BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, August 29, 2009

Majlis Berbuka di Darul 'Izzah

Mesra Ramadhan PERUBATAN Bersama Anak Yatim
Rumah Anak Yatim Darul Izzah, Pekan Makmur, Bandar Baru Bangi
28 Ogos 2009 (Jumaat)
Anjuran Persatuan Pelajar-Pelajar Perubatan Malaysia Mesir


Setinggi kesyukuran dirafa'kan ke hadrat Illahi kerana masih diberi keizinan oleh Allah untuk melihat anak-anak ini. Anak-anak umpama permata negara, harus diberi penjagaan, pendidikan, kasih sayang dan perhatian sewajarnya untuk menjadi manusia berguna kemudian hari. Anak-anak yatim apatah lagi. Mereka wajar dikasihi, disayangi dan dididik sebaiknya. Mereka di sini hanya terdiri daripada adik-adik lelaki. Moga antum menjadi rijal islami.
~Kakak-kakak melayan diri~
Melihat mereka hati terusik dengan kekurangan yang mereka alami. Namun Alhamdulillah bantuan demi bantuan hadir menyerikan hidup mereka. Rezeki mereka melimpah ruah.


Alhamdulillah melihat mereka gembira kami pun tumpang sama

"Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya karena mencari keridhaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disiram oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan buahnya DUA KALI LIPAT. Jika hujan lebat tidak menyiraminya, maka hujan gerimis (pun memadai). Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu perbuat. "(Al Baqarah : 265)

~Erti hidup pada memberi~

"Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) SEPULUH KALI LIPAT AMALNYA dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan) "(Al An'aam : 160)




Moga amal kita ini Allah kira sebagai saham di akhirat sana. Buat adik-adik Darul Izzah teruskan berjuang di medan realiti. Moga Allah permudahkan perjalanan antum di dunia ini.

Thursday, August 27, 2009

.:Orang Jahat Bagi Anak Kecil:.

Beberapa hari sebelum madhrasah Ramadhan tiba, sempat melayan karenah dan cerita Salwa yang sudah pulang lebih awal dari sekolah. Celotehnya sedikit sebanyak menarik minat ku.



" Along, Along tau tak kawan Salwa kan dia JAHAT ," bersungguh-sungguh dia bercerita.

"Ish, tak baik Salwa kata camtu. Apa yang dia buat sampai Salwa kata dia jahat?" tanyaku hairan, cepat sungguh si kecil ini melabel kawan-kawan dia. Terangkat keningku sebaik perkataan jahat dituturkan bibirnya.

"Ye la dia jahat. Apa la Along ni. Dia kata Allah tu Tak Hebat. Allah tu HEBATkan" Sedikit ternganga mendengar jawapan si kecil ini sambil mengangguk mengiyakan. Ya la mana tidaknya, jarang berjumpa anak-anak kecil mampu berfikir sebegini apatah lagi dia baru masuk Darjah Satu. Pengaruh kawan bisa mengubah peribadi yang ada. Alhamdulillah dia masih pintar dan moga di kekalkan. Cukup risau.

Risau mengenangkan zaman ini

Beberapa hari di awal Ramadhan yang nikmat sihat Allah tarik seketika lebih banyak memberi masa untuk kaki ini rehat di rumah. Melihat adik-adik sehari ke sehari. Banyak sudah berubah. Melihat buku-buku, di belek satu persatu. Mana kalam-kalam berharga moga menjadi penawar rohani juga. Kadangkala siaran tv juga bertukar-tukar channel. Bosan juga menatapnya.

Dapur menjadi pilihan tempat melepak walaupun bulan puasa menjelma. Wujud kotak hitam di situ. Bukan makanan yang menjadi tarikan. =) Namun di situ la kerisauan bermula. Melihat bermacam rancangan dan sajian mata yang terhidang. Mungkin kehebatan Allah tidak nampak di mata anak-anak kecil. Cerita-cerita seram sudah ada slot tetap. Ya benar di awal dan akhir episod ada ayat Al-Quran yang mengingatkan. Tapi terfikir sejauh mana keberkesanan dan apa arah tuju drama dan filem sebegini.

Bahkan perbualan dengan Salwa itu sebenarnya ingatan daripada Allah buat diri ini. Kekadang diri sendiri lebih memuji makhluk-makhluknya. Profesor tu hebat la. Mat salleh tu mantap la. Boleh buat penemuan begini dan begitu. Tapi siapa sebenarnya Maha Hebat. Allah, dan Dialah yang mengalirkan sedikit kepandaian dan kehebatan dalam diri manusia. Bukan untuk dikagumi sewenang-wenangnya tapi di ambil pengajaran dan bekalan. Wallahu3alam. Betulkan andai ada salah bicara.

Di samping itu juga, menjadi kerisauan. Apakah yang membuatkan ada anak kecil beragama Islam menuturkan Allah itu tidak Hebat. Salah siapa kah disitu. Mencari salah sampai bila takkan berkesudahan. Baik solusi difikirkan. Ini merisaukan diri ini. Bagaimana caranya mendidik anak-anak zaman ini. Ramai hangat bercinta. Ramai yang boleh melahirkan anak. Tapi mampukah kita membentuk anak yang sedar. Bahkan bilangan murtad pula entah berapa angkanya di Malaysia. Moga Allah pelihara daku, keluargaku dan kalian. Sungguh masa depan itu satu kerahsiaan.
Memiliki hati yang sejahtera
Mencari solusi di dalam SoLuSi

Hati yang sejahtera adalah

  • hati yang kenal dan mencintai Allah s.w.t dan takut kepada-Nya
  • meletakkan Allah dan Rasul-Nya di tempat yang tertinggi dalam kehidupan hariannya, secara konsisten
  • dekat dengan Allah dan menjadikan kehidupannya berpaksikan mencari keredhaan Allah.
  • bebas daripada pengaruh amarah, syahwat dan syaitan
  • dipandu oleh nilai-nilai murni dan dapat memandu kepada kebaikan orang lain
  • sentiasa tawaduk dan merendah diri
  • ghairah dengan perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan sangat benci segala bentuk kejahatan.

