Berakhirnya Praklinical
Selamat tinggal Tahun 3 dan Ahlan pula Tahun 4
~Taman Kanak-kanak praklinikal~
Hari ini benar-benar berlalunya pra-klinikal dalam hidupku. Kamus Tahun 3 kututup kemas. Dari sudut ilmu takkan kututup. Biarlah pelbagai peristiwa yang berlalu, berlalu. Namun pengalaman dan pengajaran itu harus diambil. Kubangkit dengan dorongan yang SATU. Jiwa sedikit tenang di sebalik kesibukan musim panas ini. Debaran menunggu keputusan berakhir jua. Ramai yang berjaya melayakkan diri ke tahun 4 dengan mengulangi kecemerlangan di Tahun Satu dahulu. Antum hebat. Tahniah daku ucapkan.
Sedang asyik berpathology (^_~)
Sungguh berdebar menantikan saat ini. Keputusan peperiksaan akhir tahun 3 keluar hari ini. Mana tidaknya selalu di khabarkan Tahun 3 Tahun 'horror'. Bisa menenggelamkan siapa sahaja. Mind set kita perlu ditukar. Yakin boleh. (^_^) Harapan yang tak putus-putus kuharapkan agar dapat bersama teman-teman di tahun 4. Alhamdulillah termakbul juga. Diriku berdebar malah turut ada insan-insan lain juga yang tidak senang duduk dibuatnya. Umi, Walid dan insan yang mendoakn, alfu syukran along ucapkan. Maaf buat kalian tertunggu-tunggu. Buat adik-adik junior yang akak kasihi, InsyaAllah kenangan terindah di tahun 3. Penat itu biasa dan selepas kesulitan itu ada kesenangan. Akhirnya kemanisan akan dirasai dan kita lebih menghargai masa lalu.
Tahun Tiga Tahun Unik
Kalau dulu di tahun satu dan dua, subjek Anatomy, Physiology, Biochemistry dan Histology menemani. Di tahun 3 berputar 180 darjah kepada Pathology, Pharmacology, Microbiology dan Parasitology. Semuanya subjek sungguh menarik dan menuntut untuk dipelajari dengan sebaiknya sebelum melangkah ke tahun 4. Setiap subjek ada keunikan tersendiri dan ada keperluannya juga. Terasa lebih dekat dengan penyakit.
Banyak itu sentiasa
Susah itu biasa
Senang itu pun ada
Kalau dulu, pagi-pagi masih ingin bermalasan tapi tidak di Tahun 3. Kurangkan mimpi, hidupkan realiti. Nak di bandingkan 3 tahun sebagai pelajar praklinikal, tahun 3 inilah menuntut keringat berlebihan. Hatta kurang nutrisi dibuatnya. (^_~)
Tahun Tiga Pelbagai Kisah Suka dan Duka
Dari awal tersingkapnya tirai tahun 3, taklifan diberikan. Mendung dan kelabu sahaja jiwa dibuatnya. Terkejut pada awalnya, sedih dan tidak terkata di pertengahannya dan di pengakhiran, hingga daku sendiri tak menjangka. Semua dalam genggamannya. Daku pasti dan daku tahu, ada hikmah disebalik semua ini. Ya rabb ampuni aku jika amanah yang kupikul ini tidak dijalankan sebaiknya. Jazakallah buat semua teman-teman yang sentiasa beri sokongan. Antum yang terbaik.
Kami...Perantau Musafir Perjuangan
Sungguh banyak pengalaman kutimba pada sesi ini. Pengalaman hidup baru. Ada yang hadir dan ada yang pergi. Semuanya silih berganti. Sebenarnya daku mentah dalam banyak hal. Ramai yang sudi mengajar. Moga Allah membalasinya.
Jauh merenung dari Bumi Syria
Perkelanaanku ke bumi Jordan dan Syria sedikit sebanyak mengubati ruhani dan jasmaniku. Benarlah melihat alam itu, terselit hikmah penciptaan yang besar. Ketenangan ku disana. Cintaku pun disana. Sungguh damai tika meluangkan waktu-waktu itu bersama teman-temanku. Rindu pada keharmonian Masjid Umawi.
Dalam apa jua hal, Allah lah selayaknya tempat kita bergantung. Berkongsi pesanan Ibnu Qayyim
- Dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terungkai kecuali menerima kehendak allah s.w.t
- Dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dgn allah swt.
- Dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali merasai nikmat allah swt.
- Dalam hati manusia ada kegelisahan dan akan tenang damai bila berlindung, berteman dan berjumpa dgn allah swt.
- Dalam hati manusia ada penyesalan dan akan padam bila redha dengan suruhan dan larangan, qada qadar allah senantiasa bersabar sehingga menemui yg azali.
- Dalam hati manusia ada hajat dan tdk akan terbendung kecuali kecintaan pd allah dan bermohon pd nya. Senantiasalah berzikir kpdnya wassalam
Patah tumbuh Hilang berganti?
~Kepada-Nya kita kembali~
Tragedi 11 june kemas dalam ingatan. Sedikit sebanyak memberi impak pada daku dan rakan-rakan. Namun ramai berjaya atasi hari-hari yang berlalu dan yang mendatang dengan tabah dan azam baru. Jujurnya daku terkesan. Memang langsung tidak boleh dilupakan. Alhamdulillah rahmat dan kasih sayang Allah pada kami sangat luas. Syukran pada semua saling memberi sokongan. Moga Allah rahmati kita semua.
