BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 27, 2010

Ukhwah Itu Indah, Gen 11 di hati

Manusia takkan pernah mampu hidup sendiri. Paling tidak dia memerlukan Yang Maha Pemurah dan Penyayang untuk memerhatinya dan memenuhi hajatnya. Paling kurang dia memerlukan teman dalam mengemudi hidupnya. Sendirinya dia di dalam kubur pun masih bertemankan cacing dan serangga tanah. Hidup di dunia pastinya memerlukan teman untuk diajak mengenal Allah dan membangkitkan iman bersama. (^_^)

Hidup ini tidak lengkap tanpa teman-teman di sisi. Saban hari ada sahaja, kenalan baru yang kita miliki. Apatah lagi, sahabat seperjuangan dari kita kecil cili padi. Justeru pada entri kali ini, ingin sekali berkongsi kenangan terbaru bersama teman-teman seperjuangan Sinar di MATRI. Sahabat yang dahulu menongkah onak duri. Sahabat yang dahulunya beralaskan lengan tidur jamaie. Indah rasanya kalau dikenang-kenangkan. Akhirnya pada 24 dan 25 Julai, ukhwah ini dimekarkan kembali. Walaupun sedikit bilangan yang dapat hadir. Tapi, kegembiraan dan kebahagiaan bermusafir dengan mereka hanya Allah yang tahu. Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Ukhwah itu indah, yang lama bertaut kembali

Meningkat dewasa, yang dulunya belajar degree sekarang sudah master. Yang dulu belajar universiti kini sudah bekerja. yang dulu bujang, anak dara kini sudah berumahtangga, bergelar isteri buat suami tercinta. Senyum tak lekang bila memerhati sorang sorang teman. Rindu melihat mereka. Bahgia melihat mereka gembira.




Walaupun sudah 5 tahun meninggalkan bumi wakafan tercinta, memori di sana masih segar dalam ingatan. Allah izin kini jasad kami bertemu semula. Walaupun dulu pernah sahaja kami 'bergusti' kini kami mampu berdakap mesra, bertepuk tampar bersama. INDAH...

Berukhwah = Berkongsi rasa hati

"Tiada suatu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain dari saudara yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendahlah ia berpegang kepadanya."

(Umar Al-Khattab)

Itulah antara kata-kata yang perlu kami hafal sebagai tugasan dalam permusafiran ini. Ada hikmah yang perlu kami ungkai dan cerna. Kerana sayanglah, kami bertemu. Di sinilah kami berkongsi rasa hati. Kami saling lengkap melengkapi. Sungguh diri dilanda rindu. Rindu akan saat kami bertemu. Mahu sahaja diputar masa bersama kalian tempoh hari.


Miss photogs' berdedikasi

Antara 3 laman untuk menyuburkan ukhwah adalah dengan bermusafir, makan bersama dan tidur bersama. Alhamdulillah, kombinasi 3 laman ini terdapat dalam reunion kami. Malah kami sempat main masak-masak. Program ini juga sedikit survival memandangkan kami terpaksa bergerak dengan beg yang berat dari satu destinasi ke satu destinasi dan pelbagai kisah lucu di sepanjang perjalanan. Ada yang terjatuh mengejar lrt, ada yang tersalah stesen. Macam-macam hal, tapi mengundang senyum di bibir kami. Bukan selalu boleh berjalan sebegini.


Hasil main masak-masak

Bahkan, dari perjalanan inilah, Sinar rasakan peri pentingnya kita 'bergerak' dalam mencari nilai hidup yang Allah kehendaki. Hidup tidak boleh statik. Kita hanya akan berjaya dan merasai manisnya kehidupan bila kita berusaha untuk memenuhi kehendak Allah dalam menyuburkan iman.

Perubahan yang perlu diarahkan.

Sudah pasti pertemuan ini tidak kami sia-siakan. Inilah salah satu proses tarbiyah. Tarbiyah bukan hanya di dalam usrah, bukan hanya dalam halaqah dan tamrin. Sepanjang hidup kita adalah tarbiyah. Sembang-sembang kita juga adalah tarbiyah. Tarbiyah itu membentuk diri kita yang sekarang dan masa hadapan.


Bulatan ini segar dalam ingatan

Hari terakhir kami ceriakan pagi dengan sedikit perkongsian bersama. Diberi amanah untuk memberi pengisian membuatkan hati terharu sebenarnya. Diri Sinar penuh kelemahan yang Allah sembunyikan. Namun Alhamdulillah Dialah yang mengerakkan lidah ini untuk berkata-kata. Tajuk Perubahan menjadi pilihan.

Hidup ini akan sentiasa mengalami perubahan. Bila sudah lama tidak bertemu, pelbagai perubahan dapat kita lihat. Samada yang zahir mahupun yang tersembunyi.

Suka Sinar mengingatkan diri dengan kata-kata Imam Ghazali

"Lemahnya hati tanda lemahnya Iman"

Itulah yang perlu kita cakna dan ambil berat. Kondisi hati kita. Sihatkah hati kita? Hatilah tempat letaknya perubahan diri. Kuatnya hati kita menjadi raja pada perlakuan kita, perkataan kita. Untuk mengarahkan diri terhadap perubahan 3 aspek yang perlu kita hadapi.