Ini antara bekalan untuk mencari resolusi. Bekalan daie perlu lebih. Pergantungannya kena mantap. 10 ciri-ciri amilin harus diperhatikan. Koreksi diri itu perlu.

Merasakan Dia Hebat

Tidak lain ingin merasai Allah itu hebat, kita lah seawalnya tidak membesar diri dan merasai diri ini Hebat. Hanya Dia. Kalau anak kecil wajar merasakan Allah itu hebat kerana daripada kecil di asuh dan mudah mendengar kata. Kita yang sudah besar dan terdedah pada ideologi yang pelbagai kekadang mudah terpesong gara-gara takabbur, nafsu dan syaitan yang lebih menguasai. Moga Allah lindungi. kadang-kadang kita sedar kadang-kadang tidak.

Maaf celoteh bersahaja. Melihat kondisi ummat dan perbualan itu mengingatkan diri jangan mudah berasa selesa. Ujian demi ujian akan bertamu. Entah apa nasib ummah kira terus leka. Kiranya bukan adik kita, kakak kita, abang kita hilang konsep hidup, tapi seharusnya kita turut menangisi kondisi ummat kerana kita SATU.



" Who you are, determines how you see"

Monday, August 24, 2009

Novel VT

Dinamika seorang muslim adalah apabila dia menyeimbangkan setiap aspek kehidupannya: dalam pelajarannya, dalam aktiviti luarnya, dalam dakwah dan tarbiyahnya. Ya dalam semua aspek spritual, emosi, fizikal dan intelektual perlu di seimbangkan. Tawazun~keseimbangan itulah yang kita perlu lakukan.

Nyata buku Vt tampil dengan mengetengahkan sukan sebagai ibadah. Sekaligus mengubah konsep pemikiran ibadah hanya pada perkara pokok seperti solat, sedekah dan di dalam masjid. Namun sebenarnya seluruh ruang lingkup hidup kita adalah ibadah.

Kemunculan pelbagai watak hasil adaptasi keluarga vt penulis novel ini, sedikit sebanyak membawa pembaca-pembaca mengetahui dunia bola tampar dalam santai, pergaulan berhikmah dan realiti remaja. Peribadi Ust. Hussam dan team VTnya pasti menjanjikan satu perubahan buat diri pembaca dengan izin Allah jua. Bukan senang ingin merungkai permasalahan demi permasalahan. Kita berusaha untuk mengatasi dan mengubah sikap manusia. Namun, Allah jualah yang dapat membantu dan hidayah itu hanya milik-Nya. Justeru jangan lepaskan peluang membaca.


Memetik kata-kata di dalam buku ini

"Mengangkat sukan sebagai ibadah bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan perjuangan dan pengorbanan. Malah hendak membina manusia yang memikul tangungjawab ini dengan ikhlas sahaja sudah sukar"

Wednesday, August 19, 2009

Ramadhan disambut dengan pelbagai rasa



Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna


Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula


Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti


Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan


Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Sayup-sayup kedengaran dari dapur rumahku melalui youtube yang dimainkan. Ramadhan kian hampir, esok lusa bakal menjemput kita menghadiri madhrasahnya. Ya Allah sempatkanlah daku menjadi tetamunya. Persedianku dan kalian bagaimana? Tiga fakulti insan sudah bersediakah? Aqli, ruhi dan jasmani bagaimana?

Bulan penuh keberkatan..Sempatkah?

Ramadhan, bulan penenangan dan pembersihan jiwa, bulan yang mengandungi di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu malam, bulan yang mengandungi rahmah dan kekuasaan, bulan di mana peluang seorang muslim mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketaqwaan kepada Sang Maha Pencipta, bulan di mana saudara semuslim merapatkan jurang ukhuwah antara satu sama lain, bulan di mana kita memuhasabahkan diri dan mencari-cari diri yang mungkin semakin hilang spiritualnya dek kesibukan seharian di dalam mengejar duniawi, bulan di mana turunnya mukjizat terbesar ya'ni Al-Quranul Karim. Penuh kemuliaan di bulan ini.

SubhanAllah...antara pengisian daripada alumni ESQ yang cukup menyegarkan dan mengingatkan akan hakikat bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Jika kita merasakan semua kenikmatan tersebut...beruntunglah kita, bulan yang kita tunggu-tunggu, seumpama seorang putera mendambakan puterinya, umpama seekor pungguk yang merindukan bulannya akan datang jua, Ya hari esok masih ada, tapi masih adakah hari esok untuk kita. Ya Allah sempatkanlah. Allahumma Ballighna Ramadhan. Maka beruntunglah jika kita dipilih Allah untuk menjadi tetamu madhrasahnya.


Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk
UPGRADE kan Diri anda,
KENALI lah Diri Anda,
BERBUAT BAIK lah dan
SUCI kanlah Diri Anda.

Mesir yang ku kenang...Rindu

Tika inilah terkenang-kenang puasa di perantauan, walaupun hakikat ketika ini sudah berada di tanah air dan insyaAllah akan berpuasa bersama keluarga, Mesir sudah kurindu.

