BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, November 06, 2010

Pemberian tanda sayang

Hati pastinya berbunga-bunga apabila menerima sebarang hadiah mahupun pemberian. Lihat sahaja wajah anak-anak ketika menerima coklat, duit dan mainan. Tak kurang juga kita apabila menerima hadiah di hari lahir. Ceria dan senyum sampai ke telinga.


Dalam kehidupan ini, ibu bapalah antara insan yang kerapkali memenuhi hajat kita. Dari kecil hingga besar...

Kita mahu coklat mereka belikan
Kita mahu mainan mereka belikan
Kita mahu baju mereka belikan
Kita mahu laptop mereka belikan

Kerana apa? Kerana mereka sayangkan kita. Kerana apa? Kerana mereka cintakan kita. Kadangkala tanpa dipinta mereka sudahpun belikan. Itupun kita masih merungut. Tak nak coklat ni, nak coklat tu. Tak nak mainan ni nak mainan tu. Tak nak baju ni, nak baju tu. Begitulah mungkin masa kecil kita. Susah untuk berpuas hati. Hatta sudah meningkat dewasa pun, ibu bapa kita masih cuba memenuhi keinginan kita.

Dan Hanya Dia Maha Memberi

Namun, tidak ada yang lebih berjasa dalam kehidupan melainkan Allah yang menciptakan. Setiap helaian nafas pasti ada pemberian yang mengiringi. Ketahuilah Allah lah yang lebih banyak memberi. Setiap pemberiannya punya hikmah tersendiri. Kegembiraan, Kesedihan, Kejayaan, Kegagalan. Kesihatan, Kesakitan itu semua pemberian. Tanda kasih pada kita. Cuma terpulang pada kita untuk menerima dengan hati yang terbuka atau sebaliknya. Inilah dinamakan ujian. Melihat ujian dengan positif mampu melihat betapa hebatnya sifat Ar-Rahman dan Ar-Rahim.

Pemberian itu mencairkan

Teringat kejadian di dalam kelas...

Uwaa...Uwaa... Jerit si kecil kerana tidak mahu diperiksa. Setelah doktor selesai menerangkan ciri-ciri penyakit yang dialami, si ibu membawa anaknya kembali ke tempat duduk. Kebetulan di sebelah Sarah.

"Ya helwa, a'iz di?" (Wahai adik cumel, nak ni tak) Pujuk Sarah sambil memegang gula-gula. Sarah direnung oleh Si kecil cumel. Perlahan-lahan dia membuka mulut dan tangisan berkurangan. Sarah menyuapkan gula-gula di bibir kecil itu. Matanya berkaca namun bibir mula mengukir senyuman. Ajaib sungguh!

Nah, setiap manusia punya trick untuk dipikat hatinya.

Justeru marilah melihat ujian sebagai anugerah dan pemberian

Sebagai Pencipta, Allah memberi hambanya ujian untuk merasai nikmat kehidupan dan 'mencairkan' dosa silam. Allah beri waktu sedih untuk muhasabah waktu gembira. Allah beri sakit untuk muhasabah waktu kita sihat. Allah beri ujian untuk menyuntik hati kita dengan jarum keimanan. Dengan ujianlah kita akan dinaikkan darjat di sisi-Nya.

Itulah tersiratnya sebuah ujian. Pemberian tanda kasih sayang Tuhan pada hamba-Nya.

Thursday, November 04, 2010

SiNaR's Kitchen Corner : Ayam Halia Ala Misr

Kalau bercakap fasal makanan. Memang sedap bunyinya. Perut pun mula berbunyi menyanyikan irama indah. Tambahan pula jauh dari tanah air. Kalau kepunan kena la masak sendiri. Teringat pula char kuew teow, tapi kali ini Sinar's Kitchen Corner bukan mahu berkongsi cara-cara memasak kuer teow kerana tiada kuew teow yang best di sini. Tunggu Sinar balik Malaysia dulu ya. Cuti hari tu berkali-kali juga masak, tapi terlupa nak bergambar. Hehe.

Ok.. Kawan-kawan pernah makan Ayam Masak Halia? Memang bagus untuk mereka yang sentiasa berangin. Memang membantu sistem badan anda. Orang tua kata, kalau nak buang angin kena makan halia. Sebab tu sekarang produk teh halia banyak di pasaran. Lebih lanjut pasal khasiat halia boleh rujuk sini. Dah baca? Bagus.. Maka mari kita memasak pula.

Resepinya mudah sahaja. Setelah mengalami beberapa evolusi maka terhasillah Ayam Halia Ala Misr hasil gabungan idea Beit Aisyatur Rodhiyah ini. Maklumlah duduk di Mesir ni kena kreatif, bukan semua bahan ada seperti Malaysia.


Nampak macam sup kan, tapi rasanya tak sama...

Bahan-bahannya adalah :

separuh ekor ayam (5-6 ketul ayam)
1 inci halia (dihiris halus)
1 biji bawang besar atau 3 biji bawang merah (Dihiris halus)
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
Sebatang lobak merah yang dipotong bulat
Daun ketumbar ( dipotong halus)
Tepung jagung
2 cawan air
Garam secukup rasa
Stok ayam jika mahu

Cara memasaknya ialah:

  1. Tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau. Kemudian masukkan halia yang telah dihiris halus.
  2. Setelah tumisan kelihatan keemasan, masukkan ayam, lobak dan tambahkan air.
  3. Biarkan mendidih barulah dimasukkan tepung jagung (dilarutkan dalam setengah cawan air dahulu). Tambahkan garam sebagai pelengkap rasa.
  4. Apabila kuah kelihatan pekat, masukkan hirisan daun ketumbar sebagai penaik bau dan rasa.
  5. Kacau seketika dan hidangan siap untuk dinikmati bersama 5 ahli rumah yang tercinta. (^_^)
Mudah bukan, sangat 'koboi' rasanya memasak resepi ini. Pandai-pandai la antum ubah ye. Itu sekadar anggaran kasar dan cara santai daripada Sinar. Ok, selamat mencuba semua. Jangan tak cuba. Dah tahu ilmu kena amal (^_^) Selamat memasak!

Oh, lupa. Kalau ada resepi best. Jangan segan untuk kongsi. Nak juga cuba untuk pikat hati orang rumah.

Wednesday, October 20, 2010

Tiada masa


"Min, jom kita gi library." Ajak si Yati kerana geram melihat si Min ralit berfacebook.
"Erm, Min takde masa la nak gi library." Balas Min bersahaja.
........................................................................

"Esok pagi free tak? Teman aku shopping."
"Mmm, tgk la dlu. Takde masa kot nak gi shopping." Balas Mira kerana ingin mengulangkaji pelajaran.

........................................................................

"Eh, malam ni ada qiam rupernya." monolog Ros sambil membaca emel.
"Malas la aku nak gi, banyak lagi keje aku ni." tambahnya lagi.

Nah itu realiti yang ada. Istilah "tiada masa" sememangnya sudah cukup sinonim dengan kita. Kalau tidak kita tuturkan, mungkin sahaja orang sekeliling akan tuturkan.Cuba kita perhatikan pernahkah kita merasa tidak cukup masa, tiada masa dan yang sewaktu dengannya.



Manusia memang takkan pernah cukup masanya. Itulah yang mungkin kita sering fikirkan bila kawan-kawan menyebut istilah tiada masa.

Memang sungguh ke tiada masa untuk kita gunakan?

Masa itu keutamaan.

