BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, February 09, 2010

Winter Break 2010

Merakam bingkisan alam : Saujana mata memandang :
.: Memujuk hati supaya terus tenang :.

Sudah beberapa hari cuti musim sejuk bermula. Banyak perancangan yang ingin dilakukan. Alhamdulillah separuh daripadanya sudah terlaksana. Namun hasrat ingin mengulangkaji pelajaran terutama subjek 'Forensic and Toxicology' masih belum tercapai. Buku 'Ear, Nose and Throat' juga seakan-akan memanggil untuk dibedah isinya. Moga terlaksana sebelum kuliah dibuka. Seawal cuti bermula, jadual harian padat dengan program dan pelbagai urusan. Bak kata seorang teman "Hidup seorang Muslim ni memang buzy. Mana ada rehat." Tersenyum mendengar kata-katanya. "Kalau ana buat-buat buzy bolehkan. Aci tak?"

Boleh dikatakan minggu pertama cuti, beratur program yang ingin dihadiri baik di peringkat anjuran PERUBATAN mahupun yang lain. Dari majlis pernikahan, mesyuarat agung hinggalah seminar dan kelas tafakuh. Walaupun kedatangan cuti sememangnya dinanti tetapi cuti bukanlah 'greenlight' untuk kita membiarkan masa tidak terisi apatah lagi diisi tanpa kualiti. (^_^) Membuang masa bermakna kita tertipu dengan syaitan durjana. Moga Allah jauhkan.

Daripada Abu Zar Jundub Ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Muaz Ibn Jabal Radhiallahu'anhuma daripada Rasulullah s.a.w bahawasanya baginda bersabda:

"Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada dan iringilah kejahatan dengan kebaikan nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik"

Justeru, di mana pun kita, di waktu mana pun kita, semestinya kita berkelakuan dengan apa yang Allah kehendaki. Sememangnya agak kalut beberapa minggu ini. Terasa mahu lari pulang ke Malaysia. Jasad masih di sini akan tetapi hati melayang pulang ke nusantara. Realiti tetap realiti. Perjuangan tetap perjuangan. Misi mesti dilaksanakan. Biar rindu pada tanah air menjadi sumber kekuatan di sini. Doakan (^_^)

Postactivity
  • Le tour de Cairo bersama kenalan yang belajar di Rusia. Alhamdulillah beliau pun sudah pulang semula ke negara bersalji itu. Jemput berkampung di sini lagi.
  • Menghadiri Majlis Pernikahan Saudari Naimah dan Saudara Israq
  • Menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan PERUBATAN
  • Menyambut tetamu yang belajar di Jordan. Sejuta kemaafan dipohon kerana tidak memberi layanan yang sebaiknya. [Asyik ke hulu ke hilir je kak sha ni kan...Huhu ]

In progress

  • Esok sudah mahu menyertai Sinai Explorer 2010 :: Doakan kami selamat pergi dan pulang
  • Seminar PERUBATAN Mesir Kali Ke-3 :: Muslim Medical Student Towards Professionalism
  • Program Tamsyi : Rindu nak menziarah dan mengisi rohani
  • Menunggu gambar perkahwinan adinda tersayang di saat kenduri. Sabar Along Sabar. (^_^)
  • Membaca dan membuat nota
  • Mendidik diri bersabar dan menjadi insan yang Allah sayang.

Akhir kalam, doakan cuti ini diberkati Allah. Moga tidak ada waktu yang diabaikan untuk mengingati Allah. Sedikit gambar yang menenangkan jiwa dan sanubari. Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang.

Berjalan mencari cinta hakiki

Kita semakin hampir...

Dialah yang menciptakan alam ini. Berfikirlah dan berfikirlah...

Moga sinar hidayah-Nya milik mereka yang benar-benar ikhlas dijalan-Nya.

Moga diriku, kalian dan mereka bakal bertemu di Syurga Abadi.

12 comments:

ummujannah said...

Salam sha:)
wah2..patutlah busy je sorang sahabat ni..
Alhamdulillah kita disibukkan dgn perkara2 bermanfaat..
Semoga terus kuat mengharungi kembara hidup mencari cinta NYA..
Amin..
Take care sister!
see u soon!
p/s:gambar2 kat atas tu kat cairo ke?teringin nak ke sana..

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Sha...

Moga sentiasa berada di dalam pelihara dan rahmat Allah...

Moga Allah jadikan cuti winter Sha bermanfaat dan dipenuhi keberkatan sepanjang waktu...Moga segala kesibukkan kita itu menjadi ibadah, InsyaAllah...

Akak masih lagi berada di UK sekarang ini..sedang buat kerja2 part time disini, sementara menunggu award ceremony akak pada 12-16 July nanti...Selepas itu,Akak akan balik for good ke Malaysia, InsyaAllah moga Allah mudahkan...

Akak merancang untuk transit selama seminggu di Cairo semasa perjalanan pulang ke Malaysia pada July nanti, selepas selesai majlis graduasi akak disini...Di Cairo nanti,InsyaAllah,akak tumpang di rumah beberapa akhawat yang pernah datang bercuti ke UK ini...InsyaAllah, kalau ada rezeki dan Allah izinkan akak ke bumi Mesir itu nanti, akak memang berniat juga untuk berjumpa dengan Sha...

Sha ada planning nak balik ke Malaysia ye? kalau dah confirm tarikh dan sebagainya nanti, akak bagitahu ye..tapi kalau Sha nak balik ke Malaysia pun waktu tu takpe, jangan risau ye...InsyaAllah, akak ok :-) Moga Allah mudahkan...