Ramadhan di sana disambut ceria, penuh kain rentang macam kempen pilihan raya. Manusia bersegera membuat kebaikan. Dan fenomena yang jarang di Malaysia, semua lapisan masyarakat memegang Al-Quran tak kira di mana mereka berada. Membaca Al-Quran didalam pengangkutan awam seperti bas dan lrt bukan lah satu kepelikan. Seperti mana daku cuba praktikkan di sini, banyak mana akan tertumpu umpama kita alien di tengah lautan manusia. Sungguh asing. Sungguh daku rindu untuk menghidupkan amal di sana.

Mujur sekarang malaysia sudah pun mengeluarkan iklan membaca dan membudayakan amalan ini di dalam lrt dan di mana-mana sahaja. Alhamdulillah satu perkembangan baik. Setidaknya daku membaca buku-buku penyegar jiwa dan Al-Quran kuselangi jua. Praktislah di mana-mana kerana agama bukan hanya di masjid. Seharusnya mendominasi setiap tindakan kita.

Saat berbuka puasa pula, di Mesir penuh undangan berbuka puasa dalam kesederhanaan. Makanan diberikan secara percuma. Ibarat gerai dan kita di panggil berbuka puasa tanpa sesen pun diperuntukkan. Sungguh ! Terasa keberkatan di sana. Malah hati manusia yang dahulunya hanya dipandu amarah mampu dilembutkan untuk saling berkasih sayang tanpa mengira bangsa.

Hari-hari terakhir Ramadhan pula pasti akan dirindui. Tika ini masjid-masjid di Mesir dipenuhi lautan manusia hingga kesesakan yang tidak dapat digambarkan bagaimana. Teringat peristiwa 27 ramadhan ketika di Masjid Amru Al-Asr. Pada awalnya ingin menuju ke station lrt yang berdekatan selesai solat terawih, namun kerana kesesakan akhirnya arus manusia yang sesak membawa kami melentasi station tersebut hingga terlajak ke station yang berikutnya. Namun penat sedikit pun tidak kami rasa. Kalau di Malaysia, saat ini, manusia makin kurang di masjid kerana sibuk memasang tirai baru di rumah dan membuat kuih raya.

Fokus Raya atau Puasa

Beberapa hari yang lepas bahkan seawal sinar menjejakkan kaki ke pasaraya, promosi baju raya dan kuih raya kian hebat. Bahkan lagu-lagu raya sudah pun didendangkan. Sehebat kemunculan H1N1 dan kemeriahan raya lebih dirasai daripada kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Yang daku sendiri gusarkan, sempatkah kita bertempur dan layakkah kita dipertemukan hari itu sebelum sempat berjuang.

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183)

"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).

“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menutupi kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (At-Tahrim:8)

Merancang tidak salah, berpadalah. Sinar sendiri secara jujur, perlu tahu di mana akan beraya dan kelengkapan-kelengkapan di beli berperingkat. Kerana waktu yang sinar ada tidak banyak mana. Doa sentiasa agar di sampaikan pada ramadhan kali ini. Masih banyak kelemahan perlu dibaiki.

Kemaafan sebelum dijemput pergi

Pergi ke mana? pergi mencari diri dan redha Illahi. Bahkan kita pun tidak tahu bila kita akan terus dijemput pergi dan pulang ke sisinya kan. Justeru::

Duhai walid dan ummiku
kiranya ada kekasaran dalam kata,
kiranya ada salah bicara.
Bahkan kiranya ada suruhan dan laranganmu ku pandang sebelah mata
Maafkanlah
Maafkanlah

Duhai sahabat-sahabatku...
kiranya ada kekhilafan di dalam persahabatan dan perkenalan
kiranya ada hati-hati yang terluka
kiranya ada juga hati-hati yang menjauh lantas menjarakkan diri
kiranya tiada kesempatan berbicara dan bersua
maafkanlah sahabatmu ini
maafkanlah segala kekhilafanku
ampunilah segala dosa-dosa yang pernah sahabatmu ini lakukan terhadapmu
sebelum mata terpejam sebelum ruh diangkat dari jasad
sebelum segala-galanya terlambat
maafkanlah
maafkanlah
maafkanlah...

Tuesday, August 18, 2009

Langit Illahi

Tuhan tidak lupakan kita
"Walau diri seringkali alpa...
Walau dibeban segunung dosa...
Walau jauh dari rahmat-Nya..."
Dan Dia masih memberi Sinar Peluang
Untuk terus membaca dan membaca


Buku yang amat baik buat semua lapisan masyarakat bahkan sangat baik buat mereka yang masih mencari sinar kebenaran. Bahasa yang mudah dan santai. Walaupun penulis buku ini baru sahaja turun di medan ini bersemuka dengan pembaca dengan buku-bukunya. Ana doakan kejayaan beliau bukan hanya dalam penerbitan buku, novel namun kejayaan dalam menyentuh hati-hati manusia kembali kepada Pencipta. Moga Allah mudahkan.

Buku ini benar-benar membawa kita kembali mencari diri kita yang sebenar. Kembali kepada pencipta dan kembali memikirkan asal usul kita. Kalau di tanya asal usul pasti banyak jawapannyakan. Bukan kampung kita di Besut, Arau, Mersing, Segamat, Pasir Puteh. Bukan itu. Kampung akhirat kita ingat ke. Tujuan hidup dan mengapa kita diciptakan kita ingatkah?

