BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, February 24, 2010

Jodoh itu ketentuan Illahi

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang


Hari yang berlalu pergi, terlalu berharga buat diri


Hari berganti hari. Siang malam silih berganti. Hatta musim berlalu pergi. Itulah sunnah alam ini. Justeru, kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi kerana masih diberi peluang menambah bekal sebelum dijemput ke ‘daerah abadi’. Sekejap sungguh masa berlalu. Moga Allah menilai setiap detik dengan belas kasihan-Nya.


Pelbagai berita, pelbagai cerita kami di sini. Rata- rata isu yang hangat diperkatakan di bumi Mesir, kalau tidak kualiti graduan mesir, tidak lain tidak bukan pastinya isu nikah, isu jodoh dan seangkatan dengannya. Maklumlah “Nikah connecting people”. Sudah dewasa rupanya anak ummi & walid, anak ibu & abah, anak emak & ayah dan anak mama & papa ini. Kalau dulu pemikirannya hanya belajar. Sekarang sudah tambah satu folder untuk difikirkan.


Sesungguhnya niat dan titik tolak setiap insan pada marhalah ini amat murni dan sangat suci jika setiap satunya tahu tanggungjawab yang bakal digalas. Melebarkan sayap dan mengembang zuriat buat Islam tercinta memerlukan manusia yang pantang menyerah pada keadaan dan ujian. Apatah lagi dalam mendefinasikan cinta dan melaksanakan mahligai ini. Terdetik pula hendak mencoret kata mengenai isu ini sebelum dilambakkan kenangan indah keluarga kami.


Adanya ikatan, maka bermulalah cinta.


Hari ini, tema dan persoalan cinta kian popular di kalangan masyarakat kita. Tak kira muda ataupun tua. Cinta atau bercinta bukanlah satu kesalahan, tetapi silapnya apabila seseorang itu mengunakan anugerah ini bukan untuk mengembangkan potensi diri mencari keredhaan Allah, sebaliknya melayani hawa nafsu yang disogokkan oleh musuh-musuh Allah. Telenovela demi telenovela cinta menghiasi hidup kita. Kita juga sudah dikelirukan dengan konsep cinta. Alhamdulillah baru-baru ini kebanyakkan blog sudah mengupas “Apa itu cinta sebenar?”. Setidaknya kita sudah mendefinasikan dengan apa yang Islam mahu.


Konsep cinta menurut perspektif Islam adalah cinta kita kepada Allah iaitu mahabatullah iaitu kita menjalankan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Cinta terbahagi kepada dua iaitu cinta makhluk kepada Pencipta dan cinta makhluk sesama makhluk atau dalam erti kata lain cinta sesama manusia. Bahkan cinta sesama manusia itu juga banyak tahapan dan semestinya harus disandarkan kepada Allah. Cinta antara bani adam dan hawa seharusnya diurus dengan kaca mata syarak. Apa yang Allah cipta tiada satu pun yang sia-sia.


Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.


(Surah Az-Zariyat : 49)


Mari kita renungi sebentar ayat 1 Surah An-Nisa’ untuk mengingatkan diri akan hakikat penciptaan diri dan kelangsungan manusia di muka bumi


“Wahai manusia, bertakwalah kepada Rabb kalian yang telah menciptakan kalian dari jiwa yang satu, dan Dia menciptakan daripadanya pasangannya, dan memperkembang-biakkan dari mereka berdua laki-laki dan perempuan yang banyak. Maka bertakwalah kepada Allah yang beserta-Nya kalian saling meminta satu sama lain, dan juga saling mengikat dalam kasih sayang. Sesungguhnya Allah Maha Mengawasi kalian.


Maka kelangsungan manusia di muka bumi dirai. Sangat dirai oleh Islam dengan menganjurkan pernikahan. Cinta itu diikat dengan ikatan yang sah dan hanya disuburkan selepas ikatan terbina dan tiada noktah untuk dihidupkan.


Fitrah harus diurus, bukan dibiar ikut arus


Isu ini ibarat isu semasa yang tidak pernah surut. Duduk sahaja pasti ada cerita.


“Anti tahu, cuti summer nanti ada lagi yang nak bina masjid”


“Oh, ye ke! Bagus la macam tu. Kalau Allah dah mudahkan. Yang baik itu wajarlah disegerakan.”


