BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 20, 2010

Pertunangan : Kemudinya hanya IMAN



Cuti-cuti Malaysia kali ini pelbagai undangan yang diterima. Baik dari majlis perkahwinan, pertunangan, kenduri doa selamat hinggalah kenduri arwah. Semuanya silih berganti tak putus undangan yang diterima. Justeru apabila melihat setiap benda dirai dan diingati, pastinya setiap peristiwa punya kenangan dan perjalanannya tersendiri. Bezanya pada kita untuk mengambil pengajaran.

Alfu mabruk kepada teman-teman yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Hargai dan jagalah detik-detik cemas sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Saat itu dilihat indah, tambahan pula makin bertambah photoblog perkahwinan yang merakam gambar di hari bahagia. Namun kisah seterusnya siapa tahu? Suka duka perkahwinan sudah banyak menghiasi dada akhbar. Sinar sendiri cukup terharu melihat pasangan tua, walaupun miskin tapi masih bersama. Namun orang muda, sudah kaya sahaja mahu membuka cawangan kedua. Maklumlah dunia hari ini penuh dengan wanita cantik dan bergaya. Kita ni, muslimah litup segala.


Mengupas isu perkahwinan dalam beberapa entri, tergerak pula kali ini mencuit isu pertunangan lebih jauh. Mana tidaknya sebelum mengecapi nikmatnya perkahwinan, ramai juga memilih pertunangan sebagai persediaan ataupun platform sementara. Itupun pelbagai cerita dan karenah muda mudi yang kita dengar. Kita juga pastinya, sudah, sedang atau akan menghadapinya.

Ada yang bijak mengemudinya dan ada juga yang tertipu dengan status ‘tunang’ yang dibawa. Maklumlah, dunia ini punya tarikan yang pelbagai untuk menyesatkan ummat manusia. Kita bagaimana? Jika belum mari kita tambah persediaan. Jika sedang mari kita lihat rencah dan ragam manusia. Jika sudah menghadapi fatrah tunang, Alhamdulillah kelegaan buat mereka namun muhasabah itu perlu. Perkahwinan bukanlah satu kenikmatan total tapi permulaan sebuah perjuangan dan pengorbanan. Apapun setiap marhalah, toleransi dan persefahaman diperlukan. Jika lompong komunikasi maka terkuburlah cinta sesama manusia walhal kita bercinta kerana Allah. Mudah dituturkan tapi sukar dipraktikkan. Namun mengapa dikuburkan cinta sedangkan cinta itu boleh dibawa ke syurga. Ayuh pilih jalan kita. Jalan yang Allah redha. Kita layak terima yang terbaik sekiranya kita berusaha.

Pertunangan : Melabuhkan percaya

Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran Allah.

(Surah Az-Zariyat : 49)

Berdasarkan kalam Allah ini, Allah menciptakan setiap sesuatu ada pasangannya. Malam bertemankan siang. Di sebalik penciptaan lelaki ada wanita yang menyokongnya. Itulah yang kita yakini dan percaya daripada kalam Allah ini.

Pertemuan pertama kali mungkin sahaja membuatkan hati berkenan pada si dia. Atau mungkin sahaja ada orang tengah yang menemukan dua insan berlainan jiwa. Menguruskan rasa itu yang wajar kita perhatikan. Sebagai muslim beriman, biarlah kena gaya agar Allah tidak murka. Sebaik sahaja risikan berjaya dan pinangan diterima oleh si gadis, maka tempoh pertunangan pun bermula samada diadakan majlis ataupun tidak. Janji dua hati bersetuju untuk diijabkabulkan.

Membelek buku Murabbi Cinta telah menemukan diri dengan kalimah ‘percaya’. Hasil tulisan Abu Saif ini mengukuhkan lagi pemerhatian terhadap manusia.

“Allah mencipta manusia sebagai makhluk percaya. Dia akan bertindak mengikut apa yang dia percaya. Kepercayaan itu pula letaknya di dalam jiwa. Percaya di dalam, amal dan kerja di luar. Kerja luar adalah terjemahan kerja dalam. Betulkan dalam eloklah luar. Justeru betulkan hati tempat letak percaya diri."

Justeru, Sinar meyakini bahawa penerimaan seorang wanita terhadap pinangan si lelaki kerana kalimah percaya. Tanpa kata kunci ini, lamaran itu tidak akan diterima dan jauh sekali cincin disarungkan. Cincin bukan sekadar hiasan di jari manis, bukan hanya tanda tapi lebih dari itu. Punya ibrah yang perlu direnungi selalu. Mungkin sahaja bukan kalimah cinta seperti muda mudi lain yang menyatukan mereka, tapi keyakinan dan kepercayaan dalam mencari cinta Allah kemudian dengan izin Allah, Allah suburkan cinta di hati mereka. Maka dengan titik tolak yang baik, InsyaAllah Dia akan memudahkan urusan seterusnya. Kedua pasangan bertunang mampu menjaga akhlak masing-masing. Bila mana kita yakin dan percaya dengan janji Allah, Allah pasti menambahkan rasa percaya pada si dia.

