BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, August 16, 2009

Perantau 09

Perantau
15 Ogos 2009
Kompleks Haluan Penyayang

Berkumpul dan bersatu untuk mentaati-Mu

Setinggi kesyukuran di rafa'kan kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya, tika ini masih memberi peluang untuk kita terus merasai nikmat Iman dan Islam. Alhamdulillah sinar baru kembali dari membaiki dan melengkapkan diri. Moga kesedaran, input, teguran dan nasihat kekal lama buat bekalan diri. Moga setiap yang didengar dan di bengkelkan tidak menjadi debu-debu berterbangan.

Permasalahan Islam danBold Muslim

Kami disedarkan dan diperingatkan akan hakikat dunia ini adalah sia-sia dan hina sekiranya amal, kata-kata dan apa jua tindakan tidak dihubungkan dengan Allah. Realiti hari ini banyak manusia mengetepikan agama dalam kehidupan bahkan agama dianaktirikan dan digunapakai atas kepentingan. Nauzubillah moga kita dilindungi daripada penyakit cintakan dunia dan menggulakan agama. Justeru daripada sikap manusia inilah lahirnya permasalahan islam (Qadhiyah Islamiyah). Sebenarnya gejala sosial dan korupsi yang berlaku hanyalah 'presenting problem'. Maka apa agaknya 'core problem' yang perlu kita cakna? Fikir-fikirkan...
Permasalahan inilah perlu kita selesaikan bukannya mengikut arus. Meredhai Sistem Jahiliyah yang wujud bukanlah tindakan bijak. Perlu berhikmah dan strategi untuk mengempur. Bukan bertindak tanpa ikut akal yang Allah berikan. Mereka yang berada dalam negara Islam atau negara kufur akan berbeza corak jihadnya. Resolusi demi resolusi perlu dicari dan kejelasan dalam menghadapi isu ini juga PERLU.

Justeru kita perlu mengenali virus dalam diri, masyarakat dan ummah khususnya barulah langkah pencegahan dan rawatan yang berkesan kita temui. Penyelesaiannya tentulah bukan hanya memencilkan pada sesetengah aspek untuk dirawat tapi perlu kepada Tarbiyah Islamiyah Harakiyah. Nah, dengan tarbiyah islamiyah yang bergerak dalam pelbagai aspek yang menyeluruh mampu merawat penyakit-penyakit dan permasalahan ummat. Kesedaran di bentuk, kefahaman di raih. Antaranya :
  • Tarbiyah Fikriyah
  • Tarbiyah Ruhiyah
  • Tarbiyah Jasadiyah
  • Tarbiyah Tanzimiyah
Bahkan banyak lagi aspek tarbiyah. Tidak tersenarai rasanya. Justeru dalam menghadapi pelbagai isu yang meruncing. Kita juga perlu menyiapkan diri dengan pelbagai persediaan.
Hati perlu sedia untuk dirawati
  1. Persediaan hati
    -Rendah diri dengan kebenaran barulah kebenaran mampu meresapi dalam jiwa yang dahagakan sentuhan Illahi
    -Menyerah diri pada proses tarbiyah
    -Kosongkan jahiliyah dalam diri
    -Tanamkan cinta akan syakhsiyah Islamiyah dan sedia islah diri
  2. Persediaan aqal
    -Sedia untuk membentuk matlamat kehidupan yang jelas
    -Menjadikan Al-Quran da As-Sunnah sebagai panduan hidup
  3. Persediaan fizikal
    -Wakafkan diri untuk Islam
    -Manfaatkan harta, masa dan umur untuk akhirat
  4. Persediaan Jamaie
    -Membina ukhwah dan wujudkan rasa kebersamaan
    -Theqah dan Taat pada Allah
  5. Persediaan untuk Islah

Pelajar Muslim di Perantauan : Dilema antara dua kewajipan

Sudah pasti dalam menongkah arus kehidupan, lebih-lebih lagi buat musafir ilmu pasti banyak kewajipan dan tanggungjawab yang tergalas di bahu itu. Namun sebagai seorang Muslim, pemuda pemudinya perlu sentiasa merasai pengabdian kepada Rabb-Nya. Kita harus memantapkan tasawwur, sikap dan nilai untuk menghidupkan kehidupan di dunia ini sebagai bekalan pulang ke akhirat sana.

Antara dakwah dan study :: Itulah dua kewajipan besar buat perantau, musafir perjuangan. Ketahuilah syurga itu cukup mahal buat mereka yang ingin menghuninya. Sesiapa pun boleh belajar sepenuh hati tapi mewakafkan diri kepada Allah penuh mehnah dan tribulasi. Merasai taklifan sebagai khalifah itu seharusnya sudah sebati buat mereka yang bergelar muslim. Namu ujian dan dugaan tu tak pernah lari. Tidakkan kita mahu dimuliakan Allah disisi-Nya? Tidakkah kita malu sekiranya deenul haq dipermainkan dan majoriti umatnya masih lena di buai enaknya kemaksiatan? Sesekali tidak bukan. Kalau hati masih belum sensitif dengan keadaan ummat sekarang pohonlah diberi hati yang baru. Agar penderitaan ummah turut kita rasai sekaligus pemangkin gerak kerja kita nanti. Ya Rabb ampunilah kami atas kelekaan dan kecuaian kami.

Syukran buat sahabat-sahabat yang sudi berkongsi dan seinfiniti terima kasih buat penganjur. Moga redha Allah bersama kita.

5 comments:

Khazinatul_Asrar said...

Syukran atas perkongsian ni. Suka sgt. Kadangkala, kita lupa taklifan dakwah itu. Kadangkala juga rasa terbeban kalau niat tidak dipasakkan hanya untuk Allah. Benar, ianya bukan sahaja titipan buat sahabat di perantauan, namun buat kami di tanah air sendiri juga. Cuma, ana kira mungkin ada bezanya di perantauan dengan di tanah sendiri :)

Semoga kita semua terus istiqamah dalam medan dakwah. Biarpun berbeza nama, tapi matlamat kita hanya satu iaitu untuk ISLAM tercinta.

*betulkan jika salah ;)

Wallahu'alam~

hood@sunny said...

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa,
nk pegi jugaaaaaaaaaak T-T

rindu pada sume~
k syu pon ada, seronoknya.
moga menjaid bekalan buat mujahidah kembali ke medan perjuangan.

Banastanniki 3anil hagaat min henaaak :P

saza s said...

salam ziarah kak sinar

alhamdulillah..perantau telah berakhir..tetapi warisannya baru bermula.....

gambatte kudasai

macam dah tak sabar dah ke sana....

sinar_islami said...

me to khazinatul asrar::

Afwan..yang baik kita kongsi..
Diri ni pun masih byk kelemahan..
Sama2 kita perbaiki dan bergerak menuju redha Allah..
Setuju..Kewajipan dakwah dan Study bukan hanya buat perantau..
di mana2sahaja..di mana bumi kita pijak disitu ISlam kita tegak..

Ameen.. Mga Allah pelihara imanku dan iman kamu.. serta thabat atas jalan ini..

sinar_islami said...

me to hoodsunny::

mai laaaaaaaaa... (^_~)
tahun depan, biiznillah kita p sama2 deh..
nak apa tu..hehe..belanja ana makan dulu..

me to saza_s::

Alhamdulillah..
tapi perjuangan perantau blm berakhir.. =)
ahlan2 mga Allah mudahkan perjalanan pewaris2 baru..
bawa semangat dan syuur baru..