Buku ini UniK !
Palestina Milik Kita !!
Pada suatu pagi, sedang kami membelek silibus kelas arab untuk dibincangkan pada hari tersebut, maka sampailah ke topik pembangunan dan kegemilangan Islam. Di situ diterangkan ketiga-tiga tempat yang sangat bermakna bagi kaum muslimin. Makkah, Madinah dan Al-Quds. Bagus sekali silibus kelas arab ini sentiasa menyamai buku dan kelas-kelas agama yang daku dalami. Allah Maha Perancang. Dicurahkan kefahaman tidak kira ruang.
Daku senyum sendiri bila mengingat kelas arab yang sudah tamat kala ini. Alhamdulillah imtihan berjaya kami harungi dan akan meneruskan ke level seterusnya selepas cuti nanti. Baiklah lupa pula kena sambung cerita. Lalu Ustaz Muhammad Said pun bertanya(dalam bahasa Arab).
"Milik siapakah Palestine sebenarnya, orang Palestine atau kaum Yahudi"
Dalam hati, "Milik kitalah, bukan Palestine sahaja"
Tapi jawapan ustaz adalah antara a and b. Yahudi for sure bukan. Berbelah bagi nak jawab. Maka dikatakan Palestine.
Pantas ustaz senyum dan berkata "Palestina lil Muslimin jami3an laisa Yahud wa Palestine faqad" (Palestina untuk semua Muslimin bukan Yahud atau Palestina sahaja)
Aduh ustaz suka macam ini. Betul daku sokong tanpa bantahan. Sungguh saat itu pelbagai cerita ustaz buka. Sesuai sekali saat itu buku Palestine sedang daku hadamkan.
Sedihnya sekarang dunia seakan-akan membisu menghadapi tindakan zionis Israel. Media massa sahaja sudah berat sebelah hingga kejahatan sebenar disembunyikan. Daku sendiri ketika di Jordan pernah melihat siaran dari negera tidakku iktiraf ini. Kepalsuan belaka. Pengeboman kecil di wilayah mereka. Riuh satu dunia mahu dicerita. Tapi kekejaman mereka cepat-cepat disembunyikan. Pembantaian penduduk tempatan dengan halus dikatakan ‘membela diri’. Penculikan anak-anak Palestina disebut ‘Tindakan pencegahan terorisme’. Apa kita buta menilai semua ini. Aduh tiada langsung perikemanusiaan. Sekolah-sekolah dan masjid dibom dikatakan ‘mempromosikan perdamaian’. Enak sungguh mereka bertopengkan kata-kata manis berbicara. Siapa yang diancam dan patut digelar terrorist sebenarnya. Anda wahai Kuffar mungkin boleh bergelak ketawa memamah saudara saudara kami tapi tidak sesekali di depan Dia
Mereka bersungguh, KITA?
Zionis pernah menawarkan pada Sultan Abdul Hamid ii untk menjual Palestina pada mereka dengan imbalan penghapusan hutang Khilafah dan wang dalam jumlah yang besar. Khalifah menolak dengan kata-kata yang masih terkenal hingga sekarang. “Aku lebih memilih memisahkan dagingku dari tubuhku sendiri daripada memisahkan Palestina dari tubuh kaum Muslimin”
Namu masa berlalu. Ternyata mereka merancang dengan terperinci dikala umat Islam sibuk dengan duniawi. Perancangan diteruskan dengan perpindahan Yahudi secara berperingkat (aliyah) dan ditteruskn dengan Deklarasi Balfour (2 November 1917). Tambah pula mendapat sokongan padu daripada Inggeris, Zionis bijak mengambil peluang. Namun tindakan mereka akhirnya meragui Inggeris lalu pihaknya membatasi imigran Yahudi melalui White Paper Komisi Peel (Mei 1939). Justeru Israel berpaling pada Amerika dan mempergunakan kuasa ekonominya untuk membantu mereka menjayakn misi pembinaan Negara Israel. Israel akhirnya berdiri pada 14 mei 1948 (tidak diiktiraf oleh Sinar). Hingga sekarang jika dilihat kita sendiri pun tahu bagaimana kan.
Road to victory
Terus dengan jalan apakah Palestina akan terbebas? Padahal sudah bermacam tindakan diambil oleh Pemimpin Arab dan Palestina. Hmm ternyata masalahnya sederhana. Jihad belum lagi menjadi jalan yang semaksimanya untuk pembebasan Palestina. Jihad bererti kesungguhan dalam niat dan usaha. Niat harus benar iaitu untuk Allah semata-mata. Usaha juga harus benar iaitu berjuang dengan semaksima mungkin dengan jiwa dan harta.
Ya Allah,
menangkanlah Islam dan kaum Muslimin,
Menangkan para mujahidin yang ada dipenjuru timur dan barat
Ya Allah,
Turunkan kepada mereka kemenangan yang gilang-gemilang
Ya Allah,
Satukan hati-hati mereka, berilah keteguhan,limpahkan kesabaran
5 comments:
i luv palestin..
slalu je bace harun yahya nye buku
critw psl dajal crite psl kiamat
cite psl akhir zmn..cite psl perang armagedon.. tp myb time tu kite sume da mninggaln xdpt same2 jihad..
....................~
salam ziarah kak mukshim
teruja untuk dapatkan buku tu
nak cari kat mana ya..malaysia ada tak?
kak, palestine milik semua ummat islam kak....rasailah harganya dengan iman kita...
takbir!!!!
btw.. akak tahu tak mane2 sahabat yang sekarang belajar di uni al-azhar cawangan kaherah?
me to criestz::
membacalah supaya minda kita lebih terbuka dan moga2 Allah campakkan syuur islami terus menerus.. =)
dan kasih kita pada semua muslimin..bukan hanya pada bangsa, bahkan merentasi benua.
me to saza s::
salam kembali saza
teruja ke..bgs2..
kat msia ana tak sure, ni pun fresh dari indonesia, mungkin blh langsung tanya or tempah dari sahabt indonesia,
kalau nk minta tlg akak pape ke..kaba deh =)
ada juga kenal. Nak smbung sini ke?
Salam,
Suatu buku yang nampak unik. Melihat design kulitnya sudah berani mengatakan dalamnya adalah berlainan.
Tentang Palestine, persoalannya kita dibelenggu oleh negara bangsa. Itu pemisahnya yang paling ketara. Yang itu ialah tidak wujud lagi khilafah seperti Sultan Abdul Hamid dan lain-lain.
wslm..
betul sgt unik..
mcm mana agknya nk robohkn pemisah itu?
Post a Comment