BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 14, 2009

Teka-teki Rimba

~ Rindu kehijauanmu Malaysia~


Teringat daku akan perkhemahan remaja yang pernah diikuti dahulu. Walaupun sudah lama berlalu, namun detik-detik itu akan terus mekar dalam ingatan kerana banyak ilmu daku perolehi.

Suasana rimba tika itu sungguh mendamaikan. (^_^). Damai dirasa.
"Ok semua, Alhamdulillah kita sudah sampai ke check point yang seterusnya. Jadi seperti biasa akan ada tugasan yang perlu kalian laksanakan. Moga amal yang sedikit ini Allah terima. Walaupun kita mendaki bukit, insyaAllah ada nilai tambah dari sudut keimanan kita pada-Nya," Kata Abang Khalid selaku Ketua Kem Komandan pada kami semua.

Kepenatan ternyata buat anak-anak muda belasan tahun. Namun sinar di wajah terpancar riang. Malah kami sendiri tidak mahu kalah kerana kami anak muda. Dapat berehat suatu kepuasan dan bukan sebarang rehat kami terima.

"Yang puteri sila kumpul di belakang bersama fasilitator antunna manakala putera sila berkumpul di hadapan ana mengikut kumpulan. Arahan seterusnya akan diberikan oleh fasilitator masing-masing. Selamat berehat dan selamat mentadabbur," tambah kem komandan kepada kami semua

Kami bertindak mengikut arahan. Bergeraklah kami semua. Seperti di arahkan kami duduk di dalam kumpulan beralaskan rumput dan tanah. Kepenatan meredah hutan diganti rehat yang menyegarkan iman.

"Assalamualaikum wbt, penat ke adik-adik?" tanya Kak Iman dengan lembut.
"Tak la kak. Seronok dan best. Macam-macam kami dapat," Kata Sarah, ahli kumpulan ku yang sememangnya sangat bersemangat. Kami turut mengangguk sambil tersenyum.

"Alhamdulillah, bagus adik-adik akak ni. Kita terus ya. Masa pun suntuk. InsyaAllah di sini ada dua tugasan yang perlu antunna selesaikan. Setiap kumpulan berbeza di anta satu sama lain bagi tugasan pertama iaitu hafalan hadith atau ayat Al-Quran manakala bagi tugasan kedua antunna di beri teka teki yang perlu diselesaikan dan di bentangkan kepada kami semua sebentar lagi"

Setiap ahli diberikan kertas kecil. Kumpulan kami mendapat hadith yang perlu dihafal dan diperdengarkan kepada Kak Iman. Daku tertarik pada tugasan kedua. Ya teka teki. Sarah membaca teka teki itu dengan kuat agar setiap ahli dapat mendengar dan mula berbincang.

1.Benda apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia?
2.Benda apa yang paling jauh di dunia?
3.Benda apa yang paling besar di dunia?
4.Benda apa yang paling berat di dunia?
5.Benda apa yang paling ringan di dunia?
6.Benda apa yang paling tajam di dunia?

Begitulah yang termaktub di kertas kecil itu. Wah soalannya baik sekali. Daku pernah membacanya. Tapi serius daku lupa. Cuma dua teka teki dapat ku agak dari 'long term memory' yang Allah kurniakan. Aku senyum sendiri. Seronok juga lupa. Moga lepas ini jangan lupa dah.
Ada yang lebih dekat?

Mulalah Sarah berteka-teki. "Maih chek teka, paling dekat dengan kita ibubapa la kan. Ringan macam kapas ke, tajam macam pedang atau keris ke," sambil tangannya mencucuk pinggangku lagak macam pendekar zaman dulu kala. Mahu menjerit rasanya. Threshold geliku rendah. Gelak kami semua.

ringan?


Tersenyum Kak Iman melihat gelagat adik-adiknya. Kemudia dia berdehem. Hehe kami kembali fokus. Maka perbincangan bermula...Itu gunanya team. Untuk sama-sama selesaikan.

Setajam inikah?

~::~


Tersenyum sendiri bila mengingatkan saat-saat itu. Riang dengan gurau senda. Sekarang masing-masing sudah bertebaran di bumi Allah mengali ilmu di segenap alam raya.


