Semalam menyapa mesra
Ustaz Muhammad Said semangat berbicara.
“Hal tahfazu hazal hadith”-( Adakah kamu hafal hadith ini) sambil menunjuk hadith yang termaktub dalam buku teks arab yang kami gunakan semasa sesi pembelajaran. Sabda Rasulullah s.aw:
المؤمن القوي خير و احب الى الله من مؤمن الضعيف وفي كل خير
“Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yang lemah, dan dalam berbagai hal (nyata) lebih baik”
Mengangguk empat anak muda berlainan ibu dan bapa.
“Wa hal tahfazu hazihil ayah” ( Dan adakah kamu hafal ayat ini) sambil disebut oleh ustaz sebagai perkongsian tambahan.
Surah al-Qasas ayat ke 26:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ
Maksudnya: “Berkatalah salah seorangnya: Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat dan dipercayai.”
Kami mengeleng..
Lalu Ustaz berkata sambil senyumannya terukir, “Kullu mar-ah tujibu alaiha an tahfazu haza hadith wa haza hadith wa hazihil ayatul karimah qabla at-tazawwaj"- Setiap wanita sepatutnya menghafal setiap hadis dan ayat ini sebelum dia bernikah”
قل الرسول صلى الله عليه والسلم: اذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه
"Apabila datang padamu lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya, maka kahwinkahlah..."
Inilah pesan seorang murabbi muda pada anak muridnya sambil pen marker laju menari di papan putih dan menuding jarinya ke arah hadis dan ayat yang ditulisnya satu persatu. Kami malu sendiri. Hadis pertama sudah biasa, yang kedua dan ketiga kurang arif. Alhamdulillah ustaz pula tidak segan segan berkongsi pelbagai cerita, Daripada ilmu perubatan, tajwid dan persedian yang penting ini turut mengisi kelas arab kami. Sungguh dia adalah lelaki arab yang petah katanya memberi nasihat. Sungguh bahasa arab itu kaya dengan ilmu dan cerita.
Lantas kami pun menyalin kemas ketiga-tiga kalam berharga itu. Katanya seorang perempuan harus ‘solid’ dengan ketiga-tiga kalam ini. Daku dan seorang rakan yang lain sudah berpakat akan mencoret di blog masing-masing agar perkongsian ini dapat di lebarkan sayapnya buat teman-teman yang lain.
Persediaan itu perlu.
Untuk berbicara soal ini tidak terlalu awal sebenarnya. Sudah terlambat barangkali. Seingat daku juga, murabbi di pusat pengajianku dahulu, juga acapkali mengutarakan soal ini. Persedian demi persedian itu perlu. Takkan esok mahu membina rumah hari ini baru mencari simen dan batu-bata untuk disusun esok harinya. Pasti banyak perkara terlepas pandang dan hasilnya kurang. Pembinaan rumah itu sahaja sudah cukup menelan waktu yang lama. Nah bukan mudah berbicara soal ini.
Membina kekuatan dalam tembok kesederhanaan
Keberadaan manusia (mode of existence) di muka bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia hatta diciptakan lelaki dan wanita bukan juga sia-sia dan bukan juga suka-suka. Bahkan boleh binasa jika tidak kena gaya.
Kenapa di perbesarkan skop qowiyun dalam hadith dan kalamullah yang ustaz kami ketengahkan. Sebenarnya seorang wanita atau mesranya muslimah yang sedar mesti melihat kekuatan yang ada pada bakal teman hidupnya atau bakal suami. Kekuatan yang bagaimana ya? Mari berfikir.
Bukan pada kekuatan badan
Bukan pada ketajaman akalnya
Bukan dalam hal ini semata-mata
Tapi
هو قوي::
ايمان
اخلاق
شخصية
Kekuatan imannya
Kekuatan akhlaknya
Kekuatan syaksiyah dan peribadinya
Percaya kunci bahagia
Amin? Apa sifat BENAR & DIPERCAYAi ini penting. Ya cukup penting untuk mengurus sebuah amanah keluarga. Membina keluarga adalah tanggunjawab bukan hanya memenuhi cinta suami dan isteri.
هو امين::
على زوجته
في المال
على الدين
على اهلك
Benar pada isterinya
Benar pada harta
Benar pada deen (agama dan tatacara hidup)
Benar pada ahli keluarganya
“Dipercayai” merupakan satu sifat yang bukan hanya diperlukan apabila kita mahu melantik seseorang untuk menjadi bendahari, menjadi pengerusi. Sebaliknya, sifat itu diperlukan dalam setiap tindakan dan pekerjaan. Tapi turut menjadi kunci untuk menghadirkan harmoni dalam keluarga. Bahkan “dipercayai” merupakan faktor penentu kejayaan sesuatu hubungan. Kalau sudah tidak percaya, kalimat perbualan hanya keluar dari bibir bukan dari hati lagi.
Pastikan diri anda wahai wanita turut menjadi muslimah, mukminah yang solehah sebelum meneropong sikap pasangan anda. Setidak-tidaknya bersedia ke arah itu. Manusia itu bukan dilahirkan sempurna tapi belajar untuk menjadi sempurna yang mungkin dengan keizinan-Nya. Pencipta diriku, dirimu dan kalian jua.
Bersedia untuk memahami dan difahami
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Ingin menjadi yang terbaik dan mengharapkan yang terbaik. Bersiap sedialah untuk memahami dan difahami kerana wanita dan lelaki itu dua golongan yang berbeza. Sangat berbeza. Hubungan dengan Allah kunci utama bagi memandu hubungan dengan manusia secara amnya, dengan keluarga terdekat, sahabat-sahabat apatah lagi dengan insan yang baru sahaja muncul dalam kamus hidup anda.
وقال صلى الله عليه وسلم:تنكح المرأة لأربع؛ لجمالها ولمالها ولحسبها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك
Firman Allah yang bermaksud:
“Ditimpakan kehinaan di mana saja mereka berada, melainkan mereka yang menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.” (Surah Ali Imran, ayat 112)
Dariku untukmu
award from atiqah
Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra dan sinar akan pilih semua daripada kalangan akhwat regarding this post.
~::~
Akhirul kalam, persiapkan diri sebaiknya. Setidaknya kita bersedia bukannya untuk manusia tapi untuk mencari Pandangan dan Cinta yang lebih tinggi. Allah, Allah, Allah. Pada-Nya kita kembali dan akhirnya kita SENDIRI juga.