~Mantapkan Akidah Tinggalkan jahiliyah~
Sesungguhnya hari hari telah berlalu, tidak sekali meninggalkan jejak untuk diikuti bahkan hari mendatang belum pasti jua medan mana akan kita tempuhi. Ya, seolah-olah tersepit di antara waktu. Namun inilah kehebatan masa, Hanya Allah yang mengetahui hal-hal yang tersembunyi. Kita merancang dan Dia juga merancang. Maka rancanglah sebaiknya kehidupan ini. Moga tidak sia-sia hidup kita di perhentian dunia ini.
Penghargaan buat diri
" Katakanlah: Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Tiada sekutu bagiNy a dan demikian itu diperintahkan bagiku dan akulah yang pertama-tama menyerah diri kepada Allah S.W.T.. "
(Surah al-An'am: ayat 162-163.)
Laungkanlah kalimah syukur, panjatkanlah pada-Nya kalimah tauhid yang tertinggi berulang-ulang kali. Raikan kemunculan tahun baru dan tekadlah berazam agar terus dan terus mentaati Allah dan rasul-Nya. Ibarat lagak Laksamana Sunan tak putus-putus mendoakan “Ya Allah..aku mohon.. panjangkanlah umurku dalam mentaati-Mu dan mentaati rasulmu,”
Berikan penghargaan pada diri dengan perbanyakkan amal serta perbaharui dan perkemaskan azam. Zahirkan setiapnya dalam keadaan sedar dan bersungguh-sungguh. Rungkaikan segala konspirasi diri untuk terus maju. Sudah.. jangan dikenang masa silam yang mampu merentap semangat juangmu. Lakukan perubahan. Satu anjakan paradigma perlu dilaksanakan. Masa sudah suntuk.~ Kematian itu pasti... Hidup, insyaAllah~
Tempelan maya, realitikanlah...
~kenangan masa lalu, kekuatan masa kini~
Jika ingin sehebat Abu Bakr, setegas Umar, setabah Siti Khadijah, Sepintar Aisyah dan selincah Hamzah dalam mengempur dan mengoncangkan dunia..Jangan hanya diangan-angankan tanpa usaha. Realitikan impian itu. Takkan pernah sama orang yang bekerja dengan orang yang bersahaja. Takkan sama orang yang bersuka ria dengan dunia dengan orang yang serius di jalan akhirat !! Bisa sungguh kata-kata ini. Tapi ini hakikat yang perlu kita sedari. Inginkan kebahagian abadi perlu kepayahan duniawi.
Hijrahkan diri..berjihadlah
Sesuatu kemenangan dan kejayaan tidak akan tercapai melainkan dengan jihad (perjuangan) dan setiap perjuangan itu tidak akan hakiki melainkan dengan pengorbanan. Di dalam Al-Quran galakan dan perangsang berhijrah sama nilainya dengan galakan dan perangsang untuk brjihad. Ini membayangkan hubungan erat antara hijrah dan jihad.
“ Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh ( itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?. Maka bergembiralah dengan jualbeli yang telah kamu lakukan iut dan itulah kemenangan yang besar. “
(Surah at Taubah : 111)
Sabda Rasulullah s.a.w bersabit dengan hijrah :
“ Diriwayatkan daripada Saidina Umar bin al-Khattab r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat. Sesungguhnya setiap orang itu akan mendapat sesuatu mengikut niatnya. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka Hijrahnya itu kerana Allah dan RasulNya. Sesiapa yang berhijrah untuk mendapatkan dunia dia akan mendapatkannya atau kerana seorang perempuan yang ingin dikahwininya maka Hijrahnya itu mengikut apa yang diniatkannya “
Akhirul kalam, moga kita renungi pengertian hijrah dalam diri, sirah mungkin kita sudah hadam sebaiknya namun sejauh mana memanifestasikan ia dalam jiwa hamba. Salam Mahabbah buat semua. Salam ma’al Hijrah buat semua.