InsyaAllah ini perkembangan sihat. Ini semua fitrah. Meningkat dewasa bermakna pertukaran marhalah. Apa yang baik mestilah diurus dengan cara yang baik. Bukanlah memilih couple tanpa batasan, bukanlah memilih ‘dating’ tanpa mahram sebagai jalan. Hakikatnya bukanlah memilih sesuatu yang tidak syar’ie sebagai ‘greenlight’ memenuhi sunnah nabi.


Perkahwinan itu sunnah. Perkahwinan itu indah. Maka jangan dinodai dengan sesuatu yang keji dan jangan pula dibiar nafsu yang mengapalai. Namun realiti hari ini ramai sungguh mereka yang terlanjur sebelum pernikahan. Apabila disoroti laman-laman ustaz yang disegani, pelbagai persoalan praperkahwinan diberikan. Ada yang sudah pun berzina sebelum perkahwinan. Na’uzubillah. Moga Allah lindung Muslimin di jalan cinta para pejuang. Bahkan ini peringatan buat kita, sebarang hubungan sebelum perkahwinan hatta tempoh bertunang bukanlah greenlight untuk berdua-duaan. Masih belum ikatan sah. Jauhilah!!!


“Maka sesiapa yang membiarkan ikatan pertunangan dan era mudanya dicemarinya dengan 'ringan-ringan dan zina', ia membenihkan penyakit yang serius dalam hati. Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan hancur. Kelaurga yang amat berpotensi melahirkan suami yang bermain kayu tiga, isteri bercinta dan zina dengan rakan sekerja, anak yang menjadi penzina muda di sekolah dan lain-lain bencana keluarga yang pastinya diakhiri dengan penceraian dan penderitaan anak-anak. Matinya si ibu bapa ini kelak, mungkin diiringi dengan celaan atau sorakan oleh anak-anak peninggalannya.” (1) UZAR


Maka, beringatlah wahai diriku dan teman-temanku.


Merisik – antara cara mengurus cinta


Jika benar Sang Adam yakin si gadis untuk dirinya, usahlah teragak-agak. Segeralah. Gunakanlah jalan selamat lagi diredhai Allah. Dalam urusan jodoh laksanakanlah sebagaimana yang syarak anjurkan dengan jalan istkharah dan berbincang. Jika sudah serasi ambillah langkah yang diizinkan Allah iaitu berkhitbah (bertunang) dan saling setia pada janji yang dibina. Jika pinangan anda ditolak usah kecewa kerana untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa sudah pasti jalannya berliku dan penuh cabaran. Usah malu dan putus asa teruskan berusaha. Jodohmu pasti ada.


“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.”


(HR Ahmad)


Buat si gadis pula, ambillah masa untuk berfikir sedalamnya. Jika ditolak kerana alasan tidak bersedia. Maka tidakkah terfikir olehmu apa gunanya fatrah bertunang. Bukankah itu platform untuk anda bersiapkan diri? Kaum Adam pasti tidak mengemari jawapan anda, jika hanya berkata “Saya belum bersedia!”


Bertunang fatrah emas dan cemas


Jika sudah mengambil keputusan, sudah terubat segala kerisauan dan tertanam kukuh sebuah keyakinan maka laksanakanlah khitbah. Perlaksanaan khitbah dalam Islam ada pelbagai cara sebagaimana dicontohi dalam sirah (2)*


  1. Khitbah melalui keluarga si gadis
  2. Khitbah dengan menyampaikan secara langsung kepada si gadis bukan walinya
  3. Khitbah si gadis kepada lelaki soleh melalui orang tua atau kerabat atau dirinya sendiri
  4. Khitbah secara sindiran semasa iddah


Justeru, gunalah saluran-saluran yang ada (keluarga, orang tengah dan baitmuslim). Wanita punya maruah dan sifat malu dan lelaki pula selaku penjemput anda juga ada harga diri dan sikap ‘kelakian sejati’. Menjemput wanita biarlah kena cara.


Khitbah. Inilah tempoh emas untuk keduanya mengenali hati budi masing-masing, berkongsilah apa yang dirasakan mustahak.


