BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, July 20, 2010

Wo Ai Ni Allah

Sudah lama kita tidak membedah buku di laman ini kan? Nah, hari ini terasa ingin berkongsi. Sampai sahaja Malaysia, Ummi Sinar terus menunjukkan deretan buku yang pernah Sinar pesan. Kira-kira 10 buah buku menanti untuk dibedah. Tepuk dahi dibuatnya. Baru-baru ini sempat ke KL, dan menambah lagi koleksi buku dengan 2 buah novel sejarah Islam. Nanti kita kongsi ya. InsyaAllah untuk membuka tirai di cuti ini ingin Sinar mengajak teman-teman membaca buku Wo Ai Ni Allah.


Alhamdulillah, Sinar sudah pun selesai membacanya. Buku ini memaparkan kehidupan sebuah keluarga yang hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial. Ketika jiwa sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga mereka diuji dengan merasai bahawa Tuhan meninggalkan mereka sendirian. Tambahan pula, hidup dalam masyarakat yang memandang sepi usaha mereka. Bahkan mereka digelar gila. Gila! Kalimah itulah yang telah memporak perandakan keluarga Cina ini.

Sungguh bukan sekali dua air mata menitis membaca buku ini. Jiwa sendiri turut kacau apabila cuba menjiwai konflik yang penulis cuba bawa. Kisah Amei, seorang gadis cina ateis yang tidak tahu hala tuju hidupnya, namun beliau tabah menyambung misi ayahnya untuk mengenal Tuhan.

Hidupnya sangat tertekan gara-gara ayahnya dibunuh dalam misi mencari Tuhan. Amei lah yang selama ini meneman bapanya berjumpa, ustaz, sami dan paderi untuk bertanya tentang tuhan. Dia juga turut terkesan dengan usaha ayahnya itu dan rasa ingin tahunya kian mendalam. Kenangan bersama ayahnya sangat berbekas di dalam hati. Semenjak kematian ayah, hidup Amei kian tertekan kerana dia dipersalahkan oleh ibunya lalu Amei ditinggalkan di stesen kereta api sendirian. Ibunya membuang Amei kerana tidak tahan dengan dugaan dan keperitan.

Dari jalanan itulah sebuah pencarian bermula. Akhirnya misinya mencari Tuhan, membuahkan keimanan kepada Allah. Tuhan yang dia cari selama ini. Tuhan yang ayahnya cuba dekati disaat ramai orang mengatakan dia gila.

Katakan padaku tentang siapa Tuhan itu?
Katakanlah, kenapa Tuhan itu mencabut nyawanya?
Katakanlah, apa maksud sebuah takdir?
Katakanlah padaku, apakah memang Tuhan itu ada?

Itulah persoalan yang membelenggu diri Amei, gadis berusia empat tahun.

Akhirnya,

Wo Ai Ni Allah...Aku cinta Allah...tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.

Allah, Allah... Sungguh mulia, mereka yang Dia beri hidayah.

Moga Allah terus suburkan rasa cinta dan kefahaman kita pada-Nya. Ameen

9 comments:

lowprof said...

salam, blh taw... buku ni keluaran ape? sape penlis?...beli kat mane?

cite latarbelakang dulu... kalau isi kandunga n x cite pn xpe...

mcm menraik je buku ni...

sinar_islami said...

me to walker:

Salam..
Boleh..
Penulis Vanny Chrisma W.
Terbitan PTS Litera Utama Sdn. Bhd.
Maaf tak ingat beli kat mana as adik yang belikan.
Selamat mencari dan membaca.
Nanti kongsilah apa yang saudara/i dapat dari buku ini.

شاح اندرني said...

Salam.. Ana pengemar novel novel Islam.. Dan benar. buku ini menarik apabila "dibedah" hehe.. masih ada di pasaran buku ni walaupun sudah lama diterbit.. Insya-Allah masih ada...

iman_insyirah said...

salam...
beznye k.sha de byk buku nk bce :)
mesti menarik kn bku wo ai ni Allah..tjok die menarik dlm bhse cine...

aeshah said...

wo ai ni...hehe, 'alexander adalah zulkarnain' juga best sha

sinar_islami said...

me to shah:

Alhamdulillah...
Kalau begitu bolehlah shah berkongsi dengan pembaca lain...
Kalau ada bahan bacaan yang menarik maklumkan ana ye...

me to Iman_insyirah:

Salam akma...
Mai la datang umah akak...
Banyak sangat sampai tak terbaca...
dalam usaha nak mengabiskan...
Nanti ade jga yang akak akan bawa ke Mesir, so bolehlah nk pinjam..

me to aeshah:

hehe..
Wo ai ni aishah...
Ana ade nmpk tajuk buku tu,
tertarik..
tapi tak beli sebab ummi dah sound.
So masuk list dulu..kiv

mohd hazwan bin mohd salleh said...

wah..da nmpak buku ni dari thn lpas tp xdan nak beli sbb lari bajet.

trime kasih berkongsi di sini.iA beli nnti ;)

sal said...

salam. Sinopsis yang sinar gambarkan dalam cerita tersebut pun dah menarik..apatah lagi membaca bukunya..teruskan membaca..

sinar_islami said...

me to Mohd Hazwan Bin Mohd Salleh:

Afwan. Selamat membeli dan membaca =)

me to Salsuria:

Menarik, banyak juga falsafah yang diketengahkan.

me to Fakeh:

Syukran atas perkongsian tajuk pembacaan mengenai isu wahabi =)