  1. Pengorbanan
  2. Kesediaan berubah
  3. Ujian

Bila mana kita ingin berubah. Perlu ada pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanan untuk menolak kehendak nafus, menangkis bisikan syaitan yang membantutkan perubahan diri untuk mencari redha Illah. Bahkan diri perlulah bersedia untuk berubah serta punya motivasi yang tinggi. Namun dalam perjalanan menjadi hambanya yang soleh dan solehah, kita takkan lepas dari ujiaan. Berapa ramai Allah uji dengan ajakan'bercouple', dan ajakan ke tempat-tempat maksiat, namun kerana hati yang disuntik dengan iman mampu menangkis semua itu. Justeru dalam meniti hidup ini, jika ingin perubahan yang terarah pada Allah, pilihlah teman, berukhwahlah dengan insan soleh. Itulah guna teman ataupun sahabat. Mereka tidak menginginkan kita terjunam di lubang neraka. Jangan menjauh walaupun diri terasa kekurangan. Sedarlah bahawa setiap manusia punya kelemahan. Justeru di situlah kita berukhwah untuk saling menguatkan.

Janganlah kita menjadi seperti firman Allah:

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh"

(Az-Zukhruf: 67)

Kita tidak mahu, apabila di akhirat nanti, sahabat kita menuntut haknya kerana kita tidak menjalankan amanah sebagai sahabat untuk saling lengkap melengkapi. Mengenangkan ayat inilah, hati terusik untuk benar-benar menghangatkan ukhwah ini dijalan yang Allah redha lagi diredhai.

Melihat pewaris generasi ke-11

Tidak cukup berharap dengan ukhwah sesama kami, hati ini rasa cukup tenang saat melihat, batch kami juga sudah ada pewaris seterusnya. Moga lahirnya permata ini mampu meneruskan kerja Islam yang ibu dan ayahnya lakukan. Bahkan meneruskan ukhwah sesama anak kami di masa hadapan =) Geram sungguh melihat anak-anak yang comel ini.


Jauh sudah perjalanan. Moga pertemuan dan ziarah kita ini mendekatkan diri dengan Allah. Sama-sama bergandingan dalam saf perjuangan mencari redha Yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Srikandi 11 akan teguh berdiri, jika Allah tujuan abadi
Uhibbukumfillah (^_^)
Moga bertemu lagi...

16 comments:

Atiqah said...

sha
kte suka penyampaian awk hr tu..syg nye x catat..nnt awk taipkan skli lg ye..

nazz said...

subhanallah....

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Ana cakap biasa2 je Atiq..
InsyaAllah ana tulis tapi mungkin not 100% sama cam aritu ya..
As aritu Allah yang byk lead..
Cakap depan antunna lebih zuk..
Btw Nasirah ada record tapi part ana skit je la..

me to Nazz:

Nazihah ke ni..Bestnya kalau anti ada..
Rindu (^_^)

hoodsunny said...

oh, tgk gambar2 masih xdpt mengubat rindu ini~

huhu

sinar_islami said...

me to hoodsunny:

Memang tak puas tgk gambar..
Kena jumpa, tu pun lepas jumpa rindu balik..Hehe..
Oh btw, byk gmbr kami tembak..
Tak leh la kongsi kat sini..
Ada 5 camera semua, ramai pulak miss photog & model kali ni..
Nanti kita sharing..
Jumpa nanti

Anonymous said...

kesian photographer~~~~huhuhu(T_T)

-shutter widad-

sinar_islami said...

Me to Widad:

Terhutang budi sangat pada kamu..
Tak pe widad..Berbaloi
Harapkan camera sendiri..dah abes bateri..
Menumpang kasih camera orang lain la..
Jazakillah..
Banyak memori yang boleh buat diri tersenyum (^_^)

Anonymous said...

Alhamdulillah....
syukur hanya padaNya..
hanya milikNya waktu kita...
peluang bersama anugerah dariNya...

Thanks 4 everything...
sungguh terkesan rindu dihati...
huhu....

sinar_islami said...

me to Arms:

Terima kasih tidak terhingga kepada penganjur...
jadi juga mini reunion ni...
Banyak benda yang kita telah kongsi...
Alhamdulillah...

Atiqah said...

thanks sha
kte x mmpu nk tulis sehebat awk..x mmpu nk rungkaikan hikmah kembara reunion kte sebaik awk..moga peringatan ni terus subur dlm hati kita...amin

kte akn update cite ni versi kte lak..hehe..x sbrnye..tggu pas IELTS..

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Takpe tqah..masing2 ada cara utk luah apa yang dia rasa..
Ana pun biasa2 je ni..
Yang penting apa yang kita dapat kita semat dalam hati dan perkemaskan amal kita..

Hehe..ana nantikan..
Btw..Alfu syukran wa jazakillah kerna organize pgrm ni..
Bila la agaknya kita dapat shopping kat pasar tani lgi..beli ayam, beli sayur & ect.. (^_^)

Atiqah said...

wuaaa...sedey tol bila igt part tu..yg tu je x sempat nk snap pict..sygnye..tp kte akn sentiasa igt kenangan tu..next time kte g shopping lg..hehe best sgt

sinar_islami said...

me to Atiqah:

Tu la..dah excited nak jumpa pakcik jual ayam, makcik jual sayur...
sampai lupa camera kan..hehe..
Best best best (^_^)
InsyaAllah, moga Allah susunkan pertemuan seterusnya..

Anonymous said...

ada cerita ke sebalik p pasar tu??hihi..
amboi nak bergambo gak kat psar..hihi...
rasa nak jumpa lagi la sume...

[Harapan/Cita-cita yang mulia] said...

Salam'alaik,

Ukhwah bersulam kemanisan berpanjangan :) Subhanallah, suka3..

Lama tidak berkunjung ke sini, alf mabruk 'alanajah fil imtihan ya ukht :) semoga suatu hari nnt, kita ketemu ya, InsyaAllah.

sinar_islami said...

me to Amal Athirah:

Salam amal...
Indah ukhwah ini bila mana Allah sama2 kita taati.
Syukran ukhtie..
terus doakan akak ye...masih jauh perjuangan ni