Inilah juga tempoh cemas, kerana banyak persiapan dan persediaan yang keduanya perlu lakukan. Dan tempoh ini jugalah pelbagai cubaan dan dugaan biasanya bertamu. Tempoh itu sesungguhnya amat menguji. InsyaAllah jika kita memahami tujuan tertubuhnya sebuah ikatan rasmi, Allah akan permudahkan.


Harapanku, harapanmu jua


Harapan Sinar, semoga Allah ukirkan takdir yang terindah untuk semua. Buat yang selalu berkongsi cerita, moga Allah mudahkan perjalananmu. Buat yang masih gelisah akan jodoh tak kunjung tiba, nasihatku bersabarlah. Allah masih memberi peluang untuk kita memanfaatkan masa muda ini dengan mengapai cita-cita seindah pelangi. Akhirul kalam, sama-sama mendidik diri supaya mampu memberi komitmen yang sebaiknya jika melangkah ke alam baru. Usah dirisau jika tiada, kerana Allah tahu apa yang terbaik untukmu. Jika jodohmu tidak di dunia, di syurga sana pasti ada.


*(1) Ustaz Zaharuddin


*(2) Fatimah Syarha dalam artikel Seruan Buat Si Belangkas


Hari-hari bahagia adindaku tersayang : Solehin dan Malissa disatukan. Barakallahulakuma…


.: Alhamdulillah selamat diijabkabul :.


.: Debaran melafazkan "Aku Terima Nikahnya":.


.: Sabar Menanti :.


.:Tersarunglah sudah:.



.:Hijau Oh Hijau, Pasni Ungu ke?:.


.:Merpati Hijau, Dua Sehati:.

Bertambah satu anak Ummi & Lek

tapi kekurangan tiga dalam gambar ini (^_^)

Sekarang anak Ummi & Lek sudah 9 orang

.: Moga kita semua disayangi Allah :.

27 comments:

terry bogart said...

nice article..tapi saya muda lg,just ambil pgajaran je dulu

yg isu sex seblum nikah tu,kat sini lg kelakr..boleh plak diorg kata..kalau buat sex before kawin tp pakai kondom xpe..huhu

anyway..thanx 4 sharing

~UmmU SoLehah~ said...

salam~ BaraKaLLahu fiK.

semoGa kita juga dipertemukan dengan jodoh yanG baiK

Atiqah said...

بارك الله لكما وبارك عليكما
وجمع بينكما في خير


Alhamdulillah dh selamat pun..blk hr tu kte cite kat mak kte psl adik awk and of course la nama awk pun disebut..umi kte igt lg kat awk..
umi kte ckp amar x leh kawin lg skrg..hahaha..

bila kenduri belah sha?

haway mutasawwil said...

“Sesungguhnya di antara keberkatan wanita ialah kemudahan peminangannya dan kemudahan maharnya.”

nice quote.kakaknya bile mahu kahwin?xpe2 slesaikn misi akak dl.-).thanks for da article

Khazinatul_Asrar said...

alhamdulillah, penerangan yg cukup padat dan jelas. Kadangkala ada yg terfikir, bilakah masaku akan tiba? Namun, perancangan Allah itu yang terbaik buat kita. Berdo'a dan teruskan usaha perbaiki diri. Dalam mahu mendapatkan yg soleh, pasti diri dahulu harus jadi solehah, bukan begitu? ;)

[ n_akn ] said...

xsabar menanti giliran tuan punya blog ni pulak..

very2 nice article..byk input dan peringatan buat diriku..thanks sha for dis article..

sinar_islami said...

me to terry bogart:

muda atau tua
InsyaAllah peringatan tu untuk sesiapa sahaja..
sebab manusia ni mudah lupa..

untuk memenuhi kehendak nafsu ramai memikirkan jalan untuk boleh melakukan. Na'uzubillah moga kaum kerabat kita dijauhi...

me to Ummu Solehah:

Ameen...Moga yang terbaik Allah hadirkan...
Usah risau usah gelisah..Janji Allah pasti

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Alhamdulillah semua urusan majllis adik ana dah selesai...
~Blushing~ [Ke situ pula makcik]
Sampaikan salam kat ummi anti ye...
Sha rindula masakan ummi anti...
Tak pe..Ammar tak boleh, kakak dia bolehkan?

me to haway mutasawwil:

