BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 10, 2009

Saifi Malaysia 2009

"Umi...boleh temankan Along tukar duit kepada Ringgit Malaysia? Miskin pula di tempat sendiri," sambil menepuk-nepuk dompet yang kempis. Tersenyum pada Ummi minta simpati (^_^) .

"InsyaAllah boleh, lepas ambik Salwa kita terus ke sana," balas umi yang setia meneman ke mana-mana sahaja. Besar jasa umi. Tak terbalas.

Begitulah sepatah dua perbualan anak dan umminya. Hari-hari berkepit dengan Umi. Mana tidaknya, adik-adik semuanya ke sekolah. Umi sentiasa rela menemanku ke mana-mana. Melayanku tanpa banyak bicara. Bersembang tanpa jemu berkata. Alhamdulillah, esok barulah walidku pulang dari menunaikan Umrah. Maka diri ini tidak panjang kaki. Sekitar puchong sahaja berlegar-legar. Cuma hari ini ada keinginan berjalan keluar dari daerah Petaling.

Hari ini bertambah lagi koleksi buku yang perlu dihabiskan. Alhamdulillah. Moga diberi kesempatan waktu. Langsung menukar duit, daku melewati kedai buku. Apa lagi rambang mata dibuatnya. Dapat la tangkap dua buku untuk jadikan bahan bacaan. "Rindu Bau Pohon Tin" karangan Abu Saif dan "Maryamah Karpor" karangan Andrea Hirata.

Menunggu ketibaan " Bercinta sampai ke syurga"

~Barulah lengkap~


Pelengkap Laskar Pelangi~mesti dapatkan =)

Cepat sungguh masa berlalu, rasa baru semalam menjejakkan kaki ke tanah air. Seminggu berlalu dengan pantasnya. Dan hari ini baru ingin melangkah keluar dari kawasan Petaling Jaya. Menemui sahabat-sahabat di UIA membuatkan daku sedikit teruja. Tambah pula lama tidak mengisi ruang hati yang kosong ini. Moga ukhwah yang terbina dirapat dan diberkati Allah.

Kalau beberapa entri sebelum ini sudah dibentangkan projek saifi. Ini kesinambungan dan versi Malaysia.

Postactivity::
  • Mengemas rumah- ni sampa bila takkan habis (^_~)
  • Membantu Ummi dalam menjayakan " Ladies Flea Market" di Dewan Serbaguna
  • Menghadiri Kursus motivasi Darjah 6 di Sek Agama Al Misbah~gugur juga air mata~
  • Menghadiri dan membantu mengendalikan Ceramah Kesihatan di Masjid Al-Ehsan dan "Program bersama Abang Nazrey".

In progress::

  • Bersama ahli keluarga~::rumahku syurgaku::~
  • Menghadiri kelas agama bersama ummi
  • Sedang membaca buku Langit Illahi dan ATN
  • "Bergerak"
  • Menunggu ketibaan Lek. RINDU tak terkata.

Will be::

  • Program perantau 15 Ogos
  • Menjelajah IIUM, UKM, UM, UPM~doakan sempat~
  • Ramadhan kita RAI (^_~) Tadarus dan kuliah agama..sampaikan umurku..
  • Program anak yatim di Bangi
  • Pulang ke kampung. Besut dan Arau sudah memanggil-manggil.
  • Merantau ke wilayah UTARA malaysia :: Ogos ::
  • Merantau ke wilayah SELATAN :: Sept ::
  • Menziarahi keluarga sahabat seperjuangan
  • Membaca buku-buku yang masih panas di atas rak
  • Raya Di SAMBUT dengan penuh syahdu.. redhailah daku
  • Take OFF~ Fly in style to Egypt~ 26 Sept 2009~
  • Selamat Melangkah Ke Alam Baru :: Tahun 4 mengamit kalbu :: Doakan terus maju

Allah tidak lupakan kita. Kita?

Sungguh indah apabila Islam dijadikan petunjuk sepanjang jalan.

Moga Redha Allah bersama kita semua

Maafkan ana sekiranya masih ada hak-hak seorang teman yang belum tertunai

Doakan cuti ini diberkati.

8 comments:

Atiqah said...

bagus dh de perancangan..hehe..bilalah agknye kte bakal mengisi ruang jadual awk??? InsyaAllah moga Allah beri kesempatan

sinar_islami said...

(^_~) Ukm Um Upm tu..tgh dalam perancangan ni..
mesti jumpa atiq..Rindu ni..
After pgrm perantau..InsyaAllah
baru je bincg tdi nak heading ke sana..
Okeh2 ana masukkan..
jangan merajuk tau..Sayang semua
Mana tau ni tahun terakhir kita jumpa..doakn pnjg umur

aeshah said...

erm...ana nak masuk skali dlm jadual sha tu bleh?

sinar_islami said...

me to aeshah..

blh2..tak jumpa di wilayah utara kita jumpa di wilayah selatan..hehe..
blh kan gitu..masuk dah dlm jadual tu..tersirat tu..

hood@sunny said...

ok2, ana masuk jadual lepas bulan 9 (^ ~)

Huhu, ana pon nk menghabiskan buku2 yg da sejuk kat rak :P

aeshah said...

hehe...sha nak ke johor?
wah bahagianya hidup mcm tu =)

sinar_islami said...

doakan..bulan puasa insyaAllah..
skrg pun mcm2 kes..H1N1 la..
anti ade ke tym tu..kalau tidak kita jumpa kat perlis la ye

aeshah said...

hehe...ana 2-3 hari nak raye br balik johor sha=)
insya'allah ade rezeki kite jumpe kat mana2, dlm mimpi k..best jgk

p/s: thanx a lot sha sbb terima ana dlm hidup anti