Istilah tiada masa sebenarnya jika di perhalusi bermaksud kita telah menetapkan keutamaan kita. Bila diajak shopping misalnya, kita tidak mahu kerana study lebih utama. Bahkan ada kes bila diajak berusrah, kita rasa tiada masa tapi masih sempat bermain game di komputer, chatting, tidur dan sebagainya. Itulah maksud tersirat dari istilah tiada masa. Kita hanya akan memilih perkara yang dirasakan utama mengikut diri kita.

Maka, mindsetting kita harus diubah. Hati kita harus diubah. Memilih keutamaan supaya hidup kita dimanfaatkan. 24 jam masa kita. Banyak bukan? Bahkan ada yang bekerja 24/7. Memanfaatkan masanya demi Islam. Lebih manis 24 kita sibukkan dengan aktiviti yang berfaedah dari membungkamkan diri dalam kesenangan dunia yang sementara.

Justeru, hidupkanlah prioriti dalam mengurus masa mengikut yang Allah suka.

Mereka tiada masa berfoya-foya

Kenalkah kalian dengan As-syahid Sayyid Qutb yang menukilkan buku Mualim fi Tariq. Sewaktu di penjara pun beliau masih sempat menulis buku. Waktu sesempit itupun ruang untuknya namun diluangkan untuk masa demi agama.

Hebat bukan? Kita bagaimana? Tidak mahu jadi manusia hebat. Memang tiada masa untuk mensia-siakan masa.

Masih ada masa untuk kita perbaiki rekod kita

"Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan kebenaran dan nasihat-menasihati dengan kesabaran"
(Surah Al-Asr : 1-3)

Ayuh jadi hamba yang beriman! Lalu bertaubatlah dengan masa silammu, kelalaianmu, kecuaianmu dalam menguruskan masa-masa lalu.

”Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan Taubatan Nasuhan (taubat yang semurni-murninya), mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapus kesalahan-kesalahanmu dan memasukkan kamu ke dalam surga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama dengan dia; sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".

(At-Tahrim ayat 8)

Sunday, October 17, 2010

Gen6 di JAM6

Satu hati, satu misi, satu destinasi...

credit to Anas

Semalam mampu membuat ramai tersenyum...
Tiada yang lebih mampu Sinar katakan...
Beruntungnya diri mempunyai keluarga besar di sini...
Dan semalam moga Allah eratkan lagi ukhwah kita...
Walaupun kita pastinya berbeza, namun masih ada yang sama...
Destinasi kekal kita masih ghayah yang sama...
Dan Allah itulah matlamat kita...
Sembang sembang kita... Moga Allah terima
Cerita cerita kita... Moga Allah terima
Gelak tawa kita... Moga Allah terima
Sedih sedih kita... Moga Allah terima
Moga mereka yang telah pergi meninggalkan kita secara jasadi
akan terus kekal semangat juang mereka dalam diri kita.


Kami juga gen6 bahkan serumah
dari seawal menjejak kaki hingga kini
(^_^)
Kami masih berlima.
Hidup Beit Aisyatul Rodhiyah!
Moga Allah rahmati kita.

Sunday, October 10, 2010

Kapal Berdosa

Apabila Allah memberi peringatan, hati mana mampu mendustakan?

Hati oh hati... Apa khabarmu?


Hati yang dibelenggu? picture byaddicted2love at deviantart



"Sesungguhnya pernah ditanyakan: 'Siapa orang yang paling baik itu? Maka Nabi s.a.w menjawab : " Setiap orang mukmin yang bersih hatinya." Lalu ditanya lagi : "Apakah erti hati orang yang bersih itu?" Nabi menjawab : " Iaitu orang yang bertakwa, bersih, tidak ada kepalsuan padanya, tidak ada penganiayaan, tidak ada khianat, tidak ada kedengkian dan tidak ada pula iri hati."

(Hadith bersumber dari Abdullah bin Umar dengan sanad Sahih)

Allah.. Allah... bersihkah hati ini?

Beberapa hari ini, hati cukup teruji. Gelisah dan tidak enak rasanya. Dalam perjalanan ke Hayyu Sabie3 siang tadi, Allah izin sebuah bangunan berbentuk kapal membuka minda untuk berfikir. Maka timbul analogi yang bermain-main dalam fikiran hamba-Nya yang lemah ini...

Pelayaran yang harus kita tempuh, selamat atau karam? : picture by Jujika at devianart

Bayangkan diri kita adalah sebuah kapal layar yang ingin menuju ke satu destinasi ( syurga) dasarnya adalah lautan dalam, mimpi ngeri (neraka) buat si kapal layar. Ya inilah dia pelayaran (kehidupan) yang harus kapal lalui. Kapal perlu diisi dengan keperluan dan bekalan seperti minyak, makanan dan pelbagai kelengkapan yang lain. Jika ada perhentian, kapal akan berhenti untuk menambah bekalan. Namun si kapal tidak boleh membawa muatan lebih apatah lagi sesuatu yang tidak diperlukan. Jika terlebih akan tenggelamlah ia. Jika ada kerosakan (dosa) perlu dibaiki bukan dibiar sahaja kerana jika dibiar melarat akan punahlah kapal.

Ya itulah dia...kita persis sebuah kapal. Pelayaran perlu diisi dengan keperluaan bukan kerakusan. Kehidupan perlu diisi dengan amalan kebaikan bukan nafsu serakah dan duri dosa yang memusnahkan. Sebuah pelayaran perlu pergantungan dan keyakinan yang tinggi pada Pencipta Alam. Itulah kita manusia. Kita berhajat pada Allah Yang Menciptakan.

Manusia berdosa seperti mana kapal yang rosak strukturnya, bisa tenggelam bila bila masa sahaja... Kapal berdosa, itulah analogi untuk kurenungkan... boleh juga untuk kalian.


"Jom kita basuh dosa kita dengan taubat!" kata-kata yang cukup membuatkan diri terdiam sejenak, mengalir mutiara jernih...Allah, layakkah aku menjadi tetamu-Mu... Jawapan dan jalan sudah ada, hanya tinggal.... PILIH!

Saturday, October 09, 2010

Perantau akhir zaman

Beberapa hari ini Sinar kerap membuka fail yang tersimpan pelbagai khazanah peribadi. Sebuah coretan daripada seorang teman mengubat rindu lama dan masih segar sebagai peringatan buat diri yang selalu leka.



Duhai temanku Perantau Akhir Zaman
Didiklah dirimu menjadi Muslimah Ideal
Kerana keIDEALan itu adalah
kekuatan dan kemenangan...
Apabila Islam dan Allah di hina
Apakah yang akan kita lakukan?
Tugas kita adalah berJUANG
Bangkitlah!
Membina peribadi Mukminah Muslehah
Kibarkan jihad di jalan-Nya
Bangkitlah!
Jangan dikau ragu
Ingatlah...Syurga Allah menantimu
Bukan usahamu yang tidak membuah hasil itu sia-sia
Cuma...Kemenangan yang lewat tiba.

Rindu, sedih. Itulah perasaan Sinar. Ringkas tapi mendalam maknanya bagi Sinar. Betapa besarnya harapan keluarga dan teman. Apatah lagi semua ini untuk Islam. Apabila bergelar perantau inilah, diri benar-benar merasai pergantungan pada-Nya. Belajar erti berdikari. Belajar memaknai erti rindu. Belajar menghargai erti sayang. Untung sebenarnya bergelar perantau.

Buat mereka yang baru bergelar perantau, Sinar ucapkan selamat mengharungi liku-liku kehidupan dengan penuh kerendahan hati dan ketinggian budi. Sematkan dalam diri bahawa Allah pasti menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk jiwa ini. Sabar dan Redha itulah kunci kejayaan seorang perantau. Moga Allah rahmati kalian.

