BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 12, 2009

Aku Terima Nikahnya


Kekalutan ummi menguruskan adik di pagi ini sedikit menceriakan daku, gurauan nakal menceriakan pagi. Salwa tersenyum malu bila walid menegurnya sebaik dia bangun untuk bersiap menuntut ilmu. Mana tidaknya sedari semalam dia menunggu kepulangan walid tapi akhirnya terlena di sofa rumah kami. Lewat malam baru lek tiba. Inilah hasil perkahwinan dua insan yang kusayang yang bakal mencecah 23 tahun usianya. Cinta mereka tanpa syarat. Tersenyum sendiri ada sesuatu menyamai apa yang daku sedang hadamkan daripada buku itu.


Sebaik sahaja mereka ke sekolah terus menyambung pembacaan yang tergantung, gara-gara mata menuntut haknya semalam. Alhamdulillah pagi ini selesai membaca buku Aku Terima Nikahnya. Syukur buku itu hadir mengisi waktu-waktu lapangku. Kini Langit Illahi pula sudah dalam tangan, dibaca perlahan-lahan. Syukur pada-Nya memberikan hadiah buku-buku dalam tanganku.

Mengupas persoalan dan pengalaman Abu Saif dalam perkahwinan membuka mata siapa sahaja pada pandangan sinar. Persediaan demi persediaan diperlukan. Bukan mudah membina mahligai dengan insan yang masih baru bertamu dalam kamus hidup insan. Segalanya perlu dirancang sebaiknya agar sedikit sebanyak perjalanan rumah tangga tidak kusut antara tanggujawab seorang walid, abi, abah, ummi, ibu mahupun di pejabat mahupun hospital. Bukan mudah.

Buku ini benar-benar membuka mata. Matlamat dan halatuju rumah tangga perlu jelas di benak pasangan-pasangan yang berkira-kira untuk berumah tangga. Tidak akan ke mana-mana bahtera perkahwinan hanya kerna cinta, jika tidak disuburkan dengan erti perkahwinan yang jelas. Tidak cukup cinta kalau komitmen tiada. Meminjam kata-kata yang kemas terlakar di kulit hadapan cukup membangkitkan kesedaran diri sendiri akan peri pentingnya menjaga keharmonian sebuah perkahwinan dengan memahami tujuan membina mahligai bahagia.

“Melihat perkahwinan sebagai medan untuk memberi, akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukan HAK yang tidak berkesudahan”

Bahkan kian lengkap ayat ini dengan kalimah-kalimah ini...

“Melihat perkahwinan sebagai medan MENERIMA, menjadikan kita sering gelisah dan hidup meminta-minta”

Maklum sahaja jalan cerita termeterainya janji juga berbeda. Mungkin kebaikan si dia menarik hati untuk menerima tapi itu sahaja tidak mencukupi. Bila akad sudah diangkat. Segala kebaikan dan keburukan akan tersingkap. Justeru di sini sama-sama jernihkan mentaliti dan persepsi sendiri akan kebaikan pasangan patut disyukuri dan kekurangan diredhai.



Tidak hanya bernoktah di situ. Allah hadiahkan sesuatu dan tidak kurang juga ujian demi ujian. Dulu berdua, sekarang mungkin bertiga kemudian berempat bahkan berlapan di suatu masa. Peranan demi peranan. Teladan demi teladan perlu ditunjukkan. Kasih sayang dan didikan yang baik perlu diberikan. Bersediakah kita?

Tidak mahu menghurai panjang. Dapatkan buku ini seandai belum dijadikan simpanan peribadi. InsyaAllah bakal mengetuk pintu hati kalian bukan senang-senang mahu ke alam sana. Perlu sama-sama betulkan pandangan terhadap marhalah yang penuh kerahsiaan. Harapanku moga keluargaku dan keluarga kalian diberkati dan dipelihara Allah. Selamat kuucapkan buat teman-teman yang sudah diijabkabulkan. Bagi yang sedang menunggu saatnya. Selamat persiapkan diri. Biar sibukkan diri dengan MENJADI daripada MENCARI.

Sinar~islami
Bandar Kinrara
120809

10 comments:

Atiqah said...

kte akn dptkannye..insyaAllah...hehehe

sinar_islami said...