Pertunangan : Memendam cinta

Dalam pertunangan, buat ikhwah dan akhwat yang faham, dan kemudinya iman, sedikitpun kalimah ini tidak dituturkan, walhal perbuatan mereka lebih melambangkan kasih dan cinta pada tunangnya. Keduanya menjaga batas hubungan, berjumpa hanya bila bertemankan mahram, tidak keluar berdua-duaan dan berhubung bila hanya ada keperluan. Setiap bicara dan perbuatan dilakukan atas dasar hormat bagi menghormati maruah seorang muslimah dan muslim. Semuanya kerana takutkan Allah. Itulah lambang cinta berpaksikan Pemilik segala cinta.


~Yang memagari hanya iman~


Hanya sebaik sahaja diijabkabulkan, barulah selamat kalimah ini dituturkan. Kerana, "I love you", " Wo ai ni" dan "Aku cinta kamu " itu kalimah berbisa yang boleh sahaja mengugat iman di dada. Tak perlu bersayang-sayang dalam fatrah tunang. Nanti lain pula ceritanya. Bersabarlah, masanya akan tiba. Syabas buat kalian yang berjaya mengharungi liku-liku memendam rasa. Kalian orang yang hebat. Mendahulukan cinta Allah itu pastinya lebih manis dari hanya mengejar cinta manusia yang tiada kesudahan.

Pertunangan : Satu persediaan

Fatrah bertunang adalah peluang keemasan buat si gadis dan si teruna idaman. Sekejap atau lama bukanlah soal utama. Apa yang penting bagaimana kita mengisi tempoh itu. 2 tahun, 3 tahun atau 4 tahun lebih bermakna andai diisi dengan amal islami dari sebulan, 2 bulan tapi berpacaran. Yang lama terasa sekejap bila mana, masing-masing sibuk dengan urusan dakwah dan meningkatkan kualiti diri sebelum diijabkabulkan.

Allah berfirman dalam Surah Ar-Rum ayat ke-21.

Maksudnya: “dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Ayat inilah yang kerap menghiasi mukaddimah emel semenjak dua menjak ini. Sudah pasti cabaran untuk menjejaki hari bahagia itu sungguh besar. Namun meneliti ayat ini, seharusnya mengingatkan kita akan persiapan untuk menghadapinya. Hanya dengan rahmat dan kuasa Allah, kita akan bahagia dan bersenang hati. Dan apakah kita lupa, Allah akan menguji untuk tahu siapa yang lebih baik imannya?

Berapa ramai berkata sayang pada isteri, tup tup 5 tahun, 10 tahun kemudian sudah meminta ‘cawangan’ sedangkan isteri masih mampu mengurus rumahtangga. Ada yang didera dan ada yang ditinggal sendirian. Silapnya di mana? Bukan silap sesiapa, silap diri sendiri tidak memberi peluang dan menerima kekurangan. Sikap kita yang bermasalah kerana mengikut nafsu dari mencari rahmat Illahi.

Justeru fatrah ini adalah persediaan untuk kita menghadapi hari perkahwinan. Belajar dari pengalaman orang lain setidaknya membuka mata akan realiti yang bakal dihadapi. Fatrah ini juga adalah tempoh untuk kita mencerna matlamat perkahwinan ke tahapan yang lebih tinggi. Coretan seorang murabbi benar-benar mengetuk pintu hari. Katanya,

”Di dalam persoalan perkahwinan dan pembentukkan rumahtangga muslim, Islam tidak menyempitkan tujuannya hanya untuk menyediakan suasana yang subur bagi mendapatkan anak-anak yang soleh, meskipun ini adalah satu tujuan utama. Islam juga tidak membataskan tujuannya sekadar untuk mengekang pandangan atau menjaga kehormatan, meskipun ini juga matlamat perkahwinan. Islam juga tidak menghadkan tujuannya sekadar untuk menyalurkan nafsu secara syar’i. Bahkan, Islam telah menentukan matlamatnya dengan yang lebih tinggi, yang lebih mulia dan yang lebih jauh jangkauannya. Matlamatnya berkait rapat dengan matlamat kemasyarakatan, jihad dan perlaksanaan amal Islami yang luas.”

Maka, sudah bersediakan kita menghadapi semua itu. Mampukah mengapai matlamat pembinaan perkahwinan yang lebih tinggi. Ada yang kata mustahil. Namun hasil pemerhatianku, ramai pasangan yang kukenal berjaya mengekalkan rumahtangga dengan mawaddah dan rahmah. Formulanya mudah sahaja, Allah tempat pulang mencari jalan keluar terhadap segala dugaan.