Ya Allah permudahkan jalan kami. Berkatilah kembara hambamu ini.

Thursday, September 30, 2010

Bakal doktor, muhasabahlah!

Sudah seminggu Sinar di sini. Hidup bersama debu-debu Mesir dan panasnya mentari mendidik diri untuk bertahan dan bersabar. Ya inilah ujian di sini. Walau se'ekstrem' mana pun cuaca di bumi empat musim ini perjuangan harus diteruskan. Sesekali lelah juga. Namun menyerah kalah bukanlah pilihan seseorang yang mengaku dirinya Muslim. Alhamdulillah, teruja untuk belajar. Sesi pengajian di mulakan dengan internal medicine. Fuh, masih banyak yang perlu diulangkaji.

Bimbang.. Bimbang..

Seolah-olah tidak percaya diri ini sudah menjejaki tahun-tahun akhir di kuliah perubatan. Tahun 5 merupakan tahun kritikal bagi Sinar. Tidak dinafikan, diri sudah tidak sabar untuk pulang berkhidmat. Namun jauh di sudut hati wujud kebimbangan.

Cukupkah ilmu?
Layakkah aku?
Mampukah aku sesibuk itu?

Mungkin ramai yang kita lihat mampu menjadi doktor yang baik. Namun diri kita, masih menjadi persoalan. Setiap manusia Allah ciptakan lain keupayaannya. Walaupun hasil keluaran universiti yang sama, tidak menjamin persembahan yang sama. Ada yang rajin ada juga yang malas berusaha. Ada yang akademiknya power tapi skillnya kurang. Ada yang skill power tapi akademik biasa sahaja. Ya manusia itu tidak sama.

Maka usaha perlu dilipatgandakan :) Go sinar go.. Go kawan-kawan go..

Manusia manusia, kenapalah suka berkira...

Apabila bertemu rakan-rakan kuliah pelbagai cerita dikongsi. Tidak kurang juga pengalaman masing-masing pulang bercuti. Ada yang menghabiskan masa di hospital untuk menambah ilmu dan mengasah kemahiran. Ada yang dipuji ada yang dimarah membuta tuli. Sudah pasti hati akan terguris bila mana manusia-manusia berkata

"Ni keluaran mana? Itupun tak tahu!"
"Universiti awak tak ajar ke?"

Kalau Sinar automatik Sinar jawab,

"Maaf doktor, kami memang tak belajar sebab baru nak masuk tahun 5. Silibus lain."

Nyatakan yang benar. Kalau lupa cakap lupa. Yang penting be humble jangan arrogant tak tentu hala.

Tidak pernah pula disindir sinis begini cuma apabila mendengar cerita terkilan dengan sikap manusia. Oh, kalau terkena pada diri mahu menangis dibuatnya. Pernah juga disindir cuma berbeza. Cuba pandang dari sudut positif. Alhamdulillah setakat ini, kalau diri tidak tahu, tidak segan berkata saya tidak tahu. Bahkan Allah menyuruh kita belajar jika tidak tahu. Belajar daripada siapa? Sudah pasti orang yang lebih tahu. Maka orang yang lebih arif dan tahu janganlah berlagak sombong. Allah nak tarik ilmu sekejap je. Jadi bila tua nanti bila kita dah ada tittle Dr, Pakar ke, Prof ke janganlah kuat menyindir. Sikap kita jaga. Harap-harap keluaran Mesir buat perubahan besar dengan sistem yang ada.


Generasi perubah :) Ini doa...

Ya, banyak sebenarnya Sinar dengar tentang sikap Melayu. Apa salah berkongsi ilmu. Apa salah mengajar orang tak tahu. Kalau bangsa kita dihina, melenting bukan main. Tapi nak berkongsi ilmu payah pula. Allah Allah. Maka, jika kita tidak suka diperlukan begitu, semoga di masa hadapan kita bukanlah orang yang lokek berkongsi ilmu.

Tiada kaitan dengan orang terdekat, cuma penat mendengar cerita tentang sikap. Ubahlah jangan tak ubah. Bila mana kita hormat orang lain, automatik orang lain hormat kita hatta kita bukanlah pandai mana. Gelaran Dr tak menjadi apa-apa bila attitude tak jaga. Allah itu Pengawas Utama.

Fuh, jauh lagi perjalanan. Moga Allah bimbing sikap dan kelakuan kita.

Monday, September 27, 2010

Selamat Tinggal Malaysia

Fuhhhhh....Berdebu blog ini rupanya. Maaf ya lama tidak mengupdate.
Pejam celik pejam celik sudah 2 bulan setengah Sinar bermukim di tanah air. Beruntung sebenarnya dapat ke Mesir. Setidaknya lebih menghargai negara sendiri dalam banyak perkara.
Rindu keluarga
Rindu kawan lama
Rindu sekolah lama
Rindu makanan Malaysia
Rindu suasana Malaysia
Alhamdulillah majoriti kerinduan terubat walaupun tidak terubat sepenuhnya tapi tahun ini banyak yang Sinar sempat lakukan berbanding tahun lepas. Dapat bertemu sanak saudara, kawan lama dan tidak kurang penting pelbagai makanan sempat juga dijamah supaya tidak mengidam.


Kembali ditemani oleh mereka (^_^) Tunggu Sha ya...


Di saat akhir menikmati keberadaan di Mesir ini Sinar turut dilanda rindu pada teman-teman sekuliah yang sudah berada di Mesir. Walaupun sebenarnya rasa bersalah kerana agak lambat Sinar pulang tahun ini, Allah sudahpun menyusun beberapa peristiwa untuk Sinar renungi. Mungkin inilah peluang terakhir bersama mereka yang Sinar sayang. =) Siapa tahu bukan. Hanya Dia sahaja yang tahu.

InsyaAllah pada malam ini, Sinar akan pulang ke Meir dengan penerbangan Royal Jordanian. Mohon doa kalian semoga Sinar selamat sampai di ardul kinanah itu.



Akhir kalam, moga redha Allah bersama kita. Maaf pada mereka yang Sinar tidak sempat bertemu dan bertegur sapa.

ps: Alhamdulillah update juga. Ok tak Kak Iman Aisyah :) Kira halal la ye. Ok nak bersiap sudah lewat. Huhu... beratnya hati.

Monday, September 13, 2010

Memori Aidilfitri 1431 H : Penuh pengertian

Apa khabar semua? Sihat?


Semoga sihatlah jasmani dan rohani kita :) Maklumlah sudah sebulan kita puasa rugilah sekiranya jika disia-siakan apabila syawal tiba.

Sebenarnya terasa rindu pada kalian dan laman ini. Alhamdulillah, semalam Sinar selamat tiba di rumah. Sudah 5 syawal rupanya. Perjalanan 4 syawal yang penuh pengertian buat diri. Setiap Syawal yang berlalu punya kisah tersendiri :) Banyak yang perlu direnungi. Hakikatnya Syawal ini membahagiakan di samping menginsafkan diri. Walauapapun, Sinar harapkan, segala sesuatu itu akan menjadi saham kebaikan di akhirat kelak. Perjalanan hidup ini ada hikmah tersembunyi. Alhamdulillah, Aidilfitri ini ada sinarnya. Rasanya masih belum terlambat untuk Sinar ucapkan "Salam Aidilfitri, maaf zahir batin" pada semua yang mengenali diri.



