“Hal tahfazu hazal hadith”-( Adakah kamu hafal hadith ini) sambil menunjuk hadith yang termaktub dalam buku teks arab yang kami gunakan semasa sesi pembelajaran. Sabda Rasulullah s.aw:
المؤمن القوي خير و احب الى الله من مؤمن الضعيف وفي كل خير
“Orang mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dicintai Allah dari pada mukmin yang lemah, dan dalam berbagai hal (nyata) lebih baik”
Mengangguk empat anak muda berlainan ibu dan bapa.
“Wa hal tahfazu hazihil ayah” ( Dan adakah kamu hafal ayat ini) sambil disebut oleh ustaz sebagai perkongsian tambahan.
Surah al-Qasas ayat ke 26:
قَالَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَأْجِرْهُ إِنَّ خَيْرَ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الأمِينُ
Maksudnya: “Berkatalah salah seorangnya: Wahai bapaku! Ambillah dia sebagai orang yang bekerja (pada kita). Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil untuk bekerja ialah orang yang kuat dan dipercayai.”
Kami mengeleng..
Lalu Ustaz berkata sambil senyumannya terukir, “Kullu mar-ah tujibu alaiha an tahfazu haza hadith wa haza hadith wa hazihil ayatul karimah qabla at-tazawwaj"- Setiap wanita sepatutnya menghafal setiap hadis dan ayat ini sebelum dia bernikah”
Lantas kami pun menyalin kemas ketiga-tiga kalam berharga itu. Katanya seorang perempuan harus ‘solid’ dengan ketiga-tiga kalam ini. Daku dan seorang rakan yang lain sudah berpakat akan mencoret di blog masing-masing agar perkongsian ini dapat di lebarkan sayapnya buat teman-teman yang lain.
Persediaan itu perlu.
Untuk berbicara soal ini tidak terlalu awal sebenarnya. Sudah terlambat barangkali. Seingat daku juga, murabbi di pusat pengajianku dahulu, juga acapkali mengutarakan soal ini. Persedian demi persedian itu perlu. Takkan esok mahu membina rumah hari ini baru mencari simen dan batu-bata untuk disusun esok harinya. Pasti banyak perkara terlepas pandang dan hasilnya kurang. Pembinaan rumah itu sahaja sudah cukup menelan waktu yang lama. Nah bukan mudah berbicara soal ini.
Membina kekuatan dalam tembok kesederhanaan
Keberadaan manusia (mode of existence) di muka bumi bukanlah sesuatu yang sia-sia hatta diciptakan lelaki dan wanita bukan juga sia-sia dan bukan juga suka-suka. Bahkan boleh binasa jika tidak kena gaya.
Kenapa di perbesarkan skop qowiyun dalam hadith dan kalamullah yang ustaz kami ketengahkan. Sebenarnya seorang wanita atau mesranya muslimah yang sedar mesti melihat kekuatan yang ada pada bakal teman hidupnya atau bakal suami. Kekuatan yang bagaimana ya? Mari berfikir.
Bukan pada kekuatan badan
Bukan pada ketajaman akalnya
Bukan dalam hal ini semata-mata
Tapi
هو قوي::
ايمان
اخلاق
شخصية
Kekuatan imannya
Kekuatan akhlaknya
Kekuatan syaksiyah dan peribadinya
Amin? Apa sifat BENAR & DIPERCAYAi ini penting. Ya cukup penting untuk mengurus sebuah amanah keluarga. Membina keluarga adalah tanggunjawab bukan hanya memenuhi cinta suami dan isteri.
هو امين::
على زوجته
في المال
على الدين
على اهلك
Benar pada isterinya
Benar pada harta
Benar pada deen (agama dan tatacara hidup)
Benar pada ahli keluarganya
“Dipercayai” merupakan satu sifat yang bukan hanya diperlukan apabila kita mahu melantik seseorang untuk menjadi bendahari, menjadi pengerusi. Sebaliknya, sifat itu diperlukan dalam setiap tindakan dan pekerjaan. Tapi turut menjadi kunci untuk menghadirkan harmoni dalam keluarga. Bahkan “dipercayai” merupakan faktor penentu kejayaan sesuatu hubungan. Kalau sudah tidak percaya, kalimat perbualan hanya keluar dari bibir bukan dari hati lagi.
Pastikan diri anda wahai wanita turut menjadi muslimah, mukminah yang solehah sebelum meneropong sikap pasangan anda. Setidak-tidaknya bersedia ke arah itu. Manusia itu bukan dilahirkan sempurna tapi belajar untuk menjadi sempurna yang mungkin dengan keizinan-Nya. Pencipta diriku, dirimu dan kalian jua.
Bersedia untuk memahami dan difahami
“Wahai Tuhan kami, jadikanlah kami beroleh dari isteri-isteri serta zuriat keturunan kami, perkara-perkara yang menjadi penyejuk mata (menenangkan hati), serta jadikanlah kami sebagai Imam bagi orang-orang yang bertaqwa”
Ingin menjadi yang terbaik dan mengharapkan yang terbaik. Bersiap sedialah untuk memahami dan difahami kerana wanita dan lelaki itu dua golongan yang berbeza. Sangat berbeza. Hubungan dengan Allah kunci utama bagi memandu hubungan dengan manusia secara amnya, dengan keluarga terdekat, sahabat-sahabat apatah lagi dengan insan yang baru sahaja muncul dalam kamus hidup anda.