Pandai pun adik akak ni
InsyaAllah sampai masa, ngan anta sekali akak belanja...[makan free la kan]
Sekarang teruskan misi..Doakan ya..

sinar_islami said...

me to Khazinatul Asrar:

Betul Ukhtie, sama-sama usahakan menjadi solehah dulu...
Bukan tak fikir, kita fikir dan sebab tu kita kena buat persediaan..
fiqh nikah, kitab nikah kena bedah..{ala ala masuk exam la kan}
nak mencari jodoh tu soal kedua...
Kekadang tak yah cari pun jodoh tu hadir..
Yang baik tu akan datang tepat pada masa dan keadaan..

me to n_akn:

Doakan yang terbaik neah (^_^)
sama-sama takmil wa istikmal...
Ingatkan diri ana kalau terlupa or terlalai ye...

hoodsunny said...

Nikah-salah satu persoalan aqidah~

(haha, apa2 tajuk pun.. sume ada kaitan ngn Pencipta kita)

currently studying on death,
huhu, seramnyaaa bila terbayangkan cessasion of respi n heart beat.

lagi seram bila sang syaitan sempat memesongkan aqidah kita di saat² akhir itu..

semalaman satu umah beringat2 ttg kehidupan selepas mati~Alhmdulillah

masihkah ada esok utk kita?

haha, updating kat belog nt.. minta izin ye :P

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Aiwah, segala sesuatu tu kalau kita relate dengan Allah, indah semuanya..
ujian yang berat terasa indah...
apatah lagi berita gembira...
Mohon Allah jauhkan dari godaan syaitan yang kita tidak mampu...
Moga akidah kita kuat dan terpelihara nan jitu..

esok masih misteri maka hiduplah pada hari ini seperti esok tiada lagi...

(^_^) nak juga dia komen sebelum gi kuliah tu..[tanda sokongan tu]
ana dah betulkan apa yang patut..
Jazakillah ukhtie..
boleh je tumpang updte..
nak jadi partner ana kat blog ni pun boleh[hehe]

ummujannah said...

Salam..
maaf lambat pula akak komen:)
pagi tadi bangun kena pegi kelas awal2 dan tak best rasanya baca rush2!hehe..
Alhamdulillah mantap! terasa pula bila awak kata kepada yang berkongsi cerita:)hehe..tapi uniknya ukhuwah itu di situ..alhamdulillah yang tak elok kita buat sempadan..

belum dpt idea dan feel yg betul2 lagi nak kupas isu ni,walopon isi2 dah ada skit..sha juga yang dulu..akak mampu letak lagu je dulu buat masa ni..

ok sister, dah panjang lak ni:)
Barakallahulakuma utk adik2 ukhti..tak lama lagi dah ukhti pula:)harap2 dapat dtg:)

sinar_islami said...

me to Iman Aisyah

Tak pe...Utamakan yang utama...

Sha kupas secara general je ni (^_^)
Bila Akak kupas nanti insyaAllah boleh kita sama-sama ambil pengajaran..

May Allah bless you akak.. =)

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

perkongsian yang menarik..syukran sinar

sinar_islami said...

me to afeefah:

berkongsi bila dirasakan perlu...
biar kita siap...bukan baru mencari-cari konsep sebenar..

Anonymous said...

salam ziarah..
Along..kite suke entri ni..byk input..thnx a lot..

sinar_islami said...

ahlan my dear Effa...
Moga sama-sama beroleh manfaat...
Take care sis...(^_^)

My Heart said...

banyak pengajaran diperoleh, persoalan yang sering ditutur di mana-mana..
jazakillah~

sinar_islami said...

walaupun sering diperkata...
tapi sering juga manusia itu kecundang...
Moga Allah pelihara imanku dan iman kalian..

Ummi Siti said...

Assalammualaikum Sinar,

Jodoh pertemuan ditangan Allah, ahlhamdullilah......

Sinar bila lagi, kalau nak kenduri jangan lupa panggil ummi Siti dan keluarga ya..

Mudah2an dipermudahkan Allah segala urusan.

Warga Emas said...