Raya pertama : Perlis

Alhamdulillah diberi peluang untuk beraya di bumi kelahiran walidku pada tahun ini. Sudah lama tidak beraya bersama. Namun, bumi Perlis ini sentiasa menjadi kunjungan Sinar walaupun bukan di Hari Raya. Saling bermaafan di hari raya membuatkan hati tersentuh. Tapi suka Sinar ingatkan diri, keluarga dan teman, walaupun mudah menitipkan maaf di hari raya namun biar hati turut ikuti. Janganlah usai berakhirnya Aidilfitri, yang lama kita ungkit kembali. Semoga hati kita turut memaafkan kerana Allah lebih jauh tahu apa yang tersembunyi tersembunyi di hati.


Gembira atau sedih sebenarnya terpulang pada kita menentukan. Kitalah yang mengawal perasaan dengan izin Allah jua. Maka, Sinar lebih suka menceriakan diri dari membiarkan diri diselimuti kesedihan di hari raya. Maklumlah bukan selalu boleh berjumpa sanak saudara. Sudah pastinya banyak gambar sinar 'pukul' walaupun hanya guna kamera kecil. Janji kena senyum baru dapat 'tembak' gambar (^_^) Siapalah mahu belanja kamera yang cun tu ye. Sabar menanti ni.


Senyum!!


Suka melihat gambar ini, lagi-lagi kamera itu.

Raya kedua: terengganu

Usai sahaja solat jumaat di hari raya pertama, kami sekeluarga sudah bersiap-siap mahu bertolak ke Terenganu pula. Tahun ini ada sedikit kelainan kerana kami beraya di kedua-dua kampung.

Di Terengganu, semua adik beradik ummi pulang ke kampung memandangkan Tokki dan Wan ingin mengadakan kenduri doa selamat sempena dikurniakan cucu melebihi 50 orang. Maka, pada hari raya ini kami merakam gambar bersama keluarga besar tetapi masih ada kekurangan ahlinya.



Kemeriahan sangat dirasai. Apatah lagi apabila melihat anak-anak kecil riang gembira berlari ke sana sini. Banyak sungguh wajah baru. Hanya Allah yang tahu gembiranya hati ini melihat mereka. Terbit rasa sayang pada keluargaku ini.


Hana yang ayu. Grrr. Geram.


Rupanya Faris sepupuku juga. Ahaks, baru Sinar tahu.


Penat menyuruh si Asma turun. Huhu

Sinar juga cukup terharu kerana buat pertama kalinya Sinar dapat merakam kenangan bersama walid, ummi dan adik-beradik Sinar. Alhamdulillah cukup 11 orang keanggotaan di tambah pula kehadiran orang baru iaitu adik ipar Sinar. Maklumlah apabila tiba sahaja hari raya, adik-adik Sinar pasti hilang entah ke mana ketika sesi bergambar.



Raya Ketiga : Majlis Kesyukuran Sahabatku

Hari ini sangat dinanti-nantikan oleh seorang teman sekuliahku. Ya, inilah hari dia diijabkabulkan bersama pemuda yang dia yakini sebagai pendamping hidupnya. Alhamdulillah, Sinar dapat hadiri. Senyuman tidak lekang daripada bibirnya. Ayu sekali temanku pada hari itu. Sinar juga tumpang gembira. Syukur majlis berjalan lancar. Tema putih di saat akad nikah lambang sucinya ikatan yang terbina. Tema merah hati sudah pasti menjadi pilihan temanku ini. Cantik semuanya. Semoga redha Allah bersama kalian.


Tersarung sudah cincin di jari manisnya



Hantaran lambang kasih berpadu

Syukur, Aidilfitri ini penuh warna-warni (^_^)

Akhir kalam, Moga Allah sentiasa rahmati kita semua.

Salam Lebaran dan Salam kemaafan buat semua.

Wednesday, September 08, 2010

Ramadhan pergi, Syawal kembali

Ramadhan berlalu pergi...

Bila dibaca hasil tulisan rakan-rakan blogger, banyak yang menyentuh hati. Hinggakan diri ini lebih banyak menghabiskan masa merenung diri daripada menukil di laman blog ini. Ya, kita tahu ibadah di bulan ini penuh ganjaran bahkan pintu taubat dibuka seluas-luasnya namun mencetus mahu dan mampu itu kadangkala sangat payah diertikan bukan? Sinar sendiri akui...


membentuk diri bukan sekelip mata, tapi perlu proses dan masa...

" Ramadhan, madhrasah tarbiyah diri"
" Ramadhan, kem bina jati diri"
" Ramadhan, institusi pemangkin iman dan penawar hati"

Begitu banyak slogan yang dilaung-laungkan. Begitu banyak tazkirah dan ceramah yang mengisi masjid, surau, sekolah bahkan tempat kerja pada bulan ini. Tanda ada golongan yang ingin menghidupkan. Namun diri kita bagaimana? Melihat Ramadhan pergi dan bagaimana diisi, terasa masih banyak lompong di sana sini. Hinggalah akhirnya kita benar-benar di penghujung Ramadhan pada tahun ini. Syawal pula sudah mengamit di hujung titi.

Syawal pula kembali...

Sudahkan diri benar-benar pulang pada fitrah insani? Justeru layakkah diri menyambut eidulfitri pada Syawal yang sangat dinanti ramai? Apakah yang kita nantikan sebenarnya?

Pada satu sudut, diri sedih kerana bukanlah graduan terbaik dari institusi Ramadhan kali ini. Maka terasa tidak layak.

Pada satu sudut, diri bersyukur kerana masih diberi peluang daripada-Nya merasai hebatnya Ramadhan. Kalau diizinkan Allah Syawal itu hadir, kenikmatan bertemu sanak-saudara yang jarang sekali berkumpul adalah satu anugerah persaudaraan buat Sinar.

Ya. Itulah kita. Hamba yang kerdil. Sentiasa ada silap di sana sini. Jadikan Ramadhan yang pergi medan muhasabah diri, Syawal yang datang medan kita pertingkat amal Islami. Istiqamah itulah kunci dalam beramal. Hebat dalam Ramadhan bukanlah beerti dia jaguh di bulan-bulan hadapan. Mujahadah, mujahadah itu yang perlu kita lakukan. Bekalan yang kita perolehi di bulan Ramadhan, moga kekal bermanfaat untuk sepanjang perjalanan.

Moga Allah tautkan hati para graduan Ramadhan dengan tautan keimanan dan ketakwaan. Justeru akan lahir persaudaraan dan kemaafan yang berpanjangan. Akhir kalam, salam kemaafan dan salam mahabbah buat warga pembaca sekalian. Uhibbukumfillah.

Sunday, September 05, 2010

Ada tong tak?

Kisah 1

Seorang pesakit lelaki berbangsa Cina yang luka di tangan dibawa masuk ke bilik prosedur Jabatan kecemasan yang disediakan. Sudah pasti tangannya bakal dijahit.

"Uncle, ni kenapa?
"Itu kaca, kena tangan saya ma"
"Ada tong tak uncle"
"Banyak tong la encik"

Sambil Encik F selaku penolong pegawai perubatan membuka balutan, kami sebagai pelajar elektif memerhati dengan tekun. Terkejut sebentar melihat luka yang dalam dan besar. Otot pun dapat kami lihat. Naik mual juga melihat darah yang keluar. Walaubagaimanapun, inilah masanya membiasakan diri.

Terus En F mengambil ubat bius. Di suntik "local anesthetic" atau ubat bius di kawasan luka.

"Ada tong lagi tak?"

"Ada rasa kebas, tong sudah kurang ma. Tapi hati saya manyak tong. Tak tahan tengok itu darah"

"Hati pun boleh tong ye uncle?" Beliau angguk perlahan sambil tersenyum.

