Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan
Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
Sayup-sayup kedengaran dari dapur rumahku melalui youtube yang dimainkan. Ramadhan kian hampir, esok lusa bakal menjemput kita menghadiri madhrasahnya. Ya Allah sempatkanlah daku menjadi tetamunya. Persedianku dan kalian bagaimana? Tiga fakulti insan sudah bersediakah? Aqli, ruhi dan jasmani bagaimana?
Bulan penuh keberkatan..Sempatkah?
Ramadhan, bulan penenangan dan pembersihan jiwa, bulan yang mengandungi di dalamnya satu malam yang lebih baik daripada seribu malam, bulan yang mengandungi rahmah dan kekuasaan, bulan di mana peluang seorang muslim mempertingkatkan amalan dan memperkukuhkan ketaqwaan kepada Sang Maha Pencipta, bulan di mana saudara semuslim merapatkan jurang ukhuwah antara satu sama lain, bulan di mana kita memuhasabahkan diri dan mencari-cari diri yang mungkin semakin hilang spiritualnya dek kesibukan seharian di dalam mengejar duniawi, bulan di mana turunnya mukjizat terbesar ya'ni Al-Quranul Karim. Penuh kemuliaan di bulan ini.
SubhanAllah...antara pengisian daripada alumni ESQ yang cukup menyegarkan dan mengingatkan akan hakikat bulan Ramadhan Al-Mubarak ini. Jika kita merasakan semua kenikmatan tersebut...beruntunglah kita, bulan yang kita tunggu-tunggu, seumpama seorang putera mendambakan puterinya, umpama seekor pungguk yang merindukan bulannya akan datang jua, Ya hari esok masih ada, tapi masih adakah hari esok untuk kita. Ya Allah sempatkanlah. Allahumma Ballighna Ramadhan. Maka beruntunglah jika kita dipilih Allah untuk menjadi tetamu madhrasahnya.
Maka MANUSIA, ambillah peluang ini untuk
UPGRADE kan Diri anda,
KENALI lah Diri Anda,
BERBUAT BAIK lah dan
SUCI kanlah Diri Anda.
Mesir yang ku kenang...Rindu
Tika inilah terkenang-kenang puasa di perantauan, walaupun hakikat ketika ini sudah berada di tanah air dan insyaAllah akan berpuasa bersama keluarga, Mesir sudah kurindu.
Ramadhan di sana disambut ceria, penuh kain rentang macam kempen pilihan raya. Manusia bersegera membuat kebaikan. Dan fenomena yang jarang di Malaysia, semua lapisan masyarakat memegang Al-Quran tak kira di mana mereka berada. Membaca Al-Quran didalam pengangkutan awam seperti bas dan lrt bukan lah satu kepelikan. Seperti mana daku cuba praktikkan di sini, banyak mana akan tertumpu umpama kita alien di tengah lautan manusia. Sungguh asing. Sungguh daku rindu untuk menghidupkan amal di sana.
Mujur sekarang malaysia sudah pun mengeluarkan iklan membaca dan membudayakan amalan ini di dalam lrt dan di mana-mana sahaja. Alhamdulillah satu perkembangan baik. Setidaknya daku membaca buku-buku penyegar jiwa dan Al-Quran kuselangi jua. Praktislah di mana-mana kerana agama bukan hanya di masjid. Seharusnya mendominasi setiap tindakan kita.
Saat berbuka puasa pula, di Mesir penuh undangan berbuka puasa dalam kesederhanaan. Makanan diberikan secara percuma. Ibarat gerai dan kita di panggil berbuka puasa tanpa sesen pun diperuntukkan. Sungguh ! Terasa keberkatan di sana. Malah hati manusia yang dahulunya hanya dipandu amarah mampu dilembutkan untuk saling berkasih sayang tanpa mengira bangsa.
Hari-hari terakhir Ramadhan pula pasti akan dirindui. Tika ini masjid-masjid di Mesir dipenuhi lautan manusia hingga kesesakan yang tidak dapat digambarkan bagaimana. Teringat peristiwa 27 ramadhan ketika di Masjid Amru Al-Asr. Pada awalnya ingin menuju ke station lrt yang berdekatan selesai solat terawih, namun kerana kesesakan akhirnya arus manusia yang sesak membawa kami melentasi station tersebut hingga terlajak ke station yang berikutnya. Namun penat sedikit pun tidak kami rasa. Kalau di Malaysia, saat ini, manusia makin kurang di masjid kerana sibuk memasang tirai baru di rumah dan membuat kuih raya.
