacam ragam manusia. Lagi banyak karenah. Tidak tergambar semua itu pada awalnya. Namun apabila bergelar Bumi Para Nabi vs Bumi Para Firaun, hati dibiarkan lapang. Inilah sunnatullah. Di situ ada kebaikan dan di situ ada kebathilan. Biar apapun terjadi, inilah Mesir yang sedang daku duduki. Setiap insan yang daku ketemu semuanya ada di dalam hati. Seboleh-bolehnya cuba untuk membina ukhwah dengan warga di bumi anbiyak ini hatta daripada kalangan kaum senegara mahupun berlainan benua. Cuba dan cuba. Walaupun daku bukanlah sahabat yang baik, masih banyak kekurangan di sana sini tapi sedia untuk sama-sama koreksi diri.

Lama pula tak menyampai khabar berita dari ardul kinanah ni =) Sebenarnya Sinar hendak berkongsi cerita..Terpulang samada nak baca atau tidak..Untuk Sinar juga bila tua tua nanti. Ok ! Kawan Arab yang Sinar rapat sejak pertama kali menjejakkan kaki ke kuliah akhirnya berkesempatan untuk datang ke rumah. Gembira tu gembira. Tapi bila diingatkan semula, bila la dia nak ajak Sinar ke rumah dia semula. Kecewa! Ajakan ke rumah beliau sudah basi gara-gara di tahun satu Sinar masih baru. Tak pe lah itu cerita lama. Sedikit ragu-ragu juga ingin menyambut kedatangan mereka. Maklumlah bukan warna kulit sahaja berbeza, budaya apatah lagi makanan. Maka di situ kegusaran berlaku. Menu menjadi tanda tanya. Kalau pedas takut deme ni tak makan. Kelam kabut juga membeli bahan basah kerana agak sibuk dengan beberapa hal yang lain. Seakan-akan terlupa kedatangan tetamu penting ini. Namun kedatangan mereka harus disambut dengan baik kerana masyarakat Arab cukup terkenal dengan sikap mereka yang suka merai tetamu. Maka tidaklah menjadi alasan bagi kita sebagai masyarakat Melayu yang terkenal dengan sopan santun untuk mengabaikan tetamu. Buktikan Malaysia no 1. Jadi, sama-sama pamerkan suri teladan yang baik. Buat Najla dan Faten, maaf ya segala kekurangan. (^_~)-bukan deme faham pun apa yang Sinar tulis ni kan- tak pe...dah bagitau dah deme aritu...
Mulalah upacara campak-mencampak di dapur Beit Aisyatul Rodhiyah
Ni hasilnya...Simple je...Syukran pada yang menolong.. (^_~)
Bak kata Najla... " Makanan Malaysia pun cumel-cumel, padanlah dengan orang Malaysia" Ahaks =)
~Walaupun berbeza tapi boleh semeja~
First time makan tak kenyang..Kenapa ye ? Ahli beit sila jawab...

Erm bercerita fasal ukhwah, boleh menangis dan ketawa. Macam-macam la gaya, selagi manusia itu berbeza. Tapi itulah uniknya manusia. Ukhwah yang terbina tidak terbatas. Ukhwah itu boleh merentasi benua, negara dan bangsa. Hatta daku sendiri pada awalnya tidak terbayangkan beroleh teman-teman antarabangsa. Cuma kekadang ada terfikir, ukhawah antara benua ada cabarannya tapi cinta antara benua tu terlalu susah ke tak ya. =) Siapa nak komen silakan. Housemate tau kot kenapa Sinar bawa persoalan ini. Hehe...Maka biarlah gambar menjadi kenangan bukti sebuah persahabatan yang diharapkan berkekalan hingga ke negeri abadi...Ameen...Uhibbukumfillah !!!


Sekian sahaja daripada kami
(^_^)

8 comments:

Anonymous said...

salaam, amboi k.sha, org kat sini pon xsmpai lagi kat beit k.sha neh. org arab yg smpai dlu eh ...

sinar_islami said...

tu la..
sapa suh lambat..mai jgn tak mai..
siapa cepat dia dapat la.. =)

Khazinatul_Asrar said...

wah, sedap sungguh makanan tu. terliuq ana dibuatnya :D

mmg indah jika ukhwah kerana ALlah. usah dipandang kekurangan sahabat, carilah kelebihannya supaya kita selalu rasa senang dengannya. peringatan utk diri sendiri juga :).

Seronok bila dapat berbual2 dgn org arab/bangsa lain. mula2 rasa takut sbb dengan banyaknya perbezaan antara kita-mereka. namun, bila dah mula, susah pula nak berhentinya :). apa pun,org arab kebanyakannya sangat peramah , lagi2 dgn org mesia. Teringat kenangan di sana suatu ketika dulu. aduh,rindunya!

sinar_islami said...

Mai la sini..ala ukhtie ni..dia masak lagi hebat rasanya...

aiwah..ukhwh itu indah..sahabat tu kan cerminan kita..kalau semua kerana Allah insyaAllah redha Allah kita dapat...

dah seronok tu..apa lagi..ahlan la kesini semula...jadikan kenangan realiti kembali..

Khazinatul_Asrar said...

memang ada plan untuk ke sana. tapi, wallahua'lam bila akan sampai. Semoga menjadi kenyataan suatu ketika nanti :)

anti brapa lama lagi di sana ya?

sinar_islami said...

ameen..
ana doakn..
insyaAllah lagi 3 tahun setengah..
dalam awal 2013 grad biiznillah..
sempat la kot ana smbut anti kalau nk datang sini..hehe
doakn ya..Allah mudahkn perjalanan untuk menjadi tabib ni.. (^_^)

SINCERE SERVANT said...

CInta Antara Benua?

Cam paham je maksudnye...
:-D *grinnning

Aish.. dalam banyak2 nti tulis.. yg tu pulak ana dapat... hihi.. anyway.. sukenye tgk sha menjamu... nanti jamu kite pulak ye..!

anyway.. sha sedey ke depa tak ajak lagi pi rumah.. sabar ye.. mungkin Allah tahu belum masanya.. silap2 sha tak kan larat makan nasi mrk yg berlambak2 tu... (nasi maqlubah) hihi..

ok, dear..
miss u v much..

*hugs

salam wbt

sinar_islami said...

tu la anti ni...
ke situ pla dia tangkp...ish3
InsyaAllah, biiznillah mai la sini dulu...then ana jamu ye...

tu la sedih gak sebenarnya...nk tgk jga makanan deme...lama dh arab tak jamu kami ni..

miss u too..
take cre
mga dapt berjumpa nanti..(^_^)