Kami semua tersenyum. Ngilu barangkali pakcik ini. Empathy. Tapi bab-bab hati ni memang unpredictable. Ngilu ke, fobia ke, sakit hati ni bukan boleh digambarkan. Liver disease ye lah boleh kita kesan melalui MRI ke, CT ke. Oh hati, hati. Sinar pun mula ngilu.

"Ha, sekarang barulah kita boleh jahit. Sakit pun dah kurang dan akan beransur hilang. Tapi keje menjahit ni kena cepat dan selamat sebab sekejap je kesan ubat ni." Terang Encik F.

Inilah antara peralatan dan cara yang akan digunakan. Gambar hanya sekadar latihan mengunakan gauze bukan kulit manusia :) susah nak tangkap gambar patient.

Kami mengangguk faham. Kena ada juga kemahiran bercakap dengan pesakit. Paling kurang tahu beberapa kalimah bahasa mereka. Tong tu sakit rupanya.(dieja berdasarkan bunyi, mungkin Sinar salah eja)

Akhir sekali, ucapan terima kasih daripada pesakit benar-benar membuatkan hati terharu.

Kisah 2

Pada suatu petang, Sinar diberi peluang untuk mengambil ABG (Arterial Blood Gas) buat pertama kali. Berdebar tak terkata. Apatah lagi pesakit ini mengalami SOB(Shortness Of Breath) dan sudah biasa dimasukkan ke hospital kerana mengalami beberapa episod SOB. Mana tahu tiba-tiba kredibiliti kita dipertikaikan. Maklumlah kami pun masih belajar. Memang banyak benda yang kami tidak tahu. Ada juga pesakit yang merasakan dirinya bahan eksperimen. Apa pun, kita kena ada kerendahan hati. Baru Allah buka jalan untuk belajar.

Seterusnya, setelah nadi ditemui dan membaca bismillah terus jarum di masukkan, Alhamdulillah Allah izin darah terus memasuki syringe. Berjaya!

Pakcik tu memang ramah orangnya. Dalam debaran tadi sempat juga menangkap beberapa kata-kata beliau.

"Good! tak sakit. Look! The key is don't be rush and panic. Just be calm. So you can manage it. Allah akan mudahkan. Believe in god." Terharu pula mendengar kata-katanya.

Setelah selesai, kami pun mengambil sejarah pesakit. Di situlah bermula pelbagai cerita. Kesian pula kami mendengarnya. Namun ada beberapa cerita yang kami kurang pasti kesahihannya. Sebagai doktor, mencari punca penyakit adalah penting. Maka mengarahkan soalan kepada beberapa punca juga penting dan menjadi wajib.

Kemudian, kami ingin melihat kondisi peparunya menggunakan 'stethoscope'. Sedang teman Sinar ingin memasang 'stethoscope' di telinga, Sinar dan tiga lagi teman mendengar bicara pakcik ni. Hinggalah kata-kata ini benar-benar menimbulkan tanda tanya.


"Ha, kenapalah pakai tudung macam ni." Beliau merujuk kepada tudung litup dan labuh yang kami pakai.

"Kan susah, nak pasang stethoscope tu. Ni semua tudung Anwar Ibrahim ni. Selendang kan senang. Zaman Hang Tuah dulu pun, pakai selendang je. Senang pun senang." Gitulah celoteh pakcik itu.

Silapnya kami, mulut kami hanya terkunci. Sinar tergumam sambil memandang teman di sebelah. Panic juga mendengar kenyataan itu. Masing-masing bermuka pelik. Kami pun tidak pasti sejauh mana kefahaman beliau. Awalnya elok beliau mengingatkan kami pada Allah. Singkat sebenarnya perkenalan ini maka tidak wajar kita menghukum, pasti ada yang tidak kena. Sepatutnya tugas kita membetulkan. Moga beliau dikurniakan kefahaman yang jitu. Moga hidayah milik kita semua.

Aduh, lain kali kena bersedia dengan soalan dan fakta provokasi daripada pesakit. Kita kadangkala delima antara penyakit yang pesakit hadapi dan kefahaman yang berpenyakit juga. Tugas doktor ada dua, merawat sakit zahir dan batin. Walaupun masa suntuk. Kita kena tangkas. Barulah bonus namanya.

Yang mana yang lebih tong, sakit badan ke, hati yang sakit?

Sinar~Islami
Puchong
Mood : ED dalam kenangan
Banyak lagi yang Sinar perlu perbaiki... Doakan...

Friday, August 27, 2010

Wad Kecemasan, satu permulaan

Teori dan praktikal merupakan dua medan yang berbeza. Baik sebagai Muslim mahupun pelajar kita akan dikelilingi oleh dua medan ini. Kita tahu hikmah sabar, kita tahu hikmah solat, kita tahu ganjaran taat pada Allah namun sejauh mana praktikal kita dalam mengendalikan marah dan melakukan amal kebaikan. Sungguh banyak yang kita tahu, tapi berapa banyak yang kita mampu lakukan?

Perbezaan inilah yang Sinar rasakan lebih-lebih lagi apabila menuntut ilmu di bidang perubatan. Bidang ini memerlukan gabungan teori dan praktikal yang padu. Barulah akan lahir seorang doktor yang mahir. 4 flat dan mumtaz dalam peperiksaan bukan jaminan utama seorang doktor mahir dalam melaksanakan tugas. Namun memperolehinya merupakan bonus.

Apabila berhadapan dengan pesakit, kita bukanlah ingin merawat penyakit tetapi menyelamatkan pesakit. Matlamat ini sahaja akan mebezakan keputusan yang bakal doktor lakukan apabila berhadapan dengan situasi di wad. Di sinilah 6 senses di perlukan. Ya, dan ini semua memerlukan kekuatan dan petunjuk daripada Allah. Di saat ramai orang ingat doktorlah penyembuh, kita pula harus mengingatkan diri Allah sahajalah Penyembuh. Kita hanyalah duta-duta kecil Allah untuk membantu merawat pesakit.

Bukan senang mahu menjadi doktor yang mahir dan alim. But nothing is imposible (^_^). We can InsyaAllah.

Apa yang perlu ialah usaha yang berterusan dan istiqamah dalam menimba ilmu dan pengalaman. Kombinasi terbaik adalah, pelajar + pemerhati + pekerja = kejayaan

Menyedari kekurangan sebagai mahasiswa luar negara dalam membiasakan diri dengan sistem di Malaysia, adalah lebih baik memanfaatkan cuti di hospital yang ada. Maka semenjak 9 September hinggalah kelmarin, Sinar dan dua teman lagi telah meluangkan masa di Hospital Ampang selaku pelajar elektif di wad kecemasan. Turut bersama kami seorang pelajar dari Ukraine, Faizal namanya. Alhamdulillah kami banyak belajar antara satu sama lain.


Dalam kenangan... InsyaAllah bertemu lagi

Pengalaman 3 minggu di wad kecemasan semestinya memberikan seribu satu peluang untuk mengasah diri dengan dunia perubatan sebenar. Di sinilah sinar pertama kali mengambil darah pesakit, menyuntik ubat, mengambil suhu, mengambil tekanan darah, menjahit luka dan pelbagai lagi. Di sini kami bebas berinteraksi dengan pesakit dan komuniti kerja selagi mana tidak melebihi batas seorang pelajar elektif.

Warga wad kecemasan turut melayan kami dengan baik dan sentiasa merai kedatangan kami. Baik doktor pakar, MO, HO, PPP, PPK, JM hinggalah pelajar seperti kami, tidak segan meluangkan masa bersama kami. Walaupun keadaan tegang mereka tetap mampu menceriakan suasana. Mereka tidak jemu memberi tunjuk ajar. Sungguh mereka banyak bersabar dengan kami. Jika ada sahaja prosedur yang mereka percaya kami boleh lakukan sedangkan kami tiada kemahiran mereka tetap beri peluang.

