Bercakap tentang rindu, teringat akan sebuah kerinduan. Rindu yang sepatutnya dimiliki oleh setiap Muslim Mukmin. Perjalanan hidup bertambah indah apabila Allah selaku 'Pemilik hati dan nyawa' ini mengingatkan diri akan 3 persoalan yang sering diulang-ulangkan. Inginkan syurga, perlunya usaha. Usaha untuk memahami risalah yang Rasulullah bawa. Sesungguhnya, mahligai di dalam syurga itu dibina oleh tangan-tangan kita sendiri. Inilah sepatutnya yang menjadi kerinduan kita semua. Allah selayaknya kita rindu dan terus rindu.
Hanya Tiga
3 persoalan yang membangkitkan ruh dan menghangatkan kerinduan. Bagi Sinar inilah yang sepatutnya terus mekar dalam ingatan buat penyubur iman.
Dari mana kita datang?
“Wahai umat manusia, sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan makhluk (hidup semula pada hari kiamat), maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia) kerana sebenarnya Kami telah menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari setitik air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging yang disempurnakan kejadiannya dan yang tidak disempurnakan; (Kami jadikan secara yang demikian) kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (kekuasaan Kami); dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung itu) apa yang Kami rancangkan hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya; kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian (kamu dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; dan (dalam pada itu) ada di antara kamu yang dimatikan (semasa kecil atau semasa dewasa) dan ada pula yang dilanjutkan umurnya ke peringkat tua nyanyuk sehingga ia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu. Dan (ingatlah satu bukti lagi); Engkau melihat bumi itu kering, kemudian apabila Kami menurunkan hujan menimpanya, bergeraklah tanahnya (dengan tumbuh-tumbuhan yang merecup tumbuh), dan gembur membusutlah ia, serta ia pula menumbuhkan berjenis-jenis tanaman yang indah permai.”
(Surah Al-Hajj : 5)
kenapa kita didatangkan?
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadat kepadaKu.
(Surah Azzariyat : 56)
Ke manakah kesudahan kita?
“Sesungguhnya kepada Rabb (Allah) kesudahan (segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya. Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa, dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis; Dan sesungguhnya, Dialah yang mematikan dan menghidupkan”
(Surah An-Najm : 42-44)
Justeru kepada Allah, selayaknya kita menyandarkan segala sesuatu. Hiduplah dengan merasai pengawasan Allah.
TamSyi : mengembaralah !
Permusafiran (TamSyi) ke bumi Mansurah bersama teman seperjuangan masih segar dalam ingatan. Walaupun masanya singkat tapi kesannya mendalam. Setiap langkah dan masa yang digunakan ada terselit peringatan. 3 persoalan asas bagi seorang manusia sentiasa diperingatkan.
Alhamdulillah, disamping menambah kefahaman, dapat juga memupuk ukhwah bersama teman-teman. Walaupun ada yang baru berkenalan terasa sudah lama kita dipertemukan. Moga ukhwah yang terjalin ini mendapat keredhaan Allah.
.:Moga terus thabat:.
Seminar PERUBATAN Mesir Kali Ke-3 : Profesionalisme
Sekembalinya dari Mansurah, Seminar pula menanti. Seminar kali ketiga ini merupakan kejayaan besar buat Persatuan Pelajar-pelajar Perubatan Malaysia-Mesir (PERUBATAN) dan turut diakui oleh ramai peserta serta mendapat pujian daripada Prof Dr Abdul Latiff, Prof Dr Mohamed Hatta dan Prof Madya Dr Amaluddin selaku pengisi slot. Justeru syabas Sinar ucapkan kepada Jawatankuasa pelaksana diatas titik peluh antum semua.
Apabila direnungkan dan muhasabah semula cuti yang berlalu, terasa ajaib sungguh nombor tiga pada cuti kali ini. Sesungguhnya kasih sayang Allah itu sangat menakjubkan kerana Dia tidak putus mengingatkan diri akan 3 persoalan ini. Hatta ingin menjadi manusia yang profesinal, 3 persoalan ini jugalah yang akan membentuk karisma dalam diri individu muslim. Inilah milestone untuk kita mengorak lebih jauh.