Dibantu tanpa jemu
Diberi kekuatan tika lesu
Dibantu tanpa ragu
Moga ruh sahabat kami dicucuri kasih sayang daripada-Nya. Moga Allah nukilkan buat kita yang masih terus berjuang ini takdir yang tercantik buat kondisi iman masing-masing. Dia Maha Mengetahui. Kehilangan seorang ketua, sahabat tiada ganti. Cuma akan hadir lebih ramai kenalan dalam hidup ini. Tapi takkan sama. Dalam apa jua keadaan...sama-samalah kita kembali kepada Allah. Disitu ada ketenangan.
Tahun 4 bakal membuka tirainya
Setinggi-tinggi kesyukuran sekali lagi. Walaupun senyum riang tak kurang juga tangisan kecil diri sendiri mendapat natijah ini kerana Allah cukup sayang dan dia telah beri yang terbaik untukku kali ini. Tahun 4 ini akan digunakan sebaiknya. Mengorak langkah lebih jauh sebelum terjun ke dalam medan amal sebenar. Sungguh Ya Allah, Engkau telah beri yang terbaik. Redha dari-Mu kuharapkan. Pimpinlah daku hingga keakhirnya. Doakn sinar !! (^_~)
Selamat melangkah ke tahun 4 pula. Doakan kami.
13 comments:
yah besh nye da abeh 3rd year..
tnggu nak beraye kt uma je !! kn kn sya kn =)
yes 3rd year..hehe
I'm heading towards the end of my journey for my undergrad study..hehe
ya..thn 3 sgt mencabar..kalo dlu semasa di thn 1 & 2, assignment byk jgk wat dlm group..tp skrg sume bergntg ats diri sndr..kalo x bergerak dr mula mksdnye akn ketgglan la smpai ke akhrnye..kalo dlu dgn group leh divide tasks, skrg kena divide task utk tgn knn, tgn kiri, otak knn & otak kiri...huhu
sgt mncbr..thn ni..bljr Literature dan Sains..igtkn leh lri dr dunia sains yg sekan asing dgn diri ini..tp upenye..de lg secebis ilmu sains yg berkaitan dgn literature..adeh pening2..doakan kte semua berjaya hgga akhirnye..
Mabruk ukhti..
Suka dengar sahabat2 berjaya, doakan diri ini juga :)
Oh ya, ana ambil jurusan pentadbiran mu'amalat di USIM. Bukan Medic :)
Apa pun, alhmdllh. Semakin banyak kita belajar, semakin byk sbnrnya kita xtahu kan.Itulah uniknya belajar, makin mendekatkan diri kita padaNya. InshaAllah.
me to criestz::
Alhamdulillah..
doa dipermudahkn perjalann pulang ke msia.. =)
me to atiqah::
Thn 3 antum..bermakna penhujung undergraduate ye??
kami ni bru separuh ukhtie..
InsyaAllah sama-sama usaha yg terbaik..atiq mampu..kalau sha ambik literature silap aribulan ana yg suh department tukar silibus..hehe
Molek dah aturan yg Allah tetapkn..
Walau sesekali lemah..tpi tu bonus utk dktkn diri padaNya..baru kita tau kita ni bkn kuat mana..
Doakn ye..jauh lagi..(^_~)
me to Khazinatul Asrar::
Jazakillah..terus mendoakn ana..
Sapa tak suka tgk kawan2 berjayakan.. (^_~)
Apa2 jurusn insyaAllah blh dimanfaatkn utk Islam..
Kullu kheir..sama2 melangkah..
mengejar akhirat sana
Tahniah
Semoga kejayaan yang didapat lebih mendekatkan diri kepada yang Pencipta
tahniah buat sha dan sahabat2
semoga menjadi 'doktor' yg sebenar benarnya, insya'allah. Kalian mmg hebat, sbb bkn semua yg dipilih utk berada di tempat kalian sekarang...
p/s :doakn sy jgk ye sha:)
me to Dr Amad::
Jazakallah
Ameen..harapan ana begitulah..
Moga makin mendekati-Nya..
sikit sgt amalan kalau nk dikira, rahmat daripada-Nya jugalah yg ditagih.
me to aeshah::
syukran aeshah..
ameen atas doanya..
insyaAllah bidang kimia pun pentingkan..ana suka tu..
Dan sememangnya org muslim mukmin tu hebat..cuma sama2 progress ye..
walaupun sha ni biasa2 je =)
p/s:sentiasa doakn aeshah
sha, tahniah..
selamat melangkah ke tahun 4..
semoga Allah permudahkan segala urusan..termasuklah kepulangan ke mesia..
jaga diri baik2..
doakan neah jugak,yer..
mengharungi hari2 di Tahun 3 yang semakin sukar... =)
selamat mghadapi thn3...=)
sy thn4..nt msuk ward jgk..
agk nervous..huhu
bukan thn 3 ukhtie...
ana bakal thn 4 juga..(^_~)
insyaAllah bulan sept ni dh masuk clinical year..doakn
tahniah dan selamat melangkah ke alam klinikal..
nampak mcm dh lama tp baru separuh perjalanan..
Jazakallah..
sama2 mendoakn..
antum di sana pun teruskan juga..
medic ni panjang perjuangannya..
Post a Comment