“Tak pe jangan takut, dekat sinilah kamu nak belajar.”

“Kalau bukan sekarang bila lagi. Ambik je darah patient tu. Awak boleh je. Best jadi dracula sementara ade peluang.”

Terngiang-ngiang kata-kata mereka. Boleh senyum sendiri. Kalau ikut perasaan takut mencuba memang sia-sialah Sinar di sana. Alhamdulillah banyak benda baru yang kami terokai.

Di bawah pengawasan Dr Azlina, kami diajar basic history taking dan sistem yang diguna pakai di wad kecemasan. Orangnya kelihatan tegas dan lincah. Itu penting untuk melayakkan diri sebagai pakar kecemasan. Namun beliau tidak lokek memberi semangat, dorongan dan teguran membina. Bak kata beliau, “Kalau tidak pandai kita belajar, tapi kita bodoh bila kita tidak bertanya.” Maka kami sedaya upaya, berkata tidak tahu apabila kami cetek ilmu. Bahkan reaksi positif kami akan terima. Dan semua staff sanggup membimbing kami.

Sungguh setiap detik di hospital punya cabaran tersendiri. Pelbagai kerenah pesakit kita akan temui, bahkan sekali sekala emosi kita turut tercabar.

Semalam merupakan hari terakhir sinar di sana. Terasa sebak dan berat hati saat melangkah pergi dari hospital ini. Akhirnya Sinar meninggalkan hospital dengan kenangan terakhir menjahit kulit kepala pesakit yang luka. Terima kasih kepada Nadiah dan Pana yang sedia memberi galakan dan semangat untuk melakukan pelbagai prosedur. Tanpa kalian, siapalah saya. Hehe...


Bersama Dr Azlina

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr Ridzuan, Dr Azlina, Tuan Haji Samad, Dr Shahrul, Dr Taufik, Dr Nandini, Dr Shuba, En Musa, En Sam, En Yen, En Fahmi, En Ridhuan, En Zulhusni, En Firdaus, En Roslimi, En Syazman, Kak Adiba, Kak Lanny dan seluruh staff di Emergency Department Hospital Ampang. Ramai sangat yang berjasa pada Sinar. Terhutang budi rasanya. Maaf kerana mencuri masa kalian dan terima kasih di atas tunjuk ajar dan nasihat. Beruntungnya Sinar kalau dapat bekerja dengan kalian di masa hadapan. Kalian ceria dan menceriakan suanana. Walaupun situasi tegang kalian tetap tenang. Moga Allah berkati kalian selalu.

Saturday, August 21, 2010

Kita Tewas?

Sudah sepertiga Ramadhan berlalu. Sekejap sungguh!

Apa khabar iman kita?
Apa khabar amal kita?
Apa khabar tadarus kita?
Apa khabar mulut kita?
Apa khabar telinga kita?
Apa khabar mata kita?
Apa khabar kaki kita?
Apa khabar tangan kita?

Wah, banyak rupanya yang perlu kita tanyakan dalam seharian kita menghirup nafas apatah lagi sekarang dalam madhrasah Ramadhan.

Sudah menjadi tradisi yang berpusu-pusu ke masjid adalah golongan tua. Kita yang muda mudah benar malas dan culas. Kebanyakan yang muda enak bercanda di restoran bahkan ada yang melangsaikan hisapan rokok yang di tahan di siang hari. Hadirnya bulan Ramadhan sudah menjadi kebiasan untuk manusia meningkatkan amal. Namun ramai yang hanya memahaminya sebagai menahan diri dari hal yang membatalkan puasa.

Tewas atau tidak diri kita di bulan Ramadhan ini, kita perlu melihat 3 perkara yang mana menjadikan kita hamba yang akan terus patuh pada-Nya. Sekaligus menjadi hamba rabbani bukan hanya hamba ramadhani.

Pertama, berjaya atau tidak kita menahan diri dari hal-hal membatalkan puasa?

Kedua, berjaya atau tidak kita meningkat diri dengan amalan fardhu dan sunat yang Allah suka?

Ketiga, berjaya atau tidak kita merasai setiap tingkah laku di bawah pengawasan Allah?

InsyaAllah, masih ada masa untuk kita perbaiki diri. Tidak cukup hanya sekadar berlapar dan dahaga sedangkan besar hikmah kita berpuasa. Yang Allah mahu, biar nafsu ditundukkan oleh iman yang sempurna. Jangan disempit ibadah kita. (^_^) Selamat berpuasa dan memproses hati.

Wallahu3alam

Monday, August 09, 2010

Memori di Utara Malaysia'10

Utara Malaysia tempat jatuh lagi dikenang. Di sana ada kampungku dan di sana ada tempat kumenimba ilmu. Alhamdulillah seminggu di sana sempat untuk kubertemu ramai insan yang kusayang. Walaupun ada yang tidak sempat berjumpa, dapat jugalah berhubung menerusi teknologi yang ada. =)



Selangkah ke kampung dunia, beribu langkah ke kampung akhirat

Sinar bertolak dari Kuala Lumpur terus ke Perlis. Kedatanganku di sambut oleh hujan yang lebat. Seronok pula melihat hujan. Maklumlah kalau di Mesir jarang sekali hujan. Alhamdulillah pak cik menyambut di stesen bas dan terus membawaku ke kampung di Arau. Mak Tok menyambutku girang. Namun apa yang kuperhatikan beliau semakin kurus. Ya, banyak yang berubah di kampung. Rumah makin sunyi namun masih utuh berdiri.

Sepatutnya Mak Tok ke Penang. Sangkaku Mak Tok tiada di kampung. Katanya tak jadi pergi ke Penang. Takut tak sempat jumpa waktu raya nanti. Terharu sebentar. Betul juga kata Mak Tok " Tak pasti esok masih ada untuk kita". Tiada siapa berani menjamin kehidupan esok masih ada. Jangan kita mudah terleka dengan tawaran-tawaran kehidupan yang ada. Di sana sini ada potongan harga, lebih lebih lagi raya akan tiba. Tertipu juga kita akhirnya, "kalut" dengan persiapan raya melebihi persiapan ramadhan dan juga ajal yang tidak tahu bila. Tawaran-tawaran akhirat jugalah yang kekal selamanya. Itulah yang perlu kita kejar sebenarnya.

Melangkah ke kampung ini mengingatkan diri akan asal kejadian diri. Selangkah kita ke sini maka sepatutnya kita berlari-lari ke kampung abadi. (^_^)

MATRI wujud permata yang kucari

Dari kampung kumelangkah pula ke MATRI. Arau ke Beseri tidak langsung memusykilkan diri untuk ke sana. Apatah lagi 2 orang adikku masih setia menimba ilmu di bumi wakafan itu. Setidaknya dapat bertemu mereka dan mengubat rindu pada yang lain juga.


Bersama warden dan calon SPM 2010

Di MATRI banyak muka-muka baru yang tidak kukenali. Ada yang mirip kakak-kakak dan abang mereka. Akhirnya yang ku gelar, anti adik si fulan ye. Maaf la nama susah pula kak sha nk ingat. (^_^) Melihat mereka sudah pasti tersedia cabaran baru untuk mendidik anak-anak millenium ini. Banyak yang berubah. Namun selaku lepasan MATRI, hasrat melihat putera puteri akhirat ini terus berbakti pada Islam sentiasa termaktub dalam doa.

Kelemahan yang ada kita perbaiki dan kelebihan yang ada kita upgrade lagi. Tiada manusia yang sempurna. Cuma yang ada hanya cinta sempurna untuk kita sama-sama kejar. Sudah pasti mengejar cinta sempurna itu ada cabaran, dugaan dan ujian.