Dari mana kita datang?
Kenapa kita didatangkan?
Ke manakah kesudahan kita?
Dengan menghayati 3 persoalan ini, InsyaAllah kita akan cuba menjadi apa yang Allah sarankan. Pastinya Allah mahu kita menjadi insan yang profesional dan cermat dalam setiap tindakan. Apa itu professional? Inilah kombinasi tenaga mahir, beretika dan bersyaksiyah (attitude). Cukuplah sebenarnya kita merasai bahwasanya kita ini milik Allah dan segalanya adalah pinjaman Allah. Justeru kita akan hidup dalam jiwa hamba dan berasa ‘izzah dengan status khalifah yang Allah taklifkan. Akhirnya kita akan sentiasa profesional dalam setiap gerak kerja dan kita akan berusaha menjadikan orang lain turut menerima acuan yang sama.
Seminar ini sebenarnya berjaya mengetuk pintu hati dan minda. Sungguh banyak kelemahan diri yang perlu dibaiki. Maklumlah masih banyak perkara yang Sinar tidak tahu dan kurang mahir. Namun tidak bermakna perlu Sinar mahupun kalian berputus ada. Usaha perlu ditingkatkan. belajar dan terus belajar. Untuk menjadi generasi yang berada di barisan terkehadapan (frontliners) perlu mujahadah dan jiddiyah yang tinggi. Kalau tidak, usah diimpi ummah Islam beroleh kejayaan dan mendominasi semula dunia yang kian tenat ini. Akhirul kalam, doakan Sinar. Moga cuti yang terisi ini beroleh barakah daripada Allah. Moga tiada yang sia-sia.
9 comments:
Hanya 3:
Dari mana kita datang?
Kenapa kita didatangkan?
Ke manakah kesudahan kita?
Bila di renung kembali...itulah selamanya!
pengembaraan yang bermanfaat dan perkongsian yang bermanfaat juga sha!teruskan menulis coretan pengalaman di sana..
p/s:sorry smlm tak reply smpi habes msg kat ym..nnt kalo online buzz je akak..:)
take care sister!teruskan berjuang!
Alhamdulillah...
Kak tasha dapat menyimpulkan apa yang Sha cuba sampaikan...
Jazakillah ukhtie habibati...
Moga sama-sama thabat dalam perjuangan
ps: sedap sangat menjamu selera ye kak... (^_^) hehe gurau je...InsyaAllah..nanti sha buzz..
waah, kencang sekali berita di post :P
adess, doakan ana.. carpal bones ni tiba2 byk plak mineral deposition..
sampai berat semacam je ana rasa..
sampai skrg dok menyemak belog org je :P
hihi
kencang ke hood?
Bahaya juga ni :P
InsyaAllah..sama-sama mendoakan..
anti terlebih makan calcium kat cairo ke? hehe
tu la miss editor, sila update blog!!! (^_^)
Assalamualaikum kak sha..
Pengisian yang menarik..Manusia bergelar hamba tidak akan dapat lari daripada 3 soalan itu.
Semoga terus istiqamah dan thabat :)
keep looking for the light :)
sinnnaaaarrr :D
Semoga berjaya kak..menjadi seorang doktor muslimah mukminah :)
Wa'alaikumussalam wbt adik amal
Ameen...
Moga sama-sama istiqamah dan thabat..
Harapnya kita ini benar-benar merasai hidup dalam jiwa hamba...
dan dapat memberi khidmat yang terbaik sebagai seorang khalifatul ardh..
InsyaAllah kak..
Ameen..
:)
nmpk alimah, izzah, huda ke tu ek? rndu la kat korg sume..jg dri bbaik kat sne..bljr rjn2..blk dgn kejayaan utk berbakti kpd Islam dan negara..
jgn biarkan org kafir menguasai dunia..
me to Amal:
Uhibbukifillah ya ukhtie..
jangan pernah berhenti berjuang..
me to Atiqah:
Na'am... gen 11 la tu..
faten thaaherah pun ada..
InsyaAllah sama-sama kita menyumbang untuk Islam..buat sebaik mungkin dalam bidang masing2...
Be professional (^_^)
Post a Comment