Dalam kekalutan kita memenuhi komitmen terhadap sistem hidup dewasa ini sering menyebabkan kita lalai dan alpa. Justeru tiga persoalan asas InsyaAllah di kupas dengan baik oleh saudara Hilal Asyraf. Persis pengisian-pengisian di Mahadku dahulu.
  • Dari mana kita didatangkan?
  • Kenapa kita didatangkan?
  • Ke mana kita akan pergi?

Pelbagai lagi topik menarik yang dibincang dan dikupas oleh penulis buku ini. InsyaAllah tidak rugi anda mendapatkannya. Semoga Allah memandang usaha kita yang kecil ini untuk mencari dan memelihara sinar hidayahnya. Moga semuanya dikira sebagai ibadah agar syurga tempat kita semua berkumpul dan bersua.

NT::
  • Currrently with VT and planning next pit stop during school holiday.
  • Menunggu kepulangan dua srikandi dari menimba ilmu di bumi wakafan Matri dan Perlis Darul Sunnah =) . Along tunggu ni

Sunday, August 16, 2009

Perantau 09

Perantau
15 Ogos 2009
Kompleks Haluan Penyayang

Berkumpul dan bersatu untuk mentaati-Mu

Setinggi kesyukuran di rafa'kan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, tika ini masih memberi peluang untuk kita terus merasai nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah sinar baru kembali dari membaiki dan melengkapkan diri. Moga kesedaran, input, teguran dan nasihat kekal lama buat bekalan diri. Moga setiap yang didengar dan di bengkelkan tidak menjadi debu-debu berterbangan.

Permasalahan Islam danBold Muslim

Kami disedarkan dan diperingatkan akan hakikat dunia ini adalah sia-sia dan hina sekiranya amal, kata-kata dan apa jua tindakan tidak dihubungkan dengan Allah. Realiti hari ini banyak manusia mengetepikan agama dalam kehidupan bahkan agama dianaktirikan dan digunapakai atas kepentingan. Nauzubillah moga kita dilindungi daripada penyakit cintakan dunia dan menggulakan agama. Justeru daripada sikap manusia inilah lahirnya permasalahan islam (Qadhiyah Islamiyah). Sebenarnya gejala sosial dan korupsi yang berlaku hanyalah 'presenting problem'. Maka apa agaknya 'core problem' yang perlu kita cakna? Fikir-fikirkan...
Permasalahan inilah perlu kita selesaikan bukannya mengikut arus. Meredhai Sistem Jahiliyah yang wujud bukanlah tindakan bijak. Perlu berhikmah dan strategi untuk mengempur. Bukan bertindak tanpa ikut akal yang Allah berikan. Mereka yang berada dalam negara Islam atau negara kufur akan berbeza corak jihadnya. Resolusi demi resolusi perlu dicari dan kejelasan dalam menghadapi isu ini juga PERLU.

Justeru kita perlu mengenali virus dalam diri, masyarakat dan ummah khususnya barulah langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan kita temui. Penyelesaiannya tentulah bukan hanya memencilkan pada sesetengah aspek untuk dirawat tapi perlu kepada Tarbiyah Islamiyah Harakiyah. Nah, dengan tarbiyah islamiyah yang bergerak dalam pelbagai aspek yang menyeluruh mampu merawat penyakit-penyakit dan permasalahan ummat. Kesedaran di bentuk, kefahaman di raih. Antaranya :
  • Tarbiyah Fikriyah
  • Tarbiyah Ruhiyah
  • Tarbiyah Jasadiyah
  • Tarbiyah Tanzimiyah
Bahkan banyak lagi aspek tarbiyah. Tidak tersenarai rasanya. Justeru dalam menghadapi pelbagai isu yang meruncing. Kita juga perlu menyiapkan diri dengan pelbagai persediaan.
Hati perlu sedia untuk dirawati
  1. Persediaan hati
    -Rendah diri dengan kebenaran barulah kebenaran mampu meresapi dalam jiwa yang dahagakan sentuhan Illahi
    -Menyerah diri pada proses tarbiyah
    -Kosongkan jahiliyah dalam diri
    -Tanamkan cinta akan syakhsiyah Islamiyah dan sedia islah diri
  2. Persediaan aqal
    -Sedia untuk membentuk matlamat kehidupan yang jelas
    -Menjadikan Al-Quran da As-Sunnah sebagai panduan hidup
  3. Persediaan fizikal
    -Wakafkan diri untuk Islam
    -Manfaatkan harta, masa dan umur untuk akhirat
  4. Persediaan Jamaie
    -Membina ukhwah dan wujudkan rasa kebersamaan
    -Theqah dan Taat pada Allah
  5. Persediaan untuk Islah

Pelajar Muslim di Perantauan : Dilema antara dua kewajipan

Sudah pasti dalam menongkah arus kehidupan, lebih-lebih lagi buat musafir ilmu pasti banyak kewajipan dan tanggungjawab yang tergalas di bahu itu. Namun sebagai seorang Muslim, pemuda pemudinya perlu sentiasa merasai pengabdian kepada Rabb-Nya. Kita harus memantapkan tasawwur, sikap dan nilai untuk menghidupkan kehidupan di dunia ini sebagai bekalan pulang ke akhirat sana.