Seronok mengikuti perkembangan anak-anak yang sudah semakin dewasa, dah semakin matang. Memang benarlah, keadaan keliling sebenarnya akan lebih mendewasakan kita. Lebih2 lagi apabila hidup berdikari di perantauan… dengan pelbagai cabaran yang hebat… Saya rasa teruja melihat anak2 yang berupaya berhujah tentang jodoh dengan lebih terbuka, lengkap dengan fakta. Itulah anak2 sekarang, amat berbeza dengan anak2sezaman saya pada peringkat se usia berpuluh tahun dahulu.
Yg Maha Pencipta dah aturkan utk kita semua. Dari tiada, Allah mengadakan kita. Dari alam janin ke alam bayi – kanak2 tadika – kanak2 sekolah rendah – pelajar sekolah menengah – pelajar universiti – alam pekerjaan – alam rumah tangga – menjadi ibu/bapa – etc et etc. Saya mengambil kesempatan ini utk menasihatkan semua anak2. Selain memohon kejayaan di bidang pelajaran, mohon jua kpd Allah supaya dikurniakan suami yg soleh, yg beriman etc etc etc. Ini adalah usaha terawal kita utk memperolehi suami yg soleh, yg beriman, yg baik, yg boleh membimbing kita ke jln yg diredhai Allah, etc etc
Kpd anak2 yg sudah menemui pilihan hati, istikharah lah utk mendapatkan petunjuk Allah. Kita tak tahu apa yg terbaik utk kita. Org lain juga tak tahu. Ibubapa kita juga tak kan tahu. Percayalah, tidak semestinya sesuatu yg kt rasa baik utk kt adalah baik dan tidak semestinya sesuatu yg kt rasa tidak baik utk kt adalah tidak baik. Hanya Allah yg Maha Mengetahui.
Akhir sekali, ingatlah, selain dari bantuan Allah swt, … It takes two to achieve happiness in marriage…and… happiness comes from you yourself. Apa pun, setuju dgn Sinar, kalau kita tiada jodoh di dunia, insya Allah Allah akan beri jodoh di sana.

sinar_islami said...

me to Ummi Siti

Wa'alaikumussalam wbt..

Moga Ummi dan keluarga sihat hendaknya...
Betul ummi ! jodoh, pertemuan, perpisahan semua di tangan Allah..
dan Dialah sebaik-baik perancang..
InsyaAllah ana tak lupa..
cuma masanya belum tiba..
Ummi doakan ya (^_^)

sinar_islami said...

me to Warga Emas:

Subhanallah...dan pujian untuk-NYA..
Ana sangat hargai setiap pesanan dan pendapat warga emas.
Seinfiniti terima kasih ana ucapkan.
Sangat terkesan...
Moga Allah berkati dan menjadi pedoman buat kami anak muda...
dan ini mengingatkan ana..
walaupun Allah izin ana menulis...
sepertimana pesanan walid ana...
medan amal, medan realiti itu berbeza..
Nampak mudah, tapi sebenarnya payah..
"action speak louder than words"
kita kena berhati-hati dan benar-benar mencerna apa yang kita faham...
dan sharing dari orang berpengalaman lah yang diperlukan..

dan sebenarnya ana terlalu kerdil untuk mengupas isu ini..dan sangat mengharapkan doa Warga Emas dan pembaca lain agar yang terbaik juga Allah takdirkan buat diri ini. Moga diri ana dan kalian terus utuh dijalan kebenaran...

!_! sangat terharu....

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Alfoon mabruk buat keluarga kak sha :)

Semoga giliran akak akan tiba juga :)
InsyaALLAH jodoh yang beriman dan soleh, amin..

sinar_islami said...

Syukran ukhtie..
=) kena ucap mabruk kat umi & walid ana ni...deme dapat anak baru...

Ameen...moga lebih dari itu Allah beri...dan yang terbaik juga untuk amal

aster @ citra sufi said...

salam ukhti..rindunya pada anti. ujian-ujian Allah pada ana hebat, buatkan ana makin rindu pada anti..

shukran ukhti, jazakallah

p/s: juga terasa diri ini selalu dalam perhatian-Nya, alhamdulillah...

sinar_islami said...

me to aster @ citra sufi:

patut la ana rasa macam ada orang rindu ana...(^_^)

Allah uji sebab anti mampu...
tanda Allah sayang tu...
Moga Allah sentiasa rahmati setiap langkah mu wahai ukhtie...
Jangan pernah putus asa...