Beberapa hari yang lepas bahkan seawal sinar menjejakkan kaki ke pasaraya, promosi baju raya dan kuih raya kian hebat. Bahkan lagu-lagu raya sudah pun didendangkan. Sehebat kemunculan H1N1 dan kemeriahan raya lebih dirasai daripada kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Yang daku sendiri gusarkan, sempatkah kita bertempur dan layakkah kita dipertemukan hari itu sebelum sempat berjuang.
"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183)
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
“Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya, mudah-mudahan Tuhan kalian akan menutupi kesalahan-kesalahan kalian dan memasukkan kalian ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai.” (At-Tahrim:8)
Merancang tidak salah, berpadalah. Sinar sendiri secara jujur, perlu tahu di mana akan beraya dan kelengkapan-kelengkapan di beli berperingkat. Kerana waktu yang sinar ada tidak banyak mana. Doa sentiasa agar di sampaikan pada ramadhan kali ini. Masih banyak kelemahan perlu dibaiki.
Kemaafan sebelum dijemput pergi
Pergi ke mana? pergi mencari diri dan redha Illahi. Bahkan kita pun tidak tahu bila kita akan terus dijemput pergi dan pulang ke sisinya kan. Justeru::
Duhai walid dan ummiku
kiranya ada kekasaran dalam kata,
Maafkanlah
Maafkanlah
Duhai sahabat-sahabatku...
8 comments:
Hanya tinggal sehari~
Tetamu ini betul2 buat diri ini teruja.
cuma persediaan x sehebat mana..
Gambatte ne~
Ballighna Ramadhan Ya rabb :D
Assalamualaikum,
Itulah kelebihan Mesir. Di sana sini selalu terdengar doa-doa menyambut ramadhan. Hari-hari mereka serasa meriah bila ramdhan bertamu. Lebih hebat dari menyambut raya.
Saya bakal berpuasa di sini, tetapi akan pulang bercuti ke tanahair selepas itu.
Erm, sayu bila baca part berpuasa di Mesir. Biarpun belum pernah berpuasa di sana, namun hati ini meronta2 ingin ke sana lagi.
Biarpun hari biasa, bukan bulan ramadhan skali pun, Mesir tetap hidup walaupun kelihatan zahirnya seakan mati pembangunannya, biarlah. itu tak penting. Sungguh, rinduku pada Mesir!huhu. Begitu juga rinduku pada Tanah Harom Makkah dan Madinah. Tiada tempat seindah itu~
Semoga kita semua sempat dan bersiap siaga menyambut dan melalui ramadhan yg bakal muncul beberapa jam lagi~ Allahumma ballighna ramadhan Ya Rabb! :)
Maaf juga dipinta andai ada salah silap , terkasar bahasa dsbg~
sha maafkan salah silap kte sepanjang ukhwah ni terjalin...moga ramadhan kali ini lebih baik dr sblmnye...
me to hoodsunny::
Sekejap sungguh masa berlalu kan..
Jom persiapkan diri..Mga dimudahkan dan amal diterima..
me to farid rashidi::
betul, kemeriahan tulah yg dirindui..
Manfaatkan puasa di sana..
cemburu pula..tapi kita la kena bijak kawal suasana =)
me to khazinatulasrar::
umah ana terbuka kat mesir kalau nk singgh..
ameen moga kita ditemukan..
sehari je lagi kan..
maafkan ana jga =) andai ada slh bicara dan kalam
me to atiqah::
ana juga..maafkan ya.. (^_^)
Masuk Ke Daerah-Nya
Ramadhan ini, adalah
pintu
Masuklah kau dan aku ke
dalam daerah-Nya
Bersama sembah — rukuk
dan sujud-sujud
Dari tarikan nafas,
abuyon
http://hijau-tinta.blogspot.com
Salam Ramadhan dari kami
sekeluarga
Moga Ramadhan ini, putih-putih
biar bersih-bersih
Moga malam kita, taraweh
dan baca
Moga bercahaya
bait2 yang indah..
moga kita manfaatkan masa yang ada..
Salam Ramadhan juga dari sinar..
Moga amal kita Allah kira
Post a Comment