Antara dakwah dan study :: Itulah dua kewajipan besar buat perantau, musafir perjuangan. Ketahuilah syurga itu cukup mahal buat mereka yang ingin menghuninya. Sesiapa pun boleh belajar sepenuh hati tapi mewakafkan diri kepada Allah penuh mehnah dan tribulasi. Merasai taklifan sebagai khalifah itu seharusnya sudah sebati buat mereka yang bergelar muslim. Namu ujian dan dugaan tu tak pernah lari. Tidakkan kita mahu dimuliakan Allah disisi-Nya? Tidakkah kita malu sekiranya deenul haq dipermainkan dan majoriti umatnya masih lena di buai enaknya kemaksiatan? Sesekali tidak bukan. Kalau hati masih belum sensitif dengan keadaan ummat sekarang pohonlah diberi hati yang baru. Agar penderitaan ummah turut kita rasai sekaligus pemangkin gerak kerja kita nanti. Ya Rabb ampunilah kami atas kelekaan dan kecuaian kami.

Syukran buat sahabat-sahabat yang sudi berkongsi dan seinfiniti terima kasih buat penganjur. Moga redha Allah bersama kita.

Friday, August 14, 2009

Kembara Srikandi Raudhah

Ukhwah itu tidak pernah sepi. Pasti ada pertemuan demi pertemuan. Maka hari ini kami ditemukan dan berpisah jua Dia tentukan. Seorang demi seorang srikandi raudhah bakal melangkah kaki ke luar negara. Rezeki itu ada di mana-mana. Tuntutlah ilmu hingga jadi insan berguna. Alhamdulillah dengan perancangan dan perbincangan larut malam akhirnya berjaya juga 3 serangkai sahabat ini melangkah ke KLIA mengiringi permusafiran ukhtie Fatimah yang dikasihi ke Jordan. InsyaAllah bidang Syariah bakal menjadi kembara ilmunya selama 2 tahun di sana. Moga dipermudahkan segalanya.

Destinasi ukhwah :: KLIA
Tempat paling sukar melepaskan insan yang disayangi
Moga dikau di berkati

Berat hati mak melepaskan anak bongsunya

Mereka hanya berdua diiringi enam jejaka

kembaranya bermula

Destinasi ukhwah :: Universiti Malaya

FESKUM (Festival Konvo UM)

Siapa konvo ni ? Kami la (^_~)

Sejurus sahaja mengantar Fatimah bergegas la kami menaiki bas menuju ke KL central untuk meneruskan perjalanan ke UM. Alhamdulillah segala-galanya dipermudahkan. Gembira sekali rasanya sinar hari ini. Melihat mereka makin 'membesar' dan matang membuatkan hati ini senang. Terubat rindu. Tersenyum sendiri bila mengenangkan bermacam-macam kemudahan awam kami gunakan, dari ERL, LRT, KOMUTER dan RAPID. Mudah hidup di KL tapi hebat jua cabaran globalisasinya. Kemudahan kita guna sebaiknya. Hala kan kaki membuat amal, jangan sesekali ke teratak maksiat.

Meriah sungguh suasana UM. Macam-macam ada. Gerai makanan HEBAT. Satay dan Nasi Ayam mengisi 'stomach' yang minta diisi serta turut menjadi medan bergambar sakan buat kami. InsyaAllah, selebihnya gambar akan diuploadkan.

Cerita H1N1

~:: Prevention is better than cure::~

~ ::Triplet ::~
May He protect us
...Allah is alwayz with us...

Apa itu H1N1?

Viral Novel Influenza type A H1N1. Ianya berasal daripada Virus Avian Flu (Selsema Burung H5N1) yang telah menjangkiti itik atau Khinzir dan telah bergabung dengan Swine Flu (yang sepatutnya hanya menjangkiti ternakan itik sahaja) dan telah evaluasi (Mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi didalam rantaian makanan atau manusia. Semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit daripada manusia kepada manusia. Namun pada pengamatan sinar, masih banyak kekeliruan dan percanggahan maklumat tentang kemunculan H1N1. Moga kebenaran akan tersingkap.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana HINI adalah virus 'air born', ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak menjumpai perumah atau 'host' ( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan pengudaraan yang baik akan selamat daripada virus tersebut.

Apa Yang Perlu Tahu

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation Period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke - 4

Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan.Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS) peringkat awal, ia hanya pada 'trakea' jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' ia amat merbahaya kepada golongan yangg berisiko tinggi.

Siapa yang berisiko:

  1. Orang yg ada masalah 'obesiti' @ gemuk
  2. Perempuan yg mengandung
  3. Orang yg ada astmatic
  4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani 'operation yg besar', kanak2 yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yg rendah tahap imuniti eg. HIV ext.)

*kematian yg telah dilaporkan terdiri drpd golongan-golongan di atas.

Simptom-Simptom


day 1 - rasa kurang sihat, tak bermaya
day 2 - selsema, batuk dan demam yg kekal ( demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)
day 3 - rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
day 4 - sakit dada yg teruk jumpa doktor dengan segera
day 5 - and above lung collapse @ koma

Langkah-langkah kawalan

Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan ( kawasan yg padat dgn orang ramai)
  1. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dgn betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran.
  2. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'.
  3. Jika kurang sihat, elakan diri daripada beraktiviti (sosial dan berkumpulan)
  4. Jika kurang sihat dan ada ILI( influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang2 nya 3 ply mask)
  5. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.
  6. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan
  7. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik utk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
  8. Tak perlu ambil anti-viral atau apa-apa ubat influenza! Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada ubat-ubatan untuk merawat jika terkena jangkitan. ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.
  9. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk awam selewat-lewatnya pada 2010.
  10. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia dan mengambil masa 6 jam untuk run test untuk 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.
  11. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kpd ALLAH s.w.t agar virus ini cepat berlalu. Amin....

sumber ::
Taklimat H1N1 oleh pengarah kawalan penyakit berjangkit dar Kem. Kesihatan Malaysia di Pan Pasific KLIA pada 01.08.2009.