Penang, berziarah lagi

Sempat juga Sinar ke Pulau Pinang. Alhamdulillah dapat menziarahi Ummi Ammar sekeluarga. Jutaan terima kasih menerima kami sebagai tetamu.

Pelbagai nasihat dan cerita yang kami kongsi. Hidup ini adalah realiti yang perlu kita hadapi. Setiap detik, setiap saat dan setiap nafas itu hendaklah kita hubung dengan Allah. Sesungguhnya hebatlah ketika mana Allah uji kita bersabar.

Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Moga Allah berkati Ummu Ammar sekeluarga. Moga ruh Ammar juga terus aman di sana.

Perantau'10, misi menjadi hamba Rabbani

Penutup kepada jelajah di utara adalah dengan mengendali dan menyertai program perantau 2010 di MATRI selama 2 hari. Kira-kira 42 orang peserta dari pelbagai institusi pengajian di luar negara yang menyertai program ini. Alhamdulillah pelbagai bekalan yang kami terima. InsyaAllah Sinar kongsikan sedikit di sini.

Hari pertama iaitu pada 7 Ogos dihangatkan dengan slot bersama Sir Muhammad Abduh Bin Zainal Abidin selaku PK Pentadbiran MATRI dengan tajuknya Jiddiyah Fil Amal. Beliau sememangnya sudah terkenal di kalangan pelajar Matri sebagai pendidik yang bersemangat dan berjiwa muda walaupun umur sudah 60-an. Setiap kerjanya dilakukan dengan sehabis baik bahkan slogan 'The best in the world' sentiasa dilaung-laungkan.


Dalam slot ini, beliau menekankan keperluan orang muda yang sentiasa bersemangat dalam mengerakkan masyarakat untuk mengenal Allah. Tidak dapat tidak orang muda(syabab) mestilah bergandingan dengan orang tua (syuyukh) kerana semangat orang muda terdapat pada hikmah orang tua dalam melaksanakan misi perubahan islam secara menyeluruh.

Beliau juga menekankan kepentingan firman Allah yang berbunyi,

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal soleh dan menyatakan, 'sesungguhya aku termasuk orang-orang yang menyerahkan diri."

[Surah Fussilat : 33]

Justeru dalam penerusan amal islami pentingnya memiliki jiwa yang besar.Maka jiddiyah dan iltizam mestilah menyinari setiap tindakan kita kerana kedua intipati ini merupakan prasyarat kejayaan dan sifat asasi dalam menyebarluaskan Islam yang kita yakini.

Selain itu, Slot Risalah buat Siswa juga menarik perhatian Sinar. Akhi Salehuddin Bin Shuib mengajak kami merenungi perjalanan dan peranan seorang pelajar. Seorang mahasiswa perlu bersungguh-sungguh dalam bidang yang kita tekuni bahkan perlu juga optimum dalam dakwah dan tarbiyah. Beliau turut berkongsi kata-kata oleh Imam Hasan Al-Banna yang berbunyi:

“Setiap fikrah itu hanya akan berjaya apabila ia diperkuatkan dengan iman, dilengkapkan dengan keikhlasan yang mendalam untuk memperjuangkannya ditambah dengan semangat yang berkobar-kobar dan persediaan yang rapi untuk beramal dan berkorban dalam pelaksanaanya.”

Maka, pendek kata iman, ikhlas, semangat dan amal merupakan rukun-rukun khusus untuk para pemuda yang menjadikan Allah matlamat akhir hidupnya. Malah, benarlah kata-kata Mustafa masyhur bahawa tarbiyah bukanlah segala-galanya namun dengan tarbiyah segala-galanya dapat diraih.

Lain negara, namun sedulang jua

Alhamdulillah... Inilah hasil perjalanan yang dapat Sinar simpulkan dalam satu entri. Banyak sebenarnya ingin dikongsi. Namun cukuplah kita cernakan sedikit demi sedikit. Moga perjalanan ini benar-benar membekas di hati Sinar. Doakan Sinar menjadi hamba Rabbani.

Thursday, July 29, 2010

Perjalanan mengenal-Mu, saifi yang terisi

Kepulangan Sinar ke Malaysia sebenarnya punya hajat yang tinggi. Agenda terbesar diri adalah ingin melihat raut wajah mereka yang pernah mendidik diri dan mereka yang secara tidak langsung menjadi khudwah pada diri ini. Justeru dalam meningkatkan kualiti iman juga, program tarbawi harus Sinar ikuti. Inilah peluang yang Sinar nantikan. Walaupun Mesir itu lubuk ilmu dan pelbagai program ilmiah, namun suasana tetap berbeza. Punya daya tarikan dan sentuhan tersendiri.

Bermanfaat atau tidak cuti kita ditentukan oleh tangan kita. Seeloknya biarlah kita merancang sebaiknya. Tapi jangan kita lupa, Allah itu sebaik-baik perancang. Mungkin sahaja inilah peluang terakhir kita bersama keluarga dan kenalan di Malaysia. Jadi janganlah kita sia-siakan masa yang ada. Tidak dinafikan banyak program yang bertindih apatah lagi kenduri-kendara. Maklumlah masing-masing ingin mengejar sya'ban yang berbaki, apabila Ramadhan tiba makan minum sudah pasti jauh sekali. Maka di sini Sinar seawalnya ingin meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke beberapa kenduri. Sungguh dari jauh kumendoakan kebahagiaan kalian.

Forum Lifeline4Gaza : Have We Ended The Seige?


Pada 26 Julai sekali lagi kuprogram diriku. Kali ini ke UIA Gombak. Di sinilah berpeluang melihat sendiri 2 insan yang terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan LL4G. Sememangnya ini merupakan salah satu hajat apabila pulang ke Malaysia. Dan akhirnya sempat mendengar pengisian dari mereka. Alhamdulillah. Melihat kesungguhan mereka menyebabkan aku malu sendiri. Walaupun kurasakan mereka penat namun sangkaanku salah. Bahkan semasa mereka berucap mereka cukup semangat sekali. Mereka cukup bertenaga untuk menyampaikan kalimah yang Hak. Perkongsian yang hidup. Sesungguhnya mereka telah meletakkan badge mark yang tinggi untuk anak-anak muda menyumbang tenaga pada Islam.


Bohonglah kiranya kita tidak terasa jika saudara kita diapa-apakan. Justeru perasaan inilah yang Tuan Haji Noorazman dan Dr Syed ingin kita rasai. Apabila menjiwai kalimah "Tiada Illah melainkan Allah" wajib kita merasai setiap Muslim itu saudara, Hendaklah kita mencintai mereka seperti mana kita menyintai diri sendiri. Isu Palestine bukan isu ahli Gaza sahaja tapi isu kita. Isu buat mereka yang hidup hatinya.


Jalan-jalan tambah iman

Ke mana agaknya boleh kutambah iman?