Cukuplah sekadar itu memori lalu kuputarkan. Ha teman-teman sekalian. Apa agaknya jawapannya ya?? Sekadar rehat-rehat minda sekali sekali.

10 comments:

Walek said...

Bagi yang berada di sekitaran rumpunan nan hijau, rindunya pula berlainan pula. Rinduku nun di sana, Raudhoh, taman-taman syurga....dan Baitullah.

sinar_islami said...

(^_~) betul..
org msia rindukan tanah suci..
kami disini rindukn juga..cuma belum ada rezeki walaupun sgt hmpir..
Nanti lek bwa along tau..
dan pastinya semua muslim mukmin mahu jadi ahli syurga
Mga kita berkumpul disana..


Didunia seelok2 nya manfaatkn seketika waktu di taman2 syurga iaitu majlis2 yg memperingti Allah dan yg membina thaqafah dlm rangka meningktkn iman pada-Nya. InsyaAllah saham buat kita di akhirt sana..

ihsan incalescence said...

ape jawapan die??
lupe a tu..
skg pon ak still join camping..
tp bukan ngn haluan..
ngn kwn2..
buat sndiri2 n sgt relax.. =)

Anonymous said...

1.Benda apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia? mati

2.Benda apa yang paling jauh di dunia? masa lalu

3.Benda apa yang paling besar di dunia? hawa nafsu

4.Benda apa yang paling berat di dunia? memegang amanah

5.Benda apa yang paling ringan di dunia? meninggalkan solat

6.Benda apa yang paling tajam di dunia? lidah manusia

Of course it's from Imam Ghazali

sinar_islami said...

me to criest::
=) tak mau try dulu ke..
kat mana2 pun kita cmpg..
yang penting matlamat kita jaga

me to anonymous::
well done anony,
good job..
Hebat kan teka teki imam ghazali..

erm..tak de org nak hurai ke? (^_~)

Anonymous said...

Sedikit huraian.....
1. yang paling dekat dengan kita adalah "MATI". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran : 185).
2. yang paling jauh adalah "MASA LALU". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita mesti menjaga hari ini dan hari-hari yang mendatang dengan perbuatan yang tidak merugikan

3. yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "NAFSU" (Al A'Raf : 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka
4. yang paling berat adalah "AMANAH" (Al Ahzab :72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka untuk menjadi kalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT, sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak menjalankan amanahnya.
5. yang paling ringan di dunia ini adalah MENINGGALKAN 'SOLAT'. Gara-gara sibuk dengan pekerjaan kita tinggalkan solat, gara-gara mesyuarat kita tinggalkan solat
6. yang paling tajam adalah "LIDAH MANUSIA".
Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri

Waled said...

Dan yang palingku takut di dunia ialah tidak dapat mengucap semasa hendak meninggalkannya, na'uzubillah.

sinar_islami said...

me to anonymous::
syukran atas pencerahannya..
erm sapa ye anony ni..
Mga Allah rahmati dan berkati sllu

Suka ana pada teka-teki ni..
secara overall...
kerana mengigtkan kita akn kepentign hidup didunia ini..
kekadang kesal dgn diri sendiri kerana hanyut dibuai masa dan kesenangan.masa lalu mmg tak dpt diputar smula kan...
Amanah pula tidak dijalankan sebaiknya..banyak yang boleh kita muhasabah smula..
menagisi dan memohon keampunan itulah sebaik-baiknya..

me to Walid::
Betul lek..tu la jga yang alg takuti..sgt2 hampir dan dekat..
bila? kita pn tak tau..
Kalau ada slh silp alg maafkan ya..
Sedih pula memikirkan byk benda tak dilakukn sebaik mungkin..

Farid Rashidi said...

Wah, nampaknya saya tak perlu hurai lagi. Sebab dah ada orang huraikan. :)

sinar_islami said...

(^_^) kalau ust nak tmbh pun boleh..
nasi enak juga kalau ditambah..
syukrn utk smua..sudi berkongsi rasa