Moga Allah redha dengan usaha kita mencari cinta-Nya.

Wallahu3alam. Maaf sekiranya ada salah bicara. Sinar juga insan biasa, meluahkan apa yang dirasa. Moga kita hidup penuh dengan zikir dan fikir. Bukan memilih hidup sekadar menunggu mati sahaja. Biarlah hidup diisi dengan sempurna.

16 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum Sha...

Sha apa khabar? sihat? lama tak dengar khabar dari Sha :-)Sha dah pulang bercuti ke Malaysia ye? terlambat pulak akak dapat tahu :-)Alhamdulillah...

Mula2 tengok tajuk entry ni, akak ingat Sha yang bertunang..hihi (gurau jer)

Jazakillah khair diatas perkongsian ini Sha..banyak yang akak pelajari...terlalu banyak persediaan pada diri yang perlu dilakukan dan disempurnakan sebenarnya..Moga Allah mudahkan...Moga Sha sentiasa di dalam pelihara, rahmat dan redha Allah...Ameen

InsyaAllah, 2 minggu lagi, akak akan ke Mesir...doakan akak ye...Moga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan Akak...Ameen

InsyaAllah, moga kita dapat berjumpa satu hari nanti...

Sha jaga diri baik2 ye...Sayang Sha! <3 <3 <3

Sayang Fillah dari bumi UK:
-Kak Faiza-

sinar_islami said...

me to kembara insan mencari Tuhan:

Alhamdulillah akak..Sha dah ada kat Malaysia. Lama tak nampak akak kat sini.Rindu..

Akak ni, tajuk macam ni baru boleh tarik akak ke sini rupanya...
Pasni nak tajuk apa pula ye? (^_^)
Sha pun masih banyak yang perlu diperbaiki. Banyak persediaan yang perlu digilap. Sama-samalah kita mengambil pengajaran...
kalau akak ada tambahan..kongsi la tau...

Moga akak selamat pergi dan pulang...
InsyaAllah, Rabbuna ma3aki..
Moga Allah tingkatkan iman akak dalam kembara ke ardul kinanah nanti..

Sayang akak juga (^_^)
Uhibbukifillah...

Anonymous said...

Assalamualaikum..Sha...
Thanks 4 sharing~

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

tahniah sha :)

Anonymous said...

askum..ehem2..thniah along ku..smoga diberkati semuanya..dirahmti perjalananya...amiinn

haway mutasawwil said...

terima kasih kak mengingatkan...nanti buat buku ye.=).suka bac artikel nih.mahu simpan buat peringatan

Sharifah Syahirah TSM said...

ehem2.

=)
senyuman saya untuk kak sya ni mendalam ye.

sinar_islami said...

me to Arms:

Welcome arms.
Sharing is loving (^_^)
Kalau ada apa2 yang mahu dikongsi, silakan.

me to Afeefah sza:

Result tak keluar lagi la, tak perlu ucap tahniah..hoho
=) datang reunion tak?

me to Muslims BrotherHood:

wslm, effa..effa..
ada yang nak kena cubit ni..
Moga Allah berkatimu juga..
Bila la kita nak keluar bersama lagi ni..

me to haway mutasawwil:

Nak buat buku macam tak layak je.
Sila, simpan la. Nanti faris kongsi la juga peringatan. Boleh polish iman.

sinar_islami said...

me to Sharifah Syahirah:

Chep..chep..
Bagus2 senyum la selalu..
Sedekah & awet muda tu..
ehem2..haha

hoodsunny said...

ehehhe, when sha talked about enggagements and marriage~ ^__^

Barakallahulakuma~ insha allah jama3a bainakuma fil kheir

♥ Afeefah Zainal ♥ said...

ahaks~ sha cuba tukar topic dengan kite :)

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Allah..Allah..
jauh sangat ana ni kalau nak bercakap bab hukum..
Sekadar pemerhatian dan pengalaman seciput..
kalau bab poligami pun boleh je..

me to Afeefah sza:

Oh afwan tertukar channel (^_^)
Jauh lagi kot perjalanan ana ni..

nia said...

salam...

kak sha :)
ehem2

sinar_islami said...

me to nia:

ye saya.. =)

EdAlia said...

Aikk..
Nak join juga, ehem2..Perlu ucap tahniah ke ni? :p
Anyway, artikel yg sgt bagus. Syukran atas perkongsian.. =)

sinar_islami said...

me to EdAlia:

Sejak bila anti join geng sakat-menyakat ni..
Apa2pun..jangan ehem2 je..
Doa kasi lebih sikit..
Moga Allah beri yang terbaik utk ana.. (^_^)