وقال صلى الله عليه وسلم:تنكح المرأة لأربع؛ لجمالها ولمالها ولحسبها ولدينها، فاظفر بذات الدين تربت يداك
Agama juga jadi pilihan, tapi teringat kalam Abu saif, hatta permulaan yang baik itu masih lagi bukan jaminan pengakhiran. Hidup ini bukan sentiasa indah, ada saja ujian dan dugaan mengiringi.
Firman Allah yang bermaksud:
Dariku untukmu
Anugerahkan award ini kepada 10 blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra dan sinar akan pilih semua daripada kalangan akhwat regarding this post.
18 comments:
salam sha...
thanks for the sharing...sha dh prepare ke??
hehe..just joking...
dh bljr ilmu ni leh la kte cepat2 merasa nasi minyak awk kn...hehe
jgn mrh ek sha..hr ni hafsah abaidillah walimah..sedih nye x dpt g..mggu pertama kat kampus mmg agk sibuk..terlalu sibuk dgn urusan pndftrn kursus smpai x igt hr dh berganjak hggalah smlm bru sedar dh jumaat..
pe pun kte doakan sahibah kte tu bahagia melayari bhtera rumah tgga dia..moga Allah berikan yg terbaik wat dia..insyaAllah...
sok de ijtima' awl sem..x dpt g knduri hafsah pun x pe la..Allah susun kte dtg ijtima'..insyaAllah.
thanks for sharing this..=)
assalamualaikum..
terima kasih~
salin2 :D
me to atiqah::
tgu tgu tgu ye..
bagi kawan-kawan kita selesai dulu..
still preparing..(^_~)
you atiq,arent you?
tak pe la atiq, tak dapat p pun
Allah dh susun masa anti utk buat amal islami yg lain..
beruntung tu !!
me to segelas air::
you are welcome...
sharing is caring kan...
me to duha::
salin duha jangan tak salin...
dan check la ye kisah disebalik surah al-qasas tu..menarik..
dan kalau ada penambahan sila2 la kemukakan.. =)
cepat je cik duha ni kan...(^_^)
Assalamualaikum ukhtie..
jazakillah atas perkongsian ni..
jom sama2 persiapkan diri ye. takut juga nk fikir soal ni. tapi insyaAllah 1hari nnt kne juga lalui. so as u said, better prepare kn..
may Allah bless u!
afwan (^_^)
tak slh bersedia..
bersedia utk melangkah ke marhalah baru itu perlu..
daripada pelajar kepada pekerja
daripada bujang kepada berkeluarga
senang kata dlm segala hal la kan..
yeap better prepare than none..
kalau tak Parah nanti..kelam kabut dibuatnya..
May Allah bless u too ukhtie..
salam..
owh,tq atas prkongsian..
nak lagi ye..hehe
ape2 mutiara yg dpt kt sna..
share2 ye..xdpt gi sna pn,dpt mutiara dr org sna pn jadilah...:)
insyaAllah utk persediaan bersama..
ukhti sinar dh siap dh ni..anytime je,ye x?he
duha ni mayb x lame jgk ni..hmm,risau akak duha potong turn..;p hehe
jazakillah ats awardnya..
nk knl ngn ustaz tu bley =)
me to nurul88::
sama2..yang baik kita kongsi..
orang bandung pun kena kongsi sma..
nak juga mutiara dari sana..
ana doakn anti blh mai sini..
siap? anti kot..mantp dh tu..
sama2 la prepare..tmbh lagi..develop lagi..(^_~)
bukan anti je risau..ana yg jauh ni pun risau tgk duha tu =)
afwan..truskn mencoret di medan maya..sama2 kita membangunkn syakhsiyah kamilah
me to criestz::
boleh2..mai la sini..
mcm2 nanti dia cerita..
gaya dia best..kita pun smgt belaja..
daripada belaja arab ngan dia..boleh belja sirah dan ilmu2 yg lain
indah perkongsian ini.
terima kasih.
sama-sama
moga dapat manfaat bersama
post yg menyedarkan...
rupenye byk lg persediaan
yg perlu dibuat...
takut terlepas pandang...
tingginya angan-angan
kadangkala menolak hati
walhal persediaan yg spatutnya
ada masih belum dikecapi...
jazakillah(",)
betul..
masih banyak perkara yg harus diambil kira..
ini fitrah dan ini juga sunnah..
selamat bersedia
afwan..mga Allah berkati
salam, what do i need to do for this award??
Allahu yukrimik~ thanks
Semoga wasilah blog ini mendekatkan diri kita dgn Allah :D
just copy this award n paste it on your blog..nothg else.. (^_~)
afwan..rabbuna ma3aki
ameen..insyaAllah..
baru 'claim' award ni sha..
jazakillah ye!
(^_^)
(^_~) tak pe..
just award dari shbt mu yg lemah ini..sentiasa doakn ya...
Post a Comment