Wednesday, August 12, 2009

Aku Terima Nikahnya


Kekalutan ummi menguruskan adik di pagi ini sedikit menceriakan daku, gurauan nakal menceriakan pagi. Salwa tersenyum malu bila walid menegurnya sebaik dia bangun untuk bersiap menuntut ilmu. Mana tidaknya sedari semalam dia menunggu kepulangan walid tapi akhirnya terlena di sofa rumah kami. Lewat malam baru lek tiba. Inilah hasil perkahwinan dua insan yang kusayang yang bakal mencecah 23 tahun usianya. Cinta mereka tanpa syarat. Tersenyum sendiri ada sesuatu menyamai apa yang daku sedang hadamkan daripada buku itu.


Sebaik sahaja mereka ke sekolah terus menyambung pembacaan yang tergantung, gara-gara mata menuntut haknya semalam. Alhamdulillah pagi ini selesai membaca buku Aku Terima Nikahnya. Syukur buku itu hadir mengisi waktu-waktu lapangku. Kini Langit Illahi pula sudah dalam tangan, dibaca perlahan-lahan. Syukur pada-Nya memberikan hadiah buku-buku dalam tanganku.

Mengupas persoalan dan pengalaman Abu Saif dalam perkahwinan membuka mata siapa sahaja pada pandangan sinar. Persediaan demi persediaan diperlukan. Bukan mudah membina mahligai dengan insan yang masih baru bertamu dalam kamus hidup insan. Segalanya perlu dirancang sebaiknya agar sedikit sebanyak perjalanan rumah tangga tidak kusut antara tanggujawab seorang walid, abi, abah, ummi, ibu mahupun di pejabat mahupun hospital. Bukan mudah.

Buku ini benar-benar membuka mata. Matlamat dan halatuju rumah tangga perlu jelas di benak pasangan-pasangan yang berkira-kira untuk berumah tangga. Tidak akan ke mana-mana bahtera perkahwinan hanya kerna cinta, jika tidak disuburkan dengan erti perkahwinan yang jelas. Tidak cukup cinta kalau komitmen tiada. Meminjam kata-kata yang kemas terlakar di kulit hadapan cukup membangkitkan kesedaran diri sendiri akan peri pentingnya menjaga keharmonian sebuah perkahwinan dengan memahami tujuan membina mahligai bahagia.

“Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukan HAK yang tidak berkesudahan”

Bahkan kian lengkap ayat ini dengan kalimah-kalimah ini...

“Melihat perkahwinan sebagai medan MENERIMA, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta”

Maklum sahaja jalan cerita termeterainya janji juga berbeda. Mungkin kebaikan si dia menarik hati untuk menerima tapi itu sahaja tidak mencukupi. Bila akad sudah diangkat. Segala kebaikan dan keburukan akan tersingkap. Justeru di sini sama-sama jernihkan mentaliti dan persepsi sendiri akan kebaikan pasangan patut disyukuri dan kekurangan diredhai.



Tidak hanya bernoktah di situ. Allah hadiahkan sesuatu dan tidak kurang juga ujian demi ujian. Dulu berdua, sekarang mungkin bertiga kemudian berempat bahkan berlapan di suatu masa. Peranan demi peranan. Teladan demi teladan perlu ditunjukkan. Kasih sayang dan didikan yang baik perlu diberikan. Bersediakah kita?

Tidak mahu menghurai panjang. Dapatkan buku ini seandai belum dijadikan simpanan peribadi. InsyaAllah bakal mengetuk pintu hati kalian bukan senang-senang mahu ke alam sana. Perlu sama-sama betulkan pandangan terhadap marhalah yang penuh kerahsiaan. Harapanku moga keluargaku dan keluarga kalian diberkati dan dipelihara Allah. Selamat kuucapkan buat teman-teman yang sudah diijabkabulkan. Bagi yang sedang menunggu saatnya. Selamat persiapkan diri. Biar sibukkan diri dengan MENJADI daripada MENCARI.

Sinar~islami
Bandar Kinrara
120809

Tuesday, August 11, 2009

Muhasabahlah !!

Walaupun perit merawat keaiban tapi PERLU
.........................
"Setiap insan adalah pemimpin ke atas dirinya sendiri. Muhasabah itu perlu kerana berjayanya kepimpininan itu apabila dapat bermuhasabah."
.........................
"Orang yang berada dalam tarbiyah tapi tidak melakukan muhasabah dia akan terus beramal dengan keaiban."


Sinar~islami
Musolla Kuliyyah Engineering UIA
100909
~will be updated~

Monday, August 10, 2009

Saifi Malaysia 2009

"Umi...boleh temankan Along tukar duit kepada Ringgit Malaysia? Miskin pula di tempat sendiri," sambil menepuk-nepuk dompet yang kempis. Tersenyum pada Ummi minta simpati (^_^) .

"InsyaAllah boleh, lepas ambik Salwa kita terus ke sana," balas umi yang setia meneman ke mana-mana sahaja. Besar jasa umi. Tak terbalas.

Begitulah sepatah dua perbualan anak dan umminya. Hari-hari berkepit dengan Umi. Mana tidaknya, adik-adik semuanya ke sekolah. Umi sentiasa rela menemanku ke mana-mana. Melayanku tanpa banyak bicara. Bersembang tanpa jemu berkata. Alhamdulillah, esok barulah walidku pulang dari menunaikan Umrah. Maka diri ini tidak panjang kaki. Sekitar puchong sahaja berlegar-legar. Cuma hari ini ada keinginan berjalan keluar dari daerah Petaling.

