BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, July 26, 2010

Sabar & Syukur



Hidup ibarat roda. Adakala kita di atas, ada kala di bawa.

Hidup ibarat cerita. Ada berita gembira, ada berita duka.

Sabarlah kita bila diuji biarpun pahit tidak terperi,

Syukurlah kita bila dianugerahkan biarpun tidak sampai apa yang dihajati.

Biar apapun yang Dia beri. Anggap itu hadiah keimanan daripada Yang Maha Tinggi.

Justeru wahai teman-temanku sekalian, kalimah sabar dan syukur itu seharusnya diabadikan dalam kamus hidup seorang muslim yang mempraktikalkan imannya. Manusia tidak lepas dari menginginkan yang terbaik dalam hidupnya. Mahu akademik cemerlang, kerja besar, rumah besar, gaji besar bahkan apa sahaja yang pasti terbaik untuknya.Namun akan ada ujian demi ujian buat sang hamba.

Ajaibnya sang hamba bila dia beriman. Tanpa iman masakan akan lahir sabar dan syukur. Itulah tanda manusia hebat.

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya."

( Riwayat Muslim)

Sabar itu buah iman

Ya, sabar itu adalah buah iman. Indahnya peribadi si muslim bila dia bersabar. Itu tanda dia benar-benar beriman pada Allah,beriman pada qada dan qadar Allah. Sabar tidak mungkin hanya bergantung kepada azam dan semangat semata-mata. Firman Allah:

"Dan bersabarlah kamu, bahawasanya kesabaran kamu itu tidak mungkin melainkan dengan Allah."

(An-Nahl : 127)

Mukmin yang sabar dengan kehilangan dan kegagalan, dijanjikan Allah dengan gantian yang lebih baik bahkan terbaik. Firman Allah,

"Sebenarnya apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah akan kekal dan Kami pasti memberikan ganjaran kepada mereka yang bersabar, dengan ganjaran yang terbaik di atas apa yang mereka lakukan"

(An-Nahl : 96)

Syukur, tanda kerendahan hati hamba pada Tuhan

Kita sentiasa meminta dan berharap dikurniakan Allah kejayaan, kesihatan dan kekayaan. Namun bukan segenap sudut Allah kurniakan pada kita. Kadangkala tidak mencapai target yang kita inginkan. Namun dibandingkan dengan orang lain, sebenarnya kita jauh lebih baik. Bak kata orang tua, mahu bersyukur lihat orang yang jauh lebih teruk Allah uji. Mahu buang rasa sombong lihat orang yang jauh lebih baik dari kita. Syukur berarti tidak hanya dalam hati mengakui tapi juga dalam perwatakan kita.

Sudahkah kita bersyukur hari ini?

Syukur pada-Mu

Bip..bip.. Sms masuk

" Tahniah sha dapat naik tahun 5"

Wah, terkejut dibuatnya. Itu tanda keputusan sudah keluar. Alhamdulillah getus hati kecil. Namun, diri penat untuk membuka laptop dan melihat e-result di laman web. Hati sangat bersyukur dengan sms tersebut walaupun berdebar untuk melihat sendiri keputusannya.


Alhamdulillah pagi ini dapat melihat keputusan peperiksaan. Syukur tidak terhingga. Entah kenapa, hati ini cukup lapang menerima keputusan peperiksaan kali ini walaupun bukanlah yang paling cemerlang. (^_^)

Mungkin baru pulang dari program agaknya. Hati redha. Namun tak cukup sekadar puas hati begitu. Harus lagi menembak doa dan usaha di tahun 5. Alhamdulillah, mara setapak ke hadapan.

14 comments:

nurizbhr said...

tahniah wt sha..
mg terus cemerlang sbg duta Deenullah..

doakan ana jugak ye.. msih menunggu natijah kuar

hoodsunny said...

camne sha? MUMTAZAH? XD

sinar_islami said...

me to nuruzbhr:

Syukran izzah (^_^)
Ameen, moga Allah sediakan kejayaan di akhirat yang kekal abadi.
InsyaAllah ana doakan...sahabat tidak ana lupakan...

me to hoodsunny:

Camna ye huda..hehe
Belum rezeki ana lagi la huda..
Alhamdulillah dapat JJ..
Bak kata nti, ana tau lepas pun dah lega habis..
Mumtaz di tahun 1 susah benar untuk ana gapai hingga kini...
=) Mengidam.. tapi ada sahaja ujian..
Mungkin cemerlang itu Allah simpan untuk ana berhadapan dengan-Nya...
Lepas balik dari reunion sahibah2...yang ana kesah skrg..MUmtaZ tak ana depan Allah..

aeshah said...

tahniah...

sinar_islami said...

me to aeshah:

Syukran ukhtie..ana biasa2 je..hehe
erm..btw mgu depan insyaAllah kalau Allah izin umur panjang ana ke utara..
Boleh la jumpa.. (^_^)

sinar_islami said...

me to Fakeh:

Syukran =)

haway mutasawwil said...

tahniah kak.doakan faris gak=)

sinar_islami said...

me to haway mutasawwil:

Syukran faris..InsyaAllah selalu doa..

nurira ~* said...

salam,
sha, afwan, lama tak aktif dengan dunia blog ni..huhu.
wah, dah 5th yr ya..tahniah! lama, sungguh..betul2 lama tak jenguk sinar islami ni.. bukan sini je, semua..huhu.

sha apa khabar? clinical kat malaysia ya? besttnya..

oh ya, ni first time lepas sekian laaamaa tak singgah sini, sekali singgah je ada entri yang melekat dihari..ehehe. nak minta izin share sedikit dari entri ni, bisa? ehe :)

ok, sha, salam ramadhan dan salam ukhuwwah, uhibbukifillah.
walaupun tak pernah jumpa, tapi terasa indah je kalau semua kerana Allah.. :) insyaAllah.


p/s :tak tahu sha ingat lagi tak.. ):

sinar_islami said...

me to nurira:

Wah wah...
kenalan lama muncul kembali..
Syukran sudi berkunjung..
Mesti sibuk kan?
Akak sihat ke?
Alhamdulillah sekarang tengah cuti..
Lepas raya ni start tahun 5..
Sha buat elective posting kat hospital, tak wajib pun tapi inisiatif sendiri =)

Sila2 akak, kita kongsi selagi boleh kongsi.
Salam ukhwah kembali, uhibbukifillah..
Moga madhrasah ramadhan mendidik kita menjadi hamba rabbani

praktikal said...

Entry menarik!
mohon copy ya.
Jzkk

praktikal said...

mohon copy entry.
Jzkk

Anonymous said...

salam.
mohon copy entry.
jzkk

sinar_islami said...

me to praktikal & anonymous:

Silakan. Maaf kalau ada kekurangan. :)