31 Julai - Kenduri Naimah dan Abang Israq (Maaf tidak dapat hadir)
1 Ogos - Kenduri Balqis & Fitri (Maaf tidak dapat hadir)
1 Ogos - Menuju ke utara Malaysia
7 Ogos - Program Perantau 2010
8 Ogos - Back to Selangor
9 Ogos - Lapor diri di Hospital Ampang. Latihan elektif selama 3 minggu.
Sept - Perlis (Raya 1) - Terengganu (Raya 2) - Kenduri - The Zaad -

akan disambung... (^_^) Aih la jadi suri rumah sementara ni... Makan makan makan

Tuesday, July 27, 2010

Ukhwah Itu Indah, Gen 11 di hati

Manusia takkan pernah mampu hidup sendiri. Paling tidak dia memerlukan Yang Maha Pemurah dan Penyayang untuk memerhatinya dan memenuhi hajatnya. Paling kurang dia memerlukan teman dalam mengemudi hidupnya. Sendirinya dia di dalam kubur pun masih bertemankan cacing dan serangga tanah. Hidup di dunia pastinya memerlukan teman untuk diajak mengenal Allah dan membangkitkan iman bersama. (^_^)

Hidup ini tidak lengkap tanpa teman-teman di sisi. Saban hari ada sahaja, kenalan baru yang kita miliki. Apatah lagi, sahabat seperjuangan dari kita kecil cili padi. Justeru pada entri kali ini, ingin sekali berkongsi kenangan terbaru bersama teman-teman seperjuangan Sinar di MATRI. Sahabat yang dahulu menongkah onak duri. Sahabat yang dahulunya beralaskan lengan tidur jamaie. Indah rasanya kalau dikenang-kenangkan. Akhirnya pada 24 dan 25 Julai, ukhwah ini dimekarkan kembali. Walaupun sedikit bilangan yang dapat hadir. Tapi, kegembiraan dan kebahagiaan bermusafir dengan mereka hanya Allah yang tahu. Tidak mampu digambarkan dengan kata-kata.

Ukhwah itu indah, yang lama bertaut kembali

Meningkat dewasa, yang dulunya belajar degree sekarang sudah master. Yang dulu belajar universiti kini sudah bekerja. yang dulu bujang, anak dara kini sudah berumahtangga, bergelar isteri buat suami tercinta. Senyum tak lekang bila memerhati sorang sorang teman. Rindu melihat mereka. Bahgia melihat mereka gembira.




Walaupun sudah 5 tahun meninggalkan bumi wakafan tercinta, memori di sana masih segar dalam ingatan. Allah izin kini jasad kami bertemu semula. Walaupun dulu pernah sahaja kami 'bergusti' kini kami mampu berdakap mesra, bertepuk tampar bersama. INDAH...

Berukhwah = Berkongsi rasa hati

"Tiada suatu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain dari saudara yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendahlah ia berpegang kepadanya."

(Umar Al-Khattab)

Itulah antara kata-kata yang perlu kami hafal sebagai tugasan dalam permusafiran ini. Ada hikmah yang perlu kami ungkai dan cerna. Kerana sayanglah, kami bertemu. Di sinilah kami berkongsi rasa hati. Kami saling lengkap melengkapi. Sungguh diri dilanda rindu. Rindu akan saat kami bertemu. Mahu sahaja diputar masa bersama kalian tempoh hari.


Miss photogs' berdedikasi

Antara 3 laman untuk menyuburkan ukhwah adalah dengan bermusafir, makan bersama dan tidur bersama. Alhamdulillah, kombinasi 3 laman ini terdapat dalam reunion kami. Malah kami sempat main masak-masak. Program ini juga sedikit survival memandangkan kami terpaksa bergerak dengan beg yang berat dari satu destinasi ke satu destinasi dan pelbagai kisah lucu di sepanjang perjalanan. Ada yang terjatuh mengejar lrt, ada yang tersalah stesen. Macam-macam hal, tapi mengundang senyum di bibir kami. Bukan selalu boleh berjalan sebegini.


Hasil main masak-masak

Bahkan, dari perjalanan inilah, Sinar rasakan peri pentingnya kita 'bergerak' dalam mencari nilai hidup yang Allah kehendaki. Hidup tidak boleh statik. Kita hanya akan berjaya dan merasai manisnya kehidupan bila kita berusaha untuk memenuhi kehendak Allah dalam menyuburkan iman.

Perubahan yang perlu diarahkan.

Sudah pasti pertemuan ini tidak kami sia-siakan. Inilah salah satu proses tarbiyah. Tarbiyah bukan hanya di dalam usrah, bukan hanya dalam halaqah dan tamrin. Sepanjang hidup kita adalah tarbiyah. Sembang-sembang kita juga adalah tarbiyah. Tarbiyah itu membentuk diri kita yang sekarang dan masa hadapan.


Bulatan ini segar dalam ingatan

Hari terakhir kami ceriakan pagi dengan sedikit perkongsian bersama. Diberi amanah untuk memberi pengisian membuatkan hati terharu sebenarnya. Diri Sinar penuh kelemahan yang Allah sembunyikan. Namun Alhamdulillah Dialah yang mengerakkan lidah ini untuk berkata-kata. Tajuk Perubahan menjadi pilihan.

Hidup ini akan sentiasa mengalami perubahan. Bila sudah lama tidak bertemu, pelbagai perubahan dapat kita lihat. Samada yang zahir mahupun yang tersembunyi.

Suka Sinar mengingatkan diri dengan kata-kata Imam Ghazali

"Lemahnya hati tanda lemahnya Iman"

Itulah yang perlu kita cakna dan ambil berat. Kondisi hati kita. Sihatkah hati kita? Hatilah tempat letaknya perubahan diri. Kuatnya hati kita menjadi raja pada perlakuan kita, perkataan kita. Untuk mengarahkan diri terhadap perubahan 3 aspek yang perlu kita hadapi.

  1. Pengorbanan
  2. Kesediaan berubah
  3. Ujian

Bila mana kita ingin berubah. Perlu ada pengorbanan. Pengorbanan yang bagaimana? Pengorbanan untuk menolak kehendak nafus, menangkis bisikan syaitan yang membantutkan perubahan diri untuk mencari redha Illah. Bahkan diri perlulah bersedia untuk berubah serta punya motivasi yang tinggi. Namun dalam perjalanan menjadi hambanya yang soleh dan solehah, kita takkan lepas dari ujiaan. Berapa ramai Allah uji dengan ajakan'bercouple', dan ajakan ke tempat-tempat maksiat, namun kerana hati yang disuntik dengan iman mampu menangkis semua itu. Justeru dalam meniti hidup ini, jika ingin perubahan yang terarah pada Allah, pilihlah teman, berukhwahlah dengan insan soleh. Itulah guna teman ataupun sahabat. Mereka tidak menginginkan kita terjunam di lubang neraka. Jangan menjauh walaupun diri terasa kekurangan. Sedarlah bahawa setiap manusia punya kelemahan. Justeru di situlah kita berukhwah untuk saling menguatkan.

Janganlah kita menjadi seperti firman Allah:

"Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh"

(Az-Zukhruf: 67)

Kita tidak mahu, apabila di akhirat nanti, sahabat kita menuntut haknya kerana kita tidak menjalankan amanah sebagai sahabat untuk saling lengkap melengkapi. Mengenangkan ayat inilah, hati terusik untuk benar-benar menghangatkan ukhwah ini dijalan yang Allah redha lagi diredhai.

Melihat pewaris generasi ke-11

Tidak cukup berharap dengan ukhwah sesama kami, hati ini rasa cukup tenang saat melihat, batch kami juga sudah ada pewaris seterusnya. Moga lahirnya permata ini mampu meneruskan kerja Islam yang ibu dan ayahnya lakukan. Bahkan meneruskan ukhwah sesama anak kami di masa hadapan =) Geram sungguh melihat anak-anak yang comel ini.


Jauh sudah perjalanan. Moga pertemuan dan ziarah kita ini mendekatkan diri dengan Allah. Sama-sama bergandingan dalam saf perjuangan mencari redha Yang Maha Pengasih dan Penyayang.


Srikandi 11 akan teguh berdiri, jika Allah tujuan abadi
Uhibbukumfillah (^_^)
Moga bertemu lagi...