Hari ini bertambah lagi koleksi buku yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah. Moga diberi kesempatan waktu. Langsung menukar duit, daku melewati kedai buku. Apa lagi rambang mata dibuatnya. Dapat la tangkap dua buku untuk jadikan bahan bacaan. "Rindu Bau Pohon Tin" karangan Abu Saif dan "Maryamah Karpor" karangan Andrea Hirata.

Menunggu ketibaan " Bercinta sampai ke syurga"

~Barulah lengkap~


Pelengkap Laskar Pelangi~mesti dapatkan =)

Cepat sungguh masa berlalu, rasa baru semalam menjejakkan kaki ke tanah air. Seminggu berlalu dengan pantasnya. Dan hari ini baru ingin melangkah keluar dari kawasan Petaling Jaya. Menemui sahabat-sahabat di UIA membuatkan daku sedikit teruja. Tambah pula lama tidak mengisi ruang hati yang kosong ini. Moga ukhwah yang terbina dirapat dan diberkati Allah.

Kalau beberapa entri sebelum ini sudah dibentangkan projek saifi. Ini kesinambungan dan versi Malaysia.

Postactivity::
  • Mengemas rumah- ni sampa bila takkan habis (^_~)
  • Membantu Ummi dalam menjayakan " Ladies Flea Market" di Dewan Serbaguna
  • Menghadiri Kursus motivasi Darjah 6 di Sek Agama Al Misbah~gugur juga air mata~
  • Menghadiri dan membantu mengendalikan Ceramah Kesihatan di Masjid Al-Ehsan dan "Program bersama Abang Nazrey".

In progress::

  • Bersama ahli keluarga~::rumahku syurgaku::~
  • Menghadiri kelas agama bersama ummi
  • Sedang membaca buku Langit Illahi dan ATN
  • "Bergerak"
  • Menunggu ketibaan Lek. RINDU tak terkata.

Will be::

  • Program perantau 15 Ogos
  • Menjelajah IIUM, UKM, UM, UPM~doakan sempat~
  • Ramadhan kita RAI (^_~) Tadarus dan kuliah agama..sampaikan umurku..
  • Program anak yatim di Bangi
  • Pulang ke kampung. Besut dan Arau sudah memanggil-manggil.
  • Merantau ke wilayah UTARA malaysia :: Ogos ::
  • Merantau ke wilayah SELATAN :: Sept ::
  • Menziarahi keluarga sahabat seperjuangan
  • Membaca buku-buku yang masih panas di atas rak
  • Raya Di SAMBUT dengan penuh syahdu.. redhailah daku
  • Take OFF~ Fly in style to Egypt~ 26 Sept 2009~
  • Selamat Melangkah Ke Alam Baru :: Tahun 4 mengamit kalbu :: Doakan terus maju

Allah tidak lupakan kita. Kita?

Sungguh indah apabila Islam dijadikan petunjuk sepanjang jalan.

Moga Redha Allah bersama kita semua

Maafkan ana sekiranya masih ada hak-hak seorang teman yang belum tertunai

Doakan cuti ini diberkati.

Wednesday, August 05, 2009

Prayer, Hope,Love, & Faith


Doa...menenangkan jiwa

Hatiku berdebar malam itu.

"Ala ukhtie relaks la bukannya tak pernah balik Malaysia," Seloroh Mufid

"Entah la anti, terstimulate pula sympathetic pathway ana ni. Serius berdebar-debar macam apa je," sambil menghembus nafas yang berat.

"Eh, jom-jom! Ramai dah budak Malaysia check in tu," Kata Nat, sahabatku yang lincah =)

"Erm, tetiba macam tak mau balik boleh?" sambil buat muka seposen

"Ngarut betul la budak ni, udah udah jangan ngada-ngada tenang aja sih, cepat salam salam ni" kena sebiji dengan cik kiena yang cumel.

Maka sesi melambai pun bermula. Alhamdulillah lepas semuanya. Dari tempat scan luggage hinggalah proses check in. Debaran pun kian reda. Lantas terus menelefon umi di Malaysia dan menghantar sms pada walid yang kini sedang berumrah di tanah suci Mekah. Moga kalian dipermudahkan perjalanan dan diberkati Allah selalu. Doakan along ya.


Tak putus-putus sepanjang permusafiranku doa dipanjatkan. Entah apa debaran ini. Sungguh sekejap masa berlalu. Terasa pantas pula Tahun 3 meninggalkan daku. Masa hadapan masih misteri. Kenangan lalu penuh epilog suka dan duka. Itulah lumrah hidup. Setiap kali permusafiran, memori-memori lalu kuputarkan. Saat yang sesuai bersendiri dan muhasabah kembali. Banyak dosa yang mengiringi. Takut pula tiada langsung amal yang diambil kira.

Tenang...Ya doa itu senjata orang mukmin. Bukan minta ditenangkan atas dosa mahupun kesalahan lalu. Cuma mengharapkan ketenangan untuk berlaku adil dengan kehidupan yang Allah berikan. Moga tenang memilih jalan dan melakukan tindakan. Doa inilah pengingat antara hamba dan Penciptanya. Malah pengikat hati antara manusia. Saling mendoakan tanda ingatan pada insan yang dikasihi. Malu pada ummi dan walid dari kecil sampai besar selalu minta didoakn. Padahal mereka tanpa diminta sentiasa mendoakan kita sebagai anaknya. Apatah lagi pada Khaliq yang menciptaku, sentiasa meminta dan terus meminta. Tak salahkan?