Akak planning maybe akak fly dari UK ke Mesir pada 20 July dan balik semula ke Malaysia dr Cairo pada 28 July...ataupun, 1 August tu, baru akak fly dr UK ke Cairo...tarikh tak berape pasti lagi...Apa2 nanti, akak bagitahu Sha ye...

Alamakkk, dah terpanjang pulak akak bagi comment kat entry sha ni (exited nak pergi Cairo agaknya)...Afwan Sha! :-)

Jaga diri sha baik-baik ye..Salam maju jaya dr Akak..Moga Allah mudahkan segala urusan Sha, dan beri Sha yang terbaik...Ameen

p/s: Gambar Masjid pada entry ni gambar-gambar di Cairo ye? Akak dah jatuh hati pada Cairo dah ni! :-)

All the best dik...

Sister Fillah:
-Kak Faiza-

Atiqah said...

semoga cuti kte juga disibukkan dgn pengisian yg bermanfaat

Anonymous said...

Salam alaik.. =)

ronde2 internet trjumpe plak blog ni.. tgk gmbar tringt bumi mesir.. br je blk dr mesir, ikut kembara sufi.. rindu..
slamat berkenalan.. sha..? kalo x silap kn? hehe.. btw.. sy pon dr intec juge n skang kt Dublin..=)

smoge hepy slalu.. salam..

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

salam'alaik..kak sha
lama sudah tidak ziarah blog akk
tetiba terpanggil utk ziarah..
cuti? seronoknya apabila diisi dengan perkara yang bermanfaat :)

selamat bercuti!
semoga istiqamah dalam perjuangan menjadi insan dan HAMBA YANG TERBAIK :)

salam sayang dari bumi Sarawak, Malaysia. Salam'alaik.

haway mutasawwil said...

ziarahlah untuk melihat kebesaran tuhan

saza s said...

salam kak sinar
daripada hari tu lagi cuba untuk post comment tak dapat2

semoga menjalani cuti dengan berbekalkan taqwa dan iman insyaAllah

doakan ana agar dapat memanfaatkan cuti sebaik mungkin kerana cuti yang paling indah adalah cuti yang dimanfaatkan.

selamat bercuti kak sinar

Khazinatul_Asrar said...

Selamat bercuti ukhti.
Semoga sama2 memanfaatkan cuti ini sebaik mungkin. Ana mula bercuti esok selama seminggu. Kerja banyak menanti. Harapnya terlaksana semua plan :)

Bestnya pergi sinai. Teringin nak g sana waktu di sana dulu tp kesuntukan masa dan musim panas, mandi peluh la kot kalau ke sana :D.
Berharap sgt suatu hari nanti dpt ke sana musim sejuk begini. Do'akan ya.

Ok ukhti, jaga diri n iman ^_^

sinar_islami said...

me to Iman Aisyah::

Salam Kak Tasha!!!
Syukran mendoakn sha..
Tak sabar pula nak jumpa akak..
Aiwah,Gambar-gambar tu dekat cairo..
kawasan masjid Mohd Ali Pasha dalam kubu Salahuddin Al-Ayubi..
Jemput datang sini..boleh ana bawa jalan (^_^)

me to Kak Faiza::

Ramainya akak sha ni (^_^)
Yang indahnya sha tak pernah jumpa tapi ukhwah itu sungguh indah
Moga kak faiza (Serta kak tasha) diberkati dan dipelihara ALLAH selalu...

Lama juga kak faiza stay kat UK. Kenapa jauh sangat gap utk dapat award tu?
Asalkan akak dapat manage masa dengan baik, insyaAllah masa-masa akak diganjari pahala oleh Allah..
Moga Allah mudahkan urusan akak juga..

Ahlan ahlan ke sini..InsyaAllah plan nak balik Malaysia tu ada..Mungkin awal kot balik tahun ni..awal julai..tapi tengok la dlu..kalau awal julai tak sempat la jumpa akak..
tapi tak pe (^_^) kita jumpa kat tanah air..
memang nak sangat jumpa...blh sharing pengalaman...

sha pun mcm dah terpanjang balas komen..hehe..

k sis..moga dapat ketemu..
uhibbukifillah..
cairo pastinya menanti kehadiranmu..

sinar_islami said...

me to Atiqah::

Moga Allah pelihara imanku dan imanmu..

me to Anonymous::

Selamat datang ke blog sinar...
syukran 4 dropping by...
salam perkenalan kembali =)
jemput datang Mesir lagi...

sinar_islami said...

me to amal::

Ameen..
Cuti ni memang penuh..
doakan akak ye..
moga bermanfaat masa-masa yang ada..
Tak rasa macam cuti pun ade..hehe
salam sayang juga dari kak sha

me to haway::

InsyaAllah.. =)

sinar_islami said...

me to saza s::

akhirnya dapat juga komen ye =)
usaha tangga kejayaan...
InsyaAllah moga sama-sama manfaatkan cuti ni..
selamat bercuti..
jangan biar satu detik pun kita lalai..

me to khazinatul asrar::

selamat bercuti juga ukhtie (^_^)
moga sama-sama manfaatkan masa yang ada..
masa ni la nak buat apa yang tak terbuat..
Alhamdulillah ana baru balik dari Sinai..kembara yang menakjubkan..
moga anti dapat dtg time winter..