(^_^) itulah sahibah ana..
May Allah bless u sis

aeshah said...

ana dh baca buku ni...sgt bagus kandunganya. paling suke bila Abu Saif ckp ''Melihat perkahwinan sebagai medan utk mmberi, akn menjadikan kita lbih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yg tidak berkesudahan''
Membuatkn ana berfikir banyak kali tentang uniknya sebuah perkahwinan dan mcm mane satu2 pasangan memanipulate keadaan utk pertahankan perkahwinan mereka...

ван нур фархана said...

buku2 ni nak beli ritu,hehe...tp xbeli2 lg sbb alasan tertentu,tp sudah belek2,akan ku baca 1 ari nanti..ha,bila nak dtg uitm??nurul,kakyu balik khamis depan,set time kt ketemu ya...tadi kakyu call,ckp dgn afiq,bahasa baby,sgt rindu dia..

sinar_islami said...

me to aeshah::

Alhamdulillah..buku yg baik kena bca deh.. buku lain jgn lupa baca sama..
InsyaAllah..mga redha Allah kita raih.=)

me to farhana::

ke nak nurul hadiahkan.. dh tau dh trick tu..
=) bila nk dtg uitm..bila fana ade la..hehe..jumpa kat setiawgsa pun orait gak kan..ha..mgu depan cntik gak tu..nisah pun dh blk..blh ajak dia je naik lrt..
nak jumpa anak sedara juga ni..aih la lama tk main ngan baby ni..gatal tgn nk cubit..

ван нур фархана said...

bukan trick ah,hehe..
ni tibe2 gah study,wirels dpt plak,on9 jap,laptop terbuka kan,owh nisah blk,leh ah jumpa minggu depan..22hb kt balik,test 9 smpi 11 kot,pas hbs tros tunggu sape2 yg mahu ambik kt,ni bukan trick suh nurul ambik,hehee...nurul,mcm nak pg masjid jamek lorh...nanti kt tgk plan mcm ner ye..tido eh rumah kt...nisah cuti lame ke??ke sabtu ahad jer??sbb klu cuti lame,mmg la leh tido rumah kt kan,xda alasan xleh tido,hehe...kalau sabtu ahad,kt memahami,kt pun mengalami nasib same,wawa...bebel plak,tension esok quiz,huhu

hood@sunny said...

Ya, apa yg dicari dalam perkahwinan itu?

Hanya BARAKAH~

sinar_islami said...

me to farhana::

hehe..bukan trick..ic..anguk2..
nisah balik lama..smpi raya insyaAllah..
dia tgh pekse skrg..doakn..
and u too all da best
pape kalau dpt greenlight..jalan la jwbnya..

me to hood@sunny::

Betul..sokong tanpa bantahan..
dan redha Allah itu jua kita cari..

Walid said...

Perkahwinan adalah satu seni. Buku adalah satu panduan dan rujukan sahaja. Kehidupan sebenar di alam perkahwinan adalah lebih mencabar dan mempunyai liku-liku kehidupan yang berlainan. Ia tidak sama dengan apa yang kita baca, lihat dan dengar. Walaupun secara ‘conceptual’nya kehidupan pasangan yang berkahwin adalah sama tapi emosi pasangan, persekitaran, sistem kekeluargaan masing2 adalah tidak serupa sama sekali. Sebaik sahaja kita berada di lautan perkahwinan barulah kita tahu gelombang kecil dan besarnya. Beramal soleh, bersabar dan berdoalah kepada Allah supaya Dia boleh menenangkan suasana sesebuah perkahwinan hingga ke syurga yang abadi., Insya’allah. Kesimpulannya, walaupun kita telah membuat persiapan yang paling rapi, belum tentu kita boleh mencapai matlamat perkahwinan seperti yang dirancang bersama. Namun… banyakkan membaca bagi menambahkan pengetahuan dan mengurangkan ‘culture shock’ apabila berada di alam perkahwinan nanti.

sinar_islami said...

Syukran lek atas perkongsiaannya
takkan along sia2kan nasihat dan teguran..
lek lebih dahulu berpengalaman...
kami anak2 muda baru dipinggir gerbang persediaan..