Suasana pagi di Dahab nyaman sekali. Udaranya segar. Paginya damai dan sunyi daripada kesibukan. Kedai pun masih belum beroperasi. Sunyi tapi inilah saat kami menikmati keindahan alam di sini.
Keberadaan kami di Dahab diisi dengan aktiviti yang menarik. Sempat juga kami berkuda dan ada juga yang ingin mencuba quad bike. Peluang hanya datang sekali. Peluang yang ada digenggam sebaik mungkin.
Selepas puas menjelajah kawasan Dahab dengan menunggang kuda, kami bergegas pulang ke hotel untuk ‘check out’ dan meneruskan perjalanan menziarahi kubu salahuddin sebelum pulang ke Kaherah.
Kubu Salahuddin
Dari jauh lagi apabila terlihat kubu salahuddin yang terbina di atas sebuah pulau, hati terdetik kagum. Hati seakan-akan tertarik dengan kewujudan kubu itu ditengah-tengah perairan. Sesuatu yang unik Sinar rasakan. Justeru untuk menjejakkan kaki ke kubu itu, kami perlu menaiki bot. Kubu ini telah dibina oleh tentera pimpinan Salahuddin Al-Ayubi untuk menghadapi tentera Salib. Kedudukan kubu ini sangat strategik kerana berada ditengah-tengah sempadan Palestina, Jordan dan Arab Saudi. Ini memudahkan tentara mengawal keamanan negara dan menangkis sebarang ancaman dari negara luar.
Tidak dapat tidak, peluang untuk menikmati panaorama yang cukup indah digunakan sebaik mungkin. Sinar banyak menghabiskan masa di salah satu tembok utama kubu tersebut bersama dua lagi rakan. Di situ kami bertukar cerita, bertukar rasa, bernasyid bersama dan apa yang membuatkan dada ini sebak, saat yang singkat itu mengingatkan kami bertiga mengingati Allah. Alunan zikir sayup sayup kami alunkan bersama. Terima kasih kepada teman setembok. Moga Allah berkati saat itu. Walaupun pertama kali menjejak kaki, tapi terasa akrab dengan tempat ini. Dari jauh dapat kulihat bendera kesatuan arab di Aqabah, Jordan. Terus dihambat rindu yang bersangatan di bumi Urdun yang harmoni itu. Mahu sahaja diseberangi perairan itu tapi itu mustahil kerana waktu amat cemburu.
.:merenung dalam jiwa hamba:.
.:berakhir sudah Sinai explorer 2010:.
.:Selamat tinggal:.
Alhamdulillah, perjalanan 3 hari 2 malam ini meninggalkan kesan yang mendalam. Walaupun terasa singkat tapi apa yang ingin Sinar cari, sudah pun Sinar temui. Benarlah kembara itu punya hikmah yang tinggi.
4 comments:
pemandangan yg sungguh indah!~subhanallah.
agak2 kalau awal bulan 5, dah musim panas ke?huhu
=) ciptaan Allah itu memang memikat hati...segala pujian bagi-Nya...
Ukhtie..sekarang pun dah rasa panas apatah lagi bulan 5...ana pun pelik juga ni..cepat betul musim bertukar...
Bumi dimamah usia...Moga kita pergiatkan amal...
hari pertama seminar,org pakai baju biru :)..try to find u,tanye kak aimi..tp xjumpa2 akak..kak fathiyyah pun saya baru jumpa hari tu..sngt gmbira bila dia kata 'gadis berbaju biru' (^_^)
next time,kalu org g jumpa kakyu..i'll find u too. ;)
wah..terharunya..
InsyaAllah...we will meet another time..perhaps, in most percious event & moment..
(^_^) May Allah bless you sista..
Post a Comment