"Umi doakan along, esok along periksa" lalu umi pun berkata,"Umi sentiasa doakan, solat hajat semua"

"Lek doakan along tau, ada ujian esok" Lalu lek pun membalas "yang terbaik untuk along lek doakan"

"Ya Allah Kau berilah yang terbaik untukku, sesungguhnya daku hamba-Mu lemah. Kepada-Mu kukembali"

"Ya Allah Kau ampunkan daku dan mudahkanlah perjalanan hidupku"

"Ya Allah janganlah Engkau bebani dengan sesuatu yang tidak aku mampu"


Hope...sentiasa ada buat hamba-Nya

Di Mesir barulah ku benar-benar merasai hakikat pergantungan pada Allah dengan sebenarnya. Berjauhan dengan insan yang kita sayang dan mengenali insan dan suasana baru, benar-benar menuntut jiwa agar kebal dengan ujian. Namun kita kekal sebagai hamba hingga akhirnya. Tiada kekebalan. Kita lemah, kalah dengan keterbatasan agar pulang mencari mencari pertolongan Al-Rahman. Maka keluhan,aduan banyak daku sandarkan padaNya.Moga di situ ada harapan.

Teringat pesanan Mak Cik Faridah sebelum berangkat ke Mesir.

"Mereka yang pergi luar negara biasanya akan diuji dengan pelbagai perkara, dari sudut tarbiyah, akidah, akhlak dan ibadah. Maka disitu secara tidak langsung kita akan mula mencari tali untuk kita bergantung, mengadu. Maka jika benar dan suci hati kita, kita akan kembali mencari Dia. Kembali kepada fitrah. Kalau semua ini tidak berlaku. Kita ego sebenarnya. Kita EGOIS."

Ya benar sungguh kata makcik. Di Malaysia kita barangkali kuat kerana suasana bersama rakan-rakan lama. Tapi di sini kita mencipta suasana. Kita bebas memilih. Di situlah letaknya kebijaksanaan makhluk bernama manusia. Allah uji kerana ingin melihat hamba-Nya. Yang manakah yang terbaik di sisi-Nya.

Love...menebal rindu di kalbu

Berjauhan juga membuatkan jiwa ini sentiasa dipenuhi rindu, rindu pada keluarga, rindu pada sentuhan kalam murabbi, rindu senda gurau sahibah-sahibah yang jauh di mata, rindu melihat tanah air tercinta. 'Rindu' dengan Malaysia yang pelbagai cerita. Pelbagai isu pelbagai ragam tidak terkira. Dunia malaysia kian warna-warni. Isu bahasa, isa dan banyak lagi. Cantik sunguh "pelangi di Malaysia"

Sebaik sampai di KLIA, kalimah syukur daku panjatkan. Sungguh rindu-rindu itu terubat jua. Namun satu kerinduan yang daku sendiri tidak pasti bila akan terubat. RINDU pada PEMILIK hati ini. Dalam keadaaan apakah daku bakal menemuinya. Sekiranya hari ini kita mahu pulang ke Malaysia. Kita pasti memilih dan mencari souvenir buat insan tersayang, agar bila bertemu dapat kita lihat senyuman terukir di bibir mereka. Sinar sendiri akan gembira melihat orang lain gembira.

Justeru, bekalan apakah yang kita bawa untuk bertemu Dia. Ya Allah redhakah Engkau dengan setiap langkah yang daku cipta?

Faith...itu pasti

Melihat realiti hari ini, Islam yang kian dagang benar-benar membuatkan hati resah dan bimbang. Jalan cinta para pejuang bukanlah dihampari permaidani merah. Kita juga kekadang selesa, selesa dengan apa yang kita miliki. Melihat kondisi dan mendengar cerita manusia di Malaysia. Sesak jiwa. Sesak sekali. Besar tanggungjawab seorang daie. Itupun kita masih enak marathon movie dan goyang kaki.

Teringat peristiwa di dalam flight tempoh hari.

"Pardon, miss. Do you have a pen, " kata foreigner di sebelah ku. Lalu kuberikan pen yang sememangnya sentiasa kubawa. Pena dan buku adalah objek penting dalam kamus hidupku. Setiap detik adalah pengajaran buat diriku.

Apa yang menarik minatku. Bible diletakkan kemas di atas mejanya, daku sedari tadi hanya memegang Al-Quran dan hanya membukanya seandainya dia tidur. Bimbang menganggu privasinya. Mungkin dia turut perasaan aku merenung kalam-kalam Allah. Lalu dia tidak segan-segan mempraktiskan apa yang dia yakini. Kenapa aku perlu segan? Tidak perlu. Yakinlah ini kebenaran. Sambil enak dia mengisi borang. Lagu keagamaannya dituturkan. Jelas pada pendengaranku, " Jesus, jesus praise upon him...." sentiasa diulang-ulang. Agak terganggu juga. Memuji trinity dan sebagai. Terselit kekaguman dengan keyakinan dan kelancaran dia melafazkan bait itu. Terdetik juga bahawa benarlah bukan calang-calang orang kita bakal hadapi. Jalan cinta para pejuang menuntut pejuangnya bersedia kerana pihak yang bakal kita berhadapan bukanlah mereka yang goyah pada apa yang mereka yakini tapi turut punya matlamat dan semangat yang sama.

Langkah bermula...Malaysia kujejaki dengan harapan bekalan-bekalan dapat ku kutip buat persediaan hari-hari mendatang.

sinar~islami
Bandar Kinrara
10.00pm